Ini lah gambar paling popular hari ini:):) Mengundang owhhh..auhhhh..aahhh;):) Kelihatan dua mem besar berkorset dan memakai rok merah yang menawan mengapit putera dan puteri mereka yang di satukan;);)
"Heti Koes Endang" ini mendiami rumah saya lebih dari 5 tahun yang lalu:);) Keluarganya sangat sedih melepaskan dia bekerja di Malaysia,takut perkara2 buruk yang didengar seperti di dera,tak dapat makan dan sebagainya terjadi pada beliau. Jadi pada tahun pertama di berkerja dan balik dalam keadaan sihat walfiat puteri bongsu di dalam gambar ini yang pada masa itu masih sekolah telah mengirimkan sepucuk surat kepada saya dan antaranya berbunyi '...Puan terima kasih kerana menjaga ibu saya dengan baik....." Pengorbanan seorang ibu tak dapat di gambarkan meninggalkan anak gadis yang masih kecil,anak2 lain yang masih perlu ibu demi mencari rezki..mencari rezki itu bukan lah bekerja di gedung besar yang berhawa dingin tetapi membanting tulang empat kerat..menggosok periuk di dapur orang, menyental tandas dan longkang..dengan baju yang comot dan peluh mengalir di dahi..boleh mengalir air mata anak yang prihatin jika melihatnya.Moga anak2nya sentiasa ingat pengorbanan ibu yang besar.Saya bukan seorang majikan yang sangat bagus cuma mahu menjadi manusia yang tidak zalim kepada manusia lain,jika dia tidak mengkhianati makan lah apa saja di meja saya,tidurlah bila ngantuk di bilik yang di pasang lagu..berlibur lah dihari minggu ke mana saja..kerna apa yang membezakan kita adalah perbezaan nasib dan keberuntungan hidup kurniaan Allah Swt yang bukan kekal.
Alhamdulillah dengan 'rezki' yang Allah Swt beri,ianya datang dalam pelbagai bentuk,di dalam doa selalu saya memohon yang terbaik buat anak2 yang masih kecil dan ibu tua yang terpaksa saya tinggalkan di siang hari demi mencari rezki.
On the lighter side; can you believe that this Mem Besar in red is my pembantu si Heni! macam Cinderella kan..dari habuk dan arang menjadi pelakon sinetron! he he..tak sabar2 dia nak tunjuk gambar2 pada saya pagi tadi:)
As usual banyak lah barang2 makanan untuk kami seperti brownies yang sedap ni.Di sana budaya nya mereka tempah few types of cakes untuk di beri sepotong sorang kepada tetamu di samping glass yang cantik dan gula2 kacang.
Emak Heni sentiasa mengirimkan keropok belinjau dengan banyak buat saya,bila dia mengetahui saya suka makan,kalau tak musim pun mesti dia mencari di kampungnya buat saya.Di daerah Lampung dia orang buat sendiri keropok ini dengan menumbuk buah belinjau di dalam lesong kayu.
Semalam sebenarnya saya memberitahu suami gas stove di dapur belakang telah berkarat,Perlu di tukar dengan segera!jadi kami pun pergi lah ke mall dan i saw one beautiful Rinnai gas stove dan teruslah berkenan nak angkut balik semalam.Unfortunately there's no stock at the shop and i have to wait until weekend.Hari ni Heni balik dia dah sental karat tu hingga karat give up dan lari!!! Aduhhhh kecewa saya nak beli stove baru..gimana ya:);)
Anyway saya tak lah kecewa sangat duduk didepan pc ni sambil menaip dan menyuap brownies ni menyejukkan hati saya.
Menjawab apa yang Ramadhan cakap mesti Heni stress dengan saya yang banyak cekadak *wink*wink*..he he i dont think so InshAllah..last 2 years,dia habis duit di airport jakarta sebab di telan oleh pihak tak bertanggungjawab di sana,dia meminjam duit di KLIA demi nak balik kerumah saya. Last year dia hilang alamat nak bagi teksi nak balik sini..dia berusaha memberi panduan ke drebar teksi hingga ke sungai buloh!!! until drebar teksi give up and called my home at 3.00 am.Last night dia tak muncul2 saya ingat dia tak nak balik lagi..pagi2 saya dah cakap kat hb get ready RM8K bergolok bergadai we have to get replacement maid..tiba2 dia muncul pukul 7 pagi..rupanya flight delay dan demi tak nak kacau saya tengah2 malam ..dia bermalam di surau di KLIA.Alhmandulillah itu setakat ini..di masa depan saya berdoa di beri kebaikan oleh Allah swt lagi.
Tapi just like my anak2 or any family member saya mesti membebel dan marah kalau tak betul.bagi saya teguran,leteran tidak ada kena mengena dengan kasih sayang..macam kerja di mana jua termasuk di pejabat menteri kalau tak betul mesti lah di perbetulkan kan,di ajar supaya membuat yang betul.So nak jadi my anak angkat kena sabar,susun paper tak betul dalam cabinet,letak kotak santan senget dalam drawer i ll piat telinga!!!
Macam tu lah ceritanya..sangat panjang pulak cerita saya ;( sangat penat sebenarnya..malam tadi tak tidur,saya kalau ada org nak datang rumah atau nak balik selagi tak sampai i cannot sleep..today pulak i have back to back meeting sehingga terpaksa tinggal Tia Mia di kindy until petang tak sempat nak fetch during lunch time.
Terimakasih semua,i ve read all your komen;);) terimakasih berkongsi tips pastry sheet etc,terimakasih bercerita walaupun pendek di ruang komen blog saya,seronok mendengar wanita2 mempunyai azam yang baik..dan alhamdulillah pada yang dapat duduk di rumah menjaga keluarga..jeles hingga hijau2 mata ni;)
Bye bye
.......................