Sunday, July 14, 2013

First Biskut Raya and Buka Puasa beramai-ramai at home.

Alhamdulillah dah pun 5 hari menunaikan puasa:) 

I was really looking forward to the weekend as weekday was really tight:) Saturday the girls asked me to make raya cookies for them:) When i showed them few pictures of biskut raya online they picked Dahlia cookies. 

When i was small my emak without fail surely buat Dahlia or semperit using the "sawa" it was always fun to see her pressing the sawa and beautiful cookies came out from it:) Her samperit or dahlia memang sedap tapi i tak pernah lah berusaha nak menyalin resipi nya,now uwan dah lupa - rasa menyesal, banyak biskut2 yang sedap dia buat dulu. I jugak perticular dalam memakan biskut- buat sendiri nya jarang tapi pandai nak makan yang terbaik ajer he he:) I have google few recipes online and yang paling menarik i jumpa dan bila baca ingredient tu dah boleh rasa sedap adalah biskut dahlia dari "Dapur Tanpa Sempadan"- terimakasih banyak2 to En Mat Gebu kerana berkongsi recipe- truly sedap dan menepati selera kita orang semua- baru buat dah sebalang habis:):) Pada yang nak mencuba boleh lah melawat ke blog Dapur Tanpa Sempadan.



Budak tak ada gigi sebatang kat depan yang sentiasa excited bila nampak KA berputar:)- Itu tanda nya boleh makan biskut atau cake nanti:) Alhamdulillah sejak berpuasa dua2 ni berlatih lah sikit2- hari pertama sampai pukul 10.00 kedua 11.15,ketiga 11.30 dan hari ni dah boleh puasa sampai pukul 12.00:);)


Adunan yang cantik dan lembut-sangat senang menekannya- i used the cheap plastic set i bought from Aeon big.It turned out very nice too:)


Beautiful nostalgic Dahlia.


Cepat masak- sangat sedap- soft,buttery,melt in your mouth tapi tak mudah pecah:)


I bakar sampai kuning banyak- sebab i suka biskut yang cukup masak:) Sebab lembut bakar kuning macam ni pun masih tak keras:)


Budak puasa half day- berhari raya makan biskut- "very nice mama"  kata dia orang.


Memanglah very nice kalau berulang bubuh dalam pinggan:)


Tapi ada jugak yang tak puasa langsung dalam rumah ni - Stevie&Felly- he he.24 jam makan:)


Pukul 5.00 kueh tak siap lagi-hujan turun pulak sangat lebat- adik beradik nak datang berdoa dan berbuka- jawabnya ke pasar ramadhan ajer lah.Bawak budak bertopi ni untuk  tarik trolley bag.


Ha ha kusyuk tengok satay:)


Bila semua orang sampai- bermacam-macam hidangan lah dia orang bawak- sampai tak cukup meja:)


Antara yang sedap sotong celup tepung my sister bawak:)


Uwan penghulu meja- sabar uwan,semua ada satay,pulut,sambal sotong,sup campur,gulai daging salai etc etc.


Yang istimewa my brother bawak petai dan maman jeruk:)


Yang seronok lepas berbuka solat berjemaah- my nephew qamat:);)


Memang istimewa berjemaah beramai-ramai-sangat istimewa rasanya:)


Hujan yang sentiasa renyai semalam- orang lelaki semua ke masjid dan kami perempuan sembahyang di rumah sahaja- lepas sembahyang kita duduk bergolek mendengat ceramah di You Tube etc sangatlah seronok - sebab hujan sejuk,Tia Mia pun bawak semua blanket turun.Tengoklah si Mia mengusik Kak Yan:)Dan uwan yang telah belayar kat belakang tu selepas- makan,wirid,makan,wirid kih kih:)


Today we went out to buy raya shoes for uwan,heni and you both:) The girls break fast at 12.00 today:)


Tu dia Uwan- BATA tetap di hati selamanya kih kih-kali ni suruh uwan beli kasut senang sikit tak tercabut- yang model ni pun sangat comfortable,mencengkam kaki elok.


Yeayyy ese happy dah boli kasut BATA- ingat kecik2 dulu nak raya emaklah yang bawak kita ke kedai beli baju,kasut- sangat bersyukur tak terhingga diberi peluang oleh Allah dapat berbuat demikian pada dia pulak- walaupun benda kecik tapi sangat bermakna tengok dia happy memilih kasut:)


Balik Mall singgah pasar segar beli barang- hari ni masak sepenuhnya- as usual pasar ramadhan tu kalau terdesak boleh lah.I made soft tofu with dark soy sauce today.


Gulai udang with tomato.


Sambal santan sotong (kembang yang berendam) dengan petai .I cooked pengat pisang dan kuey teow panas2 too- punya lah nak panas dan masak betul2 nak maghrib,bila azan berbunyi kelamkabut buh dalam pinggan dari kuali:)


Ada budak berehat bawah lampu liplap lepas kenyang- menu orang puasa half day ni sangat dasyhat- petang they ate macaroni carbonara- malam orang makan nasi dia makan grilled salmon:)

Alhamdulillah,selamat berpuasa pada semua- soalan2 saya dah jawab di entry bawah:)

...................

18 comments:

ismarizan said...

dalam banyak2 juadah tu, maman jeruk paling sodap den nengok eh....biasanya sebelum syawal, kawasan gemencheh la yang paling meriah dengan maman.sape yang lalu kawasan tu tak sah kalau tak beli maman.(bagi penggemar maman la kan)

umiyumi said...

Salam Zu,
Wah baguslah kenits makin lama dpt tahan puasa sampai tengahari.
Mengancam betul tgk biskut dahlia/semperit tu tetiba rasa cam bersemangat pulak nak buat. Baru le kalut nak mencari acuan yg beli lama dah tp ntah letak kat mana :p

Unknown said...

Hai best nyer dpt berbuka bersama family kan...bila dh potluck tu, besusun la hidangan yer..alhamdulillah rezeki....i pun ikuti juga blog mat gebu ni, masakan nyer memang menarik..♥♡♥

whitecappuccino said...

eh! samala mak kita! mak akak pun dolu2 suka buat semperit guna acuan sawa tu..dan semperit dia memang sedap sangat. tapi dah bepuluh tahun tak merasa biskut mak. cantik jadi semperit yg you buat tu.

4 Kay-E said...

Salam Azu,
wah.. dah buat cookies ye. rajin si kenits tolong :)
uwan pun dah dpt kasut raya. Best!

Eizan puasa di sekolah je. balik umah, terus cari makan. hehee.

MamaTiaMia said...

salam ismarizan, ha ha orang gomencheh mesti lah nak makan maman kan:) sodapnyerr:)

W.slam umi- iya sedap umi.cariklah acuan tu dan buat:)

kan Dura Zul- best bukak puasa ramai2 walaupun tempat duduk pun kadang2 tak cukup:)

MamaTiaMia said...

Hi whitecappucino- dulu2 sawa tu memang famous kan;)- sekarang yang simple2 jer tapi kalau adunan betul,tuang murah pun cantik jugak keluarnya:)

MamaTiaMia said...

W,salam Ita- he he ita bebudak punya pasal lah ni:) Ita Tia Mia pun mencuba sedaya upaya lah half day tu- tak lah nak paksa dia orang:)

ida said...

Wah azu...cepatnya buat biskut raya heheeh...bagus betul tia mia improve dah...betul la i cakap azu...tia mia tu kena pelan pelan...bkan maksud i surh paksa puasa...tpi u kena pelan pelan cannot force,masa aniq dulu pun i tak paksa pun,sama la cm u,takut u salah faham pula komen i before..seronok ye uwan memilih kasut raya,lain rasanya kan kalau setakat memberi duit raya pd parents ni cmpare dgn kita meneman pulak mereka sekali to shop what they need,untung ye azu for those masih ada parent and ada peluang utk berbakti like u..

MamaTiaMia said...

memang cepat sikit ida- budak kenits ni dah tak sabar he he:) tu lah memang kena slow2 lah kan- macam2 nak kena ajar dia orang,semua nak kena seimbang.Alahmdulillah ida dapat lah berbuat sedikit sebanyak mana yang mampu:) selamat berpuasa pada orang2 rumah you yang kecik2 jugak:)

Kniedaz said...

saya pernah makan daun maman dimasak dengan ayam lemak cili padi..sekali je..hehe
Dah lama tak buat kuih raya, dulu-dulu selalu tolong mak buat kuih raya, sekarang kami belikan aja kuih untuk mak..

~ Z a N n A ~ said...

love your blog, fes time terjah terussssssssssss jatuh cinta...love the picture love the story love your house... :)

fiezachommel said...

Salam Kak Zu,
Lama tak jengah blog Kak Zu dan tinggalkan jejak.Busy sikit lately.

Uwan looks happy with her raya shoes. Bata tetap di hati!

Satu-satunya sayur yang fieza tak leh makan, maman. Mama dan adik beradik lain suka sangat ngan maman ni.Bila dia org makan jeruk maman, fieza lari!I can't stand the smell, poor me!

MamaTiaMia said...

Kniedaz- masak lemak dengan ikan pun sedap maman ni:)

ZaNa- tks,selamat berkenalan:)

fiezachommel jer lah lama tak denger cerita- ye ke- he he busuk pun sodap- tapi kalau gulai yg fresh tak ada bau:)

Nur-nba said...

Wah Kak Zu dah buat kuih raya.. Bestnya..Blog Cik Mat Gebu memang best..Macam2 resepi ada dan tak pernah mengecewakan..

Nur nak suggest Kak Zu masuk giveway rakan blogger Nur nama Kak Ida. Entri ni sangat sesuai.. Ini linknya..
http://www.koleksi1001resepi.com/2013/07/giveaway-ramadhan.html?m=1

t.a.c.a said...

kasut uwan sama dengan my shoes pergi ke sekolah mengajar :P memang design tu sedap pakai..

btw akak.. i am ur silent reader and i dah baca ur blog nie ALMOST to the first post... i rasa macam dah kenal ur family so much!

MamaTiaMia said...

salam Nur nba- memang betul kan best2 semua resipi kat situ:) okay nur ada masa akak tengok.

Salam t.a.c.a- selamat berkenalan dan terimakasih- selamat menyambut ramadhan:)

~ Z a N n A ~ said...

owh...tambahan lagi....love uwan juga... salam warihhhh