Tuesday, October 29, 2013

Dear Isaac's Mommy:):)

Salam!

Sepatutnya belum membuat entry baru:) but i saw a comment from Isaac's mommy yang pregnant and asking for my Mee Hailam recipe.Alaa kesian you- i know how does it feel- even for the first trimester i cannot eat anything during my pregancy but coming to the 5th month i craved for pasta all the time! There were two friends that can accomodate my request for eating pasta everyday at either Dome or Fasta Pasta (it was at Ikano last time-was closed down quite sometimes and now the place is taken up by Nandos).Sometimes i couldn't wait until 12.30 or 1.00 to eat- so tak adalah orang boleh teman- i pergi sendiri at 11.00 and makan, until budak yang ambik order tu pun dah tahu- duduk jer dia cakap " Lemonade and Seafood Olio? kalau kat Fasta Pasta- or " Lemonade and Spicy Olio beef?" kalau di Dome:) Pandai pulak tekak tu mencari hanya yang tersedap dan terbaik saja-

Isaac's Mommy  i shall write the recipe here for you- before that i cerita-cerita dulu- for your first question- how to keep cicak,semut dan lipas away from the wall and counter top? So far rumah akak tak ada pulak masalah cicak di dapur,lipas hanya ada sesekali belakang rumah dan semut pun sangat kurang - sebab tu boleh keep my cake dalam cake display and fruit pun boleh letak di meja. The only place semut datang dan sangat halus kalau kita simpan leftover food dalam oven- the rest semua okay. So akak tak ada tips utk itu cuma akak letak lavender pouch dalam cabinet  dan jugak lemon potpurri under the sink dan cabinet simpan surat khabar lama. However i had problem with Cik Moncit ( the Mr Tikus) before this- tapi kita pasang trap dapat tangkap dan hantar kat hutan- Alhamdulillah tak ada masalah lagi.


Sharing with all of you Spicy Beef Olio yang jadi favourite i dulu2 masa pregnant- memang spicy and sedap kat Dome- last month i bawak bebudak pergi- they always love pasta- tapi yg ini dia org tak tahan the pedas- even papa pun tak tahan;:) Between Dome kat Ikano,Curve and KLCC i rasa yang paling kurang sedap adalah di Ikano- both Curve and KLCC okay and sedap.


Olio memang sangat favourite masa dulu- tabur chilli flakes sebakul- this is my girls's No 1 favourite now:)


Kalau tanya Mee Hailam tersedap dalam dunia di tekak i- jawabnya yang di my hometown- Oh yes di Kuala Pilah- bukan lah bias- tapi memang lah sedap sangat:)


Kalau balik memang lah nak pergi makan unfortunately sebab balik musim perayaan memang tutup selalu- rasanya this weekend nak balik ramai and nak pergi makan. I pernah cerita sebelum ni- yang i duduk tepi tempat masak kedai ni nak tengok how they cook the mee hailam sebab dengarnya dia org dapat recipe orang cina yg memang terkenal buat mee hailam. I tengok didapur kedai ni ada seperiuk besar air rebusan tulang- bukan air rebusan kaki ayam etc but air rebusan tulang lembu- makcik tu buat stock- bahan2 masak dia tak banyak pun yang buat sedap the gravy- so dia tumis macam biasa, ketuk bawang putih,merah,sedikit hirisan daging,fish ball and fish cake dan sawi- dan tu dia masukkan kicap dan besarkan api biar char- dah wangi dia masukkan air rebusan, besarkan api betul,dan masukkan sedikit mee- dia tak buat sekali banyak,kalau ada 4 order,4 kali lah dia masak- lastly dia masukkan tepung jagung yang di bancuh air- perghhh sedapnya panas2 makan dgn jeruk cili yg makcik tu buat sendiri jugak:)



Berbalik to my recipe ini very simple- 5 mins recipe namanya kalau i ada masa memang buat seperti di atas tetapi kalau tiba2 orang dalam rumah mintak this is the simplest without the beef stock etc.

Untuk sepinggan mee- ketuk dua bijik bawang putih dan merah,tumis dalam minyak,masukkan fish ball,dan bahan lain kalau ada (in my case fishball only), sawi biar layu sedikit,masukkan segenggam mee.kacau dan tuangkan sesudu sos tiram,sesudu kicap masin, biar api besar dan char, dah tu masukkan sedikit air biar berkuah, kacau2 biar mee masak sikit,lastly masukkan 1/2 sudu tepung jagung yang dah di campur air,Rasakan lah kalau tak cukup masin boleh tambah garam sikit. Nak kaw potong cili kicap atau beli jeruk cili dan simpan dalam fridge:) selamat mencuba.





semalam dan hari ni berpeluang makan di hotel sebab ada corporate lunch- berkongsi dua makanan yang sedap di makan- yang atas ni chicken soup with black mushroom- sedaplah di makan dengan cili- ayam tu di masak seekor di dalam bekas- boleh di cuba di rumah- di renih hingga betul2 lembut dan rasa mushroom meresap.


Hari ni lunch di Vasco,Hilton- i ordered steamed seabass sangat sedap- org2 besar,Datuk2 tu makan mee Goreng mamak- he he siap teh tarik lagi:):)

To Kak Rozz Hazidi ha ha kalau jadi kakak angkat sayalah yang nak manjanya- rasa kakaknya pulak masak- and to all thanks singgah- komen2 yang baik Alhamdulillah berkongsi sekadar yang ada- kalau ikut my sister dia bising i tulis banyak2 ni- she said tak ada privacy- but i just love writing- nak buat camana:)

To yang tulis  nampak saya happy macam tak ada masalah- mestilah setiap orang pun ada masalahnya, cuma bagaimana kita menanganinya- bernasib baik kita tidak ada masalah rumahtangga macam dgn husband,anak2,inlaws semua okay tetapi masih ada masalah sedikit2 dengan maid lah, dengan cita2 lah itu ini etc, dan di office pun sama- ada yang rasa tak selesa dengan kita,ada yang rasa tercabar, ada yang berusaha menyakiti nak buat macam mana, kalau nak tension selalu tak membawa kemana pun..mengadu pada manusia tidak membawa kebaikan kadang2- mengadu lah pada Pencipta- Kita bersusah hati orang bertepuk tangan, kita bahagia tak banyak yang bertanya, bila ada musibah menimpa memang akan gempar lah yang datang bertanya- itu kan lumrah manusia- di dalam seluruh badan ini ada seketul daging yang sangat sukar di kawal- iaitu hati- itu musuh utama- sukar baginya nak berkongsi bahagia orang- tapi saya percaya yang datang2 di sini semua yang berhati mulia dan baik2 belaka:);)Blog pulak bagaikan buku cerita kita- saya suka cerita happy saja2- at least nanti Tia Mia baca,banyak kenangan manis di hatinya.

Peace peeps!



15 comments:

yatiyahya said...

salam kak zu, i'm your silent reader...tks sbb tulis tentang yang baik2..the positive side about everything..it motivates me sometimes..tks again.. :) btw, the mee hailam looks so sedap..nak try masak balik ni...!

JueOny said...

Zu,

I'm your silent reader too. Org nogori gak, kampung kek tanjung ipoh. Nak tanya kedai mee hailam kat pilah tu, which area ekk? balik nanti bule singgah. Tq

Jue

JueOny said...

Zu,

Im your silent reader. kampung pun kek pilah, tanjung ipoh. Mee hailam tu which area ekk? Balik nanti bule singgah.

Tq

cik permaisuri said...

thanks kak zue for very good entry today.im amazed with ur determination to serve the best for family and taking care of uwan.i want be like you in future.u really inspire me.if you want my thought,i will say that "plz share more story"..have a good day ;)

eda said...

yes indeed kak ... baik kami neh baca yg baik baik shj dr byk bacaan nye yg buruk2 ... all the -ve aura from bacaan will meresap to us ..
tp bila baca the +ve aura from urs , buat kami happy .... and feel the bahagia from urs also .. moga2 kami pun sama bahagia mcm akak in story ....
the masalah we need keep to ourself la kannn ...

Unknown said...

yup.. agreed with eda... rasa rugi tak terperasan blog zue dari mula...

Anonymous said...

salam zu, hope u and family are well! just want you to know I baked your butter cake last weekend and it turned out rather good, thank you so much for inspiring me! I know what you mean about penyakit 'hati' in a person, it's the same everywhere, both in the East and in the West! If a person finds it hard to be happy for others memang they need to address their 'hati'…otherwise they will find it difficult to get on with their own lives.

momnsofea said...

i pun teringat-ingat mee hailam tu..ingat nak buat dinner esok.thanks for your receipe.
moga diberkati hidup kak zu.

momnsofea said...

saya pun teringat-ingat mee hailam tu. ingat nak buat dinner esok.
thanks for the receipe moga diberkati hidupmu kak zu.

Isaac's Mom said...

heheheh this is cute.

thank you very much for sharing the recipe:) now, all i need is to get someone to cook for me:) cant stand bau masak yet:)

Rozz Hazidi said...

Salam Zu. Haha...akak tak terrer masak macam Zu. Tengok mee hailam yang Zu buat pun dah menceceh ayo lio akak nie.

Betul kata Zu...biar tulis yang happy-happy jer. Jangan biarkan masalah membelenggui kehidupan kita...think positive & be happy.

Unknown said...

Mee hailam pilah memang best... Dulu kedai mee ni kt pasar. Tp skarang dh pindah. Rase nyer kt pej post lame kot. Tul tk zu....teruskan menulis yer zu....suka tgk n baca blog zu...jika ade rezeki ingin juga berjumpa dgn zu yg
suka membaking n cooking niiii...;)..♥♡♥

Azhana Fisal said...

Salam,

Petua from my Mom is letak kayu manis at the areas yang banyak cicak. In sha Allah cicak tak datang =)

dila~noor said...

Salam sis..1st time nk drop comment here.dulu tak pnh jmpe blog ni..sekali jumpe terus jatuh hati!! terus bace ur old entry..memang sgt terinspirasi..hehe

BTW,dl sy penah praktikal kt tabung haji..1 office dgn kak intan (kakak shikin kan)hehe..kirim salam kt die ye =)

Unknown said...

Kedai mee hailam ni kat area mana? Sebelah bangunan telekom tu ker? Atau kedai yg lain?