Monday, July 21, 2014

La Tahzan..Jangan Bersedih.

 
Salam,
 
 
 
Dah lama tak mengupdate blog- banyak yang berlalu lately yang mengharukan jiwa:( Jika tengok internet pun macam tak terpandang- pandang kekejaman di Gaza and ditambah lagi dengan MH17. Risau itu jadi berpanjangan mengenangkan bukan hanya tempat2 mereka tapi dunia dan kita, masa depan anak2 dan sebagainya. Tapi hati yang luka dan pilu itu hanya pengubatnya doa kepada Allah Swt- Apakah lagi yang lebih baik. Berbalas kata2 di fb dan sebagainya tak membawa ke mana- doa kita bukan melalui lalakan marah kepada sesuatu pihak, Doa yang tidak di ketahui itu,Doa yang membawa air mata itu..hanya Allah Swt yang mengetahuinya.
 
Pagi ni terbaca komen Ummi:) bertanya khabar- terimakasih Ummi- Alhamdulillah tiada sakit yang teruk cuma saya dan Tia Mia kalah dengan cuaca panas ni- batuk yang berpanjangan buat badan letih- cita2 macam2 nak membuat biskut raya tapi tak terlaksana semua- setakat ini hanya dua yang dapat dibuat. Itu pun hampir habis di makan Tia Mia.My pembantu si Heni pun dah balik raya, dia cuti sebulan di tambah lah lagi dengan semua mahu di uruskan sendiri- Uwan pun baru 2,3 hari ni duduk rumah maklang sebab tiada orang di rumah waktu siang, Alhamdulillah dapat lah Uwan berkasih-sayang dengan cucu2 di sana pulak. Saya ada anak saudara yang ada mild Autism, iaitu anak maklang yang bongsu, tapi mulia hatinya- dia lah yang membantu Uwan ke toilet dan sebagainya- di banding dengan budak normal boleh dikatan dia lebih rajin:) membantu my sister vacuum, menyidai baju dan sebaginya- Itu lah kebesaran Allah Swt.Masa nak balik lepas hantar Uwan cakap kat dia " Amir please look after uwan for Maksu okay"..dia jawab " no problem, I will":);)
 
Kalau nak di ikutkan keadaan sekeliling yang sedih, banyak yang tak enak di lakukan, macam bercerita tentang masakan, dan ada yang mengatakan tak sesuai posting kemeriahan hari raya dan sebagaiya. Apa pun bagi saya itu terpulang pada niat dan cara kita- besederhana lah dalam segalanaya-It's true our hearts bleed, our soul tremble with all the incidents around us but at the same time life has to go on. I have small children, one old mother- Tugas utama kepada Allah Swt, ada tanggungjawab sesama insan, fardu ain dan kifayah di buat sedaya mungkin tapi saya jugak bertanggungjawab memberi kemeriahan dan kebahagiaan pada mereka.
 
Mencatit kenangan Ramadhan tahun ini yang penuh dengan berita sedih dari dunia dan negara kita- Bersyukur tidak terhingga dengan kurniaan Allah swt kepada kita- melihat airmata dunia- Ya Allah lindungi lah kita semua.

 
The first School Potrait- Tia Khadeja- time flies so fast:) she's a big girl now.

 
My Mia Ayesha.

 
Primary 1..cepat ajer tahun 2014 akan berlalu, next year dah Tahun 2.

 
This is me when i was like 5 or 6 i think- Looking at the two, i see them in me:)
 
 


 
Doa yang baik2 untuk mu ya anak2.

 
Kalah dengan cuaca panas tapi saya kerap jugak buat gardening- sangat memberi ketenangan buat saya,..selepas menanam, duduk di kerusi luar dengan si Echa ni:)

 
Baru2 ni saya tanam these "Lavender look a like plants"

 
My girls ada lah dapat berpuasa sampai petang- tapi macam ni keadaan nya;)

 
Ada yang yang menghiburkan hatinya.

 
Second week berpuasa buatkan bahulu untuk Uwan- kebetulan hari tu uwan tak larat puasa..Alhamdulillah 10 biji Uwan makan bahulu panas- hilang penat membuatnya. Acuan tu pulak Heni yang bagi,hadiah dari anaknya- licin ajer tak ada bunya tapi senang keluar bahulu.

 
Antara yang saya masak bulan puasa ni..Bee Hoon kari.

 
Saya buatkan kuah yang cair- cair sahaja supaya tak muak.Lebih banyak bahan dari beehoon.

 
Lasagna for the girls:)

 
Buat tebal this time- sangat creamy dan yummy.

 
Hingga menjilat jari Tia dan Mia.
 

 
Last Sunday mother in law singgah ke rumah dengan Sil dari mencari kasut di SOGO dan TAR, tak dapat membeli terlalu ramai org katanya.. jadi di bekalkan lauk rebung Uwan utk bekal balik.

 
Myself pulak- i suka yang rebus2 macam singgang ni musim panas dan tekak perit.


 
Ini antara kegemaran the girls and their papa- steamboat in a bowl.
 
 

 
Goreng kambas sentiasa membuka my selera.
 

 
Now rindu nak balik kampung tidak terhingga- bagai dah nampak pokok2 melambai.
 

 
 
Tia Mia pun sama sangat rindukan rumah ini.
 

 
Yang paling rindu mesti lah si dia ini- walapun mata telah kabur tapi kenangan tak pernah kabur- Jangan risau emak- La Tahzan- jangan bersedih- In sha Allah doakan anak mu sihat tubuh badannya- di permudahkan Allah Swt urusannya- kita akan balik ke tempat penuh makna buat kita berdua.
 

 
Dua ni tak sabar nak bergembira di kampung yang sejuk:)
 


 
Tahun ni kurang ahli keluarga beraya di kampung rasanya- rendang ayam kita dah upah jiran untuk buat- rendang daging kita akan buat sendiri sikit nanti.Ini rendang perut dengan daun puding last raya- sedap sangat:)

 

 
 
Petang ni nak masak apa? sambal kicap dengan ikan goreng dan rebus ulam-ulaman pun sedap kan.
 
 
Selamat berpuasa dan berbuka semua;)
 
......................

13 comments:

cik ain | sweet thots said...

Salam ramadhan Zu,
xpenah try rendang dgn daun puding. Mmm mcmana rupa daun puding ni? Senang dpt x kat pasar? macam sedapp je rendang tu, tingin nk cuba ;)

Irfa said...

tgk gambar, perut pun berbunyi :)

Siti Asiah said...

sukenye rumah kampung tu...;)

Unknown said...

rindu pada k. zu... moga sihat selalu.. bulan puasa mmg menguji betul... cuaca panas n kering. selain itu berita sedih yg menimpa negara kita dan umat islam di Palestin.... selamat berpuasa n menyambut hari raya dengan famili tercinta.. 💙💙

Ila said...

Kak Zuuuu...I miss you!

Hani said...

Assalam kakzu,

Teringin nak jumpa. Insyallah raya ni saya balik seri menanti. jika sudi jemput datang beraya ke rumah ye bawak Tia Mia :)

ni email saya; nor.hamiza.hanim@simedarby.com

tq.

ida said...

Salam,lama tak menegur u kak..walaupun tak pernah miss ur story,tp tak sempat nak mengomen,happy to see uwan,stil shat and smiling..salam kasih rindu buat uwan and the twins...

Anis Ismail said...

Asalamualaikum Zu,
Terfikir fikir juga kenapa lama menyepi tapi Alhamdulillah semuanya baik2 saja.
Rindu pada entry masak2 dan hias menghias Zu.
Tengok pics terbaru TiaMia nampak sorang rupa Zu dan sorang lagi rupa daddynya...

Za Za said...

salam kak..

boleh share resepi rendang x?
teringin nk cuba buat... look at ur rendang sgt2 sedap.. :)

Nour El AiN said...

Salam kak =D

Seronok rasanya bila pagi2 buka dah ada entry baru ..
Rendang tu nampak sedap sangat
kalau ada masa.. nak resipi ya =)
Kiss for both tia and mya

eda said...

assalammualaikum kak ..
sy pun rinduuu n tak sabar nak tggu entry raya akak yg penuh dgn kasih syg tuuu ....

selamat hari raya kak zu n family .. kim slm uwan yeee

Unknown said...

Salam kak,
Rindu dkt akak punya entry .. selamat hari raya kak zu, uwan and family.

aLin arLene said...

Assalam Kak zu...finally after few months habis jugak backlog all your entry...yepp...ALL...sebab kak zu tak buat label so takut tertinggal resepi...segan nak tanya banyak2 kali...hehehe...suka tengok rumah kak zu and now my house from modern concept i nak tambah sikit2 corak flower...ala2 modern country gitu...tapi tu semua dalam perancanganlaa...tengok bajet...anyway, salam perkenalan...will come here often :)