Sunday, August 24, 2014

Days and Nights of a Woman;):)

Salam!

Quite a long week this time;) I was looking foward to weekend:  Suddenly on Friday the School sent an email informing us parents that there will be a workshop for Primary Students on Saturday starting at 8.00 am! Huhhhh there goes my weekend! Anyway i have decided to enjoy it anyway:):) happiness is in the mind:) - I had a good day on Saturday and tomorrow is Monday- again, happiness is in the mind:)

I have some pictures and stories to tell and to Aishah- thank you very much for sending me AyamMas voucher and as requested by you i shall answer your questions here (once i finish my rambling :):) 


Thursday we had Jamuan Raya at Office- i tak ada baju raya bling, ada sehelai dah pakai pulak but i ada beli this Jubah Arab from my niece- husband dia kerja di jeddah- i bought XL size- bosar lah jubahnya- supaya tak plain sangat malam tu beriya mengosok Swaroski bling2 kat baju- adalah sederet kat depan:)

Lepas tu- kerja2 yang standard di buat wanita- bergambar and bergambar:);)


 Mek kelate


Our Cool Datin;)




Mek KL:)


Saya dah bulat after this kena diet byk, byk and byk:):)


And thank you so much to wagih delicious malam2 hantar sambal bilis berapi kat rumah. 


Appreciate it very much Fariha;):) Rezeki di terima dengan gembira.


As Merdeka day is approaching my anak2 sangat semangat;) See the Cubby House ! Semangat membara:)


Elsa pun suka main dalam cubby house- sometimes i feel like Elsa fikirc dia ni budak perembuan- bukan kucing as i caught her few times playing with Tia Mia's barbie dolls, she will bite the dolls and bring it into the cubby house;);)


Saturday macam yang i cakap kat atas i mengambil keputusan untuk berehat- so i tak masak- pergi stall tak jauh dari rumah beli macam2 delicacies.


I jumpa pisang tanduk and beli jugak- suka lah pisang tanduk goreng sangat sedap.


Dah lama tak minum dengan sang suami di taman kami yang kecik.


While the two girls in school we enjoy our time together in the garden.


Sunday night i made pizza with tonns of cheese.


Sebab malas nak simpan balance cheese yang cepat rosak dalam fridge i taruk semua kat atas pizza:) I used Emborg Pizza topping and it was really good.


These two anything not nasik happy lah dia orang;)


Most of my Sunday is no pavillion  or KLCC day for me- It's time for her- sometimes ada jugak yang kecik hati- kawan2 ajar jumpa nak breakfast sama2 pagi Ahad- nak gather nak, nak itu nak ini- I am so sorry saya mengejar masa- anak2 nak swimming pun kadang2 di tunda- i need to give time to her- that is my satisfaction. To me 5 hari masa kita di office, membuat itu dan ini- saturday saya luangkan untuk budak2 and Sunday untuk yang really deserved it. Biar lah saya tak happening, tak cool, tak melepak di  high class restaurant etc- Ini memberi kebahagiaan jiwa buat saya. bagi yang masih berkesempatan membawa ibu2 yang masih sihat, berpimpin tangan macam kawan ke sana sini- Enjoy it- bersyukur.


We had Seafood at Port Klang today- the food is good and the price was really reasonable.


Ini lah orang nya yang saya perlu berikan masa saya, dia tak mintak pun tapi saya mahu memberinya masa, takkan sama dengan dia yang telah memberi masa dan jiwa seluruh hidupnya pada saya.


Balik rumah my brother datang hantar mata kucing dia ambik dari kampung- sedappnyerrrr:)


I bought setandan pisang dari road side and i gantungkan supaya bebudak seronok.


Fruits Corner:)


Dah lama tak buat Butter Cake- buat sebijik sebelum dinner.


Ada 2 Cake mould yang I suka- this one from Wilton and another one yang i beli online from Amazon.


Kalau buat Butter Cake mesti happy sebab bau penuh seluruh rumah.

And finally Untuk Aishah : 












1. How do you deal with generation gap with your mom?

Maybe it will give some problem to some people- Alhamdulillah not to me- kalau betul2 tak ada issue  generation gap as we are not dealing with our friends or people outside our family- She is our mom- exceptionally special- accept her as a Mom- give her that high status- Masa kita kecik2 kita tak pernah ada issue generation gap sebab masa tu kita look up at her- banyak benda yang kita tak tahu- apa yang ibu tahu buat kita rasa terpegun- pandainya emak- semua nak di rujuk pada dia- Bila kita besar kita pun jadi lebih cerdik dan kadang2 kita rasa kita lebih tahu dari dia- jadi timbul lah isu generation gap- cara dia bukan cara kita- Ibu pulak hilang kehilangan status sebagai 'wanita yang bijak tahu serba serbi" macam kita jugak suatu hari nanti- masa kecik segala benda nak di rujuk oleh anak kita pada kita- bila dia besar, dia cakap cara masak dia lebih baik dari kita, cara jaga anak dia lebih dari dari kita- tentu lah banyak pertentangan kan- dalam hati kita mesti kita cakap ' berak kau dulu aku yang basuh, now kau lebih tahu segalanya dari aku" - Walaupun hakikatnya semakin kita membesar memang lebih banyak yang kita tahu- tapi manage lah the sitaution- Cara terbaik adalah cinta, kasih sayang dan hormat- Beri lah dia status "wanita paling penting,paling cerdik, paling berpengetahuan, paling berpegalaman' sememangnya dia layak untuk title itu sebab syurga di bawah kakinya- Jika tak ada competition antara kita dengan ibu-tinggal bersama ibu tak kira berapa umurnya adalah keadaan paling menggembirakan. Mesti lah kita sentiasa ingat sedihnya hati dia meninggalkan rumah- hilang title permaisuri, hilang kuasa mengendalikan segalanya di rumah dia. Cuba rujuk banyak perkara padanya tak semestinya kita mengambil pakai semuanya- tapi untuk mengambil hatinya dan supaya dia berasa selesa di rumah kita- supaya dia rasa dia ada 'contribution' dan bukan membeban.

Uwan dalam umur 91 ini pun masih ada fikiranya takut membebankan me- selalu tak hilang di mulutnya asking us to take her duit pencen supaya dia ada contribution- walaupun tak perlu tapi untuk mengembirakan dia selalu i will withdraw sikit and bawak dia breaksfast kat luar or makan- masa makan i akan announce' hari ni Uwan belanja kita ya" then my hb, budak2 pun cakap " terima kasih Uwan belanja" nampak sangat happy dia, sebab dia ada contribution. kalau dulu2 dia sihat i purposely tanya recipe dari dia- mintak dia ajar buat itu dan ini- dia sangat suka.

I hope you and your mom akan berkasih sayang sentiasa macam kawan2 sebaya;):)

2.Food- macam mana nak cari Pesto, Olive Oil, etc yang halal- Kita memang patut berhati-hati membeli barang yang nak menjadi darah daging but at the same time Islam pun tidak menyusahkan umatnya- sebabnya umat islam duduk di seluruh dunia di Europe, China etc- Untuk barangan yang buka terdedah pada non halal atau keraguan macam minyak, barang sayuran kita tengok lah ingredients yang ada kat botol tu- apa kandungan nya sebab bukan semua barang yang perlu kena sijil halal jakim- barang2 yang memang jelas seperi lembu,ayam atau yang kandunagnnya boleh menggunakan benda yang tidak halal seperti chocolat , cake etc maka perlu lah ada tanda2 tersebut- tetapi seperti barang2 sayuran kita boleh membaca ingredients di botol atau tin tersebut dan sekiranya kita masih ragu maka pilihlah untuk membeli produk dari negara Islam, seperti Olive Oil ada yang dari middle east- begitu jugak pesto sauce, tomato sauce jika telah membaca kandungan di botol terang tiada apa2 tapi kita masih ragu kita boleh buat sendiri- segala nya ada di hujung jari kita sekarang- just google' how to make pesto sauce? how to make home made tomato sauce? 

3.

How to hire a maid? - I used agent before- you can google the Maid Agent- just bring money and they will arrange for you from A- Z. Sekiranya nak jimat ramai jugak yang mengambil direct atau melalui kawan2- if you have time nak uruskan pengambilan sendiri adalah lebih baik -unfortunely i dont have the experience to share with you. I used Gaya Maid Agency kat PJ,Alhamdulillah okay until today dah nak masuk 8 tahun my maid they never forget to remind renewal and arrange untuk documents or collection. Again " google" is the guru- tekan saja semua keluar:)

4.Career- How to  balance nak kerja, nak masak etc.

The answer is time management- buat segalanya dengan kasih sayang dan ikhlas- kita manusia, takkan kita tak ada rasa penat, tapi pengurusan masa yang betul ,pentadbiran rumah tangga yang elok akan memudahkan kerja- Nak masak- buat planning awal, hujung minggu beli apa yang patut, ikan dah siap siang dan asing satu2, ayam dah siap bersih dan pack- cili dah siap blend, barang2 untuk breakfast macam roti,hotdogs, canned mushroom, cheese, semua boleh di simpan- malam ingat esok nak masak apa, turunkan frozen fish/chicken dari freezer,hotdogs etc- pagi dah boleh terus masak.

I bangun pukul 6.00 bukan 4.00 atau 5.00- lepas Subuh, masuk bilik uwan ,bawak dia ke bilik air untuk buang air and ambik air sembahyang, after dah pakaikan telekung tunggu dia sembahyang, dah sudah, naikkan atas katil katil baring sementara i masak,turun masak lauk 2 jenis, untuk uwan dan budak2, breakfast western and local- packed breakfast anak2- siap semua, ambik tray bawak breakafst budak dan uwan naik tingkat atas- budak2 dah siap mandi bagi breakfast kat atas- hantar masuk kereta hb, ada maid pun i need to see my kids masuk kereta- i yang nak lambai bukan maid- kemudian naik atas balik semula, mandikan Uwan, pakaikan baju, sikat rambut, bawak dia ke sofa luar bilik bagi breakfast make sure milo habis, nasik goreng habis, vitamin habis- bukan maid tak boleh buat tapi tak tau pukul berapa dia buat nanti- kenyang ke tidak my mother- selalunya habis buat semua ni pukul 8.00 then baru i siap pergi office- Alhamdulillah sempat.

Mana dapat energy? Vitamin CINTA dan KASIH SAYANG namanya kalau tak masak tak kan tenteram di office- kita lunch time  macam2 Cafe kita pergi,kadang business lunch hampir setiap hari di hotel 5 bintang, yang di rumah bagaimana, i takkan tersuap makanan- kalau ada jamuan di office lagi lah masak yang special sikit di rumah.

Dulu2 setiap petang balik i masak lagi - now tukar routine i rasa perlu memberi uwan banyak 'makanan jiwa' now petang i beli ajer untuk tambah lauk pagi- supaya tak letih sangat- so boleh makan cepat dan maghrib awal- lepas maghrib i akan baca Yassin dengan Uwan- dia boleh hafaz Yassin dulu2- now dah lupa2 pun dia masih okay- malam pertama 60% ingat, kedua dah bertambah 70% dan yang terbaru dan boleh ingat hingga 90% - I sendiri pun sangat rasa tenang bila dapat mengangkat tangan berdoa bersama -sama my mom.

Hakikatnya tak ada di antara kita yang superwoman, kita sama sahaja, buat kerja banyak kita penat, tak ada masa untuk diri sendiri kita sedih, orang tak setuju atau hargai kita rasa down- saya pun sama- penat, sedih kadang2, down atau frust occasionally- tapi saya tak putus asa, saya carik sebab untuk gembira- saya carik sebab untuk berpuas hati- dan yang utamanya saya DOA, DOA, Ya Allah permudahkan lah- tiada apa lain yang lebih memberi ketenangan selain doa- Just imagine- bila ada sesuatu cabaran atau kesusahan, kita hanya boleh bercerita pada kawan, husband ketika siang, ketika berjumpa- bila malam semua orang dah tidur kita pun seorang, masalah masih belum pergi,  tapi ada yang tidak tidur, ada yang tidak meninggalkan kita- Ketika baring seorang kita masih lagi boleh berdoa, boleh meminta- Itu sangat istimewa, Kerana Dia Maha Pengasih Dan Penyanyang.

Saya harap perjalanan Aishah di permudahkan- Kasih sayang melimpah ruah, tenaga bertambah2 dan semua nya elok dan bahagia hingga ke akhir hayat dengan yang tersayang.Amin

…………...




36 comments:

yati said...

sangat memberi semangat kt sya kak,saya dh xdak mak abah..tapi still have MIL yg sya blh berbakti

www.myrichheartandsoul.com

idamurni said...

Allahuakbar, semoga Allah merahmati hidup sis sekeluarga. Saya terkesan dengan jawapan yg sis beri pada reader sis. Semoga ia memberi manfaat kepada saya & reader yg lain.

Ibu NajlaaZuhaira

Neny said...

Kak, thanks for the nice words about being a daughter, wife and mom. Saya menumpang rasa dan berharap melakukan tanggungjawab sebaik mungkin. Kadang2 mmg lelah menguruskan kehidupan seharian tetapi dgn apa yg kita buat ini lah menggembirakan org2 tersayang. Keep writing these nice words kak, I really love it :)

Filla said...

rasa tenang baca entry kzue yang ni..

~ Z a N n A ~ said...

Assalam...enrty akak ni memang sayu dan tunggu setiap masa...mmg bagi semangat dan teladan..akak jgn berhenti menulis ya.. :)
kirim salam uwan...peluk cium tia mia..hugs for u akak...:)

Mak lagenda said...

Slm kak zue..entry kak zue selalu ditunggu2..

suka baca n3 kak zue sbb ia bkn hnya n3 kosong semata2..bnyk motivasi dan kata2 positif yg akk bg.

admire cara akk layan uwan, anak2 dan manage r/tangga. Smoga kak zue sentiasa dirahmati oleh Allah SWT

Unknown said...

thanks for your advices.... sgt bermakna....

Saudah Salleh said...

Benarlah, jika coretan itu datangnya dari HATI, PASTI menyentuh HATI yang membacanya.

Terima kasih Kak Zue.

Norhidayah Rasin said...

Thanks a lot kak zue for the guidance. Moga saya sentiasa diberi kekuatan untuk gembirakan parents saya.

mamabeauty said...

thanks for sharing your jawapan tu.. life is too short kans.. so berikan masa yang ada utk orang2 tersayang..

Ladybird Searcher said...

bergenang air mata sy baca entri akak kali ni. akak selalu bg inspirasi utk sy tiap kali abis baca entri akak. semoga uwan terus sihat..tia mia terus membesar jadik anak yg solehah dan akak terus menulis entri baru..

syalinda johari said...

Thanks kak untuk perkongsian ni..

LV said...

saya sgt bermotivasi baca blog akak... thank u sangat buat entri yang sangat bermakna...

eda said...

kak !!
keep writing pls ya jgn stop..
even kdg2 dh dekat nak hapal dh routine akak tu , but every time baca ur writing tu , dtg satu semangat yg baru ..
dlm keras ade lembut ..
dlm tabah ade sedihnye ...
semoga kita semua diberkati ALLAH .. aminn

aziekz said...

terima kasih akak..ATS nasihat.cerita.how to manage time...
sedih terrharu...akak contoh yg baik bagi saya ;)

ruru said...

sis zue,

i pun salah sorang your silent reader. hehe. yang terpanggil nak komen di sini sebab i follow your resepi mee udang guna perencah tean. sedap & menjadi. cuma termasin sket. ahaks. walaupun guna perencah tp bule la, sebab i nak masak cepat2 dan tak nak renyah2. so now ada option utk masak mee udang at home :)

tq sis!

Mama Bella said...

Assalamualaikum Zue,

Nama pena akak ialah Mama Bella. I'm a scriptwriter, novelist dan dulu-dulu tulis cerpen. Last few months akak terjumpa blog Zue dan selak baca sehingga ke belakang. Akak sangat teruja dan post kali ini buat kolam air mata akak pecah. Sebab apa? Sebab Zue tulis dari jiwa dan ianya jujur. Muah kat pipiUwan serta Tia dan Mia dari Mama Bella. Teruskan menulis ya dik.

http://mamaintanpayung.blogspot.com/

Unknown said...

Terima kasih kak zue dan yg bertanya. Jwpn kak zue bukan sekadar jwpn utk yg bertanya tp utk readers lain jg mcm sy. Sgt terkesan dgn words dan susunan ayat kak zue hgga menitis airmata sy. Semangat yg kak zue ada sgt tinggi dan harus dicontohi semua wanita termasuk sy. Sy jg nak jd mcm kak zue. Insya Allah! Menulis pengalaman hidup bkn sekadar utk tatapan anak2 ttp sdkt sbyk dpt berkgsi dgn org lain mgkin pd ketika ini @ waktu kita telah tiada di dunia ini. Kak zue, truskan menulis kerana tulisan dan motivasi diri kak zue dlm meniti kehidupan ini sgt berharga!:)

kirah said...

Salam.........
mmg sweet sgt, saya ibu kepada 4 anak yg sedang mmbesar, penat kan, blk dr keja nk masak, uruskn anak2 sbb suami blk lewat..... sll merungut sbb mcm xcukup tangan, tp bila baca your story, it's time to change all to kasih sayang.....tiap2 hr mesti nk jengok jgk blog yg sweet ni...

Farah I. said...

dear sis.. your writing keeps me humbled and reminded me the most important thing in life is our love ones..

Unknown said...

Salam, xlengkap 1 hr kalau xjengah blog yg sweet ni... saya ibu kepada 4 anak, agak letih blk keja, laju2 msk dapur masak, smbl monitor anak2 ( 9 years - 1 year) yg sedang mmbesar, rasa mcm xcukup tangan, sejak baca blog ni sngat teruja n sedang berusaha utk ubah semua kepada kasih sayang spy hr2 berlalu sangat indah.... byk panduan saya dapat di sini... cantik la rumah zu......

wahida said...

Alhamdulillah..saya setuju seratus peratus dengan pandangan akak. Terima kasih kerana sentiasa memberi semangat..saya masih ada mak dan abah.mereka menjaga anak2 saya dengan ikhlas hati wpon duit bulana saya tak pernah missed. Maka pada saya satu tanggungjawab untuk memastikan saya sentiasa menjaga hati mak dan abah dan menggembirakan mereka selagi mereka ada. Biarpon adik beradik lain berjauahan..saya yang bongsu..Alhamdulillah..suami sangat supportive..

emy said...

ada certain part terjawap jugak question sy ni (yg dok dlm kepala selama ni) yes...sy suka part kasih syg ikhlas sumer...myb part kasih syg tu ada..cuma selalu dlm kehidupan sy nak feedback dr sy bagi kasih syg tu...itu yg sy lupa adalah ikhlas..tq share ni kak..
yess..sy pun selalu review entry lama2 akak..very2 memakan jiwa..hehehe...

NAT said...

K.zue,thank you for your sharing k.zue..really appreciate it.bigbigbig hugs!!

Unknown said...

assalamualaikum mama tiamia, i am ur silent reader n to be true i always cry when i read ur entries. Mashaallah, i feel u so much especially when u express ur feelings towards uwan. sometimes ur words of wisdom did motivates me to serve my mom better. thank u. May Allah gives you so much love, time and patient while you can be with uwan. love you.. writes more..

Ismahasmi said...

salam akak. thanks semua detail2 akak bagi. memang sesuai jugak untuk saya yan jaga mak. seronok atleast dapat baca pasal your experience. semoga saya boleh apply jugak apa yg ada dalam ni. thank you anyway share this topic.

Zaila Mohamad said...

air mata saya tak berhenti mengalir saat membaca entry akak

masalah generation gap tu bukan masalah aishah shj, saya juga merasakannya especially bila dah berkahwin dan merasakan MIL kita lebih baik dr ibu kita

Masya Allah banyaknya kelemahan diri yang harus saya baiki, thanks akak buka mata buka hati. semoga saya diberikan masa dan peluang utk berbakti buat bonda di kampung

Unknown said...

as salam kak..
tq byk2 ats segala yg akak kongsi, klw x sentuh hati mmg bukan dr akak..moga sy diberi kesempatan utk memberi yg terbaik utk org tua sy juga.amin

Unknown said...

Teringat mak sakit kat kg ble baca blog akak...hujung minggu Je dpt blk kg...Semoga mak sihat seperti biasa..Amin.

Unknown said...

AssalamuAlaikum sis, ur answers are great mashaAllah.Tq so much!

I am LZ said...

Assalamualaikum Pn. Zuraidah,

I feel so touched membaca antry ini.. Saya tak pernah terlepas membaca blog Puan. Kali ini saya terpanggil untuk memberi komen..

Puan memberi saya inspirasi dan secara tak langsung saya terikut apa yang Pn. buat seperti gardening, cooking walau pun tak serajin & secekap Puan.

Terima kasih kerana berkongsi dengan kami..

Nastyna said...

Lucks just had pizza lasnite, almost like u did taruk semua cheese sebab tak nak bazir rosak kalau tak habiskan hehehee.

Same to me here, almost semua sauces saya buat sendiri sebab macam ragu2 nak guan yang from kedai, unless bila kami buat groceries kat turkish shop la, the thing is like u said la... Islam itu mudah.

momnsofea said...

Kak zue sy suggest g mkn kat aroma kat jeram..byk pilihan tempat cantik ada surau boleh tgk sunset... sat selalu full..kena g awal sikit.
ameen..moga kak zue bahagia dunia akhirat...men jaga ibu sebe gitu baik sekali.

ummisara said...

rasa tersentuh baca....semoga saya diberi kesempatan utk berbakti kepada kedua ibu bapa ....

terima kasih mamatiamia. terima kasih.....

Unknown said...

Love to see your pics. I'm following your blog:)

aelin said...

Zue... i mostly be a silent reader on ur blog and i do like it very...very much. But this time i really need to tell you... how words and ur life been inspiring to me... hope i can meet u some day... peace!!!