Wednesday, September 9, 2009

PEMINAT CHENTA@CINTA

Ha..ha..title is a bit hot..rupanya ramai la peminat cherita cinta,semalam mama citer cheritera chenta(tribute to ayan CHENTAKU) sikit wahhh banyak lah silent readers email mintak more and more,suruh cerita siapa yang gemok,yang kurus,yang pendek and kisah dating with papa laa..ha..haaa...Hmm malaslah nak cerita lebih2 ni..cerita lama..setiap cerita yang mama tulis kat sini semua ada significant,ada kenangan,ada 'magic' in our lifes yang mama tak nak terlepas begitu saja..bukan setakat bercerita saja..suatu hari nanti bila mama dah really tua dan takkan bercerita lagi kerana sudah lupa atau maybe telah tiada Tia Mia boleh ada kenangan cerita mama..kalau suatu hari you both tengok mama seorang tua yang berkedut macam uwan melamun jauh,tiada lagi bijaksana,tiada lagi rupa,tiada lagi bawa bahagia..dengan kenangan ini you both tahu mama papa telah melalui segala,pernah muda,pernah bijaksana..pernah ada segala..dan yang paling penting biarlah ia jadi ingatan untuk berpijak di bumi nyata.Okay lah..untuk tidak menghampa dan untuk mengukir senyuman di muka hari ni dan suatu hari nanti mama cerita kenangan yang manis dan kelakar:)

Gambar kat atas ni lovey dovey couple yang mama papa jumpa di Florence,they are so sweet, so nice to us..macam dah lama kenal..mama pun snap lah gambar dia orang buat kenangan.So cerita mama hari ni tak de lah kena mengena dengan dia orang ni..ni cerita peminat "ganjil".Masa mama mula2 kerja dulu after dah duduk rumah pakcik mama duduk menyewa apartment maklang kat Desa Pandan dengan kawan mama Wan Nor,kita orang duduk berdua jer,dia one of mama's best friend, kenal masa di Law faculty dulu.Everytime balik kerja mama singgah check "pigeon holes" kat ground floor tu tengok surat, oneday tu mama dapat satu surat tak der stem,bawak naik mama pun cerita kat Wan Nor and dia tak sabar2 suruh mama bukak,bila bukak tengok surat yang bertulis rapi dan cantik..antara barisan yang di tulis " saya sangat meminati saudari,setiap hari saya memerhatikan saudari,saya suka cara saudari berjalan,et etc,kalau tak dapat tengok saudari pun tengok bumbung kereta saudari pun sudah cukup" masayallah gilaaanya..tengok bumbung kereta lagi..minat sangat kot kat keta mama yang comel masa tu..ha..ha..masa tu first kereta mama satria merah WFF 320..sayang giler lah kat kereta ni..ye lah beli dengan duit penat lelah sendiri..masa jual kereta ni mama melalak..ha.hahh..ok berbalik cerita tadi, Wan Nor cakap mesti dia duduk kat apartment kita orang jugak dan duduk level tinggi kalau tak camana la nak nampak bumbung keta!!!.Mama tak berapa suka lah baca surat dia tak berapa rasional..tapi wan Nor cakap mana tahu Azu maybe dia hensem gilerr..anak raja..kih..kihh..hemsen gilar anak raja aper kalau pi letak surat dalam pigeon hole..tak kan suruh pengawal istana lak yang hantar..dan apa kerja dia perati bumbung kereta orang..takuttt lah jugak masa tu.So, after few days dapat lagi surat..this time dia marah kat mama sebab tak lagi lalu tempat yang mama selalu lalu,alih kereta tempat lain..aduhh gilo botul ni..dan dia siap tinggal kan no phone suruh mama call.Balik rumah cerita lah kat wan Nor lagi..Wan Nor pun sibuk lah suruh mama call..mama tak nak..dia cakap to end up mama punya curiosity call lerr..mama pun ikut cakap dia call nak la tahu sapo la yang gilo amek ni..bila call tiba2 pompuan suara halus jawab..mama ingat salah no,call lagi sekali..sama jugak girl jugak yang jawab..mama ingat ni mesti kes kantoi ni..girlfriend dia dah angkat..mama pun mula lah nak explain biar dia tahu apo kojo boyfriend dia..tiba2 girl ni jawab " sayalah yang tulis surat tu..saya suka kat awak dan kenal dengan lebih lanjut lagi"Kaboommmm..gila baboon..mama terus letak phone..citer kat wan Nor..gila betul akhir zaman ni..after that dia tulis lagi surat explain dia suka kat mama sebab cikgu dia yang mati dulu rupa mama lah,dan mintak nak kawan lah,nak jumpa etc..camni camtu lah..tapi mama ignore jer..in the end dia really marah..mama takut jugak masa tu..everytime jalan asyik tengok kiri kanan depan belakang..itulah cerita yang kelakar dan seram jugak.Wan Nor cakap kat mama "tu lah kau Azu..orang lelaki suka kau semua tak nak..nak dapat ko pompuan suka kat ko.."Ha..hahhh..haa..kira dasat jugak lah yekk.

Nasib baik dapat papa lelaki sejati..walaupun tak se macho mana..tapi pandai mathematic..itu yang penting..kihh..kihh..Olympiad dulu..boleh lah tolong mama buat Finance paper MBA..haa..haaa sampai dapai distinction,sungguh di luar dugaan ..haaa..haaa..secara seriousnya papa sentiasa berada di sisi mama dalam apa keadaan sekali pun..masa mama terguling-guling buat paper MBA dia pun tak tidur..memberi semua sokongan..masa mama sakit papa suapkan ubat dan masa mama mengamuk papa siramkan air..walaupun kadang2 mama jadi hulk bila kena air tu ...

Papa tak pandai tinggal surat kat Pigeon hole..tapi dia berusaha memenangi hati mama dengan apa cara sekali pun..Papa tak pandang bumbung kereta mama tapi dia benamkan kereta dia dalam parit kat kampung mama..ha...haaaaaa...

Hmmmm penat bercerita ni..how i wish we could go on vacation to the places that mama papa had visited and this time with you both..butttt we just balik kampung dulu jer lah girls...main bunga api,makan lemang,tengok sungai..bila ada rezki lebih insyallah we can main ski,tengok lake,makan 'al dente" spaghetti sambil menonton God Father with papa di boutique hotel di Lucerne.



8 comments:

Drama Mama said...

hish scary nya budak perempuan tu!!! luckily nothing bad happened to u! alhamdulillah

Ikin said...

sukaaa....sukaaaa cerita chentaku.
hahaha...ikin ingat la peminat misteri tu.budak pompuan tu...psycho.

ikin ada ingat la maksu...tapi tak sure mamat tu duk kat mana. ingat tak mamat bawak kereta putra minat maksu.tinggal surat kat cermin keta ke apa ntah. tak silap ikin maksu jumpa kaot mamat tu. story dia kelakar. tapi tak ingat camne.

Betul2...sometime ada orang tanya...ala...tak boring ke ...tak penat ke menulis kat blog pasal cerita sendiri. tapi, ini la cerita kita kan. Nanti, kita dah tua...bila anak cucu baca balik...dapat la tau apa yang pernah kita go through. Sometime kita pun cepat terlupa apa yang pernah kita lalui.Kenangan tu yang paling mahal.

Go maksu...go...teruskan bercerita.

MamaTiaMia said...

ikin, budak bawak kereta putra tu tinggal email address dia kat windshield keta..tapi dia lelaki botul..ha,ha..best cakap dengan dia kat email,dia duduk US lama..10 tahun baru balik..baca buku2 yg sama macam maksu..jumpa sekali tengok dia shorter than maksu and ada ponytail..ha,ha..he's a nice guy but paksu is taller and got no ponytail..kih..kihh..

Gee Harun said...

Banyak dah saya terlepas entry.. ni cerita chenta pulak ni.. :-D Wow, class la kak zue, hantaran dari cannes.. :-> Gee dulu, sogo aja..ukh! ukh!. :-( Nice shoes tu kak zue.. kat sini Zara, aldo, gucci, tods 50-60%.. kalau kak zue ada kat sini sure u tak senang diam..hihi. Semoga tia mia bijak seperti papa mama ye.. amin.

Idida Aziz said...

heheh...ingatkan papa tia mia la td...rupanya budak ppuan...
sungguh malang lelaki yang agak pendek kan...xdpt ppuan tinggi cam kita...dodulu pon sama gak...kalu rendah dr kita reject bulat2...eksyen plak mcm cun jer.hehehe

MamaTiaMia said...

gee,makasih moga anak2 kita jadi anak2 yang bijak dan soleh amin..selamat beraya di sana,tak leh komen kat fp awak ler..so saya jawab kat blog ni jer

Anonymous said...

ouuhhh... that's so sweet.. i pray for your never ending happiness.. semoga Allah redha.. chenta kt entry bawah ni pun hebat.. boleh buat filem! ;)

Zuraimah Ismail said...

so sweet...buleh buat novel dah citer chenta ni... :)you n ur hubby make a very lemak manis couple....

but part peminat perempuan itu amat scary....