Thursday, October 15, 2009

Devil Wears Apron!!!! Kok Yang Benarrr Bukk...

" Gue ngakk suka di panggil ibukk..bila masa gue beranakin kamuh???"..ha..haha ada kawan2 mama tak suka di panggil ibuk oleh pembantu.Heni panggil mama 'puan, dulu mula2 datang panggil "Mem' rasa macam minah salleh la pulak mama,terbayang duduk kat estate besar,belakang rumah ada quaters pembantu..mama duduk di meja besar yang panjang ada lilin tinggi2..'kriutttttt......' bunyi pintu "mem..ada orang bunuh diri di belakang".."Cuttt..." ha,ha tu cerita twilight zone,next time mama cerita. Ni cerita yang benarrr..tidak ada yang tidak benarrr melainkan benarr semua.Kisah pembantu ni memang tak habis2 kalau nak cerita..hari rabu auntie narimah text mama " azu,maid aku lari dengan bangla,balance duit raya laki aku pun dia sapu" padahal masa hari makan2 kat rumah mama tu baru jumpa maid tu,siap borak2 dengan heni kat belakang,jejak kasih since sekampung.

Auntie idida tanya mama kat comment semalam,since mama buat banyak benda heni tak banyak buat kerja jadinya. Penat jugak heni,the 2 girls terlampau active,full of tricks sekarang..tak terkejar heni.Sebenarnya mama dah biasa independent,tak berapa harap orang buat kerja,kalau maklang datang pun dia ada pass remarks "budak berak suruh lah heni basuh" " suruh lah heni buat yang tu jangan kau jer nak buat semua".Sejak kecik mama manja jugak anak bongsu, uwan tak pernah suruh masak,suruh buat kerja rumah,seingat sehingga sekolah menengah hanya basuh kasut jer,uwan tak pernah paksa buat kerja dapur...tapi uwan tunjuk teladan beri perangsang, keinginan tu datang sendiri,dah besar sikit mula buat macam2 jugak,bila arwah atuk meninggal lagi mama buat macam2,tukar bulb mentol sendiri kat rumah,buat kerja panjat2 lah.Bila dah duduk sendiri semua pun buat,masak mesti nak sendiri..tekak ni perasan rasa masakan sendiri jer sedap.Hingga sekarang ada pembantu ni,heni tak pernah masak kecuali nasik,kalau emergency macam setakat goreng ikan,buat sambal tu adalah.yang lain semua mama masak,breakfast,lunch,dinner,kudap-kudapan..semuanya.Taklah membebankan masak2 ni dan tak lah ambil masa yang lama...time management,proper planning and the most important "wanting to do it" is the driver.Bersyukur jugak dapat peluang buat semua ni..kadang2 keinginan ada tapi kalau masa tak mengizinkan tak jugak tercapai,mama percaya semua ibu2 pun nak yang terbaik untuk keluarga mereka,apa pun yang sempat kita buat kalau dibuat dengan ikhlas dan kasih sayang sudah mencukupi.Nak jawab soalan auntie idida tu "pukul berapa pergi kerja?"he,he..kadang-kadang terlangsung jugak lah tapi tak pernah ambik kesempatan kalau lewat memang benar2 ada hal. Mama masuk kerja pukul 9.00 sometimes terlebih la sikit..bangun 6.30 subuh,dah tunaikan apa yang patut,kejut2 you all turun bawah dalam 7.00 - 7.15..mama terus masuk dapur,dah beritahu heni apa yang dia patut potong2..kalau nak masak nasik lemak malam tu dah suruh dia kukus nasik lemak dulu,mama masuk dapur buat sambal,buat kari,masak soup untuk tengah hari,kalau dah ada kari cuma tambah sayur untuk uwan,kalau nak makan pulut kuning,malam mama dah suruh heni kukus pulut siap2..keluarkan ayam potong2,keluarkan santan,blend cili,mama masuk dapur buat rendang tak sampai 20 minit,tambah sup untuk lunch.Kalau nak breakfast western lagi senang,mama bukak fridge,keluarkan base pizza,sapu sauce,tabur bahan2,terus masuk oven..less than 15 mins dah ada pizza,kalau tak buat toast,ada topping hotdog,ada telur,ada veges,masuk semua dalam oven,bukak campbell soup,masuk pot,tambah fresh milk,parsley,kalau rajin blend a can of mushroom ,campur semua,jerang.Selalunya breakfast terhidang by 7.30-7.45 or latest by 8.00 - 8.15,mama sempat suap the you all makan kalau dah siap before 8,00, 8.20 mama naik mandi,siap 8.40,masuk dapur tutup gas dulu,tengok apa yang terjerang,hidang kan the girls the munchies,8.45 masuk kereta vrooomm..insyallah 9.00 0r 9.10 sampai office (tapi kadang2 adalah jugak hal2 tak dapat dielakkan maka lewatttt lerr)

Nak cerita pasal Devil wears Apron ni..dulu kita ada 2 maid Ani and heni,at one point of time nyaris ada 3.Mama masa pregnant sakit sangat,kepala macam kena pukul kapak 24 jam,muntah hijau kuning pun 24 jam,sebelum awal pregnancy ada maid,bagus budak muda tapi rindu suami dia selalu,mama dah nak due,husband dia datang dia pun kaputt..mama really terdesak,through agency memang dah apply tapi takes about 3 months to process,so mama called agent tak berdaftar,dia cakap ada sorang kebetulan tuan dia migrate,mama kata datanglah nak tengok,petang tu dia terus datang bawak kain baju,mula2 masuk terus duduk atas lantai,rupa tak pleasant tapi itu bukan ukuran mama,somehow mama macam tak berapa suka dengan dia feeling yang kita tak boleh explain..tapi dia pandai ambik hati,terus masuk dapur cekap,masak sup sayur,goreng itu ini,kebetulan petang tu pakcik datang jadi dialah yang masak dan hidangkan dinner.Tengok okay lah should give her a chance, sebab mama sakit tak da choice,dia lah yang masak dan menguasai rumah jugak dah mama selalu terbaring kat bilik.Dia buat breakfast,masak lunch buat kueh kat uwan untuk minum petang tapi hati mama masih tak 100% dengan dia,mama tak suka dia yang selalu nak curi dengar apa mama cakap dengan papa,menyampuk apa orang cakap,mengata pasal old majikan dia,banyak kali mama warned dia. Dia cerita pasal dia kena treat badly by the old majikan,kena kurung,kena ikat tak bagi makan,dia pandai sedapkan hati mama yang dia pernah jaga orang anak kembar 4 di kedah,so twins shouldnt be a problem. Tak suka pun terpaksalah,bila you both baru lahir bawak balik dari hospital perasan tak suka mama kat dia bertambah,tapi mama tak tunjuk,mama tak bagi dia handle you both,sakit2 lepas operate,tak pernah ada experience jaga budak mama buat semua,mandikan you both,tidur dengan mama,buat susu etc..memang susah..dan pembantu ni nampak marah,tak puas hati..masa dalam pantang kak nur pun datang jaga mama weekend,sapu pilis kat dahi,buat fruit juice,masak soup..dia jadi cemburu,hentak2 pinggan kat dapur,marah2 kat ayan,bila mintak dia buat sesuatu dia cakap "nantilah saya tangan ada 2 saja"..memang meruap darah mama,kak nur suruh mama sabar,mama masih lemah takut dia buat apa2.kenalah sabar.maid berdaftar yang di tunggu tak jugak tiba lagi,mama ambik keputusan nak ambik sorang lagi..ye lah tengah macam meroyan dalam pantang emosi pun tah apa2 tah mama,dengan breast kena operate ada susu basi,dengan itu,ini..mama pun carik sorang maid lagi.Si ani ni masih mama kekalkan,datanglah maid baru..maid yang datang pulak yarabbi..keadaannya sungguh tak sesuai,bukan nak mengutuk tapi bak kata pakcik "kalau kau mengandung acik tak bagi kau ambik ni zu,takut terkenan budak" mama nak be positive jugak,walaupun muka menakutkan nak bagi chance pada dia,mama bagi dia handle you all,lagilah menyinga si ani,jealous..nampak macam dia boleh handle you both until you both muntah sampai tak boleh bernafas bila dia bagi minum..berakhirlah episode dengan dia,si ani pun ambik opportunity tu tunjuk skill dia bagi minum babies etc..mama pun mula allow dia handle babies.Bila datang heni,keadaan hanya okay mula2 jer..perasaan hasad dengki ani begitu mendalam terhadap heni,fitnah,perebutan kuasa, menjadi-jadi sampai rupa-rupanya kadang2 you all jadi mangsa,babies menangis berterusan dia tak bagi heni handle sorang pun.Ani nak jadi mem,bila mama tak ada dialah mem kat rumah,uwan,heni semua dia perintah,tapi sorang pun tak really cerita kat mama.Ani sibuk nak mencantikkan kan diri diri,mama masa tu tak suka makan nasik makan ikan dan sayur jer,kata heni dia kat rumah pun makan ikan dan sayur jugak,buat fruit juice.Bila kedaan bertambah teruk dua2 pagi bergaduh,rumah mama macam rumah kongsi,dua pembantu bercarutan..sakit jiwa mama nak mententeramkan.Ada jugak orang yang ada lebih dari 2 pembantu tapi tak lah macam mama,kedaaan macam tu sebab Ani memang penghasad dengki orangnya..setiap yang jumpa dia tak ada yang suka termasuk jiran2 ..pernah mama jumpa tangkal dalam bilik dia,ayat2 yang aneh dan sebagainya.Tapi mama berserah pada Allah Sbt,kita pun di ajar uwan dan arwah atuk ayat2 Al Quran yang patut di amalkan,tidak patut ada perasan takut pada manusia atau yang lain melainkan pada Allah pencipta kita sahaja.Masa you all umur 1- hingga 3 bulan kena colic yang teruk tiap maghrib menangis sampai tengah malam,really siksa,tak ada orang yang boleh tenangkan you all selain ani,sungguh aneh..mama bagi makan anti colic,sapu mintak yuyi kat kaki,belakang kaki,urut,semua tak jalan,mama,papa,uwan,heni dukung semua tak jadi...hanya ani yang dapat tenteramkan..bila pikir balik memang aneh..Ani pulak lagi lah naik tocang macam seluruh rumah bergantung kat dia.kalau nak cerita memang lah panjang,mama baca surat yang dia nak hantar kat ayah dia di jawa,berbunyi sungguh suspicious " bapak jangan risau,majikan saya ini banyak duit,nanti kita kan senang, saya tipu nama dengan dia, saya bilang saya ada anak di indonesia,biar dia bagi hadiah bila raya".Dibelakang mama dia pergi mengorat pekerja kontrak di tapak binaan tak jauh dari rumah,siap berlenggang kangkung buat se jug sirap,dia meminjam duit dengan semua orang gaji di sekeliling,kirim beli handphone kat lelaki indon etc. Kemuncaknya masa you both umur lapan bulan,masa tu mama terpaksa tinggalkan heni,ani,you all,uwan kat rumah pakcik,papa hantar mama pergi Zurich untuk graduation MBA mama,..ani buat pernagi jugak kat rumah pakcik,masa balik dari Zurich,Allah nak tunjuk,satu hari mama keluar dan balik mengejut,masa tu ada berderet orang kat belakang rumah nak mintak hutang dengan dia,macam2 lah cerita keluar,mama pun hilang sabar,darah panglima keluar..mama panggil dia,dia menjawab siap dengan mata2 buntang "panggggggg' kena sekali dengan mama..mama suruh dia kemaskan kain baju masa tu jugak..mama panggil cab dan suruh cab hantar balik kat rumah agent dia.Mama bukan kejam tapi tak boleh biarkan dia tunggu dan bermalam lagi takut dia buat yang bukan2..esoknya mama suruh heni kunci pagar,rumah takut jugak dia buat apa2.Selepas dia pergi ada lagi orang datang menuntut hutang dia...tapi rumah jadi tenang,rasa aman.Mama fikir mesti dia dah buat soemthing yang really salah kat old majikan dia sebab tu dia kena kurung..hati dia pulak penuh hasad dengki..kalau kak nur,ikin,ayan datang pakai baju cantik2 dia mesti muncung..mesti lepas tu mengata kat uwan..mama pernah terserempak sekali,pukul 5.30 pagi uwan masih tidur kat katil,dia tengah campak bag2 uwan kat atas katil sebab marah dia nak menyapu bag2 ada kat lantai..kalau tak istighfarr bukan kah akan ada dialog yang sedemikian dari heni kepada mama :puan saya jumpa ani mati kena cekik di biliknya"

Belajar dari pengalaman mama tak nak jadi dependent pada pembantu,tak nak jadi setengah orang yang takut nak marah pembantu kalau2 dia lari siapa nak jaga anak.Bagi mama perhubungan pembantu dan dan kita adalah perhubungan profesional dan kemanusian,dia orang susah meninggalkan negara demi sesuap nasik,macam kita jugak yang mencari rezki,kalau dia berhemah mama treat dia sebagai keluarga sendiri,mama tak kan marah tak bersebab just because dia seorang pembantu,tak hina pembantu,tak hina tukang sapu dimata mama.Tapi kalau dia lebih berminat nak menipu nak membuat masalah,cuba menyakiti keluarga mama dia patut bersyukur hanya mendapat 'panggggggg' dan bukan seperti dialog heni (yang belum terjadi) diatas.


Buat pertama kalinya mama post gambar Ani yang suka nak jadi mem di sini..tak tahu lah kat mana pulak dia jadi mem sekarang dan siapa pulak nama baru dia.

Mama dengan T shirt cabuk putih,ani pulak dengan t shirt striking pink nya.Apa pun anak2 mama yang botak itu masih yang tercute di gambar di atas.

Ni bukan heni yang masak tau..tapi mama,malam tadi mama buat Herb & garlic Spaghetti with salmon..nyumm..nyumm

Since you all suka salmon mama pun letak Mr salmon banyak2..tapi kalau you all nak makan tak bolehlah buat pasta tu 'al dente' kena boil sampai soft betul..

Why mama suka masak? Tengoklah ni..papa baru balik tak bukak baju lagi terus ambik sepinggan besar spaghetti dan makan dengan kusyuknya mama tanya mana lagi sedap dari Olio,papa jawab "ni lagiiiiiii sodapp"..rasa suka hati:) biarlah heni tak banyak kerja pun..

3 beranak makan spaghetti sambil tengok favourite movie dia orang "Mr Bean".

Mia pandai nak ada "fringe" sekarang..dah rambut curl macam mana mama nak kasi fringe tu terletak.Masa baby Ani tak suka kat Mia,sebab compared tu Tia..Mia tak berapa rapat dengan dia mencabar kehandalan nya.Lepas Ani berhenti automatically aura kat rumah kita jadi aman..sungguh aneh,mama rasa lagi peaceful.

Heni tak maask pun dapat jaga dua orang budak super active ni dengan baik jadilah..tak caya cuba tengok dalam gambar ni dia punya active tak boleh cerita..sampai jadi gambar twilight zone..tak diam seminit pun.

12 comments:

Drama Mama said...

hoh jahatnya si ani nama samaran tu. kira u were patient with her jugak if it was me tah apa dah jadi kat dia hehe

yerp my mum dulu pon masa kitorang kecik2 ada maid she cooked for us pagi2 and tinggal our maid just heat up and buat kerja kemas2. kalau bab masak tinggal kat maid macam tak berapa bestkan, bila plak anak2 dan suami nak makan air tangan isteri and mak diorang kan. nanti sayang maid lebih dari kita haha

but lain orang lain pandangannya so up to each individual to decide lah kan

Ikin said...

Gue ngakk suka di panggil ibukk..bila masa gue beranakin kamuh??...suka suka dengan ayat ni...hahaa

memang la geram dengan si heni tu.tak suka. muka selalu macam busuk hati je. masa tinggal kat rumah abah, Allah nak tunjuk. Ikin dah keluar naik kereta, lepas tu perasan skirt terkoyak sikit kena tumit kasut, masuk rumah balik. terus dengar dia cakap aku kau dengan dia. Sakitnya hati. Bila ikin suruh ulang balik dia cakap apa...dia jeling. Pastu pergi tesco bawak budak tonit, dia yang lebih2 pakai seluar ketat kembang bawah, pakai tudung ala2 topi. Abah siap sound...ewah2 ...kemain lagi ko. Abah panggil dia enab kan...hahahhaa

nerry nerry strawbery said...

zu, hari isnin mungkin maid baru dari acheh datang..harap2 baik dan solehah selepas di landa tsunami... jadik 'puan' yg baik pun salah pas ni nak jadi cam cina Pek Hua mem yang dera nirmala bonat lak lah... maid aku dulu pun klu pegi jusco x main beli baju kat bahagian brand jusco dia pi beli kat padini.. waduh2 nasib baik aku x ajar di lalu kat zara and dorothy perkin...ingat lagi masa tengok kau dlm pantang, ani buat air kat bawah mmg cam mem berkuasa pong pang pong pang dia kat dapur he he

4 Kay-E said...

Azu,
mcm2 experience dgn maid kan? we have similar probs.. since Elin&erin dlm pantang 2001-2006, kami ada 8 org maid! ada yg nak balik, ada yg nak bunuh diri, ada yg mencuri, ada yg mandi tak tutup pintu! mcm2 probs. the final one before we came here is the good one. but we have to send her back home.

balik m;sia nnt tak tau lah mcmana... I really need a maid, kalau tak mcmana nak gi keje.. hmm.. dah pening dah pikir...

yup, that's true, kita bukannya nak hina. if they treat us well, we will do the same.

kelakar baca skrip Heni... hahaa..

si comel 2 org tu suka salmon ye.. nyum nyum.. Auntie likes salmon too.

MamaTiaMia said...

ikin,bukan heni ler..ani..heni yang kena dera tia mia..haa..haa..penyakit ani tu dia perasan lawa..memang enab maleh nak cakap..

nerry,harap2 ada rezki adif dapat yang elok lah..sian adif baik sangat duduk diam dengan mata bolatt dia tu..kalau ani dulu aku bawak balik gelang kat dia dari Switzerland pun nak jealous lagi kat heni..dah tu baju semua ketat..gila nak jadi mem dia tu..tak dapat2 kawin ngan mat salleh jaga estate lagi..hah..haa

MamaTiaMia said...

ita..kelakarnya baca da maid mandi tak tutup pintu..ha,ha..tu kira case menggoda extreme tu..insyallah balik nanti doa2 dapat yang baik..tak ada maid problem kan..nanti kita calling2 kalau ada masalah apa kat mesia.

farah said...

salam kenal..sy pernah experience ada 2 maid.
masyallah tuhan saja yg tahu.indon bila ada lebih dari satu dlm rumah mmg mcm2 perangai.i dah serik

ins hassan said...

alamak same la notebook akak dgn kita...ini namanyer satu hari nanti bole jadi mcm akak!!!amin....:)

fauziah said...

Adoi, mmg pening la kan, kalau ada maid yg mcm itu. Bukan gee tak ada yg teruk, ada... tak dan 24jam kerja dah minta balik, reason given, dia baru lepas operate, tak boleh buat kerja berat-berat. :-D mmg naik darah dgr reason minah tu dulu. Isk, kesian kat Neery tu, siap sempat kebas duit. Nasib tak apa2kan budak. Tak ada maid susah, ada maid dah berperangai. Hope Henni baik2 aja ye jaga budak 2 org tu.. btul tu, biarla kita byk kerja sikit, janji semuanya happy...

Next week, nak try resepi rendang kak zue tu. harap2 yummy gak ler.. :->

MamaTiaMia said...

ins hassan..ko pakai jubah hari ni yerr

gee..selamat mencuba gee..mesti sedap tu..awak pun boleh tahan pakar jugak kan:)

Idida Aziz said...

mcm2 hal la ngn maid ni kan...xada susah ada pon susah..kdg2 rs mcm nk amik maid gak sbb ada msnya kita perlukan derang nih...mcm ritu nafisa sakit kene gegas ke spital kul 4 pg..kesian kene hangkut uwais yg tgh nyenyak tido ke spital sejuk2 tuh...uwais nk kene dukung, nafisa nk kene pangku..mmg xckp tgn...bila time gitu la nk pakai maid... tp bila kene maid cam ani bole ilang akal dibuatnya...

kat opis ni pon asyik dok citer psl maid...maid lebih sensasi dari artis pulak...hehehe..paling glamer maid lari ikut pak guard...

tabik spring ler azu...wpon sibut keje msh sempat siapkn sumer tu utk uwan, tia mia n papa...sib baik rumah dekat..kita ni kdg2 mls jer lebih...hehehe

syanashwa said...

learn a lot from all the comments and your story, of course!! kebetulan kami baru pecat our 9 month old maid from kelantan!! yg best tu pecat 3 hari sebelum kenduri!! w/pun badan penat, tapi hati rasa puas gembira bahagia tk terkata... :) can't agree more with u about them..