Friday, October 9, 2009

Hati Yang Gumbira Teringat-ingat Cerita Lama

Hari ni kaki sakitlah,dah lama tak kena sakit kaki ni..dulu masa zaman kurus yang amat kurus selalu kena sakit kaki ni. Maklang cakap dia perasan 'arch' tapak kaki mama sejak kecik tinggi,so jalan macam terjengket-jengkat..so kaki tak really berpijak penuh,macam tak support..sakitlah..iye ke..pandai jer lah mak lang.Malam tadi papa dah sapu YokoYoko..adalah lah kurang sikit kalau tidak semalam nak duduk silang kaki eksyen2 kat kedai tak boleh, sakit betul.Apa pun hati berbunga-bunga gumbira jugak..janji housemate lama dulu masa zaman single nak datang rumah this coming Sunday,so mama nak masak2 lah sikit Sunday ni ajak family and kawan2 lain jugak. Mama tak jumpa kawan ni for a long long time, we were really close last time,shared everything..macam apa kau makan aku makan,apa kau pakai aku pakai..but mama didn't go to her wedding and she didn't come to mama's either.We didn't send letter,didn't call until lately.Hmm banyak betul kenangan duduk dengan Wan Nor ni masa kat Desa Pandan, mama pindah dari rumah pakcik merasa duduk sendiri pun because of her lah.Ingat masa mula2 pindah kat desa pandan,apartment tu maklang punya so we sewa,maklang cuma taruk dining table,kitchen cabinet and bulit in wardrobe..lain tak der.Kita orang masa tu nama jer lawyer tapi cikai ye lah kerja baru berapa bulan jer,ajak pakcik pi Courts Mammoth beli tilam paling nipis,with limited money we turn the apartment into heaven.Yang manis,yang kelat..semua ada,dah tua2 ni yang kelat2 kita lupakan..ingat yang manis2 jer.Zaman duduk dengan Wan Nor dulu ni mama selalu rambut pendek..puas carik gambar rambut pendek nak letak kat sini..soft copy ada gambar2 yang kat bawah jer lah..tapi gambar2 dulu bila tengok geli hati sungguh..nanti mama carik.

Masa dulu suka rambut pendek camni..buat bob sikit..yang pandai buat kedai cina kat desa pandan tu lah..mama cakap "tak nak leper kat atas okay..kasi macam2 kembang2 bukan macam lepas mandi"..kih..kihh..gambar kat atas tu masa tumpang duduk kat rumah auntie Yatie kawan mama,auntie dia duduk kat London..masa ni tak der duit tapi lepas naik Eurostar dari London pi Paris..gumbira. Yang funny masa duduk rumah auntie ni mama pun masak,pergi pasar Westham beli ikan talapia,bendi,sotong,tofu,belacan,mangga muda..mama pun masak asam pedas ikan talapia with bendi,sambal tumis sotong,steam tofu,sambal belacan with mangga muda..husband auntie ni matsalleh..dia makan punya sedap tak ingat..esok tu pukul 3 pagi berkejar2 dia masuk toilet..pukulan sambal belacan mangga muda.

Pas tu zaman dulu mama memang kurus gilerr..lengan pun cam lidi jerr..makan apa pun tak memberi kesan,padahal pagi makan nasik goreng sebesen,tengahari nasik putih,malam nasik and nasik and nasik..semua carbo tu bertapa..bila dah kahwin jer dia terus berlaari keluar mencari kawasan kawasan strategik untuk di lemak kan...gambar atas masa baru sampai katParis duduk hotel 3 bintang jerr..jalan kaki dari hotel berbatu2 pi Gallery La Fayette..sampai balik tu dah lembik kaki macam sotong..nak gerak ke taxi stand pun tak boleh..dasat betul zaman dulu..buat apa pun tak berapa pikir.Dah tu duduk hotel ni..owner dia physco sikit..satu petang dia jaga reception mama turun bawah nak mintak air panas,dia suruh mama ambik dan buat cam rumah sendiri kat kitchen,kitchen dia kat basement,mama pun pi..masuk kitchen tengok banyak la croissant,fresh milk,strawberry mula lah nak cilok macam2..tiba2 kitchen gelap gelita,dah la basement satu cahaya pun tak der..berhenti berdegup kejap jantung mama..nak bernafas pun tak boleh..tiba2 ada lampu balik..mat french tu duduk tersengih kat pintu..tuptap.tuptap dia bukak tutup lampu.."ha..haaa..surprise" he said..gila kan..mama pun ambik satu pot air panas and cepat2 lari..kalau lah apa2..sorang pun tak tau kat basement,kat paris..

Ni gambar dengan auntie Yatie kat London tu dia duduk Westham..jauh betul dari airport naik black cab..yarabbi haa..nangis nak bayar..zaman dulu ambik gambar sukalah posing2 senget ni haaa..rumah auntie ni penuh dengan barang2 oriental..malam2 ada masa dia tutup heater nak jimat masuk bilik air macam pijak air batu..malam mama tidur dengan kawan mama kat living area,auntie ni pasang airmattres..tak senang hidup kat overseas kalau tak banyak duit,semua pun mahal..kagum dengan yang berusaha hidup di rantauan dan banyak jugak dah senang lenang.Lepas 2 malam tidur kat situ we duduk Radisson SAS..ye haaaaa..sebab company bayar.

Ni satu lagi pesen rambaut mama suka buat..bila cina tu dah terpotong rambut depan pendek sikit mama pun ikat kat atas..pesen lah kononnya..gambar kat atas dalam kedai carved candles kat Cannes..dia tak bagi ambik gambar masa proses buat..macam lah kita nak tiru nar..

Overall kaki sakit pun hati bebunga-bunga satu sebab dah pasang satu LCD kat dining area rumah baru..permulaan,permulaan..nampak tu LCD dan Lampu Laura Ashley kita..heh..hehh..gambar dining table baru mama sorok dulu..kudukut la nak tunjuk..hi..hii..secondly nak masak2 nak jumpa kawan lama hari ahad ni..harap2 mama dan kaki mama sihat..nanti kita ambik gambar dengan kawan2 lama mama tu okay and post kat sini.. Have a nice weekend everbody !

6 comments:

nerry nerry strawbery said...

yo la x ingat muka wan nor tu camana sbb masa first time pegi makan2 raya rumah anak dara kat pandan tu terus impress rumah yg complete serba serbi dan byk makanan yg melampau cam rumah orang dah kawin he he.. buat rambut kombang tu hahhh balik mesti muka cam mia sebijik..

MamaTiaMia said...

hoi nerry..ko pernah datang desa pandan ye..aku tak ingatlah..arwah sudiro,pokya datang dulu..aku buat kari kepala ikan..arwah cakap kari kepala ikan aku yang paling sedap dia pernah makan..sian dia.seronok lah ingat yang lama2 dulu..wan nor tu anak dah 3 kau nak jumpa dia mai lah sunday ni.

fauziah said...

Ada tahi lalat tak kat tapak kaki kak zue ni? haha..byk btul tempat berjln..kata org tua2 ler.. ntah ye ke tidak kan.. :-D

Hidup di perantauan ni mmg serba mahal.. nasib kami ni byk the bank cover kak zue, kalau tak..tak dtg ke sini, buat kata2 pasarnya.. mengabihkan borehh.. hihi..

Enjoy your weknd kak zue!!.. sure special tu nanti masak.. get well soon k...ke byk jln tuk shopping tu kat nx door.. :-D :-D

annhuzi said...

oh u r the cannot get fat type, wonderful. bestnya, i tak pernah merasa keadaan kurus2 sangat. lucky u get to experience jln2 london, paris..nxtime tia mia's turn to experience.

ya la the lcd32 look small. ur living room must be huge. i m stil using the old fashion 21inch tV, and is big enough for my tiny space :)

MamaTiaMia said...

hi gee.. ala leceh la tak boleh tinggal komen kat fp gee..tapi saya dah tengok sardin tu sungguh mengancam iman you.

hi ann..i mesti jaga2 jugak..gemuk lagi senang jadi dari nak kurus..

job said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社