Friday, July 1, 2011

Cerita Ceriti,Congrats!Congrats!

Salam semua:) Terimakasih pada yang melawat blog ni,yang jadi pembaca setia dan menghantar email pada saya:) Sebenarnya malam ni nak bercerita pasal pembantu lagi,had lunch with few friends today and we were talking about it.Also today a friend from Saudi Gee harun was asking about maid and she commented "kak zu ni mesti baik orangnya maid happy dah duduk 4 tahun lebih lamanya".So nak berkongsi cerita lah tonite,budak2 kenits dah pun tergolek tidur setelah dibacakan buku cerita,mamanya pulak sambil menengok her favourite program AFC-River Cottage nak lah bercerita..ohh ya..saya suka betul River Cottage ni,suka tengok mamat saleh ni ada few chickens,kebun sayur,boleh petik sayur belakang rumah bila nak masak..saya rasa so seronok hidup macam tu kan..memang jadi impian saya nanti kalau ada rezki dapat membina rumah,biarlah rumah tak besar tapi ada kawasan belakang yang saya boleh bercucuk tanam,a few chickens,rabbits and cats:)
Tapi sebelum tu nak ucap very big congrats to my nieces Nur and Ayan,i think it is good for me to write about their achievement here,one day when Tia Mia boleh baca this blog they can get inspired:)



First Congratulation goes to our Kak Nur,Nur saya punya niece dari arwah abang sulung,she is strong and hardworking lady,lost a father during young age,just like me,she struggled to achieve her dream,she came out as best student under TNB's sponsorship.She is now a wakil puteri Umno Bandar Tun Razak,above picture is her appearing in talk show at ASTRO Awani,she inspires many young students.So Big Congrats to Kak Nur ya.:)


Another Congratulation goes to this young lady in aquamarine blue,our kak yan,my niece,anak my sister..kak yan got a place to do Master in Strategic Marketing at Imperial College,London,Imperial is one of the prestigious college in UK.Kak yan passed her IELTS (International English Language Testing System) with flying colours,while UK requires a mininum 6.5 as passing mark,kak yan got fulled marks!The best part kak yan  was interviewed personally by the professor from Imperial College through skype and he said kak yan is the best candidate:) so all the best to kak yan okay;)


And now nak bercerita pasal pembantu,ni gambar Heni 3 tahun dulu masa raya di kampung,sekarang Heni my pembantu tambah sihat..oh ya Heni yang besar tu,the smaller one is Sue pembantu my sister.Kalau nak dikatakan saya ni baik tak tahulah..saya bukanlah baik mengambil hati tak kira tempat,bagi saya dua pihak memerlukan antara satu sama yang lain,dia datang mencari rezki dan saya perlukan bantuan dia utk kerja kerja rumah..kunci utama treatlah dia sebagai manusia,perlu letak diri kita dalam diri dia.Saya tahu ada dua jenis majikan,satu yang saya jumpa tak berenti marah kat pembantu ada saja silapnya..dan yang kedua sangat baik dengan pembantu,duduk beborak sama,segala masalah rumah tangga diceritakan,pembantu tolong mengurut badan,mencari uban etc..saya pulak tak tergolong dalam mana2 antara dua ni.Saya tak marah tanpa sebab dgn pembantu,kalau dia buat kesilapan yang tak boleh dielakkan macam pecah pinggan,tumpah makanan,terbakar kain,saya boleh maafkan dengan nasihat sebab itu tak dapat dielakkan oleh manusia biasa tapi kalau buat kesalahan kerana tak berfikir macam bagi budak susu basi,panaskan lauk sampai terbakar itu saya marah sebab ianya boleh di elakkan dengan berfikir..saya akan beritahu sebab kenapa saya marah.dari segi berborak pulak saya tidak berborak sentiasa tanpa sebab,sebab saya percaya perlu ada pantang larangnya dalam apa pun pergaulan,sama jugak dgn kita bila bekerja di pejabat.Saya tak pernah bagi maid urut atau pegang badan,bagi saya kalau ada hubungan begitu dia telah hilang satu dari banyak perkara hormat pada kita sebab dia dah boleh pegang badan kita.Saya berborak bila perlu,kalau dia nak bercerita pasal anak dia di kampung saya dengar tapi saya tak pernah bercerita soal keluarga saya pada dia,tak pernah bercerita pasal kemarahan pada jiran atau bergossip pasal jiran atau sesiapa saja pada maid.Maid patut tahu batas dia sebagai pekerja dan kita patut tahu kewajipan kita sebagai majikan,seperti yang saya sebut dia juga manusia,meninggalkan kampung halaman utk mencari rezki,amat sedih kalau difikirkan dari segi anak2nya,ditinggalkan ibu mencari rezki dengan mencuci jamban rumah orang,mengaut sampah longkang,sebab tu hormat saya tinggi pada tukang sapu,pencuci di pejabat,rasa belas bagi mereka yang mencari rezki mengguna tuang empat kerat,Having said that tak dapat di nafikan kebanyakan pembantu sangat "tricky" kalau kita tak berhari-hati memang jadi mangsa,jadi tentukan peraturan sejak hari pertama,seperti jugak perkahwinan,perlu ada garis panduan dari hari pertama, kalau dia elok buat kerja hargai lah mereka,beri hadiah yang kecik2,perlepasan,hubungan majikan dan maid adalah hubungan kemanusiaan yang mencabar,satu pihak terpaksa mengguna tenaga membuat kerja jadi dia penat,satu pihak pulak merasakan duit gaji perlu berbaloi kalau tak ada jalan sepakat tak kan menjadi.Walaupun saya tak bertepuk bertampar dgn pembantu saya tak menyekatnya dari segi makan rehat dan utk ibadat,pembantu saya tiada handphone,dia hanya telefon family sebulan sekali atas kehendaknya,dan saya berterus terang dgn dia,kalau dia rasa sudah penat bekerja nak balik terus ke Indon saya tak menyekat cuma beritahu awal2 supaya tak menyusahkan saya.Nak dikatakan dia perfect memang banyak flaws nya,kadang2 defensive,kasar,blurr tapi asalkan tak melanggar batas2 utama saya boleh berlebih kurang.Nak kata saya perfect pun saya bukan lah orang yang perfect atau majikan yang perfect..tapi dalam yang utama dalam hati saya saya tak pernah merasa dia sebagai manusia yang low class,saya hargai dia sebagai manusia yang susah tapi mencari jalan utk membesarkan anak2nya.Setelah berusaha kita berdoa,tak pernah lepas saya berdoa mintak pada Yang Esa supaya lembut hatinya terhadap anak2 saya,tak berbuat perkara yang tak elok.Raya ni heni nak balik,saya bagi perlepasn 15 hari biarlah dia nak berjumpa anak2nya.Finally kita perlu ingat "pembantu" adalah membantu kita membuat kerja2,kita tak boleh biarkan dia "menentukan" dan "megendalikan" rumah kita..kadang2 tanpa disedari kita biarkan maid mengendalikan rumah kita,ada kawan saya bertanya lauk apa anaknya lunch,jawabnya dia pun tak tau apa yang maid masak.Kalau kita biarkan dia yang masak,menyuap budak,mengendalikan rumah dari A-Z sebenarnya kita telah memberi  title "Menteri Rumah" padanya yang sepatutnya kita yang memegang,kita lah yang mengikut apa yang ditentukannya,apa yang di masak itu kita makan,apa yang digosok itu kita pakai,anak kita membesar dengan air tangannya,cara suapannya,dalam dakapan dokongan nya,sejak anak saya kecik saya tak suka melihat dia menangis mendakap dan menyembam muka ke badan maid,menangis mesti berada dalam dakapan saya,anak2 patut menghidu bau badan ibu dan bukan maid.Memang lah penat sedikit bila berpendirian macam saya ni,pernah ada yg menegur kenapa saya terkejar2 masak lepas tu berpenat pulak mengejar nak bagi makan,patutnya biarlah maid yang suapkan..sebab saya tak bekenan anak disuap dgn maid,rasanya tangan ibu lah yang terbaik,saya masih ingat cara emak saya menyuap saya dan membesar dengan cara itu menyuap makanan..kalau tak ada pilihan macam petang2 bila kita tak balik lagi kerja tu tak dapatlah dielakkan,tapi kalau ada peluang jangan lah lepas peluang itu.Akhir kata jangan hilang hak kita sebagai isteri,ibu,permaisuri rumah kepada maid tanpa di sedari.

Saya suka masak di wet kitchen,boleh tumis apa saja..kalau hujung minggu,bila dah masak saya kemaskan dapur semula,heni tak perlu basuh apa2..sebab hari minggu untuk dia rehat atau cuti tapi sebab dia tak mengambil cuti maka saya ringakan beban dia.



Kalau hari minggu saya susun atur balik apa yang ada di dapur,sebab sepanjang weekdays tak berkesempatan,jadi biar ada tanda kita menguasi dapur kita,biarlah cara gelas tergantung,pinggan disusun,sayur di fridge gaya kita dan bukan terbiar pada maid.


habis bercerita pasal maid..ni dinner malam ni, simple ajer saya habiskan stock yang ada dalam fridge supaya besok boleh pergi pasar malam.Kari asam kembung ni ciptaan saya,Tia pun suka,husband makan bertambah,pembuka selera,nak buat singgang macam boring,so saya tumis sesudu rempah kari,bawang putih merah,daun kari masukkan ikan hingga layu sikit,tambah sedikit air,tomato dan asam,sedap masam2 dan wangi daun kari hasilnya.


What shall we have for breakfast tomorrow?I love to serve "beautiful" breakfast to my family,rasa seronok menyediakannya.


Di mana pun kalau berkesempatan saya nak masak,kalau di overseas sangat seronok berkunjung ke supermarket melihat sayur ikan dan spices..ini lauk yang saya masak hari terakhir di Farm di Perth last year,nak clearkan stock,saya masak white fillet fish with madras curry,prawn with garlic tak buang misai pun dan ikan bilis garing..dalam cuaca sejuk di farm,sangatlah sedap selera makan..terbayang lagi kesedapan curry ni..Insyallah tahun ni moga saya berkesempatan lagi memasak masa travel nanti.Happy weekend to everybody ya.

7 comments:

Salmi said...

salaam mamatiamia :-) congrats to both beautiful ladies..moga allah permudahkan segala urusan for both of them..having said about maid, I have one who worked with me for 9 years..dari my youngest tu lahir sampai la darjah 2..dia paling lama keje..and dia berhenti after dia kawin..very true memang kena ada boundaries dengan maid nie, and no matter baiknyer dia..kita still kena berhati2..now dah 6 tahun takde maid sebab anak2 pun dah besar :-)

MamaTiaMia said...

salam salmi..kalau dah lama tu dah jadi macam keluarga pulak tapi kita tetap tahu batas kan:) kalau tak perlu maid ni memang bahagia rasanya salmi:)

Anonymous said...

Mama tiamia, suka sgt baca your blog! Saya pernah comment cakap yg sama dulu tapi nak cakap lagi jugak :)

Rasnaya next2 time bolehla share resepi2 kat blog u ni, sbb semua nampak sedap. Kalaua da reqest boleh kot ye?

MamaTiaMia said...

salam anon..terimakasih ya..boleh ajer berkongsi,insyallah:) take care.

Anonymous said...

betul tu zue.. saya rasa sebaik mana pun majikan atau pembantu, mesti ada sikit gap yang perlu digariskan. My maid nih dah 7 tahun stay with us. Alhamdulillah.


Laila

MamaTiaMia said...

salam laila..alhamdulillah 7 tahun tu lama,moga kita tak ada masalah dgn pembantu kan..insyallah:)

Fizah said...

cantek dan tersusunnya dapur awak...=)