Wednesday, August 31, 2011

Our Beautiful Raya - Part 1 Kemas Rumah Uwan!


Kami Penyimpan Mohor Besar Raja2 Kenits ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Batin pada semua...kata mama especially pada semua pembaca blog ini dan yang meninggalkan komen2 kat entry sebelum ni...mama too busy to reply one by one..she made rendang,ketupat,laksa..she wishes all readers selamat hari raya too.Ouhhhh we had wonderful raya at kampung..we are very happy..we feel that we can relate to mama's experince when she was small....we had to do many things,everybody were tired but they had smiles on their faces 24/7..we feel so blessed and would like to thank everybody in the family for bring this wonderful raya to us..Alhamdulillah,Alhamdulillah and Alhamdulillah said mama.We would like to share our beautiful raya with everybody..it will become our sweet memories too..we mandi kat bilik air uwan yang sejuk,we kejar ayam jiran,we lari2 tengok pakcik masak lemang.pasang pelita,we help kak ikin filled the ketupat,we swept the floor..and we had glorious and wonderful food..we might not eat in fine china or seat on expensive chair or watch flat screen..but we had magical kampung style raya..for that we are truly thankful.


Kemas2 rumah uwan..it was hardwork but fulled with fun..after that semua tergolek penat:)


Mama's old room..it was cold and cosy inside here..we love reading our book on the bed.


We tempah new curtain for uwan's house at Kuala Pilah..semua country style..very much at Kuala Pilah less than Rm20 for a window..it was simple but sweet and suits the country style;)


Curtain for wet kitchen..but the tukang jahit tambah rambu ramba ni..they rasa too plain agaknya..tak apa lah..quite nice too;)


All gingham motive for uwan's kitchen..style zaman2 dulu but like it:)


The kotak2 style follows other items such as the table handkerchiefs..semua murah kat Kuala Pilah.


A set of table cloth,tissue box cover and six table handkerchiefs only cost us RM18.


Biskut dan titbits raya pun di susun atas almari.


Rumah uwan pun mula berseri..maklumlah dah setahun tak diduduki manusia mesti lah banyak kerja dan transformasi nak di buat.


Kita orang pulak dah penat berlari di bawah..naik kat atas mengadap game;)


Cactus di tepi tingkap uwan dah tinggi menjulang.


Bila dah kemas..mata pun sedap memandang..bersedia untuk hari raya..mama keta kita kena kemas rumah kalau tak tak seronok duduk di dalam nya:)


walaupun banyak kerja..semua boleh dilakukan bila bergotong royong..rumah uwan luas dan cosy..banyak tempat nak kena vacuum..mama sampai sakit pinggang lah:)


Kami sangat suka dan sayang rumah uwan yang antik ini..mama kata kita sama2 kena menjaganya.


Permandangan dari Aminah Resort..sangat nyaman dan damai..okay cukuplah untuk entry pertama..entry kedua masak lemang!!!!!..cukup seronok tau ..banyak activity..mama let us become kanak2 sepenuhnya..we buat semua yang teringin di hati..no napping..heee..hee..fun,fun and fun and we were rewarded with delicious sup tulang,rendang lemang in the evening..we joined everybody for last buka puasa..wahhhh seronokkk you..Ok..see you all in the next entry ya..take care;)

Thursday, August 25, 2011

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN!


Salam..mamatiamia ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN pada semua yang berkunjung..tak ada gambar baru yang lain..ni gambar dalam fitting room nak cuba kaftan:)


Gambar raya this year belum ada..ini gambar last year..kami Mama,Tia dan Mia mengharap semua orang bergembira,diberkati,panjang umur,murah rezki dan dapat kita bertemu kembali;)


Raya this year ada double celebration sebab Merdeka boy yang atas katil tu akan celebrate birthday dia on second raya tu..since rumah uwan kat kampung oven dah rosak..mama dah siap sedia recipe sinfull steam choc cake..nanti petang raya pertama kita buat kat papa ya..we can decorate as we like:) Thank you to this man,yang tak banyak perangai puasa ni..balik dari office penuh dengan senyuman..kalau mama extra penat tak bangun sahur papa will bring milo and bread to the bed..sambil goyang dan bersyarah suruh makan:):) Thanks papit:):)


Today is extra happy..pasar tani datang office bawak lauk utk di masak yang dah di permudah kan..semua siap di pack,dagang salai dah di hiris bersama belimbing buluh,kerang pun dah siap di basuh dengan sebatang serai dan bawang,sup sayur dah di siap kan suun,mushroom,fish ball..balik campak dalam periuk dah boleh masak..tadi me tambah beli ketupat palas dan rendang serta dodol..lengkap lah hidangan untuk berbuka malam ni:)


Tak sabar nak balik kampung..uwan apatah lagi..tiap hari mengira waktu..uwan dah ada lengkap semua barang untuk menyambut raya;)


Dua orang ni pun dah pandai dan faham tentang raya...setiap hari on the way to kindy akan cerita pasal raya..nak berlari di kampung,nak pasang pelita,nak buat sup tulang..moga semua urusan di permudahkan:)


Rindunya pada kampung..Alhamdulillah ada kampung uwan..PIL in law pun dah duduk di bandar..so kita jagalah kampung ni...seronok nak membuat rendang,sup dan sebagainya di luar rumah..kita pun dah tempah langsir baru utk rumah uwan.


Rumah uwan yang sejuk..kena bawak balik blanket tebal nanti;)


Suka pemandangan ni..uwan bila balik kampung macam jadi bertambah muda 10 tahun..tenaga pun bertambah..semua kerja nak di buat;)


Teringat lauk2 kampung yang simple tapi sedap..pinggan pelbagai rupa di dapur uwan..amat meriah bila semua berkumpul..malam hari macam2 kejadian menraik..penuh gelak ketawa;)


Insyallah..kita akan balik kampung..menyambut raya,menziarah kubur atok dan bersembahyang raya di surau..pada semua selamat bertemu dengan yang tersayang..walau di mana pun berada raikan lah raya, sebab bak kata uwan itu kemenangan kita dapat berpuasa sebulan;)

Sunday, August 21, 2011

Mee Udang Sedap,nasi Tomato jelita,sarang semut lemak merdu dan buah bidara cantik berseri.

Salam Ramadhan semua..Alhamdulillah kita masih boleh meneruskan puasa kan..gembira dan bercampur sedih bak kata orang tua2..gembira sebab dah banyak menunaikan puasa dan nak menyambut raya dan sedih sebab akan meninggalkan bulan yang penuh dengan segala kebaikan ini dan belum tentu dapat berjumpa dengannya lagi di tahun hadapan..apa pun kita berdoa biarlah kita sama2 panjang umur,sihat tubuh badan, murah rezeki dan berjumpa dengan nya lagi di tahun hadapan dan berikut2 nya.

Hari my blog ada problem sikit..tak boleh bukak comment box..apa tah asyik 'diagnos' tak habis2..so saya belum dapat menjawab comments lagi:( Anyway as usual wanna show some cooking during the last weekend..we had great time gotong royong buat kueh raya together..i love it so much..to me that is the true spirit of puasa dan raya..zaman dulu kan kalau nak buat kueh berbuka tu..arwah my father kena jolok kelapa kat pokok..me and my mother jadi mandur tukang tunjuk mana yang nak..kalau nak minum nak yang muda,nak buat inti yang sederhana..hee..hee..kadang2 my father fed up cakap.." haaaa jolok sendiri"..kihh..kihhh..hmm if i close my eyes i can still see those scene..me sitting on the pangkin at my mother beautiful and clean lawn..lawn lined up with coconut trees..windy,fresh and beautiful:):) wahh talking baout nostalgia..an old friend sent me lagu lama by Azman Idris "Zuraidah"..seronok jugak mendengar nya..hampir lupa dah.

Foodies time..Saturday i asked husband whether he wants to eat mee bandung or mee udang for a change from nasi..he said " mee udang' he always love my mee udang..it is 100 times better than Little Penang tau..hee..hee..


My mee udang less oil..i tak suka yang Little Penang banyak oil..terlampau rasa belacan..mine must rasa udang original..combination of spicy but with some sweetness also..udang mesti manis,kangkung mesti hijau,taugeh crunchy and fish cake pun segar:)

Recipe ( Buat mama Charice, laksa johor nanti ye..bahan banyak,nanti rajin saya type;) :

1 packet mee kuning ( 4 - 5 people to eat)
12 ekor udang basah ( 6 ekor di ambil isi dan blend)
segenggam udang kering,rendam dan blend halus
1/2 inchi belacan
bawang putih,merah,halia,serai,lengkuas blend halus
3 cili hidup besar 3 cili kering blend halus
sesudu oyster sauce.
kangkung
taugeh
fish cake

Cara : Rebus 6 ekor udang bersama kulit sekejap,angkat dan simpan air rebusan . Panaskan dua sudu minyak dalam periuk,tumis bahan blend (bawang,halia etc) sampai wangi,masukkan udang kering yang dah di blend dan belacan. masuk cili yang dah di blend tumis sampai wangi lagi.masuk isi udang dan biar mendidih,campur oyster sauce,garam,sedikit gula dan asam keping,biar mendidih atas api kecik hingga pekat. Celur mee,kangkung,fish cake dan taugeh,susun dalam pinggan semua bahan dan curahkan kuah.


Mee udang edia untuk di siram kuah...dah nak bukak puasa baru siram..sedap panas2:)


Sunday buat Nasi Tomato.. this is the first time but turned out to be so good..the girls loved it,husband said like authentic nothern indian food..recipe ambik kat internet ajer but i tukar sana sini...i always love dalca..so buat banyak2..


Ni ayam masak merah jelita namanya..sebab ada sekuntum bunga i taruk..nak menggoda selera kan:)


My sedap nasi tomato..tak guna basmathi sebab tak ada pulak kat cold storage but i used first grade beras wangi Thai.. and guna butter,tomato puree  and fresh milk..Tia Mia makan banyak:)


Dalca kena kuah banyak kat nasi baru ngammm:)


I buat jugak labu bakar..husband sangat suka..lelap2 mata dia makan:)


Ha..haaa ni uwan..tengah buat inti buah sepang..saja lah suruh dia buat..to sharpen her mind:) Siap cekak pinggang tu;)


I like this scene.. my mother buat kueh..misss dulu2 punya masa..she sangat pandai masak..sedap semua nya dulu..now banyak lupa.


Macam ni lah buat sepang..guna tepung pulut.


taruk inti dalamnya.


Jadi macam karipap.


masuk dalam kukus,bubuh santan pekat dan kukus..dah masak lupa snap gambar..tapi sangat sedap..


Bergotong royong buat buah bidara@rotan..anak beranak ni..papa the ketua;)..buat kat bilik study yang connected to my kitchen..memang dulu i designed concept ni..sebab bila masak and husbnad buat kerja we can borak2:)


Ni lah buah bidara..sedap rasanya..tak berhenti tia mia makan:)


Bila dia orang buat bidara i bancuh adunan untuk sarang semut pulak.


Sarang semut siap di sagat.


Cewahhhh anak mama:):)


Semut dan sarang bersedia untuk di bakar:)


Dah masak.. alhamdulillah sedap rasanya:) Selamat berpuasa dan berbuka untuk semua hari ini:)

Friday, August 19, 2011

I raised the white flag; Sunda Man&English Man please come..i teach you how to make Puteri mandi:)


   I raised the white flag!!!!!....no masak today!!! i was totally exhausted..i went shopping alone..i shopped for everybody,went to the ATM machine few times,bought A  to Z for the girls,papa,parents in law,uwan,heni..goshhhh it was so tiring,,i had so many shopping bags in hand that i had to send to my car few trips and then climbed the escalator again to shop..today alone i got RM200 vouchers from Metrojaya...i spent it,got vouchers again,spent it and earned some more vouchers..haaa..haaa..itu akibatnya tak shop sikit2 semua nak tunggu beli sekali....bukan beli yang bukan2 semua keperluan..after i dropped Tia&Mia at the kindy i started my hunting..baju melayu papa,sandals,jubah,pyjama,socks,shoes etc..etc..until i rasa so penat sampai makanan buka puasa pun i beli kat dalam Curve to ajer.I bought 4 pieces of lemang that cost me RM10..but the shocking part is the rendang..size macam tu kat luar normally RM6..ni after i ambik nak bayar he told me it is RM15..my goodness..totally menghisap darah sampai tulang hitam;( lauk bukak puasa i bought from Bumbu Desa,the Sundanese food..thinking about papa and the girls yang tak makan pedas i bought halfchicken set from Kenny Roasters..tu lah yang orang Sunda dan English man datang masak tu:)

To Aida yang tanya resepi Puteri mandi i will put at the bottom of this entry,selamat mencuba ya:)


Ha..haaa jari2 gomok siapa pakai Dora sandal ni..mengenangkan anak perempuan ni..belikan lah sandal Dora ni..sukalah they bling2 ni..the heel looks like glass with colourfull beads inside...macam Cinderella lah kiranya:) biarlah they happy..teringat masa kecik dulu..kalau raya dapat yang cantik2 ni memang suka:)


MMS this picture to the papa asked him to choose..brown or black..sebab dia bukannya nak beli kasut..sentiasa cakap masih elok..thinking about nak travel nanti..so i rasa this type good for rough walking in the farm and other long walk..husband normally macam tu..belikan ajer..balik ambik duit dalam wallet,senang cerita;)


Bought this modern jubah for uwan..also a pair of sweet cotton baju kurung for her,another jubah for mil..managed to get 2 pairs of baju kurung for myslef..simple but i like it..tapi baju kita orang semua tak boleh tunjuk dulu..surprise raya...heehh..hehhh uwan punya tak per..uwan suka rasanya ni..dia try banyak kali dah tu siap gantung kat luar wardrobe dia:)


My blog tak tunjuk food tak sah..walaupun tak masak sendiri:):)..ni repeat order..the papa really like this Nan cheese from Subaidah..so ni yesterday punya menu..nan cheese and tandoori again:)

Ini hidangan Sunda untuk hari ni..actaully beli pack macam ni dari Bumbu Desa sangat jimat..imagine 4 of us boleh makan..lauk gulai pucuk ubi,sotong cilihijau,sambal udang,terung sambal,ayam cili hijau,tempe dan tahu plus sambal ijo dan merah cuma RM59.10 sahaja..kalau buffet mahal harganya...ini boleh hingga sahur..gambar Kenny Roasters..tak ada..tak ingat dah nak snap:)

Signature Bumbu Desa Curve ni sebenarnya sambal ni lah ijo dan merah..sangat menyengat plus ayam dalam sambal ijo jugak..kalau perut tak tahan jangan cuba:)



Ni dia lemang dan rendang Vampire..hisap darah hingga tulang hitam..banyak tu lah RM15 rendang tu..mengenagkan uwan suka lemang biarlah.


Angkat bendera pun i masak jugak lah satu..ni dia pengat keledek dengan tepung sagu..sedap tau:)


Bulan puasa i tak suka air sejukkk..tak boleh masuk..always minum air panas..teh or milo or anything hot.


Nak tunjuk tempat ubat nyamuk i yang cantik ni..cantikkan..beli kat kedai Thai di Ikano..mahallah RM69.90 but lasting selagi tak pecah..so convinience..asap keluar kat celah2 lubang tu..why pasang ubat nyamuk..i phobia kat nyamuk sekarang..dengar case denggi hari tu..kat rumah ada electric ubat nyamuk,traditional ni tapi yang lemongrass punya,ultrasonic mosquito reppellant,lemongrass balm sapu kat Tia Mia..also thinking about getting a mosquito net;)


Haaa kat dalam dia macam ni..tak payah lah macam dulu cucuk kat pencucuh tu..boleh letak ajer:)


Tia batuk2 lately so i beli this Air Purifier,,nano ke apa entah benda.,quite effective..nampak kurang batuk Tia..berkorban campak carpet keluar bilik..ganti dengan tikar plastik SSF ni..biarlah semua orang sihat:)

Seb baik tak lupa nak taruk resepi Puteri Mandi ni:)

Puteri Mandi (by uwan Minah)

Bahan- Sekampit tepung beras pulut,sekeping gula melaka,kelapa pertengahan (tak tua tak muda,ni optional..kalau ada parut kasar,,sedap masuk dalam kuah),santan pekat secukupnya,daun pandan.

Cara- tepung pulut campur dengan air rasa2 lah sampai boleh gentel,gentel kecik lagi dari guli dan susun dalam dulang..dah tu penyet2 sikit kat atas dia dengan jari biar leper sikit.Masak gula melaka dengan sedikit air dan daun yang disimpul..bila gula dah cair masukkan santan..sudah mendidih masukkan semua puteri mandi yang dah di gentel tadi..tanda dah masak semua puteri mandi akan naik keatas kuah..boleh campur potongan pisang kalau suka atau masukkan tepung sagu (mata ikan) atau yang terbaik kelapa parut kasar tadi..kalau tak tepung purei mandi saja sudah memadai.:) Selamat mencuba,,sedap liat2 rasanya:)