Wednesday, December 21, 2011

Invisible Love.



No more gundah gulana:):)I closed one small episode,i welcome the new one with open heart:):)

Dear Invisible sister at heart,salam to you too:) I had her in my mind when listening to Capital FM that day, sebab the voice sounded familiar, we only get to know each other briefly but i couldn't agree more with you-she made people around her feel good. First time I met her when i was sent to give talk on Copyright at 7 Glenmarie,she was very attentive,trying to absorb as much information as possible.The last project with her was World Cup she always checked every single promos yang nak keluar with me, very cooperative,tak perasan bila she left 7. Itu lah life kan..it  can be beautiful,meaningful if we work hard for it but the basis for happiness is sincerity- she said she moved to her parents in law's house because they just lost a son,that's very touching,not many can do that kan..she definitely not selfish:):) And to you Invisible sister at heart; you write beautifuly tonight, for that i thank you and may us be blessed always by Allah Swt.

Julie Aberdeen dearie, You have cheered me up..thank you so much,i can smell that newly cut woods from your neighbourhood,the busy chimney in this cold season and pines covered with snowflakes...so we become sister with the same interest:):)

To aeinio- terima kasih,so true itulah kehidupan kan,kalau tak, tak cukup asam garam pulak kan, Sitiebby-thank you datang melawat:) harapnya kita dapat lah berkongsi ilmu yang sedikit ini kan,mekjangok- tu lah,menulis ni perlu dari hati,Lady of Leisure- you are my sister at tummy and heart sebab hati kita suka bila dapat makan  daging salai:):)Gown masa birthday last June tu lady,asyik nak mintak pakai balik i tak hantar2 dry clean:):) Saniah- terima kasih banyak,even baru berjumpa you kat blog ni but you write soothing and inspirational comments,Umiyumi- tu ulam2 kat Restaurant Puteri milik Rubiah Suparman tu..saya suka makanan kampung kat situ;)

And to MommyCT,Mayonniz, Maya Marissa,Daydeck88,Syanashwa,Fiza,Salmi,Suffia,Zila,Fatimah,Potpetmama,Hanis,Shamsuhada my friend,Mummy Miqhael,Firuz,Fiezachommel,Zeta,Nur Raihana,Zaitun dan Nadiah..thank you kerana meninggalkan comments,memberi review on Century Pines,berkongsi pengalaman mengenai maid dan sebagainya..thank you again and I send my sisters and one brother (Daydeck88) the Invisible Love:)

Balik hari ni,tak sabar2 lah nak tengok budak kecik yang tak sekolah hari ni..apa agaknya yang di buat kat rumah;) I can't believe that i can become so domestic now.Last week on Friday while waiting for the office lift,a younger girl sembang2 with me,she said she's going out that night as the next day is weekend and after that she shouted to her friend over the phone " hey apa kau buat nak duduk rumah malam2 minggu ni,keluar lah beb,boring betul"..masa tu i was thinking about what to cook for breakfast the next day,whether my maid simpan cheese kat freezer atau bawah and olive oil ada ke dah habis..then i rasa alamak,aku non stop fikir benda2 domestic ni...sudah lupa apa itu keluar malam minggu;):) But i have no regret,dah di beri peluang merasa single,muda,tak payah fikir apa..now kebahagiaan dalam bentuk lain lah yang di cari.

Actually agak senang mencari kebahagiaan hati,di mulai dengan keikhlasan;) ruang hidup ni bulat,kita menghirup udara sama,menjunjung langit yang sama,memijak bumi yang sama..cari kecantikan dan kelebihan dalam setiap diri orang lain,hati kita tak boleh terletak tinggi,hidung jangan mendongak.Bila kita gembira melihat orang lain gembira..hati tak ada ruang untuk mencari yang negative.

Kadang kita amaze dengan kebaikan yang orang buat untuk kita..itu satu rezki,bukan semua orang yang mendapat peluang itu.When I was at the final stage of pregnancy and knowing that i have to go for ceaser,i asked some people where to get ikan haruan,One of my staff told her emak in Kedah about it,..so my staff punya emak ni pancingkan ikan haruan untuk i setiap hari,kadang2 dapat sekor,kadang2 dua atau tak dapat,by the time i keluar hospital,dia datang rumah and bawak haruan salai 30 ekor! Dan dia berkeras tak nak duit pun..terasa terharu sangat..sedaplah i masa tu makan ikan haruan salai goreng rangup dengan bubur..walaupun  dah kurang khasiat kering tu tapi makan sampai habis mengenangkan betapa susah orang mencari kan untuk kita.

Keikhlasan hati tu buat benda2 yang magic,buat hidup lebih meriah,masa pergi Perth first time,sorang reader my blog Ibu Eriem UK,yang hanya bertegur sikit2 di blog,mintak kawan dia meet kita orang kat perth,Sharifah dengan husband dia yang baik hati ni,datang berjumpa kita orang,tak kenal langsung tapi macam saudara,bekalkan kita ikan bilis,bawak ke pasar etc,etc..dah tu habis2 mintak maaf tak dapat duduk2 lama .bersembang dan non stop tanya apa lagi boleh di bantu..so kita pun rasa indahnya kebaikan..terus rasa kita pun perlu bagi kebaikan pada orang lain jugak.

Susah mencari keikhlasan yang benar2 ikhlas..sebab yang ihlas memberi tak minta di balas- Alhanmdulillah saya masih ada kawan2 yang ikhlas tak minta di balas ni..tak ramai tapi masih ada.Kadang2 saya tak ingat pun hari2 bermaknanya,tapi hari bermakna saya dia muncul depan pintu office,siap ambik cuti sehari dengan cake dan bunga,baru post di fb anak tak berapa sihat dia dah berdiri di luar pagar dengan buah tangan..yang ini memberi tak minta di balas langsung,masa belajar di U dulu,saya tak pergi makan ke kantin pagi2,dia pergi dan pack bekal,letak di luar pintu hostel sebab tak nak ganggu saya di dalam,keluar nak mandi tengok ada bekal di luar..hingga kini kalau tiba2 dia muncul di luar gate dan saya dalam keadaan berlengas tak mandi lagi masih dapat pelukan dan ciuman darinya:):) So suweet you cippa:):):)

Insyallah di panjang-panjangkan lah keikhlasan dan kebaikan tu:)



No gundah gulana- petang ni saya masak sup kepala ikan..sedap menghirupnya musim2 sejuk ni:):) My sup kepala ikan tak pakai bunjut,cuma tumbuk lada putih,tumis bawang putih,merah,halia hiris sampai kuning,masukkan lada putih,masuk ikan gaul2 sampai hilang air.Tambah air dan biar sampai pekat.



Nak tambah selera i made terung bakar with cili asam,sangat membuka selera,bagi yang berminat mencuba,hanya perlu bakar terung di dapur arang atau gas,bakar sebelah2 dari atas sampai bawah hingga semua bahagian lembut.Tumbuk cilipadi bersama garam,bawang,merah,sedikit belacan bakar dan perah asam limau nipis.Bila terung masak pindahkan dalam pinggan,belah dua,kerat2 tanpa putus,sapukan seluruh bahan tumbuk di atasnya dengan segera untuk mengelakkan terung hitam.


Sup masak papa pun sampai..jom makan.


Ini lah team saya,kalau ada mana2 hiccups they will come to the rescue..not with ladder or tool box but with hugs and kisses;):)


Duduk mengadap laptop while waiting for parents in law to come hantar buah dokong..saya berfikir-fikir dalam hati..teringin lah nak membeli Nespresso machine..sangat suka dengan Nespresso pods ni:):)


Saya sangat suka red bricks..option paling bagus untuk buat oven house or fireplace..they are not expensive.Ini kat vacation house masa di Perth dulu.


And i drool this too..the chequered floor is so cool.


Finally one day kalau impian tercapai..saya kena buat reban ayam besar kat belakang rumah,tanam lebih banyak kangkung sebab kalau nak buat makan2 ramai Invisible sisters at heart yang nak di jemput kan:):)

Okay lah saya sangat letih..mendapat sebakul dokong segar dari ladang,2 bijik cempedak masak..saya membalas dengan menggoreng frozen keropok lekor at 11pm..Alhamdulillah rezki tengah malam namanya.

Sekarang nak tidur..esok rasanya nak cuba masak bubur herba Beras Ponni Faiza:):) Nite,Nite.

13 comments:

sitiebby said...

askum, kak.
btul la kak, skrg nie dah kawen n ada anak, dah xpikir bila malam minggu @ berlibur je. tiap kali hari minggu mesti dok pikir nak masak apa special utk sabtu n ahad, apa yg ingin dibuat utk gembirakan hati anak2 dan hubby. rajin la godek2 cari resepi yg meletup.
jujurnya, baca tiap entry kak zue mmg buat saya berangan bersama, bina rumah sendiri,plan umah mmg dah ada, cuma tnh @ bajet blm ada. mungkin satu hari nnt. hubby dah byk dok edit plan umah impian kami.bak kata kak, mungkin da rezeki suatu hari nanti...

cacah said...

:)
just wanna say hi!

Hanis Azla said...

selalu rasa tersentuh bila dapat kebaikan ikhlas dari org tanpa diminta balasan.. selalu terfikir, im blessed.. aku dapat semua ini atas kebaikan apa agaknya??? Alhamdulillah.. bersyukur sgt dgn rahmat dan keberkatan dari-NYA.. semoga keberkatan dan rahmatnya sentiasa ada utk kita.. insyaAllah.. bubur beras ponni faeza tu mmg sedap.. serba lengkap.. tinggal masak saja.. last time my sister dapat free.. bila cari2 nak beli tak jumpa pula.. beli kat mana yer?

daydeck86 said...

suka la baca blog akak yang banyak ilmu yang dikongsi bersama, tak rugi follow blog akak ni....

twins mom said...

salam kak zu,rindu ngan blog kak zu.. i got fever n cough last 2 days..so agak kelam kabut skit kat umah sbb me x sihat..hehe...so dapur pun x berasap la...the lemonade tu pun x buat lagi..

susumanis said...

nice n sweet posting, mamatiamia halalkan resepi saya copy ya, nanti nk coba coba semua..jazakalahh sista :)

yatiyahya said...

saya dah puas enjoy masa single dulu...no regret bila mlm minggu just having a fun wif my kids and hub.. sungguh bersyukur walaupun saya tak kaya raya..saya cuma nak berbakti, buat kebajikan to my parents and org2 susah..hidup tenang dan ikhlas pada semua org..tks kak zu.. i like to read your blog..:)

D i L a said...

kak zue my inspiration!....keikhlasan kak zue sebagai seorg mummy, isteri, anak n staff banyak membantu dila dlm mematangkan diri how to be like u!

setiap keikhlasan yg kak zue berikan mendatangkan nikmat n kebahagian kepada diri kak zue n family. kak zue juga sebahagian drp pelengkap kehidupan org disekeliling kak zue!u should proud of it!

shahid said...

dear zu,
i kan, bila rasa malas nk kemas rumah or masak ka.. terus i bkak blog u. u might not realise it tp now u dh bg a very positive impact in my life..bagi i rajin skit...hehehe..and i like it. and for, that i thank you. tgk rumah you kemas and rajin masak etc2, mcm jd my inspiration i gitu. owh.. love looking at uwan as always! <3 <3

afid said...

salam mamatiamia,

nak tanya..kat mana akak beli toaster/grill panini tu ye? harga bawah 500 menarik tu..hehhe

saya tengah nak khatamkan blog ni..hehe..

salam kenal..

mamalisa said...

Hi KakZue...baca blog u ni macam dengar u bercakap atau menceceh je..suka betul I boleh buat I senyum sendirian..hehehehe

Have a nice weekend dear..sampai ke CH amik pic byk-byk eh..take care.

Anonymous said...

Salam Zue. Seronok sgt baca blog u ni. Smpikn sy berusaha utk rajin msk & hidangkn cantik2 utk anak & suami.

Anonymous said...

After I originally left a comment I appear to have clicked
the -Notify me when new comments are added- checkbox and from
now on every time a comment is added I receive 4 emails with the same comment.
There has to be an easy method you are able
to remove me from that service? Thanks!
my site > mackeeper cnet