Tuesday, October 23, 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Qurban 2012.


Alhamdulillah InshAllah diberi peluang menyambut Hari Raya Qurban 2012.Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Qurban kepada semua keluarga,kawan2 dan pembaca disini,semoga semua dari kita mendapat keberkatanNYA.


Semalam membelek gambar2 lama,melihat gambar Uwan baru lepas operate dulu.Terasa sangat insaf dan bersyukur,sangat sukar pada masa itu..Allah Sbt beri kan jalan,beri kan rahmat dapat di lalui dengan baik.Sangat teringat kata2 my brother ketika berdua di luar ICU sambil mengalir airmata -" Sebagai manusia kita senang insaf bila kesusahan melanda tetapi "mempertahankan/mengekalkan" keinsafan itu tidak mudah". Terima Kasih Pashik,moga kita dapat mengekalkan nya bersama dan saling ingat mengingati antara satu sama lain.

Semalam mendapat salam dari ibu staff yang sedang menunaikan Haji di Mekah,sangat genbira menyambut salamnya.Bagi kawan2,saudara mara yang menunaikan Haji moga mendapat rahmat Allah Sbt dan mendapat Haji yang mabrur.Selalu tersentuh melihat gambar ini,my brother Paktih yang dipeluk erat anak lelakinya sekembalinya dari Mekah..semoga kasih sayang berkelalan dan erat seperti pelukan ini.


Selain itu ada orang telah rindu kan kampung..Kata pashik rambutan telah berbuah,dahan durian telah meliuk..seakan telah merasa angin yang sejuk,air yang didingin,ketupat yang hangat,lemang dan rendang yang lemak.....

Saban tahun permandangan ini selalu saja di rindui....rindu untuk duduk menganyam angan2 di sini.

Dapur putih merah ini pun sangat di ingati...sejuk dan nyaman menjamu selera.

Moga pokok kaktus uwan masih berdiri segar..

Tak sabarnya nak makan rendang berdaun puding..cuma tahun ni di tempah saja dari saudara sebelah rumah..tak sempat.

Kalau bakar lemang sendiri mestailah sangat seronok kan..

Tapi yang paling seronok..ini diaaaa..Uwan!!!..ha haa buat apa tu? makan Mee rojak Pilah di dapur diam2 ye:)


Balik kampung memang holiday feel habis bagi dua orang ni..ala2 pergi farmhouse:)

Sebelum menutup tirai nak menjawab 3 soalan: 1) (Mrs FHM) How to cook sedap masak lemak cilipadi in Madinah without fresh tumeric and using powdered santan only. 2) (Ann Huzi)How  to fry delicious keropok lekor 3.) Where did i buy the Cake Stand?

1) Actually it is not difficult to cook masak lemak cilipadi..the ingredient is very simple,the method is more important,you can have the same ingredient but if there are 3 people cooking it,the result will differ from one another. Since masak lemak cilipadi is my 'forte' i am very particular about it.Did i tell all of you a story about some one i know yang husband dia really ridiculous?- This lady told me,if she cooks masak lemak cilipadi and the kuah berketul the husband will pour the whole pot in a drain.Once she said she bought XXL prawns and she cooked masak lemak,the gravy jadi curdled..berketul..the husband threw the whole pot into drain..and she cried looking at the prawns in the drain.I told her that her husband is CRAZY! nevertheless i taught her how to avoid the kuah from being berketul. First kena kacau selalu,tak boleh biarkan mendidih tanpa di kacau.secondly make sure santan is good,santan dah perah siap kat kedai always have this effect,actually santan kotak is better or beli kelapa parut dan perah sendiri.Thirdly if you are cooking seafood like ketam yang banyak salt..better to kacau the ketam with bahan tumbuk without the santan first in the pot to dry the water inside the seafood ...once all the bubbles come out..the kuah will be nicer.

This is my masak lemak udang in Sydney- i used canned santan and powdered kunyit.The taste and result is still the same like when in i cook in Malaysia.

This is my masak lemak ikan with mangga in Geneva-pekat dan lemak too,guna kunyit seruk dan santan kotak.

Of course lah yang terbaik kalau guna fresh kunyit..bau dia sangat sedap.To Mrs FHM- my advice is kalau tak ada santan kotak or segar and bila you guna santan serbuk,campur serbuk santan tu dgn air panas dalam mangkuk dulu,bubuh sikit ajer air,biar pekat.Santan serbuk ni sesuai utk bubuh dalam kueh actually.Bila you masak ikan or udang selepas you tumbuk cili,dan bubuh bawang sikit,masukkan dalam periuk dengan ikan dan serbuk kunyit yang dah di cairkan..kacau2 dulu sampai wangi sikit,dah tu masukkan serbuk santan pekat tadi dan kacau lagi sampai kering sikit,kemudian baru tambah air sikit secukupnya utk dapat kuah. Berapa banyak kuah sangat penting dalam apa pun masakan,especially masak lemak dan sup..kalau terlebih air,kelemakan ikan,daging or ayam tak terasa.Heni selalu tak tau nak sukat berapa nak bubuh air dalam sup atau gulai,kadang2 bila emergency saya tak ada rumah nak suruh jugak dia rebus bayam atau tulang,so saya ajar dia untuk sukat,kalau masakan itu untuk sepinggan gulai,sukat santan atau air dalam pinggan tu..kuah tak patut lebih dari tu..baru gulai sedap.

Many of my friends said my masak lemak cilipadi serai ayam is "The Best"..ada kawan yang cakap rasa nak minum the kuah with straw:):) ha ha..perasan makcik kojap:);)Alhamdulillah.  Cara masak orang berlainan antara satu sama lain,semua di warisi dari emak kita actually,my cara; ikut uwan..kalau masak ayam i  akan tumbuk cilipadi dan kunyit dan serai..kalau seekor ayam saya guna hampir 10 batang serai! bila dah lumat saya masuk dalam periuk dengan ayam yang dah di toskan..saya akan masak tanpa santan hingga kering,keluar minyak dan wangi..lepas tu tu baru masuk santan dan biar mendidih lama.Jangan lupa asam keping sedikit dan garam.To Mrs FHM kalau you masak ayam guna serbuk santan sama jugak method macam kat atas except you boleh bubuh minyak sikit kat dalam periuk dan masak ayam hingga kering sebab santan serbuk tak pekat,susah nak dapat bau wangi so kalau tumis sikit boleh lah tahan rasa dia.

Gulai masak lemak cili padi yang sedap tak payah banyak lauk lain..kena ada combination yang betul..ada sambal tumis dan sejenis sayur atau ulam sudah cukup,tak boleh ada lauk utama yang lain macam curry atau sup..tak kena.

Tapi kalau ada yang ini paling best!Best company!

2) To Ann Huzi...alaaa kesian..kenapa goreng keropok tak jadi?.I guna frozen keropok lekor from Mardi Ann.Senang saja masukkan minyak yang cukup dalam kuali, biar cukup panas,dah tu masukkan keropok dalam minyak tersebut dan jgn kacau dulu,biar bahagian bawah dan tepi garing dulu,sudah tu baru balik ..kalau tak dia lekat2 kat sudip you sebab keropok lekor banyak tepung ubi. Bila dah garinng and flip over kecikkan api sikit biar lah yang sebelah masak pulak.If it sticks to one another use two spatulas to separate it. The key; dia mesti sampai garing sikit baru boleh flip, and goreng biar sampai masak betul.


3) Mana beli cake stand?- I bought from an open space stall at Sunway Giza,1st Floor,Dataran Sunway.Ada promotion jual barang2 kaca dan pinggan mangkuk since Raya Puasa..tak perasan pun cake stand ni..tapi  hari tu memang carik nak beli. Kalau pakai hari2 dan ada anak kecik memang yang plastic recommended, i have the heavy glass one i bought for RM180.00, it is very nice but not suitable for Tia Mia's delicate hands:);)Thanks so much Sweet Like Candy- kat OZ memang banyak pilihan dan cantik2 serta murah kan..sini tak byk choice pun and our exchange rate now pun not so good:(:( I pergi Perth and Sydney dulu pun sangat gila tengok barang2 dapur dia:);)Happy shopping in Adelaide wish boleh join sama:):).

Finally and one more time  Selamat Menyambut Raya Qurban and drive safely.Thanks to all readers di amna saja berada , if i miss any questions or queries i will attend to it in the next entry:) 

Moga kita dapat menghayati nya dengan baik.Amin.

32 comments:

Kniedaz said...

Salam,
Saya sangat suka lemak cili padi..adik saya yang kawin dengan orang kuala pilah (mak mertua dia la org k. pilah tapi skang dah duk KL ^_^) pun dah pandai masak lemak ni..
terima kasih kongsi tips memasak guna santan tu..mak saya pun ajar kalau masak masakan bersantan kena kacau selalu bagi dia tak pecah..hehe

SyaNash said...

salam mamatiamia.. lama tk meninggalkan jejak.. i was so busy berpindah from wordpress to blogspot! heee..;) (macam la byk sgt kerja..) thank u so much for all the tips and precious stories shared.. selamat menyambut Aidiladha to u n d whole family too.. :)

Anonymous said...

askum sis zu,

how are you and all at home? pray and hope all feel good with Allah swt blesses....

puasa2 mcm nie kan terluir pulak tgk gambar makanan.....nak tunggu berbuka lambat lagi...isssskkkkyyy
nafsu nie kan...
apapun same to u and all at home wishing "Selamat menyambut Aidal Adha" drive carefull and enjoy ur journey...take care sis,

Regards
Rose-Png

Idida Aziz said...

Salam Aidil Adha untuk Azu, Tia & Mia....harap2 sihat selalu...nih nk balik pilah dh , rugi la kalau tak sihat...

kita dh lama menyepi jer psl sibuk le sangat2...blog sdr pon tak ter update dh...hrni demam...dpt MC, melepak saja2 kat rumah so dpt menjenguk2 kawan lama...tp tak pernah miss pn setiap entry mama tia mia....seronok baca blog azu ni...setiap hari smp2 keje mesti baca, tghr lunch hour tgk ada update baru ke tak...mlm pon sama...hiii..tp jd silent reader jer buat masa ni...jangan ingat kita lupa tau..hihi...tia mia dot cubby house yang cantik, bercuti ke geneva (jeles achik tia mia yg kenit dh lepas naik mont blanc),etc...

ok la...azu...selamat smp ke pilah yo....amik pic cantik2 ok...bye

Parin's wife said...

assalamualaikum kak zu..

wah,terliur sy tgk masak lemak cili padi tu.lama tak masak..tetiba dtg semangat nak masak lemak cili padi udang galah la.kena pergi pasar ni..hehehe

The Singing Pilot said...

Astaghfirullahalazim. Buang ke longkang??? If I were her I will straightaway call his mom n let him get smacked for dat. Sorry to be crude n rude but manusia ape yg buang rezeki ke longkang. Kalau udang beso will easily be like rm80 wasted to the drain. To the drain??? MasyaAllah!!! Eeeeeeeee bace je pun dh panas ati. Geram geram geram geram geram! I kno if I gonna get married I'm nvr gonna end up like dat cehhh bajet

Zila said...

Salam orang nogori...kitapun tak sbr nak blk kg...hati dah sampai kampung dah ni..siap dah ode uwan beli lemang...tak buatpuan...ode saja..Salam Aidil Adha to little princesses, uwan and you.

dhr said...

salam kak..tq for sharing the tips...saya pun masih banyak yang tak tahu walaupun org Kolopilah.hehehe...selamat hari raya Aidiladha dari kami di perantauan. Kami tak balik raya dan tak pergi mana-mana tahun ni.

saniah said...

Zu...kdg2 Allah uji kita tanpa sedar tanpa jangka..now ive been tested..husbnd tak sihat..ank sedara baru umur 2 thn kena buat close heart surgery n my sis sarat mngandung n her baby suspected to be born with down sydrome...Ya Allah...rasa nk ngangis dan nangis je coz tak dpt buat apa2 kan..rasa hilang kaki tangan nk tolong tapi tak dpt..hny doa dan doa dan doa
Moga aidil adha mmbawa sinar...Allah huakbar

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...



adohaiii..sampai hati buang ke longkang rezki allah bagi kan... :(


penerangan yang sungguh jelas tentang gulai lemak kuning.. :) kalau tak bole lagi tak tau lah..


selamat menyambut hari raya aidiladha kak zue...kem salam mo uwan yo...

Nur-nba said...

Salam. Entri hari ni penuh pengisian.. Tergoda dengan lauk2 yg akak selitkan kat atas. Bila baca cara2 masak lemak, Nur rasa macam masuk kelas masakan.. Tq so much Kak Zu sebab sudi bagi tunjuk ajar yg sangat detail. Tak rugi baca blog akak ni sebab akak sangat pemurah dan selalu beri ilmu baru pada readers. Semua persoalan readers akak jawab dengan sebaiknya.. Moga Allah balas kebaikan akak tu dan limpahkan kebahagiaan yg berpanjangan buat akak sekeluarga.

Sedih baca kisah suami pada kenalan akak tu..Sampai hati dia buat begitu pada rezeki dan melukakan hati isterinya tu.. Kenapalah dibuang udang2nya sekali? Memang manusia pelbagai ragam.. Tentu isterinya memendam rasa.. Tak dapat bayangkan mcm mana perasaan ni kalau diperlakukan sebegitu rupa.. :(

Ok kak.. Semoga Kak Zu sekeluarga selamat dlm perjalanan pulang ke kg.. Uwan tentu tak sabar2 nak balik rmh dia.. Salam Aidiladha untuk Kak Zu sekeluarga.. Salam sayang buat Tia dan Mia.. ♥♥ Cantik benar mereka bila pakai baju kurung kuning tu.. So sweet.. ♡♡

Anonymous said...

salam zu dear, selamat hari raya aidil adha to you and family, remember us here in your doas! my wishes to all your readers too…have a lovely day nanti.

Anonymous said...

as'salamualaikum - selamat hari raya aidil adha buat zue dan keluarga. semuga hidup kita didunia yang fana ini di rahamati oleh Allah SWT, ameen. salam hormat dan kasih sayang buat uwan dari kakak @ sg.

susumanis said...

salam mtm. suka tgk pica tiamia paling atas, both of them very t sugar sugar.. masak lomak cili api mmg da lengkap by itself kata mak kawan saya yg dish ni mesti ada tiap hari kat umah dia, tukar isinya je, masam ado, podeh ado, masin ada, lomak ado, apo laiee nak raso..i love masak lomak cili padi ori org nogori mak mak masak, uwan punyer mtm da pro, sure sodapppp bona tu..Salam aidil adha to matm n family, sonok uwan nak balik umah yoo, take care n may Allah bless all of us aamiin :)

kasihredha said...

Nasib baik le suami Akak x perangai mcm Tu...kalau x sure le berkilo2 udang dah msuk drain...maklum le dulu waktu mula2 kawin ...mana le reti masak lomak cili api ni..kejap berketul, kejap cair..kejap pecah minyak...hihi
Tapi suami cakap sedappp je mmanjang..memberi semangat unk terus mnajamkan skill mmasak...hihi
Kalau dia mcm suami tu..sure akak dah x nak masak lagi...
Bila mcam ni rasa bsyukur sgt.

Anonymous said...

Salam Kak zu,

Lame dah tak drop comment kat sini, tp tak bermakna x mengikuti blog kak zu.. selamat hari raya qurban utk kak zu & family esp uwan. semoga ibadah yg kita buat mendapat rahmat & keberkatannya. sayam sayang utk uwan & tia mia juga ;)
Alyah

shamsuhada said...

azu..selamat hari raya aidil adha to u, Tia, Mia, Uwan & Papa & Heni too. Moga selamat sampai ke kg. Looking forward to ur entry after raya..mesti byk cerita best2.
To Saniah, byk2 bersabar dan berdoa kerana Allah lebih hebat perancanganNya..Semoga husband, ur anak saudara & ur sis cepat sembuh..Amin...

umiyumi said...

Salam Zu,
selamat menyambut Aidil Adha di kampung. Biar beraya di mana pun, jika keluarga ada bersama raya akan tetap jadi bermakna. Berada jauh dr keluarga pun satu pengorbanan juga kan. Seronoknya dengar rambutan dah berbuah. Haritu umi balik kampung tgk buah rambutan belum masak.

Hati2 dalam perjalanan balik beraya di kampung. Peluk cium utk Tia Mia dan kirim salam buat Uwan. seronok tgk Uwan mkn mi. mesti sedap tu :)

Mrs Z said...

Salam Mamatiamia.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha. May you have a wonderful celebration with your loved ones kat kampung. Please send my warmest regards to "Uwan". Take care. Salam from Singapore.

annhuzi said...

hehe thank you! malu ah i ni. orang lain tanya pasal masak yang susah2.
i ketawakan diri sendiri :D
nampaknya u dah bertambah peminat dari seberang :)
Alhamdulillah. Syukur dan selalu ingat nikmatNYA. especially for you having all the greatest nikmat in front of you, the precious uwan and the two sweet tia mia also the understanding supportive papa. plus the nikmat of having a beautiful kampung to go back to enjoy and relive fond memories.
looking forward to the beautiful pictures again :)
selamat menyambut hari raya :)

Salmi said...

salam aidiladha buat mamatiamia dan keluarga :-)

Salmi said...

salam aidiladha buat mamatiamia dan keluarga :-)

丽 娜 said...

Assalamaualaikum. selamat hari raya mama tia mia dan keluarga.nanti nak cuba masak lemak cara ni. =)

Anonymous said...

arwah atuk i yg asal pilah mmg particular jugak dgn masak lomak cili api ni so my arwah nenek mmg sampai expert jadi nya, dulu masa kecik2 boleh kata kan tiap hari makan masak lomak tapi i sampai sekarang masih tak pandai2 lagi buat masak lomak ni hehehe...

Yatie

Iman Mikhail said...

Salam Ukhwah Kak Zue,

Selamat Menyambut Aidiladha buat Kak Zue sekeluarga...First time drop a comment here, eventhough I've been reading your blog quite sometimes...
Thanks heaps Kak Zue for sharing the masak lemak cili api recipe...BTW, saya dulu sekolah kat Pilah, SMSTJ kat Kg Gentam...tgk masak lemak cili api Kak Zue, teringat masak lemak cili api ayam makcik Dewan Makan STJ dulu...sedap sampai teringat2 sampai skrg :)...

-salam dr Christchurch-
wawa

ada the baker said...

kak zue, try vanilla cupcakes. esen vanilla star je. rasa lain la ;(

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Aidil Adha to u & your family :-) Have a safe trip to Kg. -niza noordin- (nizzanoordin@yahoo.com)

ida said...

Bagus nya kongsi tips ni..ida pun dah kat kampung ni...nak beraya ngan my parents...tapi they both tak sihat pulak...tapi bila anak anak balik berkumpul ni...nampak semnagat sket dorang...uwan mesti seronok tu nak balik rumah kan...

zuhriyannie said...

Salam kak zu. Ari ni mak sy nak msk rendang ayam kg mo daun puding hitam. So seronok..
Wpun dah wish dlm last n3, sy nak wish lg.
Buat kak zu yg sweet, en. hasben, adorable tiamia n lovely uwan: selamat hari raya aidiladha.
X sabar nak tunggu next entry..hihi^_^♥♡.

Anonymous said...

Salam azu,tgk uwan,ingat arwah mak,wajah mereka seakan seiras,rndu sgt ...damai bila diberi kesempatan.kekuatan & kelapangan unttl membalas jasa ibu ...

herlyna said...

as salam...sukanye auntie tgk twin tu...comel, 1st photo....they r so cute

Mrs.FHM said...

salam...mama tia mia..
shukran...terima ksih byk2 atas tips masak lemak cili api tu.. mashaAllah mmg terer lah mama tia mia nih hehe... insyaAllah lepas nih sure makin sedap i masak my feveret lauk tu.. thanks again... semoga Allah saja yg membalas nye..