Monday, November 5, 2012

Siapa lah kita.....


Last week i had a conversation with my friend,she just opened her FB account and accepted quite number of people as friends. Not long after that she encountered banyak2 benda lah..ada orang tag gambar dia cakap bukan2 lah,ada yang PM benda2 mengarut etc etc. She then asked me how to go about 'unfriend' people sekali banyak? I told her i tak pun tak tahu yang i tahu kena buat satu2.

I made a post on my fb in a 'bergurau manner' asking how do we go about 'unfriend' people sekali gus? I cakap kadang2 fb ni pun bahaya,ada orang request nak jadi friend tapi sampai ke sudah tak tahu siapa dia,why dia nak berkawan dengan kita,bersuara tidak apa pun tidak,ada orang tenggelam timbul..mula2 baik bukan main dah tu senyap bertahun ingat dah tak ada, tengok ehh kat tempat lain active lagi and macam2 lah.lepas tu ada lah few responds i dapat dari few friends sharing their bad experience, even ada stalker pun..so ada satu dua cakap dia terus close and ada yang close dan bukak account baru.

Then ada sorang ni ' blast from the past',kawan masa sekolah dulu..dah lama jugak dia on my fb,selalu memberi quotes2 yang berilmiah dan keugamaan disamping cerita2 dia..in repond to my status, she left a comment,she said ;
" i tak pernah unfriend orang,selama ber fb, orang yang unfriend i sebab berlainan pendapat,lepas tu dia pulak yang terpaksa request balik nak berkawan dengan I..my principle is easy - TIDAK MASUK SYURGA ORANG YANG MEMUTUSKAN SILATURAHIM"

I pun balas balik i cakap' ehh you tersilap ni..ni bukan kes memutuskan silaturahim,kawan i ni kena attack, so dia mempertahan kan diri dia dengan buat pilihan tak nak 'friend' certain orang di fb. Silaturahim is more than than that, fb hanya lah medan berborak borak dengan people yang kita rasa boleh berborak..kadang2 kita tak berkawan dengan dia di fb tapi tak bermakna kita bermusuh..macam my nieces pun kadang2 unfriend i kadang2 friend..sebab budak2 muda ada certain things dia tak nak kita tengok..tapi itu tak lah bermakna putus silaturrahim' di luar masih elok bertepuk bertampar. Bagi i yang baru belajar banyak benda ni yang i paham tidak bertegur lebih dari 3 hari kalau berdekatan berdosa dan ikatan silaturahim adalah lebih dari tu"

Dia membalas balik dengan sindiran2..'ye lah i faham " your friend' not you"..etc etc..i feel bad because ada few friends yang memberi kan komen mengatakan dia pun unfriend few orang di fb tentulah terasa dengan tuduhan dia ni.So i cakap kalau you tak puas hati PM..but in my what heart was thinking' what the heck is this? what is wrong with you?" We tak pernah jumpa berpulah tahun lamanya,berborak few times pun berlandas kan Fb how could you datang and 'serang' orang bukan tanpa apa2 alasan yang kukuh..no wonder your friends pun unfriend you..you so skema..susah lah nak borak dengan you macam tu.I kalau nak sarcastic dan mencaci pun sangattttttt pandaiiiii..i cakap you:) I was very good in that department before..profession saya mengajar saya untuk berlidah lancang actually:);). i know how to use my words very very well..in the old days my nieces used to say 'aduhhhh takutnya kalau maksu dah marah"..itu darah muda..now i memilih untukl lebih 'tertib'..banyak benda boleh diperbaiki, i memilih untuk lebih  sabar untuk lebih menjaga pertuturan setakat yang mampu:)

Some people suka buat syarahan..bagus kalau betul..kita pun boleh belajar..banyak post2 yang berguna yang i tag dan share..ada kawan i yang kenal masa sekolah dulu now nampak sangat berubah banyak menghadiri kelas agama dan sebagainya..bila dia request i pun terima,..tapi tak lah terus tegur sebab dah berpuluh tahun tak jumpa tak tau macam mana penerimaan dia sekarang..Alhamdulillah masih macam dulu..hati dan keikhlasan masih sama..ilmu dunia dan akhirat ajer yang dia pertingkatkan..dia PM saya nak belajar buat cheesy wedges dan sebagainya.Itu adalah lebih normal sebagai seorang kawan lama.

Adalah sangat tak normal kalau kita dah lama tak bersembang tak jumpa dan terjumpa di fb tanpa bertanya khabar mak bapak orang..terus tanya hal2 peribadi then senyap sunyi.Nak cerita, ada kawan yang langsung tak sensitive ,kita pun  tak tahu rasa nak tampar atau nak mengalirkan air mata- dia boleh tanya " mak kau umur berapa dah? Dah 89???? dah kencing berak dalam kain dah? dah nyanyuk dah?" bagaimana kita boleh mengeluarkan ayat2 yang sebegitu??Kalau macam itu bahasa kita..pontianak pun fikir dua tiga kali nak berkawan!

So difficult kan..tapi pandangan saya tak cukup ilmu ni kan unfriend orang di fb tak lah sampai tak masuk syurga..siapa lah kita nak memutuskan sedang Allah SWT mengampun kan dosa2 besar sekiranya kita bertaubat nasuha..Masuk syurga atau tidak itu keputusan di tangan Allah SWT..bukan milik kita..sebagai manusia ada panduan yang telah di tulis dalam Al Quran apa yang yang menjurus pahala dan apa yang menjurus dosa..maka berdasarkan itu kita menjalani hidup dan membaiki serta belajar dari hari ke hari.

Saya langsung tak peduli untuk popular atau sebagainya..tidak ada iklan,nuffnang atau apa jenis perniagaan pun pun di blog atau fb saya..keduanya hanya medan borak untuk saya dan anak2..orang lain kalau rasa nak join  sangat lah  di alu-alukan. ..ini ibarat 'pangkin kampung di bawah pokok rambutan" - duduk berborak jika sudi,balik memasak kalau dah petang:):)



Orang cakap memang sukar mencari permata..tapi tak mustahil ada permata di pasir2 biasa:);Semalam lepas maghrib dalam hujan dan sejuk semasa saya dan husband sedang menyuap nasi panas berlaukkan  ikan rebus goreng bercili dan sup sawi serta gulai nangka di panaskan (aduhhhhh terus ingat rasa sedap)..terdengar bunyi loceng rumah di tekan..husband keluar tengok..kawan yang baru saja mendarat di KLIA dari KB datang singgah di dalam hujan berdiri di luar pintu gate dengan kedaan demam menghantar serbuk kari dan frozen murtabak:) Alhamdulillah.


Pagi ni memasak Murtabak Raja yang gila tebal ni..saya buatkan kari ikan..sangat sedap. Nampak macam lasagne kan;)


Finally cari lah diri kita tanpa keangkuhan,jika dengan angkuh kita yang pendek berlagak tinggi,kita yang hitam mengaku putih,kita yang kurang menjerit lebih..mencari sejauh mana, belajar setinggi langit takkan jumpa.

Berkawan pun hendak lah ikhlas,..jangan ada Udang di sebalik mee..tapi sekarang udang suka duduk depan tak malu2 dah:)

Note : Salam pada semua,pada yang bertanya macam mana nak bagi daging lembut? Saya tak ada pressure cooker..so memang saya kena rebus sampai empuk dulu daging a night before sebelum masak.Itu kalau guna daging tempatan..kalau daging import yang untuk stir fry tu..memang lembut tak payah rebus bagai..and i always have that in my fridge.And my gulai nangka pun saya rebus dulu kak kasih redha especially nangka beli kat supermarket ni..kalau nangka fresh kampung lain lah manis rasa yang muda pun. Yang tanya tudung tia mia ada telinga arnab tu..itu Heni yg belikan di Indonesia.

Selamat bercuti panjang minggu depan..and have fun with your loved ones:)

..................................

38 comments:

SURIA AMANDA said...

suka entry ni...

*Mrsfarahzaki * said...

sangat setuju ngan pandangan akak...kdg2 tu memang ada orang yang tak boleh nak terima pendapat orang lain tapi dia nak orang terima pendapat dia je.. give je dia reti nak take tak reti.. komunikasi tak kan berjaya kalau takde give n take tu.. selalunya orang macam nie kita biakan je kak kan..kalu tegur pun dia cakap dia betul kita tetap salah..

Kniedaz said...

Salam,
Betul kata sis tu...dalam FB kalau saya rasa orang tu dah merapu sangat, saya hide je..
^_^

lemongrass said...

Salam mamatiamia,
I pun ada unfriend a few people jugak. Sebabnya lebih kurang what you are experiencing jugak. they think they know everything and only dia and family aje yg sangat baik. But at the same time kutuk orang lain lebih2 which I think bukan sifat orang yg baik lah kan.
Sampai satu tahap I tak boleh tahan, I just unfriend, senang cerita :-).
I think dari I buat doas geram kat dia, baik lah I unfriend kan, kurang sikit dosa I, hehehe.

Anonymous said...

nice entry. luv it! ada pula yg parents mcm upset kalau kita tak accept anak dia yg umur 5-12 tahun. bukan tak nak accept but saya rasa tak sesuai.
-niza noordin-

Mixed-family in da house.... said...

Assalamualaikum kak Zu,

saya suka statement akak: sekarang udang dah tak malu dah duduk depan2...hehehhe....

seriously it is true kak....dan apa yg buat lagi kita terluka, udang tu yg selama ini berselindung di sebalik kulit yg tebal, yg labuh, yg mana orang nampak macam baik.....

Saya bukanlah jenis yg suka unfriend orang di FB, tapi satu peristiwa yg terjadi di tengah tahun ini buat saya BLOCK orang dan bukak acccount baru, sebab apa? sebab bagi saya:

"Respect yourself by walkaway from people/anything that makes you unhappy"

4 Kay-E said...

Salam Azu...
Manusia ni macam2 jenis. Kita tak nampak ada apa dalam hati :P
Ramai FAKE friends esp in cyberspace...

Now, I care is about your murtabak raja, hahaa. Lagi menarik dari FAKE friends ni... Kat Trengganu pun femes. Dah canggih. Nice boxes, assorted flavors. Nyum....

*Cuti panjang, bawa si kenits ke mana?

ibunurin said...

"like"...

kasihredha said...

Salam zu
Akak x berapa aktif Sgt berfb cuma Sesekali buka untuk tengok anak2 punya status..kdg2 kena pantau juga mereka ni.
Sodapppnya martabak raja yg super tebal tu.

zdiana said...

Kak zu... Sy selalu jd silent reader akak... Tp post akak kali sy sgt setuju... Fb mmg medan utk berjumpa balik ngan kengkawan lama n baru... Tp kalau dh over sgt cam dah cam stalker, sy unfriend jer... Salam perkenalan dr saya...;)

zinnur'ain the love of my life said...

salam ... very meaningful entry ... i totally loved it ... sedapnya murtabak raja tu ... nak cari jugak lahh nanti ... hi hi hii ...

btw, guna buah kurma kalau nak lembutkan daging ... letak je 2 or 3 butir dalam masakan ... masakan kita tak akan berubah rasa ... trust me, insyaAllah ... cuba lah ye ..

Zulfadly said...

salam kak, saya ada 2 fb, satu untuk saya dan kawan, dan satu untuk famly, saya buat sebab kadang2 apa yg saya tulis, takut disalah erti oleh orang yang lebih berumur, kalau mak bapak saya baca, pelik lah pulak bahasa budak-budak ni, walaupun rasa bersalah seolah-olah 'menduakan' family,tapi itu je option saya ada, dalam fb pon saya unfriend orang selalu, lagi-lagi yang fanatik dengan politik samapi tiap kali status asyik mengutuk je,hehe, besaunya murtabak tu...terliur nak makan lak

natasha arafat said...

Assalamualaikum kak zu,
Pejam celik dah lebih setahun saya baca blog kak zu ni. Start dari bulan puasa thn lps,tau-tau je dah raya balik. Tapi baru skrg berani nak tinggal komen sbb kita penyegan.

Kak zu,makcik saya pernah buat sup tulang guna periuk aluminium biasa tu je tapi lembut sgt. Makcik cakap dia letak tebu rebus sekali. Saya blm pernah buat lagi sbb tak jumpa tebu.

Salam dari sepah puteri. Eh eh,berjiran rupanya hehehe.

aeinio said...

macam - macam fb!! hehehe tapi banyak baik dan buruknya yg buruk2 tak salah kita skip dari hati dan fikiran tak senang dan tenang melihatnya lebih baik lepaskan (unfriend ataupun hide) :) <---- dah byk gak unfriend org!!

Kampung girl said...

Saya amat amat amat setuju dengan "siapalah kita........"sebenarnya kita sendiri patut tahu siapa diri kita n selalu bersyukur dgn apa yg di kurniakan oleh ALLAH kepada kita.kadang2kita rasa kita tak ada musuh tapi rupanya ada orang lain yg buat kita mcm musuh.ini masalah besaq kan

Anonymous said...

Dear Kak Zu,

I've been a silent reader of yours but this entry really made me want to add my 2 cents. I totally agree with you about people who have not spoken or tegur us for years suddenly on Fb can become very aggressive for no reason. I have also unfriend people who are too mean, racist and rude. My policy is to only accept people I actually know in real life and who I actually speak to. Previously I added someone from my office from a different dept but then when he saw me in the lift or terserempak kat printer bukan nak tegur pun! So unfriend je la, what's the point otherwise?

ada the baker said...

love this post kak zue. i penah di unfriend di fb. she mentioned bad things bout me ( sebenarnya tak betul pun ). bila face to face punyalah dia malu-malu macam semut. bila di fb, amboi macam penglipurlara. to this kind of people, stop whining problems on fb. prinsip saya mudah, berani kerna benar takut kerana salah kalau ada virus begini.

Yong Is My Name said...

Salam Mama TiaMia,

Love ur post.
Manusia yang kekadang tak faham dan tak mahu faham perasaan org lain dan kadang2 buat2 tak faham jea.

Ina Hashim said...

salam kenal Zue,

Akak dh lama jd silent reader Zue....dunno why...tapi hati terasa tenang lepas baca post2 Zue....banyak elemen positive

psl isu hari ni...mmg ramai yg mcm tu dalam FB....buat x tahu jela...susah2, unfriend je terus tapi bukan bermakna kita nak putuskan tali silaturrahim....just xnak tambah dosa kita dan dia dek kita duk berkecil hati dgn sindiran2 sinis dia

Anonymous said...

As Salam Kak Azu..

MOOD sedih:)

Sib baik kak azu buat entry ini, baru saya faham situasi. Patutlah kak azu belum accept my friend request kat fbkan...mula2 rasa nak merajuk..tapi mana bolehkan..akak dan blog akak kan blog telah menjadi kesayangan saya..anyway salam sayang buat kak azu and tiamia...

Umirayyan aka norshafinaz atil:)

Anonymous said...

salam azu, akak pun dah selalu sgt melintas dibawah pokok rambutan yg ada pangkin ni.ada rasa terpanggil utk lalu dan lalu lagi disini. Dan akhir akhir inh dah berani pulak tumpang duduk utk sama berteuh dibwah pokok rambutan ini.angin nya terasa damai dan nyaman ...

Anonymous said...

salam zu, hope u and family are well! i was on fb for 2 years, experienced both good and bad, but in the end decided it was best to leave it totally. so I started blogging instead to share my little world. to survive on fb one has to be tough like a rock, it's no place for a sensitive soul like me. good luck to all.

Anonymous said...

i like ur post yg ni kak! toksah layan org yg gitu. mmg elok unfriend je org gini. haha.. i ade friend yg lebih kurg gini. ikot hati nk je unfriend. tp pk nt slalu jmp xjd unfriend. hide je. aman fb i skrg. haha :)

The Singing Pilot said...

I just deleted tons of unwanted ppl off the fb. N it felt good! Hahahahaha. Kita xjd warded. Sbb ward full. Haha

PINATBATE said...

Salam mama Tia Mia..
jangan unfriend kakpinat yer..huwaaaa!!

annhuzi said...

like this best of all!!! "pangkin kampung di bawah pokok rambutan" - duduk berborak jika sudi,balik memasak kalau dah petang:):)"
kita panggil amben.
kita memang tak berani ber FB ;)
betul betul betul!!! pontianak pun tak nak kawan!
i dari kecik suka tengok cerita lawyer kat court. tapi tak jadi lawyer, dapat 2 kawan lawyer pun jadilah :D especially yg berhemah tinggi :)

Anonymous said...

suka part 'pontianak pun tknk kawan'

Anonymous said...

salam kak zu,
harap salam perkenalan saya diterima di fb.

fadila

Anonymous said...

saya like sgt2 ayat akak "carilah diri kita tanpa keangkuhan..." tu...

zuhriyannie said...

salam kak zu.
erm.. baru sy teringat yg sebelum nih sy ada request friend kt fb kak zu but till now no reply. tp sy x kisah sbb sy fikir mesti akak ada reason knp x accept kan. dpt baca blog kak zu pun dah seronok sgt dah. :)))

btw thank for the tips kak zu. next time blh try..^_^

Anonymous said...

AsSalam

kadang2 terrrunfriend jugak dgn kwn2 yg sukaaa sgt post gambar2 yang kureng enak dilihat, dah la kita menengok, kwn2 kita lain pun dpt menengok sama, share pahala tak pe la jugak, share dosa tak mau laa ..
(err.. macam laa aku ni bagus sangat..!!)

laila

meilya dwiyanti said...

nice posting kak..

iyya benar... tak ada tuh istilah memutuskan tali silaturahmi di FB, FB, FB lah, kita silaturahmi, silaturahmi, jelas beda, di FB siapa saja bisa add minta berkawan ama kita, tak kecuali orang orang yang pake nama palsu..

makanya saya jarang sekali lah buka fb, buat status pun jarang, kadang buka fb hanya untuk lihat ada produk produk baru kah.. hehehhehehe

salam hangat untuk mia dan tia..

haduh martabaknya bikin saya kepengeeen... terus serbuk kari itu untuk dimasak kah kak???

Rozz Hazidi said...

Salam mamatiamia..

Nak tumpang duduk dan berborak kat pangkin bawah pokok rambutan yang nyaman nie.

Entri nie buat akak tersenyum sendiri.......menarik dan lucu...part "pontianak pon taknak kawan" haha kelakar tul..

Setuju 100% ngan apa yang u tulis...

Salam perkenalan dari akak.

Anonymous said...

suka baca blog akk..by the way, kwan2 ay juga suka baca blog akk.. cant wait for the next entry cs..

Hayati said...

Lumrah alam ..btw,Kak zu,I mmg peminat setia you ni without fail check ur blog ade update baru ker tak..kan best kalau u jadi my neighbor..I still remember ur post about Kayangan heights,if not ur going to make a house there and I dgn muka tak malu Akan Ketuk ur house nak Kawan !:) heheheh...

Hayati

Nur-nba said...

Memang suka borak2 dan lepak2 kat pangkin akak ni.. Nyamannnn je.. hehehe..

FB memang dah tak berapa menarik..Tak berapa suka lagilah bila bertukar ke 'timeline'.. menyampahhh..

hOtMaMa said...

Kak Zue, saya tak tahu la klu kt tempat lain.. tp klu kat kg2 n9 asal ada pokok rambutan jek mesti ada pangkin kan.. haha.. petang2 uwan2/mak2 duduk la situ kengkadang sambil meraut lidi penyapu.. berborak2.. mmg kenangan betul la.. huhu..

ila de cute said...

salam kak zue, i ni one of your silent reader. suka sgt baca celoteh kak zue, nak tulis mcm kak zue tapi tak reti. u always inspired me :). saya suka entry kak zue hari ni tp tak tau nak komen apa. sbb saya sependapat dgn kak zue. takpe la yg penting kita tau nawaitu kita kan, btw mmg susah nak pilih yang betul2 kawan kita kan... have a nice day! kish kish to budak comel tia mia :)