Wednesday, December 26, 2012

Holiday at its best&Welcome New Year!

Salam:)

Thanks pada yang mendoa kan:) Alhamdulillah dah lah beransur sembuh,actually demam due to bad sakit perut,sebab makan tempoyak masam:):) Hopefully semua orang pun sihat and enjoying their holiday to the fullest until the new year knocks on our door.

So fast the time flies,new year is going to be next week! Looking back all to all the days and nights,Alhamdulillah so much,ada dugaan datang dengan pengakhiran yang baik. ada kesusahan yang membuahkan keinsafan,selain nya kesyukuran tak terhingga kerana terlalu banyak di beri Nya dan sebagai manusia tak 1/10 dapat kita membalasnya.

Anyway I cuti this week:) So seronok except tomorrow lah kena masuk office kejap,selain tu dari weekend until today yang seronok2 sahaja. Nothing beats being at your home sweet home,no school no office,if you feel like cooking do it otherwise so many stalls/shops around waiting for you:) 



Quite sometimes tak menukar bunga di garden sebab musim hujan susah nak mencari bunga yang sesuai.Today after papa went to office  and dah habis ngaji Iqraq i bundled up everybody including Heni and we went to the nursery to get some blooms.


Walaupun musim hujan rindu jugak nak melihat yang berwarna warni di taman so i bought few pots of these bright beauties:)


Dan tiada yang lebih seronok dari berpyjama berbaring di sofa menonton AFC:) I learned few things from Jamie Oliver today:) Now baru i tahu pastry skin yang i beli dulu adalah type yang kena roll dulu bukan yang boleh cerai2 kan tu..he he..no wonder so thick:):) mesti kena buat balik ni..tengok Jamie buat isi dia turkey dgn leeks tadi nampak so sedap:)


The girls have new gadgets:) Dah pow their papa at Toy r Us.I went out on Sunday for breakfast with my BFFs, my friend came and picked me.The papa and girls supposed to come and fetch me during lunch but pukul 10.00 they dah called already on the way langsung tak der chance:) I asked the papa to take them to Toy R Us first dalam masa 10 mins papa terus kena pow:) But he gladly obliged apa the girls nak i think..nampak muka dia pun excited dan sanggup menunggu budak2 ni practice:)


The Happy Girls,Helmet tak mau pakai ni..degil:(


Hari ni lunch 2X balik dari flower nursery singgah KFC bawak everbody and makan:) Balik singgah beli lauk and pukul3.00 lunch lagi dgn Uwan:) Sangat seronok bagi orang yang berkerja dari 9.00 - 6.00 kalau pukul 3.00 dia dapat melepak di dapur makan..berborak2 di meja..macam heaven saja:)


Petang Heni buat activity berkebun di bantu anak2 dara kecik yang rajin ni (rajin mengacau).


While they were in the garden i went to the kitchen.Since the last coconut cake semua orang suka dan my caster sugar dah habis ( this recipe guna condensed milk only) i decided to buat lagi but this time with a twist; i added grated orange skin and juice.


Before that nak tunjuk the Transfomer or Voltage Converter we bought from Ace Hardware untuk my Kitchen Aid.It is priced at RM160.00.


Untuk reader yang mintak tunjuk dulu,ini lah rupanya,namanya "Ultimax"converter to step up or step down the voltage.Macam my kitchen Aid is 300 watt plus so kena purchase yang lebih tinggi,the salesman bagi i this 500 watt converter.Tapi kena hati2 jugak memasang nya silap langkah the whole equipment boleh rosak. Just to share macam sesiapa yang beli Kitchen Aid or any electrical goods directly from US,you must read the manual thoroughly, like in my case i baca so banyak warning dalam the booklet yang cakap "NO ADAPTER!" so strictly no normal electrical adapter tu,must bust this transformer/voltage converter.I ada drama jugak,the papa bila balik tak lah sabar2 nak pasang kan i benda ni..is suruh baca buku dulu,tak terus pasang,tiba2 keluar api dan terus padam semua.I merajuk lah,ingat dah terbakar semua..kesian dia ,petang2 Christmas kedai semua tutup dia keluar mencari fius terbakar..tak tau lah mana dapat,dia bawak balik and tukar dah tu heret my hands masuk kitchen tunjuk KA dah berpusing he he. So bila nak on tu kena baca jugak to make sure we set it to the right reading:)


Sebab converter tu buruk i hide lah belakang my coffee maker supaya tak nampak:);)


Berbalik cerita masuk kitchen, i buat lah Konyaku jelly for the girls guna Wilton Mini Flute moulds yang baru beli.


They were excited looking at the beautiful jelly:)


Coconut&Orange cuppies are ready!


Soft and nice.


The treats counter for those on school holiday:)


Itu cerita dapur..i think few days jugak i tak kan masak kat wet kitchen ni sebab esok orang nak start tukar the wooden wall kat belakang with bricks.I have to forego my wooden wall after 8 years dah banyak yang berlubang.Will take this opportunity to kemas2 the laundry area after this,nanti cakap makeover bunyi 'too much' pulak ye tak?:);)


I bought these two topiaries for my verandah..cantikkan :) Kalau pasu putih lagi cantik i think.


Bersesuaian dengan musim hujan i bought more greeneries compared to blooms this time.




Finally before i end my entry,this is one of my picture with one of BFFs..so seronok after more than 10 years tak jumpa:)



And my delicious Egg Hollandaise at Dome:):)

Night2 everybody..may we have a blessed  Thursday tomorrow:):) 

Ta ta ta
....................

14 comments:

Nur-nba said...

Syukurlah akak dah sihat.. Nampaknya selera makan akak bertambah lepas baik dari demam, sampai makan tgh hari sampai 2 kali... :D

Pandai anak2 main kasut roda tu.. Happy sangat diorang.. Better wear helmet. Sedap tengok
cuppies dan jeli tu.. Lapar terus.. ;)

Unknown said...

Aslmkm Azu..
Wah! Azu, thumbs up...baru baik dr sakit, pun boleh bersemangat membaking and bergardening.
Sunggguh bersemangat..i pun nak turut serta la..

umiyumi said...

Salam Zu,
Alhamdulillah dah baik skrg. kena jaga2 makanlah mcm tu kan.

Mmg berbaloi susah2 beli KA dr jauh kan, dah byk jasanya tu mesti semangat hari2 nak baking. :)

The Singing Pilot said...

Koniyaku jelly. I shud do dat today hahaha. Dh lama x mkn

Lagenda mahsuri said...

Yeay..yeay..kak zu dah sihat!! Mmg seronok betul tgk kak zu coti2 hepi enjoykan diri dgn bakin n gardening semua. Tambah2 hepi sbb ada org nk kemas2 bahagian laundry pulak...

Mujur x jahanam itu KA kak..ha ha ha..musti suwit tgk muka kak zu majuk kan! :p

zuhriyannie said...

wahhh.. seronoknyer saya baca n3 kak zu pg nih. First sbb kak zu dah sihat. Pastu n3 psl berkebun yg mmg favorite den. Suka tgk garden kak zu. cantik jer.. :)
Ta ta kak zu...

lasufi said...

Salam.

Banyaknye makanan sedap-sedap dalam entry ni..... pagi2 memg dah jadi habit kena lawat mamatiamia dulu baru leh wak kerja.... kalu ada entry baru bestnye esp. pasal makan2.....



Kniedaz said...

Salam Sis,
Ooo baru saya tau, barang2 dapur pun guna converter juga...mmm...saya kalau beli barang letrik jarang go through manual...lepas ni kena rajin membaca manual la...
Nice la laman rumah sis...penuh dengan greenery...seronok kalau duduk2 minum petang sambil tengok anak2 main di laman dan pokok2 menghijau ^_^

Rozz Hazidi said...

Salam mamatiamia..

Kalau u beli product dari UK tak perlu guna voltage converter lagi sebab normally electric goods dari UK guna same voltage dengan kita.

Nanti akak nak terai bake coconut orange cc tu...good delicious.

Take care ya.

♥MAMASYAZA♥ said...

sronok tgk dapo zu, cantik sgt

susumanis said...

salam zu, citer marajuk tu cam lam drama kikiki, kadang lelaki melayu tunjuk kasih sayang kat isteri dgn melayan rajuk kita kan..susah depa nk cakap love u, tapi tang melayan tu terasa depa sayang..hehe, nway i nk bg zu kolagen seaweed, kindly sms me yr add at 010 3688 637 ya, nanti i pos laju, my bfren beli 50 kilos fr sabah so sapa nak boli i jual murah je 100 gm rm20, very good utk skin n etc,sapa ada diabetic pun elok consumed, malas nk buat n3 kt blog tapi mmg nak bagi zu sebagai hadiah buat i happy baca blog ni..hehe, sms ya zu..tata

kasihredha said...

Salam zu
Part yg merajuk tu yg kelakarnya zu...hihi
Syokkknya dpt cuti...boleh bergolek2 depan tv sambil minum hot cocolate :)

PINATBATE said...

nak buat jelly..nak buat jelly

Anonymous said...

salam,

i beli the same transformer. tp xsure setting kt blakang tu nak pilih 110 or 240. can you help me on this? thanks for the info. i bought that transformer after i read your post.

khadijah