Thursday, July 31, 2014

Aidil Fitri 2014- Saya Masih Merindui.

Selamat Hari Raya! Maaf zahir Batin!

Saya wanita melankolik,suka berperasaan, suka merindui :):) Rindu tempat lahir selalu besar, rindu2 dan rindu selalu- Alhamdulillah masih ada tempat yang boleh di rindui, Alhamdulillah masih ada perasaan rindu pada tempat lahir- kalau sudah tak ingat tempat lahir dan orang2 yang terdekat lagi susah kan..jadi biar lah sakit merindu dari sakit lupa- Rindu boleh di lepaskan;)

Setelah menyediakan semua, bertemu PILs yang beraya di KL dan menyerahkan baju2 raya sedondon buat MIL&FIL,kueh2,bermaafan, cium diberi dan di terima, kita pun memulakan perjalanan- yeayyyy balik kampung macam lagu Sudirman:) Cuma tahun ni cabaran nya besar sedikit- my brother beraya di Kl dulu, jadi balik lah kami 4 beranak dulu,menyediakan semuanya sebelum Uwan sampai pada malam hari with my sister. Bulan puasa my kudrat pun sangat banyak berkurang- cabaran hendak mengemas menyediakan rumah yang hangat dan mengalukan Uwan balik- walaupun kita dah upah orang utk maintain kawasan dan dalam rumah tapi benda2 yang details tetap terpaksa di buat. Tapi bak kata orang patah sayap bertongkat paruh tetap kita buat- demi orang2 yang tersayang:):) 

Maaf kepada yang meninggalkan email harap bertemu di N9 etc- tak dapat nak membalasnya saya sangat menghargainya but  i was and still very busy until today, semua nak di uruskan, di tambah pulak dengan cuaca panas dan batuk selsema, memang slow pergerakan- jika ada rezeki kita bertemu di lain masa In sha Allah.


Blooms from Floristika for Uwan's house.


Pagi hari semua siap sedia- sangat penat menyediakan 101 barang- Heni kan dah balik- semua kena di buat sendiri- buat list supaya tak lupa.Alhamdulillah my partner lah pengubat segala kepenatan-dia lah penyokong dalam apa pun cabaran. Terima Kasih. 


This girl misses kampung very very much-she can't wait to go back- kesian.


We started our journey after Subuh- it was a beautiful morning- our trip was smooth and easy.


Alhamdulillah sampai di kampung yang indah..Kg Parit Kuala Pilah,N9:):)



Yang rindu kampung ni happy maximum- terus singsing lengan menyapu halaman.


Myself pulak- masuk rumah singsing lengan jugak, kemas dan arrange things to make the house 'warm and cosy'


Investment RM59.00 di Floristika sangat berbaloi bunga merata rumah hingga ke bilik mandi!:);)


Halaman pun bersih- cuma yang tukang maintain this time buang semua rumput supaya lebih senang dia maintain- saya lebih suka rumput menghijau:(:(


Sebelum petang Dol orang Indonesia yang di upah menjaga kawasan rumah Uwan datang menghantar sebakul manggis- yeayyyy happy, baru di ambiknya dari pokok.


This girl tengok sampah terbakar pun sangat seronok:)


Buah mata kucing Uwan lebat berbuah.


Cempedak sebelah rumah pun banyak buahnya.


Kasut raya pun di atur dua gadis di atas tangga merah Uwan.


Petang, we tak sabar pergi ke Bazaar Ramadhan Kuala Pilah- pesta lauk masak lemak cili padi dan mcm2 lauk N9.


Masak daun kayu tempoyak.


Gulai telur itik mangga muda.


Rendang ayam dari jiran. Alhamdulillah seronok berbuka walaupun hanya kami 4 beranak- kata the girls just like our trip to the farmhouse;) Malam Uwan pun sampai with my sister,niece and nephews:)


Bangun pagi- yeayyyy damai.


Ni 'Jantan' kucing sedara/jiran sebelah- besar macam teddy bear.


Sangat sedap memeluk si Jantan ni.


New Playhouse for the girls- dulu suruh si tukang cat putih- nampaknya dia ada fikiran sendiri:):) Barangkali jugak putih tak sesuai utk kampung:)



And Si Elsa pun ikut balik kampung:)


Seronok memasak dan memotong daging di luar rumah;)


Sup Tulang seperiuk untuk berbuka malam terakhir puasa.


Raya ni Kak Yan yang in charge buat rendang atas my arahan;)


My emak mata kabur, tenaga kurang tapi dia tahu segalanya- bau kampung mesti lah dia kenal kan- sangat happy dia, terharu at the same time- banyak dah tak dapat di lihat.


My sister orang sibuk ke pasar di atinggal di rumah menghias suadut luar dengan bunga keliling rumah:)


Ini dapur Uwan- tempat berkumpul memasak dan bergossip:)


I wrote this note long long time ago- masa tu semua pun masih muda remaja dan anak2- nakal tak mahu menolong uwan:)


Malam- cengkerik berbunyi- sejuk pun menjenguk badan.


Dapat lah main bunga api- seronok tak terkata:)


Episode- Pagi Raya berjalan kaki ke surau tua kampung:)


Mia yang rindu kampung:)


Kak Yan and my girls:)


Bersama menuju surau. Kita lewat ke surau sebab banyak benda nak di selesaikan- orang lelaki semua dah ke masjid di Kuala Pilah- kita lambat pun tak apalah- kita jengok jugak surau tua.


Sempatlah berdoa bersama-sama di surau.


Kemudian kita berjalan kaki lagi mendaki bukit menemui arwah atuk.Cucu2 pungut limau di kawasan surau dan letakkan di kubur tanda kasih sayang- tak pernah bersua tapi keduanya sangat sayang kan arwah atuknya. Fatihah di bacakan seorang cucu besar dan 2 orang cucu kecil.


Keduanya sangat terkesan bila berjumpa kubur kecil ni- lantas duduk membacakan Qul huallah buat anak kecil yang in sha allah penghuni syurga.


Hidangan pagi raya selain lemang,rendang lodeh dan kuah kacang adalah laksa asam- sangat gembira sebab semua telur tidak bergitu lembut atau lebam keras- just nice sperti yang diinginkan.


My sedap laksa.


2nd day of raya 29/7 was my birthday tapi tak berkesempatan membeli cake di kampung- my girls sangat sedih- bangun pagi2 keduanya memeluk dan mencium, they said' nobody celebrate birthday without cake mama:(" so balik KL they used their duit raya to buy Secret Recipe Cake for me.


Thank You so much Darlings.


Lunch pergi makan rumah mak mertua- semua jenis lauk daging disediakan- my emak dan mother in law ibarat ayam dan itik bercakap bahasa kelantan dan N9- bila tak faham dua2nya ketawa dan bertampar-tampar peha;) Alhamdulillah saya masih dapat doa dari ibu tersayang- bila di beritahu yang hari itu hari lahir saya dia terus menadah tangan berdoa- Itu lah hadiah terbaik untuk saya tahun ini.

Untuk semua kawan alam maya SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN- You are all very special and add beautiful colours to my life- Thank You!

………………..

17 comments:

Unknown said...

Belum terlambat rasa nyer utk mengucapkan Selamat Hari Raya n Selamat Hari Lahir buat zu (yg ke barapa tuh).....semoga panjang umur, murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yg baik hendak nyer....amiiiin....♡♡♡

Unknown said...

Selamat hari raya Zu!! lama dah tak tinggal komen di sini, your entry this time made me meleleh air mata sekejap...

hugs to your girls and my salam to your beautiful mum @ uwan..

Yatie in NZ

MamaAliya said...

Happy birthday and selamat hari raya kak zu..

Anis Ismail said...

Selamat Hariraya Aidilfitri and happy belated birthday for you.
Semoga panjang umur murah rezeki dan bahagia bersama keluarga.

syalinda johari said...

Selamat Hari raya aidilfitri kak zu dan family...maaf zahir dan batin...semoga sentiasa dilimpahi rahmat..aminnn

dhr said...

Selamat hari raya kak Zu & happy belated birthday.

Hero said...

selamat hari raya maaf zahir dan batin sis.happy belated birthday to you.semoga diberi kegembiraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Anonymous said...

Selamat Hari Raya and Happy Belated Birthday! I wish you the very best always! Sama2lah kita, I am one truly melancholic lady too!

Unknown said...

Selamat hari raya maaf zahir batin Zuraidah & family...& Uwan.

Farah I. said...

Selamat Menyambut Syawal Kak Zu and family.. :) Reading your writings really could make me smile in the morning.

Ila said...

Salam Aidilfitri buat Kak Zu dan family... juga selamat hari jadi to u, u are beautiful... May Allah bless you always.

Shila Muin said...

Happy belated Birthday dan selamat hari raya. Lama tak menjengah blog tia mia ni. Shila juga masih rindukankan kampung tambah lagi tngk gambar2 Azue di kampung. Tahun ni tak ada ambil gambar sebab adik baru meninggal sebulan lepas suasana pun suram sikit...

Zaila Mohamad said...

selamat hari raya kak Zu :)

seminggu meninggalkan dunia blog, bila kembali blog akak yang saya baca pertama sekali sebabnya tahun ini kami beraya ala kadar sahaja rumah takde nak tukar langsir ke apa sebab saya dalam pantang

tapi bila buka blog akak terus aje semangat nak hias rumah :))

Arora's said...

Tenang hati dan jiwa membaca penulisan kak zu, dan seronok tgk rumah kg kak zu.saya x dpt rasa dah rumah kg.how i wish ada rumah kg. . .kak zu hujung minggu buat homestay la nlh sy rasa hehe

Salmi said...

Eid mubarak azu dan keluarga. Taqabalallahu minna wa minkum. Heppi belated besday :-))

eda said...

selamat hari raya kak zu ,,
heoy belated besday yaa ...
hugs ketat!!!
tak sbr tggu semua entry raya hehehe

Liyana said...

selamat hari raya n selamat hari lahir sis :)
btw, kita sekampung laa.. ase2 mcm penah lalu je umah mak akk ni :)