Hidangan pertama selepas subuh sebelum ke surau dan masjid.
Kita pun sampai di surau tua di kampung uwan.
keduanya seronok naik kereta kak ayan,Tia cakap "Tia syuke nak naik lagi"
dah siap sembahyang kita pun nak balik rumah.
Kita sekeluarga di pagi raya di rumah uwan.
Terima kasih papa untuk setiap kebahagiaan yang di beri pada kami.
Bergambar di luar rumah pulak.
Inilah raya kami,tak der tema baju..colourful dan ceria saja.
Suka hati dua orang ni..tak tahu penat.
Tukar baju kurung bila dah panas.
baju dua nonit ni tak sama,mama beli pack for two kat mark and spencer...so Tia polka dots and Mia nonit in red.
Indah pemandangan macam ni..sungguh bermakna.
Inilah pakcik bersama makcik,pakcik abang nombor 3 mama,yang no 1 arwah paklong,nombor 2 paktih beraya dengan anak2 dia yang dah berkeluarga di rumah mereka dulu,nombor 4 maklang lah dan mama yang last.
Mula2 semua ladies ambik gambar dulu.
Hmm dua orang ni tak boleh diam..tak sopan lerr
satu lagi shot...
Buat aksi gediks sikit ladies...
Then semua pulak ambik gambar..
satu lagi..klik..klikkk
Then semua monsieur with madam uwan.
banyaknya photographer
Ni tak pedulik apa..amir gila games sungguh..raya pun dia tak kisah
Jumpa buah belimbing uwan..heran lah..buah ni masam mama
Siapa nak..ambikkkk
Buat aksi sikit Mia..
Dengan tuan punya rumah dan tanah si uwan bawah pokok mata kucing
Sessi bergambar tak habis lagi
Tia dah jatuh longkang..nangis kuat2..
Maklang the professional photographer
Dah penat bergambar duduk dalam rumah pulak..
Seronoknya both dapat kena make up dengan kak ayan..dengan mama jangan harap,tunggu 20 tahun lagi sayang.
Mia nak gaya lah papa..
Syedapnya jelly...
Ha,ha..haaa..papa baju sama dengan amir,papa punya Hush Puppies,amir pulak renoma..nak pergi main rugby ke guys?
Mia manja papa.
Kak ikin and maklang di dapur uwan...baju maklang tu mama yang beli,masa mama kecik maklang beli baju kat mama,sekarang alhamdulillah mama pulak beli kat maklang.
Mama dengan kak ikin,moga kasih sayang maksedara and anak sedara ini berpanjangan.
Sempat lagi makcik dan dua anak daranya yang dah berpunya ni bergambar di bilik dapur uwan yang menempatkan bag semua orang.
Mia and pashik kesayangannya.
Mia sayang kak ikin jugakkk...
Aksi gedik2 skett okayy..
Pasangan bahagia..Intan Dayana dan hazril Halip...dua2 bertugas di tabung haji,makasih both jaga rendang dan lemang...nanti maksu datang rumah okay.
pasangan bahagia ini sehati dan sejiwa, sorang di telekom Malaysia,sorang di Shell..terimakasih maksu lagi untuk ikin and din.
Uwan dan boboy..boboy ni ada tempat istimewa di hati uwan sebab masa baru lahir dia duduk kampung kejap uwan and mama jaga,masa tu maklang pergi paris ikut paklang..so kita oranglah yang jaga dia,sungguh sayang uwan kat dia..now boboy dah pun nak tamat University,nak jadi entrepreneur pun dah..uwan pun dia dah dapat bagi duit.
Uwan sayang ikin macam mana ikin sayang uwan..ikin kena buat lemang dan tapai lagi bila beraya di kampung okay.
Kak ayan..anak dara maklang satu satunya..kak ayan cepat bukak gigi besi tu nanti lagi cun..chentaku ni dah pun tamat University dan macam abang dia boboy minat nak jadi entrprenuer jugak,now mengikuti kursus kelayakan nak buka Franchise Mc Donald with her papa..nanti kita makan Mc D free yer kak ayan.
Dua beradik..jelita dan manis di mata mama.
Pembantu mama si heni dan pembantu maklang si sue..harap2 keduanya tak sedih sangat beraya tanpa keluarga sendiri..harap2 kemeriahan di kampung dapat mengurangkan rindu mereka
Alhamdulillah Heni dah nak masuk 3 tahun kerja dengan kita..so far okay walaupun tak perfect...
Sorang dari lampung,sorang dari jawa..mencari rezki di Malaysia..
Ni semua cucu sedara uwan..tiap tahun without fail dia orang datang dari kecik tak tau cakap sampai lah besar..now datang nak tengok budak kembar.
Masa cepat betul berlalu..salah sorang dalam group ni yang dulu mesti ada iaitu bang long tak der dah..dia dah besar dah pun dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke jepun..all the best to bang long kita tumpang gembira.
Dah penat makan rendang,lemang sejak pagi..maka lunch yang paling best mestilah goreng sardin..sodappp.
Alhamdulillah kepada Allah di beri nikmat di dunia ini..moga mama jadi hamba lebih baik,isteri lebih solehah dan anak lebih taat.Catatan istimewa buat uwan : Maaf di pohon lagi, mama tahu bertapa uwan merindu kampung dan berharap dapat duduk lama di sana..apakan daya keadaan tak mengizinkan,janji mama kita balik lagi nanti,moga keletah dua anak mama menghibur uwan walaupun bukan di kampung.
Note bahagia : lepas ni kita sambung lagi cerita2 happy raya..tak tamat lagi tau..hmm kak nur tak dapat join,half of our family anak2 arwah paklong kat Johor,insyallah oneday kita dapat berkumpul semua.
10 comments:
Ye la Kak Zue, sedapnya nampak sardin goreng tu.. kasi resepi sikit leh.. nak try buatlah.. Sonok la cerita raya ni..Gee kat sini mmg tak sonok, mmg nx yr kena balik msia juga raya..:-( Rendang paru, daging tu.. dgr mcm menarik.. ada resepi gak tak? :->
ur dress is awesome ..!!! lov it so muc !!
really admire ur figure !!!
amazing !! pheewit !!!
nice to see tia n mia having fun thr ya !
zu, memang cantik la baju raya u.mengancam.baju ikin pun cantik dan simple & she so sweet kan. anak2 sedara you cantik2 kan.nampak perfect la view hari raya kat kampung u. selamat hari raya .
Maksu, terima kasih atas kedua-dua entry. Terharu sungguh rasanya. Itu je la yang termampu kami berdua sumbangkan. Dulu kecik-kecik maksu dah buat macam2 untuk buat semua hepi. now time kitorang pulak balas balik. Tak penat pun, memang best la raya kali ni.TQ to maksu & CO. Terutama Tia dan Mia yang membuat kan raya semua orang penuh dengan gelak tawa.
Yang paling best rasanya masa pergi surau. Lain la perasaan masa tu. Hiba je.
nanti kita berkumpul lagi di KL ye. Kali ni kita beraya rumah baru along dulu la di Taman Kantan Kajang. hehe.
**Hari ni baru start keje. Malasnyaaaa....
tantik baju raya tuu cam duyung kurus kih kih.. tiamia pun cantik2
terkojut tgk gambar dgn tudung tu.. ingat dah mendahului aku ke jln yg benar.. he he
suma muka serupa.. satu acuan cam kuih baulu..
Dear Gee,terharu tengok entry awak,sungguh bertuah,tak dapat tinggal comment lagi ler,masih not allowed.Boleh jer berkongsi resepi- sardin tu senang ajo,tumbuk cilipadi ikut banyak mana,bawang putih,merah,dah tu tumis,naik bau,masuk sardin cap ayam,masuk garam sikit dan asam keping,kacau2 dah tu tutup kuali dengan cover kalau tak dia mercik2 nak tunggu kering sikit,dah lama sikit bukak tutup tengok kuah dah kering sikit timbil minyak dah ok untuk di ngap,selalunya kalau sardin tu besar saya pecahkan dua,baru garing.Rendang paru,limpa dan daging pulak,blend cili api,kunyit,lengkuas,halia,serai,bawang putih dan merah,masuk bahan mentah dalam kuali campur bahan blender,kacau biar sampai air kering dan naik minyak,bila dah wangi masuk santan,kalau daging liat lagi campur air biar kuah banyak dan mendidih lama,masuk asam keping garam,biar sampai pekat,bila dah pekat betul dah nak kering masuk kerisik,kacau lagi biar sampai naik minyak dan wangi..nyumm..nyumm makan dengan lemang..selamat mencuba,tahun esok balik raya okay.
Dear Anynomous- makasih2,sapa ni.selamat raya okay.
Dear sofea- thank you,tak boleh makan banyak lah lepas raya,nank maintain he,he.
Dear Ikin,thank you and indeed this raya so meaningful kan.
Tq Kak Zue, thanks too for d email sent.. Arini jugo den buek ni haaa..... sure meletop2 badan den ni nanti naik.... he he... isk, hope jgn naik la.. takottt saya .
Take care.. btw, sonok jadi makcik yg di sygi.. sayang sungguh ikin tu dgn maksu dia ye.. keep it up... selama-lamanya .
sama2 gee..tak po badan naik malatop..abaya ado:)
syuke jugak baca crita mamatiamia, tia, mia n family raya.. feel like i'm part of the famiy already.. hihi.. syuke jugak jubah kak ikin yg simple n baju ikan duyung mamatiamia.. :)
amboii kemain meriah berayo samo sedaro maro
baju rayo pon lawa..vogue gitu..kita pon sama tema purple gak...tp xmeriah la psl balik kg husband....hehehe meriah kek nogori gak...org nogori mmg kecoh bila nk sambut rayo...dr hr mogang tu dh rs best dh....
tia mia dpt byk duit rayo tak...jemput ler dtg rumah berara..
Post a Comment