Wednesday, September 23, 2009

AIDILFITRI 2009 - Mengubat Rindu Di Kuala Pilah: Cerita 1-Hari 'Mogang'

Alhamdulillah tidak terkira dapat menikmati aidilfitri tahun ini dengan penuh bahagia,seperti yang diangankan,seperti yang diharapkan begitulah yang didapatkan.Indah sungguh beraya di kampung uwan,walaupun banyak kerja tapi kerna kasih sayang semua berjalan lancar,gelak ketawa sana sini,penuh meriah,Tia Mia sungguh bertuah dikelilingi semua orang yang menyayang.Keluarga pakcik lah yang jadi tonggak raya tahun ni,kak ikin,abang din memastikan semua berjalan lancar.Mama tidak dapat memanjangkan tangan seperti tahun2 dahulu menjadi tonggak menyediakan semua kerja kerna Tia Mia masih nakal,perlu dipantau,kerna heni membantu di dapur maka mama perlu lah jadi mandor terjerit sana sini memantau disamping memastikan keduanya menikmati hari bahagia penuh bermakna.Mama mengucapkan terimakasih dan sayang tak terhingga pada keluarga pakcik,maklang,uwan,moga kebahagiaan dan gelak ketawa dibawa Tia Mia menjadi ganti pada kurangnya tenaga disumbang mama,moga mama dipanjangkan umur,diberi tenaga sihat,insyallah ditahun2 akan datang mama dapat menyumbang tenaga lebih banyak.Mama dulu2 menjadi tonggak menyediakan semua di rumah uwan,dari membersih,memasak dan kini mama melihat diri mama dalam kak ikin seperti dulu2, bertanggungjawab menyediakan segalanya.Terima kasih kak ikin ,mama tahu uwan sangat menghargai nya tak putus2 dia cakap "ikin yang buat lemang dan tapai,pandai sungguh dia '..itulah hadiah raya yang indah ikin,membahagiakan hati seorang uwan yang dah lanjut usia nya.Alhamdulillah masakan semua sedap,semua menjadi..bila dibuat dengan kasih sayang..semua nya berkat,begitulah juga hiasan rumah tak perlu sofa baru,langsir mahal..rumah dicuci dengan ikhlas,kasih sayang disiram di halaman,serumpun pandan di pinggir rumah cukup mengharum segenap kediaman..maka berserilah rumah..maka terbitlah cinta disegenap jiwa..tak ternilai indahnya.Terlalu banyak cerita seronok..terlalu banyak kenangan bahagia,jom kita tengok hari indah pertama,dipanggil orang kampung mama sebagai hari Megang@Mogang iaitu hari buat lemang,hari ni paling meriah selain pagi raya,keluarga berkumpul menyediakan makanan utama iaitu lemang,rendang,tapai dan sebagainya,memang banyak perlu di buat dan menjelang petang semua orang membayangkan tekak disiram ais bandung bercampur ice cream soda dengan ais berbaldi sahaja.

Inilah Cerita 1 kita: Hari Mogang.

Tahun ni kita buat lemang sendiri.kak ikin madam buat lemang,abang din and pakcik memantau api, perlu betul sukatan buat lemang ni,kalau tak betul santan air,lemang jadi keras,tak masak etc.Lemang kita tahun ni superb..superlicious.
Kita bertolak balik pagi jumaat after subuh,sampai jer rumah uwan Tia Mia terus join kak ikin buat lemang,tolong kacau lah..excited tengok daun pisang sana sini..seronok betul dua2 ni.

Dah puas kacau2 kat atas rumah both makan breakfast kat bawah pulak..

Abang Din sibuk menggantung lampu lip lap..kita panggil cina kuala pilah pasang aerial tv baru jugak..sebab gambar tv dah tak terang.

Ni lah tempat buat lemang kat rumah uwan..both sibuk tengok pokok "cononut' yang dah tumbang.

'horse mama,horse tia naik horse..cononut jadi horse lah"

Inilah rumah uwan..dah setahun tak dijengok..masih berdiri teguh..cuma rumput menghijau tiada lagi sebab kita upah orang untuk bersihkan..so they racun jer rumput..senang..mama miss lah rumput hijau tu..apa nak buat..ni pun alhamdulillah kawasan rumah masih bersih dan terang..rumah bila dah di bersihkan masih macam dulu2..sungguh nostalgia

Pokok cactus uwan dah besar..dulu masih sekaki tinggi now dah tinggi berdiri..

Ruang tamu uwan..tempat melepak tengok tv dan borak2..


Semua masih macam dulu...terima kasih pada pembantu rumah kita..tolong bersihkan semuanya..

Di pagi hari Megang..siap sedia untuk membakar lemang

Makcik memotong daging,papa pulak sibuk2 lah nak potong tulang tunjang dan gear box yang besar sungguh..sampai parang pun tak lut..

Papa pun surrender..pakcik lah tukang potongnya..

Dua budak nonit ni dapat baju baru dari maklang..baju "princess" terus nak pakai dah tu relax2 dengan kak ikin dan kak ayan di halaman rumah..

Rendang daging bercampur limpa dan paru baru dijerang,campur cili kunyit,serai,lengkuas,bawang dan di masak sampai kering air dulu,dah wangi baru masuk santan..barulah sedap dan tak berbau.

Dah terjerang pun hidangan utama ni...

Lemang kena pakai api yang besar tapi tak boleh dekat lemang nanti hangus.

Ni lah periuk merebus tulang tunjang dan gear box..rebus dari pagi sampai petang..hasilnya sungguh menjilat lutut..hehh..hehhh

Santan dan masuk..kena kacau dan biar sampai kering sebelum masuk kerisik..masa panas2 sungguh sedap.

Canggih tukang buat lemang ni semua..sambil tunggu lemang masak..tengok movie kat lap top

Bergotong royong,along and husband,maklang,kak ikin..mama suka view ni..sungguh meriah

Penuh gelak ketawa buat kerja..tiada rungutan walaupun panas dan penat..semua terbayang ais bandung ice cream soda jerrr..

Maklang salai ayam..nak buat rendang pulak..

Duduk menunggu lemang,rendang dan sup tulang masak..

Yey lemang dah masak..maka di bawak masuk dalam rumah lah pulak..

Mia enjoy main kat tangga uwan..mama larang buat penat jer..suka hati lah..

dah penat main kat bawah,main games dengan kak ayan lah pulak..

Dua orang budak nakal ni seronok sungguh main kat rumah uwan..lari sana sini..tak duduk diam seminit pun..

Pakcik penat sungguh..sampai tertidur..dua orang budak nak kacau pashik kesayangan dia orang..tak boleh berenggang dengan pashik..asyik mengekor sana sini..

Tuan punya rumah si uwan happy sungguh dapat balik kampung,buat kerja macam anak dara umur 21 tahun..sian uwan..rindu sungguh rumah dia..

tempat menjamu selera di ruang dapur rumah uwan..dua meja digabung jadi satu..sinilah kita berperang mengisi perut..

Baju raya Tia Mia pun digantung sebelum digosok...

Sandal dan kasut raya cenonit disamping teko antik bunga kangkung uwan..

Biskut raya masih belum disusun di dalam balang

Menjelang bukak puasa sebelum raya..budak kecik ni dah siap mandi pakai pyjama baru..

Activity malam hari..main krayon dengan maklang

Lemang dah di hidang..masih panas..siap untuk dimakan buka puasa..

Yummm...yang ini sungguh sedap..thaun ni sambal kicap resepi mama dibuat heni..sungguh kaw diakui semua..tumbuk cilipadi,bawang putih,merah,halia dan asam limau yang banyak campur dengan kicap kipas udang..sedap betul..

Hmmm..maklang suka makan tulang sum,sum sup ni..slurppp..slurppp

Mia buat macam2 aksilah...

Dua beradik seronok beraya di kampung...

Kak ayan pulak buat final touch up kat baju raya dia..bubuh yang lip lap lip lap..

Kita sekeluarga bergambar di tangga rumah uwan..gambar main bunga api tak der sebab bila mercun meletup both takut larik masuk rumah..
Banyak sungguh cerita di kampung gambar pun sama banyak..nanti kita cerita episode 2 cerita raya pulak.. banyak model raya tahun ni:)

4 comments:

adex-aieda said...

wah....syiookknyer raya kali nih...
ngan tia mia yg sungguh gumbira lagik...
raya tahun ni biasa ajelah kak..
kesihatan x begitu mengizinkan...
balik kg...maid xnak ikot...
penat sgt rasanyer...
apa2 pon...twins enjoy...kutip duit raya..
dh pandai cakap..."aceh"...bila org bg duit raya...heheheh

twins mama said...

selamat hari raya!!

annhuzi said...

i m glad i befriended u azu, dapat lah 'rasa' indahnya suasana raya kampung. tia mia pun nampak seronok sangat. ur life is so colourful. thanks for sharing ur sweet stories. best masak outdoor use kayu api, ramai gotong royong, menyedapkan lagi juadah.

MamaTiaMia said...

selamat hari raya ann,we are lucky still ada kampung but kat mana pun raya as long as we are with the loved ones mesti indah..cepat2 carik tanah pindah kat m'sia..so nice masak2 kat outdoor:)