Sunday, January 3, 2010

Reaching for New Love.

Welcome 2010, Happy New Year to everybody.Alhamdulillah atas semua diberi Allah Swt, sungguh kerdil,sungguh lemah kita,Allah lah yang Maha Besar,menentu segalanya,kita sebagai manusia jangankan boleh meneka future, apa yang akan terjadi dalam masa seminit ini pun kita tak tahu.Nyawa,rezki,jodoh dan segala apa yang bergerak di bumi ini adalah dengan kehendak Allah Swt,kita hanya boleh merancang,berusaha tapi Allah Swt yang menentukan. Ohh huhhh this entry is very emotional,very meaningful, a new start in our life after closing an old chapter. Kadang2 kita membina,memberi yang terbaik untuk sesuatu,mencurah penuh kasih sayang,berhabis harta ringgit,dirasakan situlah destiny kita,sanctuary kita,jodoh kita..tapi yang dibina,yang dibaja tak semestinya jadi jodoh kita selamanya,bila tiba masa kalau dah bukan jodoh berakhirlah ia. Kehidupan mama tak ada bezanya, sebagai hamba mama tidak boleh melihat future,cannot guess what is going to happen today, in 1 month time, in 2 years time, due to that mama always give the best that mama can but never forget to bear in mind that things can change, our life belongs to Allah Swt. Mama never expect this thing will happen, it happened so fast, in one month time we got to say goodbye to the things we loved,things that mama had put heart and soul in it, it was not easy ,the decision was fulled with emotion..'what if, what will, how will..."Que sera,sera,whatever will be will be,the futures not ours to see"..indeed is very true..berakhirnya jodoh dengan yang lama untuk membuka lembaran baru.Sungguh bermakna keputusan yang dibuat mama papa,melepaskan yang telah ada ditangan untuk menggapai yang baru,yang penuh cabaran,yang masih belum dapat di duga..maka kepada Allah Swt kami berserah,kepada Allah Swt kami berdoa..berilah keberkatan,permudahkan lah perjalanan,limpahkan lah segala rahmat Mu.

If you can remember ,mama posted this picture in the old entry.."pokok yang papa suka"
"This man has a dream,he got a mission" remember? Yeap papa ada dream..mama rasa dream dia bagaikan terlalu sukar untuk dicapai,dengan semua limitation yang kita ada mama rasa impossible,mama macam tak bersedia untuk menyahut cabaran lagi.But papa is so determined,mama thinks he can read mama's mind..so mama got to support him, be at his side to realize his dream,our dream.

Ni lah park yang kita suka jogging,hanya 10 minutes from our present house in kota damansara.Tempat ni aman, masih penuh dengan greenery,surrounded by the forest reserved,kita selalu round2 kawasan ni melihat orang membina rumah atas bungalow lots dia orang..kita berangan2 tapi tahu tak tercapai. Mama memang sayang kota damansara dah jadi kampung halaman, dari office hanya 15 mins,dekat dengan semua kemudahan,kalau puasa sungguh meriah dengan pasar ramadhan..jiran2 pun baik,sayang Tia Mia sepenuh hati,bayangkan dari Mekah jiran kita sms masih ingat you both,bila balik terus datang cari bawak barang2 dari Mekah.Rasa sedih sebenarnya nak berpindah ke rumah baru di Monterez..cantik dan luas macam mana pun tapi hati melekat di Kota Damansara.Setiap kali berfikir nak pindah rumah baru macam rasa kecut perut,itu lah jugak sebab kenapa mama melambat-lambatkan pindah kesana,walhal duit dah habis buat renovation kat monterez, berhabis masa di jalan ipoh handpicked sendiri 'italian/spanish" tiles yang dah nak habis stock supaya dapat yang murah,mencari lampu bagai nak rak..nak yang cantik tapi tak membakar pocket..hasilnya tergantung lah lampu pilihan mama yang sepatutnya mahal tapi mama got a good bargains di rumah baru..bersinar dengan terang dan elegant nya..tapi kenapa masih tak membakar,tak menyinar jiwa mama...kenapa??Semua ni mama pendam dalam hati..tak lah mama cakap kat papa..tak nak buat dia rasa serba salah..tak nak menyusahkan dia..mama ketepikan semua gundah dan bernekad kita berpindah ke monterez, mama pun dah beli few furnitures,flat screen etc. Tapi papa bagai boleh membaca mama, hujung November bermula segalanya,papa cakap papa nak beli tanah di Kota Damansara, mama cakap mana kita nak mampu alangkan semi D kota damansara pun dah begitu tinggi..apa kan lagi tanah and nak membina rumah, tanah disini harga dah berganda tiap bulan naik harga..walaupun baru jual kondo papa duit tak lah seberapa sebab balance loan masih ada, property pulak masih ada dua kena bayar bulan2..macam mana nak balancekan commitment..aduh gundahnya mama. Mama was reluctant at first, mama told papa perempuan mana yang tak nak memiliki tanah yang luas,buat rumah sendiri dengan design yang dia suka..tapi mama tak nak ia jadi beban especially kat papa,mama tak perlu kan rumah yang besar untuk bahagia..apa yang mama hendak ialah boleh melelap mata dengan aman waktu malam,tidak mengikat perut bulan2.Papa pulak macam biasa kalau dia dah set mind dia..mama letak hundred of questionnaires pun dia akan jawab..mama bentangkan thousand of possibilities pun he would be able to resolve.With rezki di beri Allah swt and with papa's determination, middle of December papa membeli sebidang tanah di Seksyen 9,Rimba Riang,Kota Damanasara, tempat kita selalu bermain,tempat kita berjogging,tempat kita mengintai rumah2 orang sebelum ni. Ya,gambar di atas tu..belakang tu lah tanah kita seluas 11,330 f berada..insyallah akan kita bina rumah bila rezki dah cukup.
Thank You very much papa..itu sahaja yang mampu diucapkan...Kadang2 memiliki sesuatu ini bukan kerana kita berduit,kalau ada duit banyak mana pun jika tidak dipermudahkan Allah swt jalan maka tak tercapai impian. In our case, kita tak punya duit yang lebih untuk memiliki tanah,macam nampak impossible mulanya tapi Allah permudakan segalanya,bagai di atur dan di beri jalan, sepatutnya ada halangan tapi ada penyelesaian..Alhamdulillah mama kagum dan sangat bersyukur dengan aturan Allah swt..cuba bayangkan sehari sebelum Aidil Adha kita ke bank untuk loan,officer tu suka sungguh Tia Mia,bagi duduk kat kerusi dia..owner land pulak sanggup tunggu duit papa dari jualan kondo keluar untuk 10% ,so signing hanya bayar 2 % sahaja,yang lain flexible.Tapi tak habis susah hati mama lagi,membeli yang baru memang mudah,kemampuan melunas bulan2 bagaimana pulak ,dengan 2 property yang kita ada, tak senang kita nak bayar 1 tanah yang bukan murah,satu semi D dan 1 double storey..papa kata kita jual rumah kota damansara, duit boleh guna nak buat rumah and hilang satu beban,kita pindah monterez,mama yang tak pandai mathematic ni pun duduk satu malam membuat perkiraan,perbandingan..kalau pindah ke monterez, dah jauh nanti nak buat rumah di kota damansara ..insyallah pindah balik,lagi pun nak incur cost lagi,movers,airconds etc..dah lah jauh dari office,dah tu jual rumah Kota damansara tak lah sebanyak mana dapat duit dengan loan yang masih ada. Mama pun buat detail calculations beri dua perbandingan kat papa,kalau jual rumah monterez and kalau jual kota damansara,kalau jual monterez dapat lebih banyak duit, since mama dah buat extensive renovation,walaupun "the real profit" sebenarnya tak lah seberapa tapi just taking back duit kita sendiri yang dah spent buat renovation tu..tak apalah sebab kita tak payah incur cost pindah,tak ada hassle keluar rumah,tak jauh office and tak payah bayar instalment monterez yang tinggi and can shift the burden to pay new land instalments. Wah dalam hal ni mama pandai dari papa..papa pun setuju,tapi masalahnya takkan dapat jual rumah begitu mudah,kadang2 makan masa bertahun..papa kena bersedia untuk bayar dua commitment. Tapi jika Allah Swt berkehendak berlaku lah ia tanpa kesusahan,dengan sekelip mata, dalam masa seminggu papa bukak mulut kat officemate dia,dia tengok gambar berkenan dan bila partner dia tengok rumah, they fall in love terus jadi,last week 30hb December 2009 kita pun melepaskan Monterez yang sungguh bermakna kepada orang baru, S&P dah sign insyallah semua berjalan lancar.

Was it easy to let go Monterez? No,never.. it was a very emotional decision, mama had put heart and soul in making it like what you both see today.Early days Monterez was like in the above picture,we took the hard earned money that we have, gave it love,soul and it transformed into one of the house that received most compliments there.. tak ada orang yang tak berhenti compliment,even the Arkitek for the new bungalow there pun berhenti nak tengok..bukan kerana kita ada benda2 yang mahal ,bukan kerana besar dah gah sebab kita tak ada semua tu..tapi kerana "the heart and soul" yang kita ada di rumah tu.
So sad writing this up..we had happy moments here..walaupun tak sempat pindah lagi..we had your birthdays at the club,now we still keep the club with us..at least we can still go for swimming,golfing etc..
Bila jodoh sudah berakhir..macam tu lah..tapi Allah swt memberi yang lain..sungguh syukur.

Mama suka area outdoor dining kita ni..terracotta dan stones untuk oven tu bukan mudah nak mencarinya...sungguh rindu tempat ni nanti.

The deal for monterez was all in..so we will say goodbye to the dining set,tv etc..hmm tak boleh bayangkan susahnya nak carik dining set yang suka dulu...

Apa pun solid brass chandeliar from Vienna ni and lightings from Florence mama akan ambik balik..so sayang this lampu..but the rest tinggal...

Apa pun kesedihan..kita nampak nya akan duduk lama dengan our beloved present house ni until rumah baru berjaya di bina..rumah ni sungguh bermakna,Tia Mia lahir terus mengenal rumah ni..uwan duduk full time dengan kita pun di rumah ni..tak luas mana pun..cinta pertama di sinilah takkan sama rasa sayang di banding yang lain.

semua orang pun suka rumah kita ni..so sementara ni kita bela dan jaga dia baik2 okay..semalam mama dah mula dengan panggil uncle alvin untuk letak terracota kat belakang gantai lantai kayu yang dah buruk..nanti boleh mandi2 kat situ..

Moga rumah sekarang terus bercahaya bawa bahagia..hmmm tak tau lah mama ni nak kata macam mana..sedih dalam lega,rindu tapi bahagia..apa pun satu mama kena ingat jangan lah mengeluh atas apa pun ..Allah swt sangat Pemurah,Pengasih dan Penyanyang...kita sahaja yang selalu lupa.
Nampak nya kita boleh mengulang memori gembira di rumah sekarang..uwan masih ada,semuanya masih sama..untuk itu kita bersyukur..

Yey..yey tak jadi berpisah dengan dapur kesayangan dalam masa terdekat ni..masih ada jodoh kita ye Cik Cabinet Putih:) kita masak macam2 lagi nanti okay.

Moga kita dapat membina garden secantik ini di Rimba Riang nanti..

Moga mama papa di beri rezki oleh Allah Swt membina ruang macam mana sekali pun yang kita nak nanti..dan harap2 tecapai lah cita2 papa yang nakkan kitchen yang Tia Mia terus boleh berlari ke garden belakang,tiada washing machine bersidai kat belakang dan bontot heni terbongkok bongkok membuat kerja kat belakang lagi sebab kalau ada rezki kita boleh buat separate laundry room,..wah seronoknya berangan-angan ...hmm moga papa ada rezki,mesti dia rasa sungguh happy and satisfied boleh provide a piece of land untuk family dia..mesti sungguh bermakna bagi dia.
Ini lah dia insan yang sentiasa mendoakan apa pun kebahagian kita..hari pertama kita bawak uwan tengok our land mama cakap "emak tolong doakan semoga semua berjalan lancar" uwan jawab " emak doakan kalau tanah ni adalah yang terbaik maka jadilah,Allah Swt permudahkan lah" dalam umur yang dah 80 tahun,uzur,pelupa..doa ikhlas seorang ibu tiada bandingan.Kata kak ikin kena buat entry bermakna ni..ye lah kak ikin pun dah sayang monterez..apa pun inilah permulaan baru bagi kita untuk 2010 ni. Mama menulis entry ini untuk anak2 mama,moga sedar satu hari nanti apa yang kita dapat bukannya mudah perlukan pengorbanan dan tiada apa pun satu boleh berlaku tanpa kehendak Allah Swt..mengingatkan diri mama sendiri jangan lah ada terdetik sedikit pun keraguan terhadap kebesaran,kekuasan dan kasih Allah swt..bersabar dalam segala segi walaupun tak mudah.Semoga Allah terus memberkati,semoga mama terus memperbaiki diri,menjadi hamba lebih bertakwa, insan lebih baik pada pada semua.Amin.

14 comments:

cippa said...

Wow, what can I say Azu..I am amazed and astounded by your posting.Alhamdullilah rezeki you and family sentiasa ada and Insya Allah akan sentiasa limpah ruah.Amin.As for me, I know my limitations financially, I tak termimpi and tak mampu..tapi alhamdullilah,rezeki I and Zubir is just enough for us.Tak lebih, tak kurang. As you said, Tuhan tu Maha Mengetahui..apa yang diberi dah tersurat. Bukan tak teringin rumah besar and cantik..tapi apa yang ada pun dah memadai. As long anak-anak and Bear sihat..alhamdullilah. I am glad my parents raised me to be sensible and grateful for the things I have..I hope I can instill that also in my kids.Macam sekarang ni, I just want my mum to be sihat and happy.Thank you for the warm wishes..insyaallah, kita will be friends dunia akhirat. Secretly Azu,I used to doakan you dapat anak cepat-cepat eventhough masa tu you were busy with your career and MBA..kerana I rasa you patut rasa nikmat having kids in your life. You can never describe the love a mother has for her children.Alhamdullilah you have Tia and Mia, and same goes to them for having you as their mum.You and Azam are blessed...insyallah, I doakan yang baik-baik, semoga Allah swt sentiasa melindungi dan merahmati you and your loved ones. Amin. I love you too girl!

MamaTiaMia said...

dear rufa,all posting that i have made and i ll be making are for my children.Sometimes it is difficult to write down,as we open blog for other people to read and it can lead to different intepretation and insinuation.I love telling stories, there are ups and downs in mylife as human and of course i have my moment of sadness,frustration etc but i have opted not tell every single details to tia mia, what i want to share with them is; it is not easy for their mama and papa to have of what they have today.Different people got different approach in writing their blog,it is actually a very private thing and you are sharing your inner feeling,your utmost excitement with people but your 'niat" must be clear,with that i am writing this blog for my tia and mia. i thank my emak and arwah abah for everything that they have taught us ,they have instilled good values as old as 68 years ago as if my eldest arwah brother is still around he would be 68 years old now,we never been ungrateful and all of us are also equipped with good islamic teaching values.If there are weaknesses in me in practising any of it i took the full blame as they have given and taught more than enough.As for what i want most in life only Allah swt knows as in my doa the word " health,long life,bless for my emak,kids and husband' always come first and i think every muslim would have the same wish.I bersyukur dengan apa yang ada tapi tetap berusaha yang terbaik demi anak2 dan keluarga.Moga you dan keluarga diberkati Allah,diberi kesihatan dan dapat menjaga emak you dengan baik,insyallah.With that i hope everybody will be blessed with happiness as nothing compare than having inner happiness inside you.

Anonymous said...

Hi Azu,

donno whether u remember me but i've once asked ur opinion about masters. just want to say that u did a marvellous job on that monterez house, im sure the new owner is very2 satisfied with ur touch. hope to see ur future postings on the new one.

MamaTiaMia said...

hi anonymous, yeap i did remember somebody asked about masters but can't really recall specifically,so sorry very pelupa nowadays:)thank you..i put my heart and soul into the house as it was renovated and prepared for me to move in but i guess even if i am asked to prepare for somebody else i would do the same as i love decorating house and love seeing people smile in their home sweet home.As for the new house, it will take sometimes.. when rezki comes we will put our heart and soul again and build our home swet home.drop me an email if you want to keep in touch on anything:)

bellanabel said...

kak zue..
besh la baca blog akak..bkn saja bleh jd motivasi n muhasabah buat tia mia yg comey tu..tp utk diri sy gak..huhuhu~

annhuzi said...

syukur azu, ur family diberkati dgn kebaikan, murah rezeki, tentu barakah dari menjaga ur mum dgn baik.

it's gd to dare to dream like ur huby. only then we cn usaha to make it hapen.
mine not daring, i pray dat one day he'l share my dream and dare to work towards it.

ur house yg u build with love ternyata sesiapa pun akan jatuh cinta dan dgn mudah mendapat pengganti. kalau i cn aford pun i nak grab ruma u tu ;)

umimiqdad abi said...

assalamualaikum...

saya ni memang feeling abis bila baca blog mamatiamia ni...sampai sanggup bersengkang mata nak baca setiap entry daripada awal...hingga dah khatam semua entry u...dah jadi follower dan hari2 mesti intai blog ni...hehehe...tapi ni la first comment...

walaupun kita tak kenal tapi terasa macam dekat di hati sangat,especially ur twins...sayang sangat diorang tu...very cute n sweet kan...u ni sangat berbakat jadi penulis sebab semua entry very touching...lebih2 lagi entry yg ni

teruskan menulis..saya akan terus setia membaca..semoga Allah mempermudahkan segala impian u sekeluarga...

Anonymous said...

maksu , sodeh gak den baco blog ni. yolah, monterez tu da cantik tapi terpaksa korbankan dan akhirnya dpt rezeki yg bernilai lagi. Hidup ni selalo kono buek pilihan, dan dalam buek pilihan tu terpakso satu dikorbankan utk dapek hasil yang lebih baik. Mcm pakar motivasi den ni...huhuhu. - HAZRIL

MamaTiaMia said...

hi ann,thanks for your encouragement and support, i really appreciate it..i hope that one day your dream will come true and until it comes may you be showered with happiness and blessing always.

hazril, yo la sodeh maksu haaa..apo nak buek dah renovate habih2 tak sompek duduk dah den jual haaa..yo la pandai ko cakap pasal pilihan haaa..jangan lah kau applykan ngan korbankan apo2 yang tak patut demi dapek hasil yang lobih baik..lain macam yo bunyi nyo..along hompok kau dengan cabinet hijau puteh dio nanti..haaa..haaa..pakar motivasi ni kenkadang memang suko nak dapek hasil lobih baik yo:)

syanashwa said...

wishing you and your beautiful family d best in coming years.. tia mia can always read this entry when they grow up.. it's very inspiring.. congrats mamatiamia.. :)

Anonymous said...

Yolah maksu, dah salah tafsir pulak den punyo maksud pilihan,dikorbankan & hasil lebih baik..huhuhu..den maksudkan buek pilihan tu sama ado nak boli tanah kek kota damansara atau nak jual rumah monterez tu,dah buek pilihan maka berkorban utk jual monterez tu. Hasil yang lebih baik tu maksudnya maksu da jual rumah tu dapeklah sebidang tanah dan membina rumah impian kek kota damansara...yang lain2 tu ada kena mengena ngan ini pilem...huhuhu...untunglah sapo yg boli monterez tu, cantik sangat..- HAZRIL

MamaTiaMia said...

hehh..heheh gabra tuan haji..saja jer maksu nak usik..jaga mak aji baik2 okay:)

Anonymous said...

hehehehe.... :)

Zuraimah Ismail said...

terharu dengan doa uwan...sob sob sob....semoga semua yang diimpikan dipermudahkan Allah dan memberi kebaikan dunia dan akhirat buat kak zu sekeluarga...saya tumpang happy tengok rumah kak zu yang sangat2 awesome