Wednesday, January 27, 2010

Rondang Ayam Noghori Semilan.

Zaman dulu bila uwan cakap "omak nak ngulai ayam masak serai hari ni"..wahhh suka betul mama sebab ayam kampung memang sedap,mesti mama cakap "hati dengan pedal dia goreng buh kunyit yer mak". Orang N9 panggil gulai masak lemak cilipadi "ayam masak sorai(serai)' and to mama,arwah atuk and the rest of mama's siblings gulai ayam uwan yang paling sedap dalam dunia ni..kuah dia just nice,tak pekat sangat,cantik,licin tak curdle, isi ayam pulak tak kering,juicy tapi tak mentah,semua just nice.Tanya lah pakcik (papa kak ikin) mesti dia setuju seratus peratus gulai ayam masak serai uwan dan rendang ayam kampung uwan paling sedap,tak payah ada lauk lain just nasik panas berasap,ulam and the gulai,habis berpinggan.Hmm memang rindu masakan uwan..teringat kalau dulu balik kampung uwan kat dapur bau wangi masakan macam2..indah sangat bila masuk pagar nampak dia dalam dapur, angkat tudung saji tengok masakan dah terhidang..rindunyerrr. Tak apalah sekarang turn mama untuk masak2 untuk uwan pulak,mama suka masak2 ni especially bila ramai yang datang nak makan..seronok.Mama tak pernah belajar secara formal dengan uwan nak gulai ayam masak serai ni tapi selalu tengok,uwan kukur kelapa mama duduk belakang dia,uwan tumbuk cili,kunyit mama menempak duduk sebelah,uwan kacau gulai mama sibuk jugak nak mengacau bila dah besar mama pun boleh masak gulai and rendang ni..dan dengan bukti2 yang sahih..hee..heee..mama boleh lah cakap gulai mama kalau tak 100% pun sekurang-kurangnya 90% sama macam uwan masak..tak caya tanya bebudak pompuan kuat makan tu or pakcik. Seminggu ni uwan ada cakap paktih (abang no 2 mama di rembau) ada called and cakap "nak makan lemang datanglah rembau" so mama guess uwan teringat lah nak makan rendang, so minggu ni dah dua kali mama beli lemang,hari tu beli lemang dengan rendang but pagi ni mama masak sendiri rendang. Bermakna and gembira bila pagi ni mama sedang mengacau rendang kat dapur after subuh uwan masuk dapur cakap "apo sodap bonar bau ni..kau rondang ayam ko..terbau sorai (serai) dia". Tambah indah bila Tia tercegat kat tepi dapur and cakap "mama cooking? Tia nak see".. sama macam mama buat kat uwan dulu2..memang lah dunia bulat berputar.Dulu2 memang mama macam malas nak layan the kenits kat dapur yelah mama nak cepat,then mama realised semua ni learning process for you both,so mama took time to explain..tunjuk mana satu onion,garlic,tumeric,ginger..how to pound chillies,pestle,mortar..what is frying,boiling..kadang2 mama suruh ambik barang untuk tolong ..so now you both tahu mana "ladle,whisker,pot,pan..beza garlic and onion".
Bila dah masak suka hati tengok uwan and papa makan nampak berselera betul..sodap ruponya den masak..hee..heee.

Mama guna ayam omega..potong kecik sikit dan sebab ayam daging kena keringkan dulu dalam kuali,kalau terus taruk santan nanti dalam dia macam lembik2 tak sedap..nak dapat hasil macam ayam kampung,tumbuk cilipadi,kunyit,bawang putih and merah and serai,ayam dah tos kan betul2,masuk dalam kuali gaul dengan bahan bertumbuk. Sebab mama nak guna low cholestrol santan kenalah taruk olive oil sikit.sebab kalau tak nanti tak berminyak langsung ,nak makan sedap pun kesihatan nak jugak jaga..kat company mama ramai betul lately kena heart attack.food ,lifestyle sekarang menyumbang banyak penyakit..risau.

Bila bau dah naik sikit and air ayam dah kering nampak brown2 sikit keliling,masukkan santan,gulai ayam N9 ni tak payah guna daun limau purut atau apa2 nanti rasa dia lari,kalau bahan tumbukan iaitu cili,kunyit,serai betul..rasa original yang sedap tu terserlah.Biar mendidih kacau sampai lah kering dan bau wangi masuk segenap penjuru sampai rumah jiran and post guard..haaa..haaa..sebab tu kena bagi jiran sepinggan jugak:)

Sebab duduk kota damansara tak ada tempat nak bakar lemang..mama beli jer lah lemang kat jusco,simpan dalam fridge,bila nak makan,mama potong nipis,sapu olive oil dalam oven tray,susun lemang and bakar sampai nampak olive oil kat base mendidih.

Wallaaaaa..hasilnya..sangat sedap...tak peduli lah masuk bakul angkat sendiri ke..mama rasa memang rendang mama sodappp..haaaa..kalau beli kat luar minyak dia boleh buat mandi tapi ni semua di pantau..tanpa minyak berlinang pun uwan koba sangat sedap..papa tak cakap pun tapi makan tak angkat muka:) Sodap kan uwan..tak payah balik pilah lah nak makan lomang,kat kota damasara ni pun boleh buek haaa.

Sebelum pergi office nak kena masak lauk dua tuan puteri tu..mama tak harap maid masak,biarlah kita buat sendiri..kan anak kita..so pagi ni since dah potong ayam mama pun buat chicken soup with celery and carrot.

Si kenit tak lah suka sangat makan lemang ni..suka mengacau jer..so mama buat lah toast,cut the hotdog bun into two..grease pan with butter..and toast sampai kuning.

Sambil berlari di halaman pagi ni..both makan toast with scramble eggs.

See.. ni kerja dua orang ni pagi2..kadang2 nak breakfast depan tv,kadang2 nak makan sama kat meja,kadang2 nak duduk makan kat luar..push chair tu beli kat toy r us dia orang naik dua kali jer..dah tu buat tolak Miss Bear jer lah.."Tia Mia bila nak belajar buat rondang noghori semilan pulak ni.... copek belajar tumbuk cilipadi ni..blender tak sodap..mesti kono tumbuk dalam lesung jugak".

7 comments:

annhuzi said...

i like lemang! nanti kalau dapat singgah rumah u, nk rasa ur rondang :)
nieces and aunt so mesra so close so like sisters :)
tia mia pun wil be like dat close to their nieces, tunggu anak2 kak ikin n kak nur :)

MamaTiaMia said...

hi ann..kalau singgah rumah i bukan jer makan rondang tapi belajar buat rondang pun boleh:) bila nak datang kl? yeap we are close..i think like ikin and nur,me and them,we lupa that they are cousin and nieces to me..to us we are sisters..selalu ketawa..kena marah dengan i pun ada jugak..tahan jer lah telinga:)

Ikin said...

Yeah...we rock...hhehehe.
Umangg aii...sodap eee...
Memang terbukti sodap ha...kalau ada daun apa maksu yang bila masak itam tu...daun puding kan...ha lagi sodap...

MamaTiaMia said...

ikin..daun puding tu nanti den tanam keliling rumah bila ada rezki kat rimba riang..ha..tiap2 masak rondang boleh buh..bila garing kruk22 sedapnya kan

Anonymous said...

baca post mamatiamia ni mesti mengkeroncongkan perut! dari italy.. sampai ke noghori lak.. sungguh mengujakan! :)

umimiqdad said...

huishhhhh....sodapnya....
meleleh airliur tau...nasib baik tak mengidam..
kalau tak mau bertandang ke umah mamatiamia ni dibuatnye...

Salmi said...

salam mamatiamia, teringat pulak masa kecik2 dulu me stay ngan my wan..kalau nak masak gulai ayam..jenuh..dari pagi mula ngan tangkap ayam, sembelih pastu bersihkan..bakar jap..then kupas kelapa, kukur kelapa..petik cilipadi kat kebun..tumbuk ngan kunyit..kira 1/2 hari la jugak nak siapkan makan tengahari gulai ayam..nowadays semua pun dah senang kan :-) ..still miss those days..