Salam Girls, harap semua orang perut dah kenyang dan boleh mulakan hari dengan baik.Mama happy lah hari ni esok and thursday cuti,lama betul mama tak apply cuti since January asyik nak simpan cuti for september,dah lah masa tu raya,heni nak balik indonesia kejap anak dia nak kahwin and insyallah we nak take that opportunity to go for Holiday,so mama asyiklah menyimpan cuti.Banyak benda kat rumah yang dah lama tak bertukar,rumah pun macam kita juga kena lah nak makeover after sometimes,nak bina rumah baru will take time,no rush we just jaga rumah sekarang baik2 so that we'll have fun living in it:)Apart from that mama has few small things to settle tapi tu semua tak dapat cover during weekend,so mama decided to take 2 days off but you both got to be good girls and stay at home,mama needs to run here and there.
Hari ni mama nak kongsi cerita yang menakutkan tapi ada hikmah dan boleh belajar satu dua dari kejadian ngeri ni.Last Friday Kak Nur and maklong datang,sian maklong seharian dari pagi Kak Nur hantar kat damansara specialist jumpa 4 doctor macam2 penyakit.Maklong pun rindu kat uwan dah lama tak jumpa,walaupun maklong ni hanya menantu uwan tapi maklong sayang kat uwan macam mak sendiri.Anyway yang nak cerita ni pasal abang hisham,kak nur punya abang nombor dua yang duduk kat Tasik Puteri,cerita berlaku bulan lepas tapi last week lah mama baru dengar details dari maklong. Abang Hisham dengan wife dan sorang anak dia duduk tasik Puteri tu about 2 years ago, kat situ jauh dari orang sunyi dan dekat dengan kawasan hitam jugak,last month rumah dia orang kena rompak dengan "geng gondol" yang masuk berita tu.3 orang indonesia masuk rumah dia orang pukul 3 pagi,bawak parang panjang berkilat yang macam orang selalu guna sembelih lembu,dia ikat abang hisham dengan wire,kak suzana tapi tak ikat iskandar anak dia.Abang Hisham ni besar badan dia,bila dah ikat sorang duduk atas badan dia sambil letak parang tajam tu kat leher dia,sepanjang kejadian tu abang hisham baca ayat kursi tak berenti.Perompak tu pun ambik laptop,handphones dan yang lain2,selepas tu sorang perompak beralih perhatian kat kak suzana dan berniat nak merogol,abang hisham ni masa bebudak tough hidup dia,dia dah jumpa macam2 orang,mengembara ke sana sini,abang hisham cakap "kalau kau nak merogol,kau bunuh aku dulu,jangan kau buat depan aku,kau lelaki tau apa rasa kalau berlaku pada isteri kau". Dengan pertolongan Allah sbt dan berkat Ayat Kursi tu jugak,sorang perompak tu cakap kat kawan dia'kita nak merompak saja,sudah beroleh barang mari kita pergi" geng Gondol ni dah pun mati di tembak polis dan polis dapat balik laptop dan barang2 abang hisham..Alhamdulillah di jauhkan Allah kak Suzana dari malapetaka dashat tu..mama dengar pun rasa sungguh seram.Kak suzana now masih duduk kat rumah emak dia,dah sebulan trauma takut nak balik rumah. Moga kita dapat mengamalkan ayat2 Allah dan mintak perlindungan sepenuhnya dari Nya.
Ni gambar Tia Mia,uwan dan kak nur masa kat kampung umur setahun dulu,nanti kita balik kampung lagi ye..uwan rindu lah rumah dia. Tia Mia dapat baca Qulhuallah sikit2 sekarang..alhamdulillah kita belajar Ayat Kursi pulak after this okay. Kita panjatkan doa mintak perlindungan tanpa henti.