Wednesday, August 17, 2011

Cornflakes Tia Mia & Laksa Johor Mamatiamia

Salam semua:) Cepatnya masa berlalu..can't complaint actually,if we plan properly we have enough time to do anything:) Me, i got long list to do,shopping barang the girls,my mom,in laws, hubby tu tak masuk diri sendiri lagi..biskut nak buat..rumah nak tengok2 jugak apa yang patut buat..rumah kampung pun fikir jugak apa nak di bawak balik,nak hias etc..sibuk,banyak kerja but happy;):) So nak bukak puasa rumah sedara pun tak lah sempat lagi..except kak ikin came to our house last monday..we bukak puasa sama,she came alone as abang Din kerja malam..so i made few dishes kesukaan ikin:):)


Kak ikin punya selera dengan mine sama ajer lebih kurang..she loves my sardine goreng very much..so buatkan sardine goreng for her,steamkan terubuk masin sarawak and i got few other dishes paru goreng cili..Man of the House pulak requested Nan cheese with tandoori and also the black chicken from Subaidah Nasi Kandar..so tunaikan lah permintaan semua orang..sungguh berbaloi,nampak kak ikin menjilat jari makan sardine..hb pulak lelap2 mata dia makan Nan cheese dengan kuah dhal..memang sedap betul kuah Dhal Nan dari Subaidah Nasi Kandar Kota Damansara.


Sementara menunggu berbuka kak ikin tolong godek-godekan my iphone..instal few things..me of course lah benda ni semua tak tahu;);)




Yesterday cuti..tunaikan permintaan budak kenits ni nak buat cookies raya..happy lah this year buat kueh raya dgn dua anakdara kecik ni..they can really assist..and with thier happiness dapur pun jadi happy..tahun ni tak beli cookies..kita buat sendiri semua..so kita dah ada kueh siput and cornflakes,the next will be sarang semut,biskut arab,semprit and tart nenas..hee..hee sempat ke nak buat semua ni;)


They enjoyed drizzling the rainbow rice on the cornflakes..it was not even though. but i let them do it anyway..after all dia orang pun yang nak makan:)


Then masuk oven...tak sabar2 nak makan dia orang.


Tadaaaa..cantikkan hasilnya berwarna warni cornflakes Tia and Mia..crunchy dan wangi;)


Petang pulak fikir apa nak masak..rasanya semua orang pun boring asyik makan nasik..tanya hb apa dia nak makan..bagi few options..laksa lemak,laksa johor or mee udang..these are among the 3 dishes yang i sellau buat and hb memang makan banyak..so i guess sedap lah i masak kan..hee..hee..mengenangkan si kenits suka spaghetti i masak laksa johor semalam..recipe authenthic dari orang johor.memang tak pernah fail..sangat sedap..walaupun bahan berjela panjang dan mahal..tapi sangat sedap:) lauk pulak our favourite too..gulai masak lemak udang dengan tomato,sambal ikan bilis petai bersantan dan rebus bayam serta ulam2.

 Penat jugak membuat laksa johor ni..banyak yang nak di pound,blend potong etc..buah petang semalam jambu ..kegemaran Tia dan Mia:)..Raya ni nampak nya kena tukar menu ..since dah makan laksa johor awal..laksa penang pun sedap jugak..saya suka guna laksa kanji tu..dah tu kuah mesti guna cili merah segar..bila kuahkan ke laksa kanji..sangat cantik dan bila masuk mulut..uhhhhhh sangat sedap lah:) and mesti rebus telur yang kuning dia just nice..tak cair tak keras.:):)



Sangat lah berbaloi berdiri lama di dapur sebab semua orang sangat suka makan dishes yang di buat..Tia dan Mia pun makan laksa banyak..tamak lah dia orang semalam..semua nak makan..laksa, cendul dan puteri mandi yang di buat uwan:):)..hee..hee si Tia lepas mandi rambut basah kuyup terus duduk kat meja bukak puasa sama2..Alhamdulillah sangat meriah,rasa happy dan berselera.

P.s he..hee semalam sempat jugak menjengok SSF..wahhh teruja betul..saya ada beli few things nak tukar rupa rumah sikit sempena raya..tunggu dah dekat baru letak2..ishhh tak sabar rasanya..rumah uwan kat kampung pun kena hias jugak..lain seronoknya menghias rumah kampung..boleh turun ke halaman dan ambik bunga2 dan daun segar utk letak di meja:):) Seronok jugak fikir nak bercuti lepas raya..hari ini dapat email dari farmhouse tanya  nak wholemeal bread,or white or multigrain and freshmilk pulak nak lite or fullcream..bestlah farm stay yang ini..they will fill in your fridge..semua ada..doonas,electric blanket..cuma bawak personal items ajer..hopefully semuanya di permudahkan oleh Allah Sbt..Amin.

Oppss sebelum tu ada reader yang mintak my recipe lemak cili padi:):) Mine punya version adalah warisan dari uwan..bahannya simple saja sama dengan yang lain cuma the secret lies in cara kita buat..uwan masak lemak dia tak boleh kuning sangat,kuah mesti licin dan tak berketul or pecah minyak..rasanya masak lemak yang tersedap adalah gulai ikan dengan mangga muda,caranya :

3 ketul ikan tenggiri
sebiji mangga muda potong serong dan kecik.
semangkuk besar santan,tak berapa pekat atau cair atau boleh gunakan santan packet sekotak.
setengah inchi kunyit..
10 biji cili api,5 merah dan 5 hijau.
sebiji bawang merah kecik dan sebiji bawang putih.

cara : tumbuk cili dengan garam dulu hingga hancur,masukkan kunyit,tumbuk lagi sampai hancur,masuk bawang dan tumbuk hingga fine.Masuk bahan tumbuk dalam periuk dengan ikan,kacau atas api yang kecik,masukkan santan..kalau guna santan packet..biar dia lama atas api sambil di kacau baru masuk air sedikit..dengan cara ni..rasanya sama dengan santan segar..biar mendidih..jangan lama sangat takut ikan keras,masukkan mangga dan tambah garam..masak sampai mangga layu, rasakan garam dan boleh lah diangkat.
Tips untuk sedap kalau masak ikan atau udang tak boleh lama..kalau lama ikan dan udang tak manis..kalau udang dah jadi bulat dan nampak kulit berpisah dari isi itu tandanya masak terlalu lama..kalau buat sambal tumis pun sama,kalau udang untuk elakkan lama masak biar santan mendidih dulu baru masukkan udang..yang sedap di masak lama hanyalah ayam dan daging. Selamat mencuba..receipa basic ni boleh guna untuk masak apa saja jenis masak lemak cili padi cuma perlu adjustment macam ayam tambah serai,kuah biar pekat:):)

15 comments:

Dian_AdeeLa said...

Assalam...
Wah, resipi... slalu nmpk akak pnya masak lemak cili api, ni siap ada resepi kena cuba ni... terliur2 dibuatnya tgh sarat prgnen ni...
huhu, harus cuba...

Happy bila baca blog mamatiamia...
Smoga famili akak terus happy and happy...
=kawan ayan~~=

Hanis Azla said...

makanan sampai penuh meja.. begitulah klu org rajin masak kan.. bagusnya.. TQ for the recipe.. klu my mum ajar, masak lemak tak letak bawang putih.. nnt nak trylah buat masak lemak letak bawang putih pula..

sw33T MOm... said...

sedap2 nya menu u,
terliurrr..
macam nak join skali duduk smeja
dgn ulam2 + sambal blacan
bayam rebus..
laksa johor..
semuanya my favrite..
plezz..

Cik Da said...

memg hari2 buat masak lemak cili api kew...mesti untuk uwan ye biasa la org negori kne masak lemak baru terangkatkan...mama tiamia dok kota damansra mane ye aida pon dok kota juga kat seksyen 4.raya boleh jemput dtg di rumah.

Anonymous said...

you punya resipi masak lemak tu sama dgn resipi arwah nenek i, dulu masa arwah nenek dgn atuk masih hidup hari2 makan lauk ni hehe..sedaaaappp..arwah atuk i org negeri sembilan kan..sekarang ni my husband and son pun suka dah masak lemak makan dgn nasi panas :) satu mat salleh asli dgn satu separuh mat salleh ni kalau tak de nasi mmg tak buleh hidup sekarang hahaa..

yatie

gja said...

eii my family pun suka gak daging masak itam subaidah tu uu.. dah lama tak pegi, nak kena pergi nihhh ekekekke

i nyer kuih raya wajib samprit choc rice, conflakes madu, badam n gajus resepi mak pun lom buat lagi.. kalau rajin also kuih gunting yg akan dibantu oleh budak2 tu yg akan jadikan kuih gunting i majmuk (gemok kurus lidi suma ada kannn he3x)... best kan nak raya ..

Anonymous said...

Sis, tqvm for sharing your recipe as I requested.. :) Eh mmg bezalah dgn recipe2 lain kat internet nie, mesti i cuba buat. Jazakallah, tqvm i appreciate it so much.

Suka sangatlah dapur u sis, lawanyee.. bersih kemas pulak tu. Nie i tgk gambar yg u godeh biskut siput dgn your girls tu..

MamaTiaMia said...

Hi Dian kawan ayan:)kesiannya pregnant..kalau dekat akak bagi apa yang di masak..selamat mencuba ya..akak dulu pregant tak boleh makan apa langsung until the 5th month:( hopefully semuanya di permudahkan buat Dian:)

MamaTiaMia said...

Hi Hanis..ye banyak orang tak letak bawang putih tu,,sebab orang dulu tak suka kan..but my emak cakap jadi pemanis:)

MamaTiaMia said...

Salam Sweet Mom..he..hee samalah kita suka ulam..tak sah makan kalau tak der ulam and sambal:)

MamaTiaMia said...

Hi Aida..i dah letak resepi puteri mandi kat entry baru..silalah mencuba..i duduk seksyen 5:):)selamat menyambut raya ya..ada rezki kita bertembung:)

MamaTiaMia said...

Yatie..orang dulu2 macam tu lah buat masak lemak kan..wahhh bagus you latih lidah mat salleh makan masak lemak ni..half matsalleh pun:) dia orang ni ada yang boleh tahan kuat makan pedasnya kan:):)baru dia tau kicknya:)

MamaTiaMia said...

Gja..haa..haa you pun suka ayam hitam tu ke..azam suka lah sesekali mesti nak pekena..i suka telur sotong dia,.kat kedai mamak biasa tak ada:) seronok buat cookies sendiri kan..tak kira lah majmuk pun,asalkan sudi menolong:)

MamaTiaMia said...

Salam Anon..no problem.,,kita panjang2 kan ilmu ni..lagi bagus..saya suka tengok orang masak:) Terima kasih..dah lama jugak dapur i tu...sejak pindah rumah ni lah..kira2 dah 7 tahun jugak..tak pernah buat touch up apa pun ..dulu orang cakap cabinet putih cepat kotor tapi alhamdulillah tak susah saya nak maintain pun:):)ada masa bersepah ada masa bersih..itulah dapur namanya:)

Cik Da said...

tq mama tiamia...he3 kita bejiran lah....insyallah nak cuba sbb slu nampak mama tiamia n3 pic putri mandi 2 sedap jerk...kene lak org mcm uwan yg buat ....sedapnya...