Salam..mamatiamia ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN pada semua yang berkunjung..tak ada gambar baru yang lain..ni gambar dalam fitting room nak cuba kaftan:)
Gambar raya this year belum ada..ini gambar last year..kami Mama,Tia dan Mia mengharap semua orang bergembira,diberkati,panjang umur,murah rezki dan dapat kita bertemu kembali;)
Raya this year ada double celebration sebab Merdeka boy yang atas katil tu akan celebrate birthday dia on second raya tu..since rumah uwan kat kampung oven dah rosak..mama dah siap sedia recipe sinfull steam choc cake..nanti petang raya pertama kita buat kat papa ya..we can decorate as we like:) Thank you to this man,yang tak banyak perangai puasa ni..balik dari office penuh dengan senyuman..kalau mama extra penat tak bangun sahur papa will bring milo and bread to the bed..sambil goyang dan bersyarah suruh makan:):) Thanks papit:):)
Today is extra happy..pasar tani datang office bawak lauk utk di masak yang dah di permudah kan..semua siap di pack,dagang salai dah di hiris bersama belimbing buluh,kerang pun dah siap di basuh dengan sebatang serai dan bawang,sup sayur dah di siap kan suun,mushroom,fish ball..balik campak dalam periuk dah boleh masak..tadi me tambah beli ketupat palas dan rendang serta dodol..lengkap lah hidangan untuk berbuka malam ni:)
Tak sabar nak balik kampung..uwan apatah lagi..tiap hari mengira waktu..uwan dah ada lengkap semua barang untuk menyambut raya;)
Dua orang ni pun dah pandai dan faham tentang raya...setiap hari on the way to kindy akan cerita pasal raya..nak berlari di kampung,nak pasang pelita,nak buat sup tulang..moga semua urusan di permudahkan:)
Rindunya pada kampung..Alhamdulillah ada kampung uwan..PIL in law pun dah duduk di bandar..so kita jagalah kampung ni...seronok nak membuat rendang,sup dan sebagainya di luar rumah..kita pun dah tempah langsir baru utk rumah uwan.
Rumah uwan yang sejuk..kena bawak balik blanket tebal nanti;)
Suka pemandangan ni..uwan bila balik kampung macam jadi bertambah muda 10 tahun..tenaga pun bertambah..semua kerja nak di buat;)
Teringat lauk2 kampung yang simple tapi sedap..pinggan pelbagai rupa di dapur uwan..amat meriah bila semua berkumpul..malam hari macam2 kejadian menraik..penuh gelak ketawa;)
Insyallah..kita akan balik kampung..menyambut raya,menziarah kubur atok dan bersembahyang raya di surau..pada semua selamat bertemu dengan yang tersayang..walau di mana pun berada raikan lah raya, sebab bak kata uwan itu kemenangan kita dapat berpuasa sebulan;)
20 comments:
Selamat hari raya, maaf zahir batin. hati2 di jalan raya. Suka tengok view kg Aminah's resort.
Zu...bertuah you tiap2 tahun dapat balik beraya di Kuala Pilah.Tak payah mengamalkan sistem bergilir.
Selamat Hari Raya Maaf zahir dan batin yer.
Pstt...cantik gambar you kat atas tu.
Salam Azian..terimakasih..moga Azian jugak selamat sampai di tempat yang di tuju.
Nadiah..Alhamdulillah..kelebihan,kekurangan atau keberuntungan saya semuanya atas limpah yang maha esa jugak..saya bersyukur dengan apa yang ada atau tiada.Selamat menyambut hari raya kepada nadiah dan keluarga.
Selamat hari raya Zu...
u balik negeri sembilan yer...
i balik kampung hubby kat melaka..extra jauh sikit..hihi
take care..kim slm uwan yer..semoga panjang umur..uwan tersayang...:)
selamat hariraya zu;semuga gembira dan yg penting selamat sampai ke kg..
bila perjlnn balik kg tu...
salam mayonniz..selamat hari raya ya..melaka jauh sikit jer dari N9 kan..lauk pauk hampir sama;) makasih kata uwan.
potpetmama- Selamat hari raya ya..moga semuanya baik dan selamat..tunggu settle nak hantar maid ke airport dulu esok:)
selamat hari raya sis :)
Mamatiamia,
Lama tak singgah sini. Anyway, selamat hari raya & maaf zahir batin.
suasana yg sgt menyeronokan!
mknan pun terasa sedap walaupun simple.
pingan pun antik/
hi.slam perkenalan dr sy elin.
selmat hari raya.)
Salam aidilfitri buat mamatiamia sekeluarga.. Maaf zahir dan batin..
Salam aidilfitri utk mama tiamia sefamily......Semoga segalanya berjalan lancar n hepi2 slalu...bye!
selamat hari raya !!!
Slmt hari raya mama tia mia sekeluarga termasuk Uwan.maaf zahir batin. seronok suasana raya di kg halaman bersama sanak saudara. nyaman menghijau kg mama tia mia...
Slmt hari raya mama tia mia sekeluarga termasuk Uwan.maaf zahir batin. seronok suasana raya di kg halaman bersama sanak saudara. nyaman menghijau kg mama tia mia...
Slmt hari raya mama tia mia sekeluarga termasuk Uwan.maaf zahir batin. seronok suasana raya di kg halaman bersama sanak saudara. nyaman menghijau kg mama tia mia...
Slmt hari raya mama tia mia sekeluarga termasuk Uwan.maaf zahir batin. seronok suasana raya di kg halaman bersama sanak saudara. nyaman menghijau kg mama tia mia...
nice blog.
asalnya nak search resepi jeruk maman, nah kau terjumpa plak blog yg empunyer nye suke citer bab makan2.memang feveret den la bab makan2 ni.
tia mia untung tau ada resort uwan. dapat kumpul dengan big family, merasa suasana raya kampung seperti mama masa kecik dulu.
gambar last year nampak tia mia maseh kecik lagi. now dah nampak tinggi.
Post a Comment