Sunday, December 30, 2012

Special Entry for My Girls- A Day at Home with Bff.

Salam.
                                    
Dear Tia and Mia,this is a special entry for you! You had so much fun on Saturday with your best friend Iman@home:) This is the first time Bff came to our house and spent a day together. Iman (and few others including Idraki,Ryan and the 3 Aussie Girls) is a special friend to you both,kenal masa mula2 masuk kindy,Iman the first one hulur tangan,helped you and carried your bags to mama's car:) This "play date' is special sebab last month you both were really sad bila dengar Iman nak sekolah overseas,,Teacher Claire said you both had tears in your eyes..so sad dengar. Now tak jadi,.so dua2 sangat happy,mama pun happy. Special jugak sebab this year will be the last year for Iman at kindy,Iman dah 6 yr old 2013 ni dah masuk Standard 1. So baru cuti sekolah beberapa hari ni you all  dah rindu- rinduan so sweet.Bila Iman's mama texted mama cakap Iman nak jumpa, mama pun ajak Iman datang rumah kita and both of you couldn't stop grinning from ear to ear that Saturday night. So indah zaman kanak2,everything masih pure and sincere, no hatred or dengki2.I wish all of you could maintain the friendship and kebersihan hati sampai besar okay.


Pagi Sabtu the two dah siap2kan activity nak buat utk Iman:) Rumah Iman ada kolam renang besar beratus laps,rumah kita ada kolam plastik  tak boleh buat laps..he he..:):) Punya excited dua orang ni..siap wipe kolam plastik lagi tu..kelakar sungguh,lantai pun dua orang ni wipe:) siap tak bagi Heni sidai baju kat depan:):) 


So sweet the 3 of you.Mama Iman hantar Iman dengan bibik dia datang,so Iman boleh stay lama.


Berborak macam orang besar 3 orang ni:)


Lepas tu terjun lah kolam kenit tiga2 orang ni:) They had so much fun..budak2 kan tak kira kolam besar or kecik,yang penting berkawan and having fun.


Dah mandi lapar ..naik makan,mama tak boleh masak macam2 sebab dapur berkecamuk orang masih buat kerja..so makan lauk ayam goreng beli saja dengan nasi panas..tapi sebab ramai tu sedaplah selera,habis sepinggan. Iman di suap bibik nya nama Ranti dan Tia Mia di suap Heni..seronok lah jugak dua bibik berbual-bual.


So hari Sabtu memang tak ada rules atau limit,after makan nasi makan ice cream pulak:)


The Three Musketeer Girls:)


They had so much fun in the cubby house.


Macam2 cerita lah keluar:)


Iman a year older than Tia Mia sebab tu the girls look up to her:) Umur2 besar Tia Mia ni they suka berkawan dgn orang yang lagi besar.Iman ni papa dia a well known actor rupanya ( I am so hopeless actually sebab tak tengok drama melayu..pelakon2 semua tak kenal;):)..menghormati keluarganya tak lah boleh nak reveal di sini.And the world is so small bila berborak dengan Mama Iman bila dia datang fetch Iman kita orang kenal orang2 yang sama di sana dan sini:)


Terkilan jugak hati tak dapat masak kan dia orang lunch macam2..so mama buat instant soft chewy brownies frm Philsbury saja for tea.


Brownies for everybody.


By 4.30 bila dah habis main dan Iman dah balik,mama was totally exhausted,i can't even lift a finger! he he..tu baru entertain 3 orang budak tu:) Dah tu petang mintak the workers yang buat dinding kat belakang tolong besarkan lubang counter top nak masukkan new hob. Sebab dah lama buat dapur i forgot betapa banyaknya habuk granite top kalau kena grind..MashAllah memang sangat banyak..habis seluruh dapur berdebu..mana benda yang terlupa tutup macam buah pun memang tak boleh makan,semua barang jadi putih macam snow kat dapur.Betul lah Elena..memang sangat menyusahkan bila buat benda rumah dah siap.The worker pun habis seluruh kepala badan putih,habuk naik hingga bilik Uwan, takut Uwan batuk we bawak Uwan keluar early dinner kat Pizza Hut.


Thank You so much to the worker..masuklah lah sudah the new hob, ini nampak dah bersih setelah kita orang bergotong royong lap semua.


Ceramic Hot Plates ni actually masak2 tak heavy okay lah,tapi kalau nak merendang bagai masih lah sedap pakai gas stove kat wet kitchen belakang:) And i nak tanya pada sesiapa yang dah pernah guna KA buat roti, i ada beli tepung roti dah siap,kalau kita nak mix guna KA tu berapa lama kita nak biar dia uli? Thanks ya.


Ini lah odd pieces Spanish tiles yang i beli di Jalan Ipoh kedai tu dah nak buang dah tinggal few ni ajer, dapat lah murah RM5 sekeping..ingat nak lekat kan di dinding belakang nak buat Artwork saja,i memang minat Spanish dan Mexican tiles..dua2 cantik macam hasil lukisan.


Tak ada jugak gambar masakan macam2 today:) Ni gambar breakfast pagi tadi. we makan simple jer toast,eggs and baked beans.Uwan pulak memang suka telur dan baked beans..ha aaa jgn main2 Uwan suka baked beans tau:):) and Uwan paling suka telur,dia boleh makan 2 bijik.

Untuk yang tanya makna penasaran- mengikut kamus indonesia ,penasaran bermaksud, tidak puas hati,marah dan jugak sangat ingin tahu( curious) ..jadi sememangnya lah saya penasaran "sangat tak puas hati,resah gelisah" dengan keadaan yang 'gelandangan".Gelandangan pulak mengikut kamus indonesia bermaksud,orang yang tidak mempunyai rumah,hidup tak teratur seperti di bawah jembatan,jadi keadaan yang lintang pukang samalah seperti gelandangan.Pfuhhhh kena bukak kamus indonesia lagi supaya pasti penggunaan bahasa tidak salah dan tidak kena marah..he he he.

To Ramadhan- harap dah tak penasaran lagi ya, Raihan- thanks Sis membaca my blog,moga exam hari tu baik2 shaja akak doakan,yeahh another legal eagle in the making In sha Allah, Nur Nba- Thanks Nur,selamat tahun baru jugak pada Nur dan suami,moga tahun baru membawa sinar yang lebih dari tahun2 yg dulu buat Nur, Liza- ye lah tiles kat gambar bawah yg akak ambik dari ebay tu memang sama dgn Chili's,mexican tiles tu, Elena- memang lah sangat botul..buat kerja ganti2 sikit kat rumah..adoiii nak pengsan akak Elena,dengan bersepah habuk bagai,kalau tak ada orang tua and budak2 tak apa jugak, 4 K Es - Itaaaaa selamat tahun baru to you and family too..nanti kita pi makan fish head noodles okehhh, Sya Nash- thanks and selamat tahun baru to you too,bukan dapur baru pun Sya cuma tukar dinding yang dah reput jer, Rozz - ha ha itu pun azam baru saya diam2 dalam hati gak..nanti cakap org bising2 pulak..he he..memang kita berhak nak tentukan bentuk badan dan kesihatan kita Rozz,dont worry,go for it!, Ann Huzi- wahhhh seronoknya cuti2 mesia ya,Ipoh pergi mana? Lost world of Tambun ke? mesti seronok main air tu..In Sha Allah moga azam kita yang baik menjadi nyata Ann.amin, Herlyna- aduhhh ye ke,akak baru nak melupakan Zanusii yang sedikit mahal tu..ha ha dengar ni terus naik semangat haaa, Kak Pinat- dah buat jelly kerrr?, Kak Kasih Redha- cuti tak leh citer lah seronoknya kan, Susumanis- thanks so much ya, mamasyaza- terima kasih:):), Kniedaz, ye barang dapur pun kalau beli yang voltage tak sama dari overseas memang kena pakai converter,Lasufi- thanks melawat, Zuhriyanie- mokasih melawat kobun akak,pi jalan mano lae cuti ni?, Lagenda Mahsuri- Thanks:) he he merajuk gak kita ni, UmiYumi -memang berbaloi kan:), ArtloverCinnamonWorld of colours- thanks,you mesti dah bake yang canggih2 ni, 

That's all..tatataaaaa.

15 comments:

fifie said...

K.zu are you moving to new house? Sorry lama sangat tak BW dan tertinggal banyak story k.zu. Nak kena catch up everything nie. hehe

umiyumi said...

Salam Zu,
umi biasanya baca blog zu mlm2 sblm tido. yg bestnye sampai termimpi2 KA warna putih tu.. kelakar betul :)

The Singing Pilot said...

Ehhhh mana ada panasaran. Just galau je haha

ida said...

wah seronoknya tia mia bila bff datang melepak kat rumah...penuh aktiviti sampai petang..mesti dorang rasa sekejap aje masa berjalan tapi mamanya sampai dah nak pengsan melayan hhahaa....cantik ceramic hob tu azu..tapi for those yang tak ada hob lain cam gas stove biasa tak sesuai utk hardcore punya masak..dulu teringin jugak..tapi memikirkan cuma ada satu kitchen jer..pendamkan jer la hasrat hati hehehe....
selamat tahun baru azu..salam utk tiamia dan uwan..

Gina said...

Salam Kak Zu
Minta maaf banyak-banyak sangat yer, tak sempat nak passkan barang seperti yang dijanjikan. Insyallah, nanti Gina balik Malaysia balik, Gina akan bagikan barang pada Kak Zu yer. Sorry sangat-sangat Kak Zu, rasa ralat pulak sebab dah janji nak bagi tapi turned up mungkir janji pula. :(

Anonymous said...

bestnyer dulu kecik kecik main gan kwn kwn,main pondok pondok, mandi sungai, masuk hutan buat buat sesat,hahaha, tiamia sure seronok baca mama tulis memories dgn iman ni bila da besar nanti, dulu mak auntie x do tulis pun tau..hehe..auntie susu manis

shilamuin said...

Salam dan selamat tahun baru untuk Zue and family. Kirim salam kat uwan.

Best tengok Tia mia happy with their BFF. My twin pun dulu selalu bawak kawan dia datang rumah. Boys lain pulak cerita main bola tak kira tempat. Until now ingat kat sorang BFF diaorang when they were primary school yang mempunyai ibu yang lumpuh (just lying on the bed and hilang ingatan since he was 4 years old after gave birth).Selalu datang rumah sekali tu terdengar dia kata best la hilman hamzi ummi korang selalu masak sedap2. Sayu hati saya. Walaupun dia anak orang berada tapi kehilangan sentuhan ibukan.

annhuzi said...

hahaha ada orang indon check and read mama's sweet stories eh ;)

if we dekat, nak jugak playdate dengan tia mia :)

tak sempat go tambun. go visit my aunt, she's not well. next time, we dah target mesti nak singgah tambun.

RedRose said...

OMG!! seronoknya ada girls hang out day! mesti Tia n Mia enjoy habis eventho mama tak dpt nak masak lauk bagai. kecah2 dapur pun, sis still manage to make em brownies. rajin betul! ^__^

Elena said...

Salam kak...

tapi kak....kalau hati dah nak itu ini atau lobih sonang kito panggil banyak cengkadak nak dibuek..habuk tu bak ribut salji pun mcam kito redho kan jugak kan kak hahahahah....

Saya pun smlm borak2 ngn hubby tiba2 terkeluar idea nak topup porch dgn pagar belakang tapi nak buat se minimal yg boleh sebab budget ciput.Itupun agak2 tengah tahun depan baru dapat kotttt...sekarang kena saving dulu.Maklumlah saya Desperate Housewife (kah kah kah) husband plak keje sendiri je...lambat la sikit kot pastu kena dulukan hal2 urgent mcm sekolah ke, roadtax keta ke ...pastu kalu ade rezeki baru lahhh boleh on.

Saya selalu gak buat roti pakai KA.Cer akak tengok manual kat bhgn kneading dough...ada dia punya step2.KA rasanya x boleh cmpak sume ingredients skali gus mcm Breadmachine sebab dia punya beater shaft tu still akan terhangguk2 sikit jugak masa kneading..

ok slamat tahun baru yee...

Anonymous said...

Selamat menyambut tahun baru 2013.Ada azam baru ker?ooooo selamat tahun baru to Uwan n Tia Mia too.

zuhriyannie said...

salam kak Zu n hepi new year. Seronok tiamia yer. Anak sy pemalu la kak zu sampai kwn eh dtg berayo ke rmh ari tuh, blh dio buek x tau yo pehtu poie tgk tv. Last2, omak eh la yg jd kwn bdk tuh.. Mcm2 la kan..
Xdo poie jln mano laie la kak Zu sobab adik ipar oghang kawen ari tuh. Kono la tlg PIL kalau x, sian diorg kan.
Bubye kak zu..:)

Anonymous said...

Salam,

Awakkkk...nih saya nak kongsi tips.. Next time klau nak drill dinding tu get ready vaccum nyer corong dekat ngan mata drill tu.. Maknanya sorang pegang drill sorg lagi pegang corong vaccum.. Bila drill on vaccum pun on sekali.. Vaccum tu akan sedut habuk2 tu.. Nanti takde lah habiS berabuk satu rumah n takde lah penat nak mengemas.. Nexttime cuba try yer

MommyD&H

Nur-nba said...

Salam. Terima kasih kak atas ucapanmu itu.. Moga segalanya impian Nur dan suami dimakbulkan Allah hendaknya..

Cantik sungguh dapur akak.. Soalan akak tentang uli tepung roti tak dapat nak jawab.. Sorry ye kak.. Kalau drilling, memang habuk banyak.. Selalu husband letak kain lembap, stand-by kat bawah drill biar habuk tak jatuh berterbangan.. Next time akak boleh cuba..

Anak2 akak dan Iman sangat gembira.. Muka Iman macam kacukan Cina.. Brownies tu sangat menggoda! Tak pernah cuba jenama tu..

Ok Kak Zu.. Sampaikan salam pada Uwan..Peluk cium utk your lovely daugthers... Take care.

Yong Is My Name said...

Wahh
Uwan cayala..
Baked bean best tu Uwan.

Bila agaknya boleh borak ngan uwan sambil minum kopi O cicah ubi kayu rebus ngan sambal tumis kan Uwan?