Sunday, August 4, 2013

Syawal semakin hampir.

Salam:)

Terimakasih di atas semua ucapan dan doa terutamanya kepada 28 comments di bawah- doa saya kembali kepada semuanya,semoga kita sama2 diberkati dan di lindungi.Amin.

Minggu2 yang sangat sibuk bagi saya- bila maid bercuti banyak rutin terpaksa di ubah, Budak2 kena tinggal di kindy hingga petang, Uwan pun kena duduk rumah maklang. Kalau dulu2 Uwan masih cergas dan kurang lupa pasti saja dia boleh duduk di rumah,sekarang takut nak tinggalkan dia sendirian, kadang2 setiap kali masak yang dia suka mesti lah teringat:( Alhamdulillah tak apa lah biar lah dia bermanja-manja dengan cucu yang di sana pulak,nanti kita jumpa di kampung.

Sangat penat badan, selalunya di waktu malam selalu berjanji esok tak kan masak,nak beli ajer, tapi bila tengahari menapak jugak ke supermarket membeli itu ini untuk di masak- this year punya bazaar ramadhan tidak lagi macam dulu2- sangat kurang yang boleh tahan.After ambik the girls bermula lah kerja rumah- semua wanita bekerja tanpa maid sama saja pengalaman kan- Dah hampir 7 tahun ada maid, banyaklah yang kurang kerja- bila buat semua A- Z memang sangat meletihkan. Mata pulak tak boleh nampak yang bersepah bak kata orang penat merangkak pun nak dibuat jugak- kalau dah bersih semua sedap rasanya duduk dalam rumah:)


The routine nowadays- after i picked the girls- brought them back and asked them to rest in the study room attached to the kitchen- at least i ada kawan masa nak masak;)sambil tu semua benda kena di sambil-sambil membuatnya- basuh beras nampak pokok dalam bekas tak bersiram,keluar ambik daun pandan nampak daun kering tak bersapu,kebelakang nampak litter box tak berganti..etc etc.


Lauk pun kena pilih menu yang dewasa dan budak2 suka.Last week i cooked beef in oyster sauce with bell pepper,tomato and corn flour.


Malam2 semua dah bersih di simpan baru boleh melelapkan mata.


Bulan puasa pulak pinggan mangkuk memang extra di guna- tapi nasib baik department pinggan mangkuk dan laundry my hb sudi menguruskannya:) Apa yang di perlukan semangat- kalau hati suka badan pun banyak tenaganya.


This year i didn't order any cookies- i made all by myself- except this cake yang leceh nak membuatnya.



Weekend i went to TTDI market to buy all spices for raya rendang- and can't help buying few stalks of fresh flower- kalau di CH sangat murah ni:)


Then ajak hb ke Village Grocer mencari ni- Wipes ni susah jugak nak mencarinya,tak ada di Cold storage atau Jusco- bila maid tak ada, berguna sangat ni,semua boleh di wipes:)


Selain tu beli jugak Quick Sweeper- semuanya cuba di permudahkan.Rajin lah TiaMia membantu dgn Scotch Brite Quick Sweeper ni:)


Weekend mengemaskan cabinet dapur, dah seminggu ada Cik tikus datang bertandang,sangat geram hati, akhirnya dapat jugak masuk perangkap, hb yang baik hati pergi hantar jauh2 kat hutan simpan. Takut barang2 dalam cabinet di sentuhnya i basuh dan wipes dengan clorox semua benda. Sambil bekemas tu keluarkan bekas2 ni semua yang merupakan hadiah perkahwinan dulu,dah 11 tahun lebih, sangat nostalgia,,masih elok.I alihkan di open cabinet tepi dapur,senang nak guna bila2.Kalau dalam cabinet,bertimpa-timpa Heni letak barang,kadang2 terus lupa.


Malam masak yang ringkas2 sahaja- sangat penat badan berkemas- i buat cendol dengan cincau manis dan jagung.


Bila Uwan tak ada layan lah tekak western di rumah ni- ada yang nak grill chicken dan celery dip in thousand island.


Untuk tekak i sendiri i buat sup tulang dan sambal gesek asam limau;) sedap:)


Petang ni pulak teringat nak buatkan Pavlova utk budak2.


I love the "tall and thick" Pavlova compared to the flat ones- so i made two pieces so that i can have 2 tiers Pavlova.


The simple recipe- 4 egg white, 175 castor sugar ( i only used 140gm), 1 teaspoon vinegar, 1 teaspoon cornflour, 1 teaspoon vanilla extra, i box of Paul thickend cream and some strawberries.Method- beat the egg white until foamy,add the sugar little by little,increase the speed and add the vinegar,cornflour and vanilla extract, beat until it shiny with sharp peak and if you turn the bowl upside down it won't come out. spread on baking sheet into the shape your like and bake in preheated 170 dg oven. Bake for approximately 40 mins or until it turns  golden brown,let it cool- beat the thickend cream until creamy,spread on one piece, put the othet on top,spread some more cream and add your strawberries.


Alhamdulillah it was very nice, not so sweet- the girls were so happy to see the beautiful Pavlova:)- Pavlova dah no longer in season actually- dulu2 sangat famous but at that time my girls kecik lagi tak lah sibuk nak buat, now they are big  and like any other children they love any types of dessert- so i better make some good ones at home:)

Okay lah goodnight and selamat membuat persiapan menyambut syawal:)

Note: pada yg bertanya mana beli Greenfields freshmilk tu,so sorry i can't help sebab itu hanya gambar dari google.

.......................

11 comments:

Unknown said...

Zu...dikesempatan ni I nk ucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dn batin. Walau pun kita tk kenal namun I seronok baca blog U ini (mungkin sbb samo2 org negori kot)...raya ni blk pilah area mana...teruskan memasak n membaking ye..♥♡♥

Hanis Azla said...

Salam kak zu..

Ur cendol look so nice.. sebab banyak jagung he..he.. tak pernah tahu pasal clorox wipe tu.. senangnya bila ada benda tu semua kan.. Selamat Hari raya untuk kak zu & family..

amalsweetmoment said...

Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin. Walau pun tak kenal namun Kmal suka ikuti blog zu, suka baca cerita uwan dan kembar.. terus jadi superwomen.

Fizah said...

sodap nmpk pavlova tu..

ida said...

Selamat hari raya Azu,maaf zahir dan batin,salam peluk cium utk uwan dan tiamia

ida said...

Selamat hari raya Azu,maaf zahir dan batin,salam peluk cium utk uwan dan tiamia

CZZ said...

Selamat hari raya kak zuraidah and family. Saya sangat setuju bazar Ramadhan tidak seperti dulu ataupun ke sebab kita dah tua tekak nak lauk kita sendiri hehehe and dapat menilai lauk pauk bazar hehehehehe... Kuih raya pun insya Allah tahun depan panjang umur nak tanam azam nak buat hehehehe.... Maaf zahur batin.

Zi.

Unknown said...

Selamat Aidil Fitri Azu and family.
Maaf Zahir Dan Batin.

Unknown said...

Selamat Aidil Fitri kid Azu Dan keluarga. Maaf Zahir Dan Batin!

ayan & mama said...

Maksu. nak gambar raya. heh.

eda said...

kak zue ...me pengguna tegar wet wipes ....and also the wiper ...
selalu beli stock dekat cosway ...
they have more cheaper wet tissue and wiper that kat supermarket brand tau ....
mmg selalu beli byk la the wet tissue ... bau lemon and bestt ....