Thursday, September 26, 2013

Delicious Fish&Chips&Churros at St Kilda.

P.s he he macam2 perangai kat Mount Buller kan- memang sejuk tapi seronok:);)Bila sejuk asyik makan ajer lah kan- and chips memang sedap kat Aussie ni macam kata Gina;);)

Kalau bernasib baik dapat duduk di area yang elok memang lah local people kat sini baik2.We had a very good experience sejak our first trip to Perth 3 years ago,start dari di airport lalu immigration hinggalah balik, terasa di alu-alukan datang ke negara dia orang. Dia orang ambik masa untuk berbual dengan budak2, berjenaka satu dua to make you feel good- in summary,they are relax,they give respect if you deserved it.Bukan nak mengata negara sendiri setelah 1/2 bulan mengembara di negara asing, diberi senyuman manis dan layanan baik, malam balik di KLIA, husband pun book lah taxi premier sebab bag dah beranak-anak nanti yg biasa tak muat- keluar ajer dengan booking ticket tu- yang beruniform suruh ke sini sorang ke sana, dah 3 kali ke hulu hilir, akhirnya nak Nissan Sylphy yang selesa tapi driver dia keturunan Hang Jebat tak bertempat- dia marah dan membebel sebab driver yang sebelum tu tak nak ambik kita orang " tak guna punya orang tu bang, abang nampak dia yang berkopiah tadi, nama jer berkopiah, dia tak nak ambik abang,sebab abang banyak barang, memang tak ada akal punya punya orang,apa guna berkopiah macam tu, tak ada otak, jaga dia lepas ni, bodoh punya orang...etc etc" Just imagine kita punya lah penat 8 hrs journey- sampai negara sendiri- sepanjang jalan tu dia membebel, my husband tak lak nak memburukkan keadaan so dia cerita pasal weather, pasal siapa nak bertanding etc- tapi sangat mengecewakan. Tak tahu kenapa orang kita berdarah panas tak menentu- kalau beli barang di supermarket, kat cashier susah kita nak jumpa yang pandang muka kita dan senyum kan-kalau di Woolworths etc dia kan greet kita tengok muka,and tegur Tia Mia- bila dia dah isi barang2 dia tanya,kita jalan kaki balik  ke dia nak pack kan secara sesuai supaya senang nak jinjing balik kalau jalan kaki- tapi itu lah hujan emas di negara orang hujan batu di negara sendiri kita willing lah menadah batu demi negara tercinta- demi nasi lemak kerang pagi2, demi tosai banjir, demi tak payah berselimut tebal tapi hanya belenggeng tidur malam:):) dan banyak lah demi lagi;);)

Apa pun sesekali menimba pengalaman di negara orang memang sangat seronok, sebab tu bila berkesempatan ke luar negara, kami tak pergi " melawat" tapi try to live like a local- even for 2 weeks tetap menjadi kenangan manis:);)

So cerita kat bawah ni berbalik ke masa sebelum farmhouse- cerita menikmati kehidupan seharian orang2 St Kilda- kita tak pun menetapkan mesti pergi melawat tempat tourist tertentu- tapi kita hanya bersiap keluar ke town jalan2, tengok,makan2, naik tram dan berhenti di tempat yang boleh lepak2:) No rushing looking at time atau kira berapa tempat dah dapat di lawat:):)

 
Pagi bila keluar dari apartment kita menghala k arah belakang, sebab apartment mengadap St Kilda beach and town pulak kat belakang;)

 
Lalu kat apartment punya carpark jumpa macam2 rupa bikes and kereta- selalunya akan berhenti dan check:);)

 
Then we will walk to town which is about 10 minutes walk- lalu rumah2 with picket fences,tengok pokok2,daun kering yang jatuh- semuanya pengalaman buat Tia Mia.

 
Ramai jugak yang bertanya dan suka dressing the girls- people thought i really spent on their clothes- No:):) I recycled baju2 dulu and mix and match- The trench coat yang Tia Mia pakai ni beli dari ZARA masa trip to Perth- 3 years ago- kalau tengok entry Perth dulu nampak trench coat ni besar kat dia orang- travel sebelum ni tak guna pun, hanya pakai sweater- so this time i keluarkan balik- jeans separas lutut Mia pakai- adalah jeans masa umur dia 2 tahun! dah jadi pendek tapi size pinggang masih muat- so i lipatkan jadi lah style:):) - topi tu pulak i beli dari Australia tapi secara online last year hanya RM7 sahaja satu- ramai lah orang2 di melbourne yang minatnya;):) Bila travel i suka pakaikan dia orang elok2 sebab nampak menarik dalam gambar- tapi tak semestinya yang mahal2- hanya perlu creative sahaja;);)

 
This time we went out to visit the rental car office too- sebab dah nak ke farm house dan Tulip Festival kena lah ada kereta;)

 
Tuan punya tempat sewa ni sangat oldies- charming oldman- penuh gambar Elvis di kedainya.

 
Papa tengah decide kereta apa nak ambik,nak ambik yang kecik nanti sure bag beranak and tak muat:) The owner ada Diploma in Business Studies;):) service sangat mesra dan ramah.

 
Ini lah namanya- sesiapa ke St Kilda sangat di syorkan utk menyewa kereta dari sini;)
 
 

 
Bergaya depan kereta nak di jual.

 
Jumpa pulak Lavender bushes kat luar.

 
After we settled the car rental arrangement we walked around St Kilda town and i saw this shop- wahhh so excited:) I always like Churros;):) But have to be patient first as the girls must eat thier lunch first.

 
There was a nice Fish and Chips shop next to it- so it was just perfect as after lunch we can just hop to next shop for churros.

 
I can;t eat Fish& Chips all the time- masa kat malaysia pun memang i tak berapa suka ikan bercelup-celup ni- i prefer grill:)- So order calamari & chips for the girls and papa, while mine was Grilled Barramundi.

 
Perah limau,drizzle sea salt on it- memang sedap! habis kejap ajer.

 
After lunch we went into San Churros- Chocoletaria- berpinar-pinar mata memandang gelatos berbagai;)

 
Look at the attractive cones.

 
So many delicious things inside the shop.

 
But we better stick to the tujuan asal- i.e churros.

 
Kita pun oder Churros and boleh tengok dia buat-

 
Handsome Spaniard tengah goreng Churros.

 
Nothing can beat the hot Churros with chocolate dip- so yummy- i don't really like sweet dessert but i can't turn down hot yummy churros;)

 
After dah kenyang we took tram to melbourne city untuk tengok2 shop ( dalam kepala ada intention nak ke david Jones tengok-tengok he he)

 
Okay jom masuk

 
Okay dah dapat! happy- i suka beli baju kat DJ- ada few brands dia yang reasonable and memang sesuai dengan I- last time i bought Marc punya jacket - sangat suka pakai.Tak lah memborong hanya beli satu dua sahaja jangan tidak.

 
Dah beasr2 ni macam2 lah perangai bila ambik gambar.

 
us and who?

 
kami dan siapa?

 
Then jumpa mamat2 suka buat kerja ni;)

 
Dia yang sibuk nak bergambar dengan Tia Mia- kita pun sudi jugak;)

 
Bila nak balik St Kilda kita tunggu tram depan National Library and Tia Mia sangat suka main dengan burung kat sini.

 
kalau lempar jer sikit makanan memang penuh sepadang dia datang;)

 
The beautiful field infront of National Library.

 
Balik St Kilda nampak kedai2 ni- nanti kita pergi okay.

 
Ini jugak.

 
Sambil balik sambil menjamu mata menengok kedai bakery yang bermacam

 
semuanya nampak sedap:)

 
Yum yum kalau tak tahan nafsu memang parah;)

 
Wee Huuuu.....;):)

 
Balik apartment- tengok keluar dan nampak Pelangi yang sangat indah.

 
Teringat lagu arwah Sudirman- "Engkau datang bagaikan Pelangi....." sedih lah lagu tu...:(:( Tapi setelah hujan pastinya ada Pelangi kan...

 
Rainbow at St Kilda beach by our window;);)

 
Dah tak seharian masak- dinner kena lah masak- i cooked fish fillet in butter sauce- hari tu pergi Queen Victoria Market makan halal chicken in butter sauce Tia Mia sangat suka- so pergi Woolworths I pun beli sauce dalam botol.

 
Buat telur dadar.

 
Goreng sawi China dengan anchovies dalam botol- uishhh sangat sedap.

 
Dinner siap.

 
Semua berselera- makan tepi tingkap yang kalau tak gelap boleh nampak beautiful St Kilda beach;)

 
Ini yang dibeli- i beli dari kedai kecik yang sangat menarik di St Kilda town- semua barang dalam kedai dia cantik sales 50 -70 % dan sangat reasonable- i beli few bracelet- rasa nak buat business beli banyak2 bawak balik and jual kalau orang nak.

 
And i bought few shawls from MNG and Sportgirls.I suka kain jenis ni walaupun senang terkoyak tapi sedap pakai sebab boleh tarik2 sesuka hati around our face.

 
My good buy is this double breasted jacket from MNG kat David Jones- sales 70% jugak;);)

 
My favourite brand kat DJ is Country Road- suka baju2 dia- kita suka country2 ni:):)
 
Okay lah nanti cerita lagi.
 
.......................

14 comments:

Mamasya said...

Aslmkum Mamatiamia

seronok baca kisah percutian Mamatiamia sekeluarga...gambarpun cantik.suka tengok gambar bakery itu,mcm2 ada.... juga gambar Tia Mia dg merpati....menarik..

diandra ray said...

Salam Kak Zue...

terbuai2 rasanya seronok

dulu kita duduk aussie kejap
rindu dgn kemesraan cashier kat woolworths hikhik

masa mula2 balik malaysia dulu
rasa macam kecik hati pun ada dengan cashier kat giant hahaha
sbb x senyum pun kat kita
x tanya khabar pun kat kita

sbb dah terbiasa masa nak bayar kat cashier woolworth mesti tanya 'how are u today'
kalau dapat yg tua lagi rasa disayangi sbb cakap 'how are you today love'.....hahahah

diandra ray said...

Salam Kak Zue...

terbuai2 rasanya seronok

dulu kita duduk aussie kejap
rindu dgn kemesraan cashier kat woolworths hikhik

masa mula2 balik malaysia dulu
rasa macam kecik hati pun ada dengan cashier kat giant hahaha
sbb x senyum pun kat kita
x tanya khabar pun kat kita

sbb dah terbiasa masa nak bayar kat cashier woolworth mesti tanya 'how are u today'
kalau dapat yg tua lagi rasa disayangi sbb cakap 'how are you today love'.....hahahah

Unknown said...

zue... terbaik... hehe.. camner nak buat ayam masak butter sos tu ek...

DZ said...

Chocolateria San Churro... The BEST Churros ! Memang sedap !

Gina said...

Salam Kak Zu
Rindu bakery di Adelaide, sedap-sedap semua all the pastries and sweet buns. Churros mmg sedap, Kak Zu, aduhhhh

khairul najmi yusof said...

Assalamualaikum kak. saya silent reader blog kak tapi kali ni baru terasa nak comment. Saya suka cara akak pergi melancong dan jadi orang locals dekat sana. Saya selalu share dengan kawan-kawan tempat yang kak zu pergi. Most of them pun impress dengan tempat-tempat yang kak zu pergi. Hopefully in one fine day saya dapat pergi melancong ke tempat-tempat yang kak pergi ni sebab cantik betul tempatnya. tengok gambar pun dah rasa tenang.

Salam perkenalan =)

cacah said...

pasal pemandu teksi tu, betul kak zu... banyak kali saya terkena. kita dahla penat... sekarang ni memang saya park kereta di erl station je, sanggup naik erl balik putrajaya, murah pun murah.
:P

εïзmummyHazaεïз said...

Singgaj di sini salam kenal..

Arisha Hoon said...

k zu, nnti letak gambor bracelet yg nak dijual yer..

Rozz Hazidi said...

Salam mamatiamia,

Betul sangat kata Zu...kenapa orang kita susah sangat nak lemparkan senyuman.

Akak pernah tinggal di UK selama 3 tahun...pengalaman berurusan dengan masyarakat di sana amat menyenangkan samaada di sekolah, klinik, pusat membeli belah dll. Malah driver bas pon peramah dan wish kat kita setiap kali kita naik basnya.

Seronok jer rase kannnnn...

eda said...

kak zue nak tanye , how to beli dgn yakin all the choc pastry cake kat negeri omputeh neh ? ade tips tak kak ? *interm of halal*
such as kene tanye tak ade rum ke tak ke .. or mcm mane ?

noorfariha said...

Seronok nyaaaa nak poie jugak!

noorfariha said...

Seronok ehhh. Nak poie jugak!