Monday, April 12, 2010

Membangkit Ghairah!

Ha..haaa..tajuk sungguh Naughty:) But there will be no naughty story..sorry,blog mama kan blog masak memasak jer:) So hari ni since ada yang bertanya dua soalan : macam mana nak masak Aglio Olio Seafood Spaghetti and bagaimana nak membangkit ghairah memasak? As Auntie Ann said easy to have passion in eating but not in cooking..nanti kita cerita tips sikit kat bawah yerr.

Senang jer masak aglio olio ni..tapi ikut citerrasa mama not the rigid recipe from any books okay.Sedikit sotong yang potong bulat2.

Udang yang buang kulit,kalau suka boleh tinggalkan shell kat kepala and ekor sikit supaya cantik.

About 10 to 12 garlics,crush and chop.

1/10 of butter any brand will do.

Few of Shitake mushrooms.

Olive oil (but in this picture ada grape seed oil since pasar segar kat rumah kita dah habis bekalan..so grape seed oil pun okay lah),kalau boleh beli mc cormick italian herbs (since kat rumah dah habis ada steak spice ni jer..okaylah jugak) and sikit serbuk lada putih.

heat your pan,put in the butter,the olive oil and fry the garlic,add in the herbs and white pepper.

Put in the seafoods the shitake and salt ,fry until masak..but not too long.

Turn off the fire,masukkan spaghetti yang dah di toskan,mix it using the chopsticks..dalam gambar ni mama guna 5 mins spaghetti sebab nak cepat..5 mins spaghetti ni ada slit kat badan dia sebab tu cepat masak.Kalau ada masa lama boleh lah guna spagehtti biasa dan masak 'al dente' (kenyal) sikit..baru sedap.

walla sudahh ready..it took less than half and hour to prepare but you give big smile to everbody's tummy.

Selain olio yang kering another option nak masak spaghetti yang sedap,senang and healthy for kids is this clear soup spaghetti with seafood.

Nampak sedap kan,mama masak this morning,ada mussel,fishball,zuchinni and shitake.So macam mana nak membangkit ghairah memasak ni :
1. Pertamanya,kenalah ada basic tahu memasak,tak superb kena perbaiki skills,dah pandai,dah sedap baru passion datang,ini sangat normal, kan kalau kita tahu masak curry ikan dan orang cakap sedap kita nak asyik masak itu jer.
2. Create dapur yang inviting, ada semua tools untuk memasak,jangan simpan gadget untuk dapur macam blender,oven,juicer,peeler,whisker etc dalam cabinet sebab kalau dah simpan malas nak keluarkan untuk guna.Susun dengan cantik and within easy reach supaya boleh ada display yang menarik dan senang nak guna. Jadikan dapur tempat berkumpul keluarga,mesti ada suasana macam cafe di luar..kan kita suka lepak di coffee beans etc..sebab apa? sebab inviting kan..kalau dah inviting baru ada ghairah untuk masak dan serve orang.Sebulan sekali upgrade or ubah penampilan dapur,sejambak bunga baru dalam vase dah boleh membawa mood baru.Lengkapkan dapur kita bukan hanya meja make up atau koleksi handbag kita saja.
3. See cooking as something "intelligent" it is not a chore. Banyak bendak yang boleh belajar kalau kita passionate about cooking,kita boleh enjoy day out at barang2 dapur section, beli one or two new things for our kitchen,tengok utensil dan gadget2 yang canggih sambil simpan impian utk beli oneday.Kita boleh masuk ke bookstore dan duduk berjam membaca buku masakan,there hundred types of pasta,rice,spices,semua tu ilmu pengetahuan.
4.Kitchen is the heart of the house,sila tawan hatinya dulu baru kita dapat tawan hati2 orang yang kita sayang.Bersyukur dan gembira kerana kita seorang wanita kita boleh bagi kebahagiaan melalui masakan pada orang lain.
5. Finally, enjoy everything that you do,apa pun yang kita lakukan mesti buat dengan hati yang senang,masuk dapur dengan pakaian yang cantik,hidangkan dengan penuh bergaya.Rasa bangga dengan dapur kita,tak sabar nak bawak orang masuk dapur dan bukan cuba sedaya upaya supaya orang tak masuk.Kalau kita pandai masak,sedap,dapur cantik,boleh bergelak ketawa dan bahagia di dapur,takkan masih tak ghairah untuk masak.1,2,3,4 & 5 sila bangkaitkan ghairah anda:)

10 comments:

Anonymous said...

yes...ikin selalu ghairah masuk dapur maksu. hahaha...terutama kalau dapur tu pakai baju tidur yang berbau sardin goreng seksi, sambal tumis arwah wan omok yang mengancam & asam pedas ikan parang taruk sawi jeruk yang menonggek menggoda.

-kak ikin

Idida Aziz said...

waaa mama tia mia...thx 4 the tips...terus ghairah kita...hahaha...terus nak balik cepat

MamaTiaMia said...

ikin@anon:) hehh..baju tidur seksi tu penambah perasa tu sebab tu my sardin sedap terlampau,my asam pedas sedap gilerr..kihh..kihh kena proud dengan masakan sendiri:)

idida; sila ghairah masak yer,bukan ghairah yang lain:)

ejea aziz said...

very useful tips..masuk blog ni memang asik lapor je jd...menarik aglio tu..

annhuzi said...

thanks mama. aglio olio senang eh.
hmm ada 5steps 4 me to work on but i think i'm stuck at number 1. selalu hilang semangat cos rasa masakan tak sedap. jadi to progress kena la i berguru dgn yg pakar. i banyak blaja dari u mama. thank you guruku :)

MamaTiaMia said...

ejea masih dalam pantang yerr..kena makan ikan haruan jer lah:)

ann, janganlah cakap guru..i pun belajar banyak benda lagi..kita sama2 belajar ehh..mana ada kemahuan di situ ada jalan tau:)

nerry nerry strawbery said...

next entry ghairah jamu mak dara dan sabun putih mengelau kih kih

AQisH said...

wah2 mmg sgt senang resepi tu..harus dicuba..thanks for sharing yer ;)

Salmi said...

salaam mamatiamia, I have tried the wantan mee and it' memang sedap and suit our taste :-)...will try the olio pulak since my 2nd DD loves spaghetti..usually me masak spagetti meatball or guna minced meat..lum try lagi yang white sos camni..thanks for da recipe, ya :-)

Angela said...

very useful tips..masuk blog ni memang asik lapor je jd...menarik aglio tu..