Tuesday, April 13, 2010

Once Upon A Time

Gambar berkarat mama..dapat kat FB, kawan lama post,masa ni form 4 or form 5,berkarat betul mama.Mama masa dulu kurus kering,kulit hitam, rambut sentiasa pendek sebab maklang yang masa tu dah kerja bergaya,duduk di KL dengan rambut panjang mengurai ke pinggang akan melepaskan gian nak potong rambut ke atas mama,so everytime dia balik dia ambik gunting,sarung baju surat khabar kat mama and zasss rambut jadi budak lelaki.Mana mama yekk dalam gambar tu?He,hee tu yang tengah2 duduk depan sekali bersila tu lah mama,mama pun pre mature baby dulu.Hmmm banyak kenangan..masa sekolah mama minat melukis,selalu kena puji cikgu,dinding sekolah pun penuh dengan lukisan mama, tapi time mathematic hancur..so budak science tak pandanglah kita ni..sampai bila mama dah ambik Law kat university pun terjumpa kawan lama yang balik oversea masa tu dia tanya" azu you mesti ambik Art&Design kat MARA kan"mama cakap mama ambik Law pun dia terus cakap" ye lah kerja you melukis jer kat sekolah dulu kan"..then bila mama repeat,dia cakap " can't be..you ambik law"..hmmm hina sangat ke melukis dalam hati mama,terus masuk category tak 'brainy" ke..apa pun masing2 ada rezki masing2 jangan pandang rendah pada apa pun kerjaya orang.Hingus meleleh suatu masa dulu boleh jadi astronaut yang hensem di masa depan,siapa kita untuk melihat masa depan..just berlaku sincere dan ikhlas kat semua orang.Ishhh emotional pulak cerita zaman karat..he..hee..tak der lah,itu cuma satu incident..mama miss semua orang dapat gambar tu walaupun now dah bertukar bentuk tubuh dan rupa:)
On other note..last few weeks kita pergi tengok our land kat RR 9/11..Alhamdulillah dah hampir selesai semua, caveat pun dah masuk..insyallah dipermudahkan Allah Sbt semua nyer.Dah banyak kemudahan,dah ada pedestrian walk ni..dah nampak 'residential" dah compared to last few months masih nampak raw lagi.Our Lot is next to tiang lampu tu lah dengan pokok yang rimbun tu.

Oooo ni bakal jiran kita selang satu Lot..villa dia tak nampak lah..cantikkk and sangat besar..dulu mama intai dia ada big swimming pool kat depan..kita letak Toy R Us pool yang gambar itik tu nanti bila ada duit buat rumah kat situ yerr:)

Another Villa in progress..hmm risau mama ni..nanti rumah kita macam guard house jer..Tia Mia selalu cakap rumah ni "big house got small house on top"

Yang ini Mediteranean style..among the first duduk kat situ..pun cantik.

Oh Hoo..yang ini ada air conds 8 bijik kat sebalah sini..kat sebelah sana tak kira lagi..macam mana ni..2 bijik pun susah hati nak bayar.

Tak apalah..bila nak buat rumah pun tunggu lah sampai cukup duit..banyak pengorbanan nak memilikinya..melepaskan rumah Monterez yang tak sempat duduk lagi..sedih jugak..biarlah rumah baru nanti kecik..asal kita bahagia.

Apa pun bentuk rumah baru nanti..spiritnya berasal dari sini..sebuah rumah tua yang penuh kasih sayang..mama nak kita ada halaman yang boleh menerima tetamu,boleh buat kopi,kueh codok,berkemban (is it too much?) duduk berlengkar dengan teman dan sedara di pangkin berborak..sambil cabut2 rumput,sambil taman cili,sambil menjemur padi (is it too much lagi?).

Moga tercapai impian budak berkarat suatu masa dulu ni..impian anak2nyer,suaminyer dan ibunya.Moga dia daapt mencipta "rumah emak di bukit Pilah" di RR 9/11.Nanti boleh lah dia teruskan minat melukis tu lagi....sambil jemur padi:)

8 comments:

nerry nerry strawbery said...

comel tu hah pakai pinafore dgn rambut lady diana. wah best nak tunggu vila tepi jln make sure lebih tinggi and bayk aircond dari rumah celeb beli tanah cash tu kih kih..

Idida Aziz said...

tanah baru kat mana nanti?? yg kat monterez nk let go kah? sayangnyerr

MamaTiaMia said...

nerry rumah aku tak der air cond lah nanti,sebab tu nak berkemban yerr:)

ye lah idida..kenalah let go mana nak mampu banyak commitment?

Liyana s said...

k.zue, rumah kat monterez tu nak letgo? ingatkan dah duduk situ..kali terakhir saya tgk kat fp, masa tgk hias2 rumah tu..
rumah baru nnt mesti lg cantik..design ikut citarasa sendiri :)

MamaTiaMia said...

hi yana,insyallah ada rezki dapat buat rumah kecik pun alhamdulillah.

annhuzi said...

i couldnt find u at first in the old foto until u described ur sitting position. kesian rambut kena korban ye? i pun dulu suka rambut pendek senang kan nak gi skola cepat. suka melukis..hmm patut la kreatif and jiwa halus. i suka look at paintings and i marvel at those who r talented. i nvr cld do it. fail art, cldnt do flower arrangement. not a drop of creativity in me. i tink all my chrn pun gitu :(

rumah berkaki tingkap putih tu yg paling menawan. sejuk mata memandang.
ooh villa jiran2 u besar2. ur villa must be very nice sins u r a creatif person. i m sure it will stand out. u r so lucky to get this chance to build your dream home. and we r lucky to folo the process? :)

Idida Aziz said...

Re : ohoo dh jual pon...mmg syg la sbb ikuti progresnya dr awal kn...tp xper la..rumah br mesti lg best...seronok gak nanti ikut citer rumah br plak....

Liyana s said...

agree...biar rumah kecil tiangnya beribu, penuh dgn kasih sayang berbanding rumah besar tiangnya sebatang..:)