Wednesday, August 11, 2010

The First Day


Alhamdulillah telah hampir setengah hari berpuasa.Kuat jugak cabaran hari pertama berpuasa,mama dah hampir sebulan kena batuk yang gatal sangat tekak,sekarang pun tak baik lagi,kalau batuk airmata,airliur semua keluar.Gatalnya tak boleh nak cerita,macam ulatbulu masuk dalam seluar ketat tak boleh nak garu atau keluarkan.Menjelang nak puasa ni mintak pada Nya di permudahkan lah,dapat menjalani ibadah ini dengan sempurna,Alhamdulillah walaupun tak sembuh sepenuhnya tapi semakin banyak berkurangan,walaupun tekak kering dan gatal yang datang sesekali cukup terik tapi "bearable".Kalau sebelum ni badan selalu penat,bangun seawal pagi 5.30 untuk masak siapkan Tia Mia,by the time sampai office,rasa cukup letih tapi di hari pertama puasa ni bangun lagi awal 4.30 a.m masak macam biasa,hantar dan fetch Tia Mia,singgah pasar,tapi tenaga rasanya pulih,cukup cergas,lebih bertenaga dari hari biasa,balik dari hantar Tia Mia tadi ada accident jam hampir satu jam di jalan,panas terik,kesabaran di uji....selamat sampai ke office tanpa sebarang kata marah di jalan.Alhamdulillah, Ramadhan bulan yang Mulia,MasyALLAH sesungguhya.


Muka penat tapi happy..he,he..dah nak mula petang ni..mula dah melakar plan apa nak beli di pasar ramadhan..selipar dah letak dalam kereta,bagpack pun dah sedia..ye lah kita pergi pasar ramadhan sorang2,papa lambat balik,nanti nak beli itu ini..di rumah ada 6 orang semuanya termasuk kenits,kalau nak jinjing nanti sakit tangan..so siap sedia.Papa agaknya rasa kesian jugak dengan mama terkejar sana sini,tapi kesian dari office jer lah dia,tadi dia called tanya mama penat tak?dah tu cakap smart tag mama dia dah isi RM100..extra tong gas dia dah order kat rumah,ye lah papa,nanti insyAllah makanan kegemaran semua orang mama cari petang ni..sahur baru masak2 okay.


5 comments:

mamamarissa said...

masa nie, baru lelaki sedar betapa hebatnya wanita kan...selamat berpuasa utk kakak & family :)

annhuzi said...

ikin mulus, maksunya pun mulus, untung dapat gene mulus2 :)

kesiannya gatal mcm tu..ulat bulu ni..seluar ketat yg dia cari ;D
but seriusly it must be terrible to hv such an itchy throat. but mama is always strong cn stil perform her super duties :)
dapat bersbar dalam berpuasa, besar ganjarannya :)

MamaTiaMia said...

hi mamamarissa,selamat berpuasa yer..memang lah kita pompuan ni buat macam2:)

uhhhh annn..happy and kombang:) kalau dekat i bagi you sepinggan laksa,teringin nak makan laksa buat sendiri lah,kuah taruk ikan banyak2,laksa yang jernih,siram kuah,perah asam limau banyak2..uhhhh sedapnya..he..hee..

nerry nerry strawbery said...

baru perasan mata kau sewarna dengan kurma yusuf taiyoppp (sila berbisik bila baca)

MamaTiaMia said...

nerryy..yusuffffff taiyobbbb (berbisik)