Hati sangat patah,setiap hari patah,kadang2 berderai,kadang geram,kesal dan pedih mengigit.Kalau berharap pada orang macam tu lah jadi nya,bila kita berharap jangan letak harapan tinggi,paling lagi kalau orang tu baru sehari dua di kenali,manalah tahu budinya,bahasanya,apa tah lagi janjinya yang di tabur,katanya semua sedap,semua indah,semua baik.Bila dah tergoda,kita pun setuju,keluarlah wang,letak harapan,bila dah dapat,hushhhh bak kata orang hampeh,sangat mengecewakan..hati pun patah,berderai-derai bagai debu,apa nak buat nasi dah jadi bubur.Dah seminggu patah hati ni..tapi masih tak berusaha,cuma hujung minggu sahaja dapat berusaha sepenuhnya,datang isnin,datang selasa,keciwa balik,patah hati balik.
Hari ni bertekad,tak nak kecewa lagi,biarlah penat akan berusaha tak berharap pada orang..he.hee..apa yang buat saya patah hati,patah hati pada pasar ramadahan lah,setiap hari lauk dan kueh sangat mengecewakan,berkobar membeli,bila makan tak ada rasa..so hari ni telah merubah nasib saya yang kecewa.lunch time pergi ke supermarket,menu nak masak hari ni cukup memberangsangkan tau:) Dah beli bahan dan nak masak : Gulai masak lemak cilipadi udang harimau dan rebung manis, black pepper beef, garlic kangkung,sardin goreng garing dan fruitcocktails with manggo pudding..he.he sounds sedap kan:) Gambar kalau sempat di snap akan di upload esok:)
My fruitcocktails will be lovelier than this: he,heee ) (picture courtesy of googles)
Hati Yang Hitam.
Bulan Puasa yang mulia ini seorang kawan yang dikenali lama dulu ditimpa musibah,musibah amat berat,paling ditakuti wanita iaitu di ceraikan.Apa yang sedih diceraikan selepas baru sebulan berkahwin,sangat jahatlah lelaki tu,sebelum ni dia dah menyakiti hati seorang lagi wanita bila berkahwin 10 hari sahaja tapi menceraikan dan menyaman wanita tersebut,menuntut setiap sen yang di belanjakan.Kawan yang dikenali ini,sudi menerima lelaki tersebut dengan hati dan doa dulu hanya kesilapan tak kan berulang,tapi terjadi jugak,lebih sedih bila peristiwa hitam tu berlaku sehari sebelum ibu wanita ni nak berlepas menunaikan umrah.Allah lah yang maha mengetahui dan membalas segalanya,kadang2 memang sukar kita nak bercakap soal hati,kita diluar kadang2 boleh nampak keburukan seseorang,mendengar banyak yang negative,tetapi sangat sukar nak menyampaikan kepada orang yang sudah di lamun cinta,mereka berharap yang buruk akan berubah,mereka bertekad itu lah jodoh.Ada manusia yang begitu hitam hatinya,membuat dosa maharaja lela tanpa rasa takut sedikit pun,perkahwinan di jadikan topeng untuk dia terus berleluasa dan ada wanita yang sangat jahat nawaitunya merosak rumahtangga orang tanpa rasa secalit bersalah.Moga yang di timpa musibah ini kuat imannya,serah lah hati sepenuhnya kepada Allah sbt,kerna dia lah pencipta dan tiada yang lebih berkuasa dariNya.
Hati Yang Putih
Dua orang Wanita manis ini mulia hatinya, pergi memberi sokongan kepada yang kawan yang ditimpa musibah, kawan ketawa memang senang di cari,kawan mencebek pun bersepah di luar sana,tapi kawan yang menangis bersama kalau kita hanya ada dua atau satu pun cuma adalah rezki.:) Hmm manis lah Torberri dan Tart Nanas ni:)
Doa untuk semua muslimah hari ini,moga tiada yang patah hati,tiada yang hitam hati,biarlah putih semuanya.Amin.
8 comments:
haaa haa woiii promotion cam duta tudung ariani tuuu .. alhamdulilah dgn senang hati kita semua boleh menjadi teman menangis insyaallah dan saksikan kami di melodiiiii layannnn
betul mereka masuk melodiiii?
sama2 nak jadi hati putih :)
nerry, ni duta pecah kontrak namanya dalam kereta lagi dah dicabutnya:) he,heee..ye ke ada dalam melodi ni:)
ann,tak tau lah si nerry tu ye ke tidak..tunggu jer lah nanti..yeap let's us be putih hati okay:)
kak zuuuu...jgn pecah rahsiaaaa...ceq pening kepala semlm...tp msh lg nak beri sokongan padu pd teman kami!!!
jangan risau tart nanas..faham situasi anda and hati tetap putih no:)
hahhaha...betul tu hati tetap kena putih kalau tak putih kena letak clorox!!!hahahah
moga puasa itu dapat membantu melembutkan hati, membersihkan hati dan menenangkan hati..insyallah..
sudah 9 hari berpuasa, masih belum jejak pasar ramadhan lagi..bagi orang bekerja sendiri mcm salmi nie, ada sedikit flexible nak balik awal..gov/company should bagi allowance untuk kaum ibu yang bekerja untuk pulang jam 3 ptg..so that they can prepared meals for the family..so dat tak la terkejar2dengan jalan jam lagi..
Post a Comment