Thursday, January 31, 2013

Mode Dengki Sampai Ke Tulang Hitam.


Tak payah lah nak panjat masuk area Keyyy Ellll tuuuuu......nanti kena kentut tak pasal2:);)


Biarlah orang Keyyy Ellll..bantai tidur sampai terpenyet-penyet dan terkentut-kentut esok...


Kita tetap pergi office dengan penuh gaya..ehhhh where did i put my spek mata yang camni niiii??

He he..selamat cuti lah you orang Keyyyy Ellll lidah tergeliat:);)

....................................................

Wednesday, January 30, 2013

Berlindung Teduh Membanting Tulang Mencari Sesuap Nasi.

Salam,

Faza has written to me, more or less like this:

" I just got maid from Indonesia.If possible i want to be a good employer- if possible as good as Rasulullah.But i keep receiving comments/advices jangan bagi muka,plus my personality yang tak suka confront orang/terasa hati dengan saya- so far i treat her with respect. Obviously i really tak pandai to draw line between being nice and firm"

Dear Faza;

I ll be sharing with you some of my tips and experiences- but please bear in mind it might not be the best or suitable for your situation.Lain orang lain caranya dan ini hanya lah dari my perspective yang tak semestinya boleh di terima pakai oleh yang lain.Sebab banyak factor2 lain yang mempengaruhi, the first thing is surely the maid herself,bagaimana peribadi dan perwatakannya, then comes our peribadi dan perwatakan i.e our expectation,our level of satisfaction,tahap kesabaran dan toleransi.Due to all these i tak blame if some people really give up dengan their maids, some really tak boleh diperbetulkan, i ve encountered one and decided to end her service dari prolong dan menyakitkan ke dua pihak.Setengah orang memang tak bernasib baik dengan maid,sebab ada yang majikan baik tapi maid berhantu pulak dan macam2 lagi, bukan kita tak biasa dengar dalam Tv atau akhbar memang mintak di jauhkan Allah Swt.But if you found a good one,yang bersedia untuk berkerja mencari rezeki halal,sedia untuk belajar treat them good-In sha Allah both parties will benefit from it.I might not be the best majikan dan Heni bukanlah the best maid but we learned to accept each other,accept the good and the less,forgive and forget, we know our boundaries,we know our roles and responsibilties- having her as a maid for 6 years bukanlah semanis kurma tapi manis-manis buah bak kata orang- tak muak,tak jemu dan boleh bertahan:):)

I employed Heni through a registered agent, masih ingat masa pregnant ke agency tu memilih dari beratus gambar, I pasang niat dan berdoa kepada Allah Swt sebab macam manalah kita nak tahu dari gambar yang tersenyum tu semua mana yang ikhlas mana yang boleh membantu kita. My doa biarlah dia baik kepada my anak2 yang baru lahir nanti,yang masih kecil tak berdosa, biarlah dia sabar dan dapat menengok-nengok kan Uwan.

Mula2 datang Heni kurus dan kecik ajer orangnya,masa tu berseluar pendek,berambut pendek semuanya aturan agent, saya pergi menjemput dengan suami.Mula2 sampai dia tak boleh tidur malam sehingga pagi,pukul 2.00, 3.00 kadang hingga 5 pagi dia masih mengelap di sana sini, bila ditanya-katanya masih tak dapat melupakan anak2nya. Dia pun tunjukkan gambar anak yang masih bersekolah ditinggalkan nya.Saya rasa sangat sebak,bersyukur kehadrat Allah kita cukup rezeki tak payah meninggalkan keluarga tersayang demi mencari rezki. Saya ajar dia menulis surat pada keluarga, menghantar gambar,supaya dia dapat melepaskan apa2 saja kerinduan nya.

Masa tu samalah jugak macam Faza, macam2 nasihat saya terima- mostly cakap "jangan bagi muka,jangan bagi keluar,jangan bagi cakap telefon,jangan bagi berkawan, kalau dia pecahkan barang suruh ganti,tolak dari duit gaji, tengok2 dalam fridge nanti dia makan semua makanan, check bilik dan bag dia sesekali mana tahu dia ambik barang2 kita, jangan biar barang kemas terlepa,jangan biar duit bersepah, jangan biasakan beli barang2 untuk dia,kalau dia nak beli biar dia beli duit sendiri,jangan biarkan dia balik setiap tahun...dan banyak lah jangan,jangan lagi"

Saya pun berfikir kita kan nak duduk sebumbung,akan membiarkan dia menjaga anak2 kita semasa tiada, dia access to banyak benda dalam rumah kita,bagaimana kita nak hidup dalam curiga sentiasa. Saya memutuskan untuk treat her as a human, apa yang manusia perlukan dalam hidup dia pun perlu ada kalau tidak bagaimana dia boleh bertahan,bagaimana hati dia boleh tenang. Berkawan, menghubungi keluarga,balik setahun sekali,makan makanan yang ada dalam rumah, mendapat keperluan basic macam shampoo,bedak,baju tidur,sikat etc adalah perkara2 yang diperlukan manusia dan boleh memberi ketenangan dan kebahagiaan. kadang saya hantar dia memotong rambut dan kalau uwan pergi berurut kaki dia pun ikut sama.

Having said that i set few rules- sebab kalau kita berkerja di pejabat pun mestilah ada peraturan kalau tak, kerja tak jalan,office tak harmoni, kita mesti tahu siapa yang memberi arahan dan siapa yang perlu mengikutnya,tak tahu tak apa tapi mesti belajar, buat silap boleh tapi jangan di ulangi. Among perkara yang saya buat adalah :

1) Saya mengajar maid buat kerja mengikut apa yang saya hendak,apa yang utama perlu di buat.Mula2 saya buatkan list, bangun pagi terus masak air dulu, sapu depan,uruskan dapur sebelum membuat yang kurang penting macam menyiram bunga etc.So dia tahu dan tak blank apa perlu di buat.

2) Saya tidak bercakap yang tidak perlu,macam bersembang sembang kosong,mengossip jiran sebelah,bercerita keburukan my adik beradik, melepaskan marah pada anak2 kat dia atau memberitahu perangai Uwan yang tak elok pada dia. Pada saya kalau dia berani mengossip orang mesti dia kan mengossip kita jugak, kalau kita luahkan marah pada suami,anak2 ,adik beradik pada dia mesti dia hilang hormat pada kita.Sebab saya tahu ada orang yang suka melepaskan kekeciwaan dia pada suami,anak2atau
 adik beradik pada maid,maid bila berjumpa orang lain tak ada benda nak cerita habis lah dia cerita benda seisi rumah. Saya sentiasa treat Uwan dengan cara terbaik depan dia begitu jugak yang lain2 supaya dia tahu betapa sayangnya saya pada dia orang and hope she will do the same.

3) Saya ingatkan dia tentang sembahyang,saya cakap kalau sesibuk mana pun berhenti lah untuk solat,dia boleh ambik masa kalau nak mengaji dan sebagainya,sebab sekiranya dia dekat dengan Allah Swt,kuat pegangan agamanya In Sha Allah dia tak berbuat perkara-perkara di langgar agama.Alhamdulillah Heni sangat menjaga solatnya.

4) Bila dia buat salah yang boleh diterima akal,macam memecahkan pinggan saya tegur supaya next time berhati-hati tapi kalau dia buat kesalahan yang tak di terima akal dan membahayakan memang saya akan marah supaya dia tahu itu salah.Contohnya- tak tutup iron hingga terbakar ironing board- saya berleter secukupnya sehingga saya puas,kerana bahaya dan dia tak boleh ulang lagi.Tetapi saya tidak mengungkit-ungkit kesalahan dia,dah habis habislah,dia pun manusia jugak tak lari dari silap salah.

5) Saya sentiasa beri dia contoh2,kalau dia bersihkan sink tak cukup bersih saya tak marah tapi saya cuma ambik scrub dan sental sampai bersih,dia nampak dia pun tahu next time nak buat apa,kalau dia simpan leftover food dah cakap banyak kali simpan dalam container tapi dia masukkan jer pinggan dalam fridge,depan2 dia saya keluarkan dan simpan dalam container,next time dia tak buat lagi.

6). Saya amalkan beradap dengan dia,maksudnya- dia tak boleh sentuh badan saya, contohnya sentengah orang suka suruh maid urut kepala atau badan sebab orang indon ni pandai,tapi saya kaki terseliuh,leher tekehel ke,masa dalam pantang ke, saya tak pernah bagi dia sentuh badan saya,sebab saya rasa akan hilang satu respect dia pada kita,kalau badan pun dah boleh disentuh.

7). Jangan tunjukkan kita terlalu bergantung dengan dia,maksudnya dia lah yang paling pandai menguruskan budak2,masak,berkemas dan sebagainya, tanpa dia kita tak berfungsi. To me maid is just a pembantu,kita ketua rumah yang lebih arif dari dia, kita yang masak, bukan dia, kita yang menyusun atur barang2 di dapur ikut kehendak kita bukan dia, kita yang menyuap anak2(air tangan ibu sangat penting),kita yang menghidang pada suami,kita yang menentukan apa baju di pakai anak2, apa cadar yang nak diguna, mana bunga nak di susun. Then orang cakap apa pulak tugas maid you? goyang kaki ajer lah dia, tak semestinya, dia membantu kita,lepas kita masak dia cuci, lepas kita hidang dia kemas, lepas kita berkebun dia sapu,lepas kita susun barang, dia vacuum. Siapa yang menerajui rumah, dapur,anak2 sangat penting. Sangat perlu untuk anak2 bergantung dan berharap pada kita dan bukan pada maid.Kalau dia tahu kita terlalu bergantung pada dia. kadang2 dia naik kepala.Sebaik mana pun dia, sesekali hendaklah kita spot check jugak,kadang2 dia lupa dan sebagainya.

8) Bertimbang rasa lah pada maid- benda sikit macam kalau dia dah kemas dapur bersih2 hingga berkilat,kita goreng telur sebijik, basuhlah kuali dan simpan elok2, kalau hari minggu bekemas lah sama2,dapur kita uruskan lah biar lah dia boleh berehat sikit-sikit.Kalau hari ahad biarkan lah dia keluar untuk melapangkan fikiran itu penting untuk buat hatinya bahagia dan boleh bertahan lama dengan kita.Kalau nak keluar beli groceries tanya lah dia apa keperluan asas dia yang dah habis macam pencuci muka,powder,deodorant etc,bukannya mahal pun, belikan brand yang basic pun dia dah menghargai.Kalau makan tinggalkan lah dia separuh kalau dia jenis yang tak nak makan2 sama, beritahu dia itu untuk dia,saya selalu suruh Tia dan Mia hantarkan pizza dalam pinggan pada heni kalau saya order sebab dia tak tak nak makan masa itu jugak.Kalau saya pergi bercuti dan heni tak ikut saya tinggalkan dia duit sayur,dia boleh beli lauk kalau dia tak nak masak.Kalau dia jual newspaper she can keep the money but she never did, she surely letak kat counter, infact semua duit syiling dari dalam kocek dan sebagainya Heni kumpul sehingga penuh sebesen dah kat laundry area belakang:);)

9) Kenali hati budi masing2, kalau dah tahu hati budi ,kita marah kerana dia salah dia tak ambik hati sebab macam kita marah anak2 jugak.Dulu mula2 saya selalu cakap " Heni ,bukan saya marah Heni saja,anak2 kalau buat salah pun saya marah,Tuan kalau buat yang tak sepatutnya pun saya tegur,kita berkerja di office office pun ada aturan, saya buat tak betul kena marah di pejabat, tak berkhidmat dengan elok tak ada kenaikan gaji,sama jugak kita berkerja di dalam rumah. Saya tahu heni datang jauh meninggalkan anak2 untuk mencari duit,saya terima Heni sebagi saudara Islam,jadi kita perlu berkerja sebagai satu pasukan,saya percaya Heni, saya tahu Heni tak kan buat benda2 yang salah.Bila saya ke pejabat saya beri kepercayaan pada Heni untuk menjaga rumah,anak2,ibu saya yang dah tua.Kita bukan hidup di dunia sahaja, Heni pun mesti tahu kan, In Sha Allah kita buat yang baik berkat lah hidup kita,dapat lah Heni bantu anak2 di kampung sampai berjaya..akan senang hidup Heni nanti".

10) Dan lastly; consistent dalam apa pun yang kita buat; dia salah kita marah,dia buat baik kita puji dan reward, bila dia rasa kita percayakan dia,dia akan rasa sangat seronok,just macam kita di pejabat bila boss percaya kita,puas hati dengan hasil kita kan kita happy. Jangan asyik rasa risau what if aku marah dia lari,what if aku allow dia call keluarga di rasa sedih nak balik? What if aku bagi dia balik kampung dia masa raya dia tak balik lagi? Kalau asyik risau macam tu tak tenteram lah hidup kita .Saya beritahu Heni bahawa kita perlu berkerja dengan rela, saya cakap saya benarkan Heni balik hari raya sebab saya tahu Heni sangat rindukan keluarga,tapi kalau Heni rasa Heni tak mahu berkerja lagi dengan saya, beritahu lah saya, saya takkan halang,tapi jangan lah menyusahkan saya dengan tak balik lagi tiba2, Heni tahu kan saya ada anak2 kecik yang saya terpaksa buat arrangement kalau Heni tak ada, saya perlu masa untuk buat arrangement baru, begitu jugak Uwan"

Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan lancar,macam yang saya cakap bukanlah yang terbagus tapi baik dan menyenangkan hati.Saya tahu dia takkan boleh bekerja lama lagi sebab anak2 nya pun semua dah okay, yang bongsu pun dah masuk sekolah penerbangan,Alhamdulillah. Anak2 Heni pun rasa bersalah ibu dia orang terpaksa membanting tulang menyara mereka sekeluarga. Tapi Heni masih mahu berkerja  ,dia nak tengok Tia Mia masuk sekolah, next year tengok lah macam mana,kalau dia masih mahu bekerja Alahmdulillah saya terima,tapi kalau dia terasa mahu berehat,balik ke kampung menikmati hidup dengan anak2 saya tak kan sekat, macam ibu kita lah tentu lah kita rasa sedih kalau bertahun lamanya dia membanting tulang rumah orang.Tak kira banyak mana pun gaji yang kita bagi,apa pun yang kita belikan tapi dia tetap membersihkan bilik air kita,longkang rumah kita,mengelap, mencuci tanpa henti, saya perlu hormat keputusannya dimasa depan.Cuma doa saya ada rezki Uwan,anak2 terurus dengan baik dalam bentuk apa pun,sebab kita pun tak dapat mengagak apa untuk kita di masa depan,




Tak senang nak meninggalkan anak2 buah hati pengarang jantung kita pada orang kan,pertama doa dan kedua usaha supaya semua nya selamat dan diberkati. He he gambar Tia Mia yang masa dulu sangat curly murly rambut dia orang,masa ni 2 years plus i think:):)Hishhh sangat rindu nak cium2 perut yang bulat2 tu;);)



And Salam to all, especially:

1. Nastyna- Thanks ibu Jelita:)
2. Kak Pinat- memeng seronok.
3. Rozz- ikan talapia 5 stars lah Rozz:)
4.Umiyumi- tu lah umi kat sini tak da benda2 tu semua,sana semua best kan:)
5.Pelangi Petang- he he ada spot yang cantik jugak kat PD tau:)
6. Mazni- Surely you miss you grandma's house kan.so seronok ada village house by the beach.
7.Kniedaz- check out Lanisha Villa website-gud luck.
8. Ida- memang seronok gather2 ni penat pun berbaloi.
9.Nur-nba-kat johor pun banyak pantai yang best kan Nur.
10. Wawa- akak hanya guna pocket size Olympus ajer.
11.Rina- gathering with family is always the best.
12.Hadsha- ye ke..he he you shud pergi lagi,masih bersih macam dulu:)
13. Ramadhan Yang Menjadi Pujaaan- You should take a break dik,berenti kan kapal terebang tu mana2 dulu:)
14.Ann- he he dont be jealous Ann, Lion city pun banyak tempat menarik for breakaway,otherwese Johor pun banyak kan, kalau tak datang ajer One utama ni:)
15. Mamasya- memang seronok kan berkumpul-kumpul:)
16. Nadia- keep on smiling.
17. Ina hashim- cake tu beli kat petronas station:)
18.Rosma-Really? he he why you tak honk honk he he.
19.Miss Cool- Alhamdulillah that nenek boleh solat berdiri semua lagi,uwan hanya rakaat pertama jer boleh then she sambung duduk:) banyak yang kita belajar dari pemerhatian kan.
20.Eey-i dah letak the cost etc...but bear in mind the place is very basic eey.
21. cacah- i hope you had a great weekend too:)
22.Susumanis- Alahmdulillah,moga semuanya baik2 Kak Su;)
23.Mamasyaza- dah buat ke puteri mandi tu mamasyaza?
24. Hezrin- Salam to you too:)
25.Anon- Thanks melawat blog tia mia.

.....................................................


Monday, January 28, 2013

Wonderful dusk&dawn@Family gathering Jan' 2013.

Dear Girls;

 We had a wonderful small family gathering this weekend. It was a last minutes arrangement and we couldn't get a nice place to stay. Mama finally managed to get one kampung bungalow at Batu 9 Telok Kemang PD, it can accommodate up to 20 people and the pictures from the websites were quite promising. When we reached there, the place was very minimal, it was quite bare, very basic and to summarize it in few words ;Uwan's house in the kampung is more warmer ha ha ha:):)

You two were like puzzled at first as we always stay in a proper hotel or vacation rental:) Sebab dalam fikiran kalau bercuti dan duduk hotel semua mesti best2 bila no to die for hotel bed or swimming pool,both of you ingat kita pergi rumah orang and refused to stay at first he he.But mama told you,it is not the place that matters, we went there to be together with Uwan, Heni,Pashik,Maklang,Kak Ikin and the families, so we must make the best out of it. True enough the bare house,the minimal place quickly warmed up to our present.laughter and love and in no time we found that we like the place:);) Macam rasa balik kampung,good exposure for the girls,it was quite an adventure and we had a wonderful time.

Kenangan:


Mia was excited.


Fooling around with mama's phone.


Saturday was jammed and we seronok2 dalam kereta.


Tia melayan perasaan sambil memeluk her soft blanket.


We reached Lanisha in PD at 2pm and memang rasa macam balik kampung celah2 pokok,paya dan other private bungalows.


Pada yang berminat kat luar quite nice,area dia besar jugak,sesuai lah untuk 4 families sebab ada 4 bilik,it's a single storey old bungalow,tapi dia dah update dengan cate, flat skrin TV and semua facilities ada cuma feel dia tak adalah resort2 or hotel cuma macam rest house KP:) Harga dia RM500 semalam tapi kalau ambik 2 malam dapat lah RM450,jadi kalau share memang lah very economical.


These two like the outdoor area as they tak dapat 'feel' lagi duduk kat dalam:)


BBQ Pit with the wire semua ada,kita boleh bawak wire sendiri kalau nak hygienic or alaskan aluminium foil or samaklah the wire ,banyak tanah berderai keliling tu.


Ada shower kat luar kalau balik dari pantai.


While the inside adalah semua benda walaupun tak ada star tapi yang penting bersih.


He he bilik tidur jangan expect macam hotel okay,macam Seri Malaysia pun tak ada.Cadar semua cadar siam tapi we all bawak comforter,cadar,and bantal sendiri:);)


Bedside table,aircond,plugs semua ada dalam bilik.


Nasib baik bilik air bersih kalau tidak mama mesti menangis punya. As long as bersih mama boleh tahan.


He he and Uwan was excited to sleep in this dormitory room..'banyaknya katil tingkat' kata Uwan,Uwan pun mama bawakkan blanket sendiri.


The kitchen has all the facilities but we brought our pots,pans,plates,cups etc.


Our stocks that can last for a month!


No complaints in the kitchen.


Petang we went out and beli mee goreng mamak.


Uwan happy makan roti canai kat luar.


Uwan dan Pashik bersantai,masa ni maklang,Kak Ikin and the rest tak sampai lagi.


Petang we checked out the beach which is like less than 10 mins walk from the house.


Bila matahari dah turu sikit we walked to the beach.


It kinda of fun to walk through bushes and houses to the pathway to the beach.


It was so hot in PD and the you two had to play with the sand first before allowed to go into water.


Uwan and the ladies berlindung dari panas.


Kemain Heni membaca URTV.


You Pashik and papa had lots and lots of fun:)


Yang tak mandi.


Mama's favourite shot.


Gorgeous- abang Amir and Kak Yan.


You and papa.


Beautiful sunset.


We had dinner kat luar.


First night penat so Paklang bought tomyam,daging masak merah and telur bungkus.


But bak kata orang tuah ayam nampak di kaki ..tuah kita dapat rezki dari neighbour yang buat BBQ they datang hantarkan kita food..yippeeee sukaaa..sedap2 pulak tu.Alhamdulillah.


2nd day we berjalan kaki ke beach lagi sambil tengok nature.


Pokok ni masa kecik mama suka main,,kadang2 dalam dia ada ulat.


Peaceful morning dip.


Collecting shells.


Abang boboy gali perigi.


Senior2 berborak.


Serious shell and coral collectors.


Fun time.


Mama pulak just rest and berangan.


Castles 


Ice cream dog.


Malam kedua baru lah kita buat BBQ kak ikin bawak 8 ekor ikan talapia segar from abang din's kampung kat Pahang.


It was fun to do BBQ.


You two seronok dengan abang boboi.



Uwan makan talapia bakar.


Full moon in PD,kat luar pagar ada pulak si Johnny (the dog) menunggu,nasib baik dia tak howling kalau tak mesti serammmmm he he.But Alhamdulillah 2 malam tidur disana you too lena walaupun mula2 tu complaint pasal katil etc lepas tu tergolek sampai pagi.

Itu lah cerita kita:) In Sha Allah nanti kita buat lagi dengan yang lain2 yang miss this get together.

Night2 darlings..jom tidur mama ngantuk:)

..............................