Wednesday, January 30, 2013

Berlindung Teduh Membanting Tulang Mencari Sesuap Nasi.

Salam,

Faza has written to me, more or less like this:

" I just got maid from Indonesia.If possible i want to be a good employer- if possible as good as Rasulullah.But i keep receiving comments/advices jangan bagi muka,plus my personality yang tak suka confront orang/terasa hati dengan saya- so far i treat her with respect. Obviously i really tak pandai to draw line between being nice and firm"

Dear Faza;

I ll be sharing with you some of my tips and experiences- but please bear in mind it might not be the best or suitable for your situation.Lain orang lain caranya dan ini hanya lah dari my perspective yang tak semestinya boleh di terima pakai oleh yang lain.Sebab banyak factor2 lain yang mempengaruhi, the first thing is surely the maid herself,bagaimana peribadi dan perwatakannya, then comes our peribadi dan perwatakan i.e our expectation,our level of satisfaction,tahap kesabaran dan toleransi.Due to all these i tak blame if some people really give up dengan their maids, some really tak boleh diperbetulkan, i ve encountered one and decided to end her service dari prolong dan menyakitkan ke dua pihak.Setengah orang memang tak bernasib baik dengan maid,sebab ada yang majikan baik tapi maid berhantu pulak dan macam2 lagi, bukan kita tak biasa dengar dalam Tv atau akhbar memang mintak di jauhkan Allah Swt.But if you found a good one,yang bersedia untuk berkerja mencari rezeki halal,sedia untuk belajar treat them good-In sha Allah both parties will benefit from it.I might not be the best majikan dan Heni bukanlah the best maid but we learned to accept each other,accept the good and the less,forgive and forget, we know our boundaries,we know our roles and responsibilties- having her as a maid for 6 years bukanlah semanis kurma tapi manis-manis buah bak kata orang- tak muak,tak jemu dan boleh bertahan:):)

I employed Heni through a registered agent, masih ingat masa pregnant ke agency tu memilih dari beratus gambar, I pasang niat dan berdoa kepada Allah Swt sebab macam manalah kita nak tahu dari gambar yang tersenyum tu semua mana yang ikhlas mana yang boleh membantu kita. My doa biarlah dia baik kepada my anak2 yang baru lahir nanti,yang masih kecil tak berdosa, biarlah dia sabar dan dapat menengok-nengok kan Uwan.

Mula2 datang Heni kurus dan kecik ajer orangnya,masa tu berseluar pendek,berambut pendek semuanya aturan agent, saya pergi menjemput dengan suami.Mula2 sampai dia tak boleh tidur malam sehingga pagi,pukul 2.00, 3.00 kadang hingga 5 pagi dia masih mengelap di sana sini, bila ditanya-katanya masih tak dapat melupakan anak2nya. Dia pun tunjukkan gambar anak yang masih bersekolah ditinggalkan nya.Saya rasa sangat sebak,bersyukur kehadrat Allah kita cukup rezeki tak payah meninggalkan keluarga tersayang demi mencari rezki. Saya ajar dia menulis surat pada keluarga, menghantar gambar,supaya dia dapat melepaskan apa2 saja kerinduan nya.

Masa tu samalah jugak macam Faza, macam2 nasihat saya terima- mostly cakap "jangan bagi muka,jangan bagi keluar,jangan bagi cakap telefon,jangan bagi berkawan, kalau dia pecahkan barang suruh ganti,tolak dari duit gaji, tengok2 dalam fridge nanti dia makan semua makanan, check bilik dan bag dia sesekali mana tahu dia ambik barang2 kita, jangan biar barang kemas terlepa,jangan biar duit bersepah, jangan biasakan beli barang2 untuk dia,kalau dia nak beli biar dia beli duit sendiri,jangan biarkan dia balik setiap tahun...dan banyak lah jangan,jangan lagi"

Saya pun berfikir kita kan nak duduk sebumbung,akan membiarkan dia menjaga anak2 kita semasa tiada, dia access to banyak benda dalam rumah kita,bagaimana kita nak hidup dalam curiga sentiasa. Saya memutuskan untuk treat her as a human, apa yang manusia perlukan dalam hidup dia pun perlu ada kalau tidak bagaimana dia boleh bertahan,bagaimana hati dia boleh tenang. Berkawan, menghubungi keluarga,balik setahun sekali,makan makanan yang ada dalam rumah, mendapat keperluan basic macam shampoo,bedak,baju tidur,sikat etc adalah perkara2 yang diperlukan manusia dan boleh memberi ketenangan dan kebahagiaan. kadang saya hantar dia memotong rambut dan kalau uwan pergi berurut kaki dia pun ikut sama.

Having said that i set few rules- sebab kalau kita berkerja di pejabat pun mestilah ada peraturan kalau tak, kerja tak jalan,office tak harmoni, kita mesti tahu siapa yang memberi arahan dan siapa yang perlu mengikutnya,tak tahu tak apa tapi mesti belajar, buat silap boleh tapi jangan di ulangi. Among perkara yang saya buat adalah :

1) Saya mengajar maid buat kerja mengikut apa yang saya hendak,apa yang utama perlu di buat.Mula2 saya buatkan list, bangun pagi terus masak air dulu, sapu depan,uruskan dapur sebelum membuat yang kurang penting macam menyiram bunga etc.So dia tahu dan tak blank apa perlu di buat.

2) Saya tidak bercakap yang tidak perlu,macam bersembang sembang kosong,mengossip jiran sebelah,bercerita keburukan my adik beradik, melepaskan marah pada anak2 kat dia atau memberitahu perangai Uwan yang tak elok pada dia. Pada saya kalau dia berani mengossip orang mesti dia kan mengossip kita jugak, kalau kita luahkan marah pada suami,anak2 ,adik beradik pada dia mesti dia hilang hormat pada kita.Sebab saya tahu ada orang yang suka melepaskan kekeciwaan dia pada suami,anak2atau
 adik beradik pada maid,maid bila berjumpa orang lain tak ada benda nak cerita habis lah dia cerita benda seisi rumah. Saya sentiasa treat Uwan dengan cara terbaik depan dia begitu jugak yang lain2 supaya dia tahu betapa sayangnya saya pada dia orang and hope she will do the same.

3) Saya ingatkan dia tentang sembahyang,saya cakap kalau sesibuk mana pun berhenti lah untuk solat,dia boleh ambik masa kalau nak mengaji dan sebagainya,sebab sekiranya dia dekat dengan Allah Swt,kuat pegangan agamanya In Sha Allah dia tak berbuat perkara-perkara di langgar agama.Alhamdulillah Heni sangat menjaga solatnya.

4) Bila dia buat salah yang boleh diterima akal,macam memecahkan pinggan saya tegur supaya next time berhati-hati tapi kalau dia buat kesalahan yang tak di terima akal dan membahayakan memang saya akan marah supaya dia tahu itu salah.Contohnya- tak tutup iron hingga terbakar ironing board- saya berleter secukupnya sehingga saya puas,kerana bahaya dan dia tak boleh ulang lagi.Tetapi saya tidak mengungkit-ungkit kesalahan dia,dah habis habislah,dia pun manusia jugak tak lari dari silap salah.

5) Saya sentiasa beri dia contoh2,kalau dia bersihkan sink tak cukup bersih saya tak marah tapi saya cuma ambik scrub dan sental sampai bersih,dia nampak dia pun tahu next time nak buat apa,kalau dia simpan leftover food dah cakap banyak kali simpan dalam container tapi dia masukkan jer pinggan dalam fridge,depan2 dia saya keluarkan dan simpan dalam container,next time dia tak buat lagi.

6). Saya amalkan beradap dengan dia,maksudnya- dia tak boleh sentuh badan saya, contohnya sentengah orang suka suruh maid urut kepala atau badan sebab orang indon ni pandai,tapi saya kaki terseliuh,leher tekehel ke,masa dalam pantang ke, saya tak pernah bagi dia sentuh badan saya,sebab saya rasa akan hilang satu respect dia pada kita,kalau badan pun dah boleh disentuh.

7). Jangan tunjukkan kita terlalu bergantung dengan dia,maksudnya dia lah yang paling pandai menguruskan budak2,masak,berkemas dan sebagainya, tanpa dia kita tak berfungsi. To me maid is just a pembantu,kita ketua rumah yang lebih arif dari dia, kita yang masak, bukan dia, kita yang menyusun atur barang2 di dapur ikut kehendak kita bukan dia, kita yang menyuap anak2(air tangan ibu sangat penting),kita yang menghidang pada suami,kita yang menentukan apa baju di pakai anak2, apa cadar yang nak diguna, mana bunga nak di susun. Then orang cakap apa pulak tugas maid you? goyang kaki ajer lah dia, tak semestinya, dia membantu kita,lepas kita masak dia cuci, lepas kita hidang dia kemas, lepas kita berkebun dia sapu,lepas kita susun barang, dia vacuum. Siapa yang menerajui rumah, dapur,anak2 sangat penting. Sangat perlu untuk anak2 bergantung dan berharap pada kita dan bukan pada maid.Kalau dia tahu kita terlalu bergantung pada dia. kadang2 dia naik kepala.Sebaik mana pun dia, sesekali hendaklah kita spot check jugak,kadang2 dia lupa dan sebagainya.

8) Bertimbang rasa lah pada maid- benda sikit macam kalau dia dah kemas dapur bersih2 hingga berkilat,kita goreng telur sebijik, basuhlah kuali dan simpan elok2, kalau hari minggu bekemas lah sama2,dapur kita uruskan lah biar lah dia boleh berehat sikit-sikit.Kalau hari ahad biarkan lah dia keluar untuk melapangkan fikiran itu penting untuk buat hatinya bahagia dan boleh bertahan lama dengan kita.Kalau nak keluar beli groceries tanya lah dia apa keperluan asas dia yang dah habis macam pencuci muka,powder,deodorant etc,bukannya mahal pun, belikan brand yang basic pun dia dah menghargai.Kalau makan tinggalkan lah dia separuh kalau dia jenis yang tak nak makan2 sama, beritahu dia itu untuk dia,saya selalu suruh Tia dan Mia hantarkan pizza dalam pinggan pada heni kalau saya order sebab dia tak tak nak makan masa itu jugak.Kalau saya pergi bercuti dan heni tak ikut saya tinggalkan dia duit sayur,dia boleh beli lauk kalau dia tak nak masak.Kalau dia jual newspaper she can keep the money but she never did, she surely letak kat counter, infact semua duit syiling dari dalam kocek dan sebagainya Heni kumpul sehingga penuh sebesen dah kat laundry area belakang:);)

9) Kenali hati budi masing2, kalau dah tahu hati budi ,kita marah kerana dia salah dia tak ambik hati sebab macam kita marah anak2 jugak.Dulu mula2 saya selalu cakap " Heni ,bukan saya marah Heni saja,anak2 kalau buat salah pun saya marah,Tuan kalau buat yang tak sepatutnya pun saya tegur,kita berkerja di office office pun ada aturan, saya buat tak betul kena marah di pejabat, tak berkhidmat dengan elok tak ada kenaikan gaji,sama jugak kita berkerja di dalam rumah. Saya tahu heni datang jauh meninggalkan anak2 untuk mencari duit,saya terima Heni sebagi saudara Islam,jadi kita perlu berkerja sebagai satu pasukan,saya percaya Heni, saya tahu Heni tak kan buat benda2 yang salah.Bila saya ke pejabat saya beri kepercayaan pada Heni untuk menjaga rumah,anak2,ibu saya yang dah tua.Kita bukan hidup di dunia sahaja, Heni pun mesti tahu kan, In Sha Allah kita buat yang baik berkat lah hidup kita,dapat lah Heni bantu anak2 di kampung sampai berjaya..akan senang hidup Heni nanti".

10) Dan lastly; consistent dalam apa pun yang kita buat; dia salah kita marah,dia buat baik kita puji dan reward, bila dia rasa kita percayakan dia,dia akan rasa sangat seronok,just macam kita di pejabat bila boss percaya kita,puas hati dengan hasil kita kan kita happy. Jangan asyik rasa risau what if aku marah dia lari,what if aku allow dia call keluarga di rasa sedih nak balik? What if aku bagi dia balik kampung dia masa raya dia tak balik lagi? Kalau asyik risau macam tu tak tenteram lah hidup kita .Saya beritahu Heni bahawa kita perlu berkerja dengan rela, saya cakap saya benarkan Heni balik hari raya sebab saya tahu Heni sangat rindukan keluarga,tapi kalau Heni rasa Heni tak mahu berkerja lagi dengan saya, beritahu lah saya, saya takkan halang,tapi jangan lah menyusahkan saya dengan tak balik lagi tiba2, Heni tahu kan saya ada anak2 kecik yang saya terpaksa buat arrangement kalau Heni tak ada, saya perlu masa untuk buat arrangement baru, begitu jugak Uwan"

Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan lancar,macam yang saya cakap bukanlah yang terbagus tapi baik dan menyenangkan hati.Saya tahu dia takkan boleh bekerja lama lagi sebab anak2 nya pun semua dah okay, yang bongsu pun dah masuk sekolah penerbangan,Alhamdulillah. Anak2 Heni pun rasa bersalah ibu dia orang terpaksa membanting tulang menyara mereka sekeluarga. Tapi Heni masih mahu berkerja  ,dia nak tengok Tia Mia masuk sekolah, next year tengok lah macam mana,kalau dia masih mahu bekerja Alahmdulillah saya terima,tapi kalau dia terasa mahu berehat,balik ke kampung menikmati hidup dengan anak2 saya tak kan sekat, macam ibu kita lah tentu lah kita rasa sedih kalau bertahun lamanya dia membanting tulang rumah orang.Tak kira banyak mana pun gaji yang kita bagi,apa pun yang kita belikan tapi dia tetap membersihkan bilik air kita,longkang rumah kita,mengelap, mencuci tanpa henti, saya perlu hormat keputusannya dimasa depan.Cuma doa saya ada rezki Uwan,anak2 terurus dengan baik dalam bentuk apa pun,sebab kita pun tak dapat mengagak apa untuk kita di masa depan,




Tak senang nak meninggalkan anak2 buah hati pengarang jantung kita pada orang kan,pertama doa dan kedua usaha supaya semua nya selamat dan diberkati. He he gambar Tia Mia yang masa dulu sangat curly murly rambut dia orang,masa ni 2 years plus i think:):)Hishhh sangat rindu nak cium2 perut yang bulat2 tu;);)



And Salam to all, especially:

1. Nastyna- Thanks ibu Jelita:)
2. Kak Pinat- memeng seronok.
3. Rozz- ikan talapia 5 stars lah Rozz:)
4.Umiyumi- tu lah umi kat sini tak da benda2 tu semua,sana semua best kan:)
5.Pelangi Petang- he he ada spot yang cantik jugak kat PD tau:)
6. Mazni- Surely you miss you grandma's house kan.so seronok ada village house by the beach.
7.Kniedaz- check out Lanisha Villa website-gud luck.
8. Ida- memang seronok gather2 ni penat pun berbaloi.
9.Nur-nba-kat johor pun banyak pantai yang best kan Nur.
10. Wawa- akak hanya guna pocket size Olympus ajer.
11.Rina- gathering with family is always the best.
12.Hadsha- ye ke..he he you shud pergi lagi,masih bersih macam dulu:)
13. Ramadhan Yang Menjadi Pujaaan- You should take a break dik,berenti kan kapal terebang tu mana2 dulu:)
14.Ann- he he dont be jealous Ann, Lion city pun banyak tempat menarik for breakaway,otherwese Johor pun banyak kan, kalau tak datang ajer One utama ni:)
15. Mamasya- memang seronok kan berkumpul-kumpul:)
16. Nadia- keep on smiling.
17. Ina hashim- cake tu beli kat petronas station:)
18.Rosma-Really? he he why you tak honk honk he he.
19.Miss Cool- Alhamdulillah that nenek boleh solat berdiri semua lagi,uwan hanya rakaat pertama jer boleh then she sambung duduk:) banyak yang kita belajar dari pemerhatian kan.
20.Eey-i dah letak the cost etc...but bear in mind the place is very basic eey.
21. cacah- i hope you had a great weekend too:)
22.Susumanis- Alahmdulillah,moga semuanya baik2 Kak Su;)
23.Mamasyaza- dah buat ke puteri mandi tu mamasyaza?
24. Hezrin- Salam to you too:)
25.Anon- Thanks melawat blog tia mia.

.....................................................


33 comments:

Anonymous said...

sgt terharu baca entry k.zu.....sgt terkesan di hati.....

Anonymous said...

K.Zu,
*hugs*

Anonymous said...

assalamualaikum kak zu...sy farah silent reader blog akak.entry akak kali ni betul2 buat saya berfikir...btw,u r a good writer@motivator!may Allah bestow all His blessings upon u & family...

ida syarida said...

Lama dah tak tinggalkan komen tapi kali ni rasa terpanggil.....

Budi yang baik akan dibalas baik. Niat yang ikhlas hanya Allah yang akan membalasnya...

:) Blog ni sentiasa best...

Nastyna said...

Gigih saya baca tips2 ni, walaupun saya tak bermaid. Sejak saya duk baca2 blog akak ni, saya ada terlintas dalam hati, bestnya akak ngan maid respect each other. Itu buat saya kagum ngan akak.

cik tudung senget said...

kak zu.walaupun sy takde maid.tapi panduan ni boleh di guna pakai.terima kasih utk nasihat2 yg manis.paling suka part kak zu bimbing cara2 nak gembirakan hati ibu yg dh tua.

Hezrin Ahmad said...

Saya pernah ada maid sebulan je...skali dia pregnant...dia minta berhenti...tapi ok la... sblm dia pergi dia minta check bag dia...dia kata dia xambil apa2... sampai skrg sy xde maid lagi...

Zulfadly said...

salam kak zu, maid mak saya pon kami treat macam family, walaupun ada orang kata jgn percaya, jgn bagi makan semeja, jagna bagi guna pinggan sama, jangan bagi guna toilet sama, dan maxcam2 lagi lah, walaupon saya tidak meltakkan kepercayan pada dia, but kena respect dia mcm manusia lain, saya yakin, if kita layan dia baik, IAllah, dia pon akan buat terbaik, so far, Alhamdulillah, ni saya dah balik malaysia, dia pening lah dengan saya,hahah

ida said...

macam tau tau jer apa ada di fikiran ida heheh.. baru duk berfikir pasal old maid yang telefon nak kerja denga kami hehehe. before this dia daily maid kami n since we pindah dia tak boleh la follow...now she decidw nak kerja tetap dirumah becos miss twin so much...dia jaga twin masa dalam pantang lagi...tu yang dia terasa rindu..plus sepanjang dia kerja..alhamdulillah cukul menyenangkan hati..

Aisyah Wm said...

panduan yg sgt baik utk saya yang baru nak hire maid.. semoga Allah memberkati mama mia tia sekeluarga :)
i have twins to..9months already.

Haliza Ghazalli said...

Zu dear...
Memang betul u cakap...we must treat our maid like human. My maid is with me dh 10yrs.n dia sambung lagi sampai 2014.Memang rezeki i dpt dia.I treat her mcm family tapi ada batasan. No short pants...no tight blouse n kalau buat mistake i marah. Tapi alhamdulillah dia kuat sembahyg n puasa. Even weekends pun dia tk ambik off days.

umiyumi said...

Salam Zu,
Best baca tips yg Zu bagi tu.. panjang tp padat penuh berisi sampai umi kena baca 2 part baru habis.. :)

Apapun suka sangat tengok baby dua org atas katil tu he he..

The Singing Pilot said...

Sy rasa akak ni mcm seorg majikan yg scary. Haha

Ina Hashim said...

salam Zu,

entry nih sgt menyentuh hati...sbb akak pun penah guna khidmat maid....in total 11 orang(bukan pd masa yg sama) one after another...out of 11 tu, hanya 2 orang yang betul2 ikhlas datang bekerja dan mmg bekerja sangat baik sampai timbul perasaan sayang macam keluarga sendiri...the rest tu....malas le nk cakap.....most of them datang sbb dh ada agenda lain....family members/relatives dh siap tunggu kat Msia nk bwk lari keje as cleaner or keje kt restoran

the last permanent maid yg akak amik bkhidmat selama 3 tahun...memula mmg okay....lurus je orangnya....tapi towards the end, dah buat hal kuar dgn jantan Indon (dan anak2 akak diugut supaya x bgtau pd akak hal dia kuar time akak g keje tu)...tapi kuasa Allah, finally Allah bongkarkan kegiatan dia yg bukan saje kuar siang jmp boifren but kuar tgh malam dan balik b4 Subuh....

buatkan akak sangat trauma....now dah more than 2 years maidless....mmg sgt2 tired handling 5 kids on my own but xde nak runsing kepala memikir pee'l maid lagi

you are one of the lucky ones dapat Heni yang sangat ikhlas bekerja.....mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga demi Allah....semoga hidup Heni terus dirahmati...and to you too :D

rehanayat said...

Assalam.. suka membaca penulisan adik. Begitulah "feeling" yg akak rasa zaman ber"maid" dulu.. semoga Allah swt merahmati & memberkati insan yang baik seperti adik.. amin.. meh lawat blog akak yang amatur nih pulak..tq!
touch-down-norehanayat.blogspot.com

Filla ~ Kasihs said...

sokong 100%.. filla dalam proses amik maid.. janji 2 weeks.. pastu x de.. mintak lagi 1 week.. ni dah lewat 10 hari.. sabarrr lagi... duit dah bayar sikit....sebab bukan dari agent.. dugaan betul nak guna maid :( mudah-mudahan dipermudahkan lepas nie.. tak tau lah apa cerita lagi nie...

yatt said...

comelnya tia n mia masa kecik.. :)

Anonymous said...

K Zu, from the bottom of my heart, thanks soooo much :')thanks for your time, thanks for all the sharing and advises...only Allah can pay your kindness

hugs,
Faza

susumanis said...

contoh terbaik majikan dan pekerja adalah dari Rasulullah saw, Anas Bin Malik r.a. telah berkhidmat selama 10 tahun kepada Rasulullah s.a.w. semenjak beliau masih kecil lagi. Sepanjang perkhidmatannya, Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengatakan ‘salah’ terhadap kesalahan yang Anas lakukan, sebaliknya Baginda memberi tunjuk cara dengan menunjukkan contoh perbuatan yang betul bagi membetulkan kesilapan Anas itu, inilah cara Baginda Mulia s.a.w.

pacificblue said...

Ooohh..byk yg oerku dipelajari ni....coz setkt ni,sy xberani nk arah2 maid since die naid mertua..so sy biar je die masak mknan utk anak sy..walau sedih xdpt msk,tp since maid dpt arahan dr mertua,sy redho jelah...tp sy makesure sy yg mndikn die n bila sy ade dirumah...

Huhu..meluakn perasaan lak..

pacificblue said...

Ooohh..byk yg oerku dipelajari ni....coz setkt ni,sy xberani nk arah2 maid since die naid mertua..so sy biar je die masak mknan utk anak sy..walau sedih xdpt msk,tp since maid dpt arahan dr mertua,sy redho jelah...tp sy makesure sy yg mndikn die n bila sy ade dirumah...

Huhu..meluakn perasaan lak..

meilya dwiyanti said...

sudah lama tak singgah siini, sekali baca posting kakak yang ini, terharu, menetes airmata...

saya tak punya maid, kak, semua dikerjakan sendiri, tetapi membaca postingan kakak ini saya jadi tau harus bagaimana kalau kelak saya punya maid...

salam ya kak, untuk tia, mia, uwan dan heni...

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...



lame dah tak tinggal komen :))



a very useful tips untuk sape2 yg ade maid..yang penting we must respest each other...

HUZAIFA said...

Saya selalu ikuti perkembangan bloq ni... seronok dapat mengikiuti perkembangan tia dan mia terutama skali uwan, rasa bertuah sebab dapat menjaga ibu kita semasa hayatnya masih ada. Dan untuk n3 kali ni sangat2 berguna dan berfaedah untuk panduan bagi sesapa yg ada maid.

Imah Ishak said...

Very useful tips. Tq so much for sharing.

Keep on writing. Love ur blog so much:)

Rozz Hazidi said...

Salam mamatiamia..

Tips yang berguna buat semua. Tq 4 sharing :)

Akak pon pernah mengalami pelbagai ragam maid waktu bekerja dulu...dapat yang baik tapi tak bertahan lama sebab berkahwin. Maid lari dari rumah pon pernah alami...macam-macam kerenah haha.

U lucky dapat maid seperti Heni...sudah bekerja 6 tahun, sudah tahu hati budinya..

Take care ya.

Gina said...

Salam Kak Zu
Terim kasih diatas tips yang sangat berguna ini. Memang ada a few tips yang pernah dipraktikkan dulu, so lepas ni balik Malaysia akan guna maid and will apply apa yang Kak Zu sharekan ini

Nieza Adam Tran said...

tq kak zu for the tips.. ya they still human being..maid only profession.. yang penting ikhlas.. begitu juga kalau kita bekerja.. kan..kan..kan.. suke bace blog akak

annhuzi said...

tu lah, mama kalau beri tips memang very detail! beri sepenuh hati. ikhlas kerana mama berprinsip segala amal baik kita tak akan sia-sia. so many will benefit from these tips mama, even the girls. how careful mama is to protect the family and to provide the best for the maid so that she in return will naturally give her best for the family. tia mia so comel!!!!

suhaila said...

As salam zu... AGREED saya pun sependapat dgn u..memang betul maid ni kita buatlah mcm saudara kita insya Allah doa and usaha selalu pasti semuanye dpt berjalan dgn lancar ameen..sekejap je masa tgk gmbr all those days he2..proud u to hv twins.

Anonymous said...

salam..i'm your silen reader..sgt suka baca blog mamatiamia....gud tips 4 me yg tgh expecting for maid..cuma nk tanya u..ok ke if maid age less than 30's... anyway i'm 32...thx for sharing..
>ezue<

shaqzspixca said...

Salam kak, saya shafeeq shaqzspixca, tQ sangat2 sebab share pengalaman akak dengan pembaca2 lain, 4 your info saya dah tuka2 maid ni dekat 5 6 orang dah kak, dan kebanyakknya kami mmg tak buat macmna yg akak buat, insyaAllah dapat banyak idea dr entry yg akak post, mohon saya kongsi dan copy paste tulisan akak dalam blog saya kak. tQ (^__^) http://shaqzspixca.blogspot.com/

Zuraimah Ismail said...

Assalamu'alaikum,

Wonderful sharing. Kita tak ada maid but tapi kita dah sharekan ur sharing with one of my friends...very useful.. :)