Sunday, August 12, 2012

Mood raya sudah tiba,sudah tiba..sudah tiba:):)

Salam semua.

Uwan cakap orang2 Alim Ulamak menangis merayu2 bila bulan Ramadhan nak berlalu meninggalkan kita.Tak tahu samada kita masih ada umur di tahun depan untuk bertemu Ramadhan yang penuh berkat,yang mendapat pahala berganda setiap hari:( Tapi orang2 muda sangat seronok bila nak raya,so masa kecik i tanya uwan,kalau kita suka2 okay ke mak? Uwan cakap bergembira pun tak apa asal ada batasnya,bergembira kerana meraikan kemenangan kita berpuasa selama sebulan,dan di tuntut memakai baju yang elok di pagi raya kalau tak baru pun hendaklah bersih.Uwan selalu ingatkan nak sembahyang,ke masjid pakai lah cantik2,ini nak mengadap Sultan,nak jumpa orang2 kenamaan berpakaian sangat indah,sedangkan nak sembahyang mengadap Pencipta kita yang sangat Agung,tiada tolok bandingan nya kadang2 orang memakai pelikat rumah paling lusuh,yang cantik di simpan nak jumpa orang,dan yang perempuannya kadang2 hanya baju tidur sahaja di dalam telekung.Hanya kerana kita tidak melihat Allah Swt di mata tak bermakna Dia tak melihat kita,Lihat lah dengan hati kata Uwan,mesti kita rasa dekat denganNya dan berbuat yang seeloknya dan malu serta takut nak berbuat salah.

Banyak membebel mama lah these few days kan:) Anyway apa pun yang diberi Allah kita raikan dan bersyukur dengan Nya.

Hmm macam mana mood raya tak tiba..hari ni sampai ajer office bau sup tulang semerbak,stall2 Adabi berderet di depan office menjual macam2 jenis rempah:) Dah tu lagu raya 24 jam terpasang di office ni,dilobby dan sekitarnya ada ajer activity menaikkan mood,mengacau dodol lah,membuat bubur lambuk etc.Alhamdulillah berada di negara bertuah ini,yang aman dan damai dan Alhamdulillah atas segala nikmat di beri.
Tia Mia pulak hari ni kena duduk kindy sampai pukul 5 petang sebab Heni dah cuti,Uwan dah ke rumah paktih,so petang ni mama jangan lupa pulak nak ambik kat kindy heee..heee:) Sian my two kenits yang manja celeh dan tak sabar nak balik kampung beraya ni:)

Jom mengimbau kenangan beraya di kampung! Sangat seronok dapat beraya di kampung,kalau ada kampung ada kesempatan baliklah,dengar lagu dendang perantau tu,lagu sudirman bagi mood sedih tak sabar nak balik:) Dan bila balik,berbakti lah,jangan duduk ajer di rumah tanpa bergerak,buat macam mana kita duduk di rumah kita di KL ni,kat rumah sendiri kan kena bergerak kepasar,beli apa yang patut,berkemas, cantikkan apa yang buruk,masak,macam tu lah di kampung,berilah yang terbaik pada ibu bapa ikut kemampuan.Kalau kita tak berduit pun ibu bapa tengok kita menyapu keliling rumah mesti lah dia seronok kan,kita masak yang sedap2 untuk nya,biarlah dia yang rasa air tangan kita bukannya kita ajer dok mengharap dia yang dah tua terbongkok-bongkok masak:) Kadang2 anak2 ni...dia duduk bercatu depan tv berborak sesama dia orang,emak yang dah tua,terbongkok-bongkok masak di dapur,malam raya pulak awal dah masuk tidur emak masih di dapur merebus ketupat,mengemas segala benda. Kita kan masih muda,tenaga kuat,dia orang dah tua..sejak kecik membela kita dah kita beranak pinak pun masih dia kena bagi kita makan..ishhh..not good,not good at all.Tahun ni kita tukar lah,beri lah orang yang paling istimewa dalam hidup kita berehat,kita masak,kita kemas,kita indahkan rumah,biar dia senyum...tak pasti berapa lama lagi kita masih boleh melihat dia orang mengorak senyuman:)

Aduhhh..panjang mama beri nasihat ni Tia Mia..harap2 adalah yang terlekat satu dua di hati bila dah besar nanti ya:)


Yeayyy Aminah Resort InsyAllah kita nak balik! Kak Kasih Redha kampung saya kat Kampung parit,4 kilometers dari pekan pilah yang sure jam bila raya ni:) Ha ha The Singing Pilot sian you..keep on singing ya..actually itu lah pengalaman buat orang muda macam you..so enjoy it:)

Seronoknya bila sampai kampung:)

Cantikkan kampung kita..macam New Zealand tau..penuh dengan lembu..nasib baik tak der lembu bertompok putih hitam tapi ada anak2 cucu kampung yang buat bungee jumping di jembatan tu:)

Ni lah part paling best sehari sebelum raya..tak semua yang bertuah dapat menikmati ini..penat pun tak apa..memberi kenangan manis pada anak2:)

Then kita buat rendang N9 resepi warisan uwan,bubuh serai banyak2,bila dah mendidih bau sangat sedap..rata ke seluruh pelusuk kampung.

Ni gambar Tia Mia tahun 2010..syok dua orang meneroka kampung..tahun ni mesti seronok lagi sebab dah besar dan dah faham banyak;)

Kita pun hias rumah Uwan sedikit sebanyak,semua orang contribute barang dan tenaga.

Tia Mia atas cadar baldu kenangan di beli arwah atuk lebih 30 tahun dulu dari Mekah,masa pashik kahwin pakai cadar ni:) He he montok lah Tia mia masa umur 3 tahun dulu:)

Malam raya adalah malam yang paling seronok especially budak2.

Hidangan di dapur uwan sentiasa sedap..kita lah yang memasaknya..uwan tukang makan ajer..tapi resepi semua dari uwan.

Yeayyyy yeayyyy pagi raya sudah tiba..tak sabar:)

Hari raya kedua sangat seronok breakfast di depan di halaman uwan..Tia Mia memakai baju tidur amoi dari pasar raya kuala pilah:)

Uishhh teringat nasi goreng kampung lah,banyak ikan bilis garing..nyummm nyummm makan dengan telor mata sangat sedap.To ita yang tanya tak letak resipi ke.Macam mee cury tu too simple lah,you just beli laksa curry paste dalam packet brand "Tean" tak silap, tumis bawang putih,merah yang diblend,sampai wangi,masuk paste,tumis lagi,masukkan santan,tambah fish sauce or chicken stock,garam dan sesudu gula,bila dah mendidih masukkan fishcake,fishball,bebola tahu.sediakan dalam bowl,mee yang dah dicelur,kerang,salad dan taugeh,siramkan kuah dan makan dengan cili jeruk or belacan..puas hati legi sedap dari kedai and boleh taruk apa ajer yang kita suka.

And teringat sandwich telur yang gemuks jugak:)

To Sham yang tanya website untuk beli french tablecloth online, ini website yang boleh di percayai,it based in Sydney and i have ordered  before : www.lepinparasol.com

Semua lah cantik-cantik kat website ini..kalau macam ni the price ranges from RM350- RM450 only ikut material dan sizenya.

To Kak Nur dan Umi Yummi,these are the coppers i bought from Swan Valley last time.And Kak Nur kalau nak tambah pun apa salahnya cuma French punya yang real untuk masak tu mahal kan.Saya pernah beli satu pan dari Eurochef di Sri hartamas and it costed me RM680 for a small pan! Yang kat Swan valley ni murah2 ajer sebab untuk hiasan,dah antique;)

UmiYumi dah pergi ke Tearoom ni?

Ini kedai antique kat Guildford town yang saya masuk,banyak betuk brick bracks rambang mata kan:)

Umi inilah Tea room yang best kat SV yang saya cakap tu..dia ke arah dah nak balik Perth bukan ke arah Guildford town.

Saya masuk yang ini..sangat best.

Ralit mata tengok kedai dia..dia concept cafe and id shop.

Kita boleh duduk kat Gazeebo luar untuk minum and next to it tu ladang anggur.

The carrot cake was really nice Umi:)

Halaman rumah orang kat sini pun penuh dengan lavender ajer;)

Ha..haaa terjumpa gambar ni..dulu masa Heni balik cuti raya jugak..Thank papa..not so bad you ehh:) This morning papa tolong buang sampah,sapu halaman dan masukkan semua bag Tia Mia dalam mama's car.
Okey lah..selamat menjalani ibadah puasa yang tak berapa hari lagi,moga hari2 terakhir ini lebih berkat lagi.Nanti ada masa continue dengan picture from Geneva lagi:)

13 comments:

potpetmama said...

Wah Zu; kita sama2 da excited nak raya lah Zu. Let our eldest beri arahan dan kita yang muda2 kerah tenaga buat semua persiapan...even air tangan kita tak sama dengan mereka tapi sekurang2nya ikut tunjuk ajar mereka dapat memberi kemanisan..just like my grandma yg almost sebaya Uwan (pon dipanggil Wan)she suka beri arahan itu ini sambil2 membantu yang mana bole, suka ajer bila kita merendang ke menggulai ke ikut arahan dia dan kena dengan selera dia, dia kan kata "wan pon masak rasa camtu dulu"..Selamat hariraya Zu dan keluarga ye, juga untuk Uwan;

Unknown said...

lamanya x komen dkt blog kak zu sejak dah boleh komen dkt fb. hehe.. bila stress buat keje je i will read ur entry..yg lama2 pon baca ulang kali. hehe...mcm story books tp free. (^_*)harapnye dpt ler fariha dtg beraya. jumpe kak zu, uwan, and kenits..ahakkss.. tp maluuuu

annhuzi said...

ooh cantik basikal putih tu!
panjang lebar nasihat kerana sayang, pasti terlekat. seperti nasihat uwan yang melekat kat hati mama. nanti tia mia always buat mama senyum ye. tengok uwan tu tersenyum selalu, especially if she reads coretan mama di sini, refeshing sweet memories of uwan's upbringing

susumanis said...

salam mtm, jgn lupa pasang lagu balik kampung dendangan arwah sudirman bila balik kg dgn tia mia ya :-)

kasihredha said...

selamat hari raya zu...
hati2 di jalan raya..
kat pilah sure jam punya...nasib baik dah ada LEKAS dan jalan kat Bkt Putus dah ok dah kan.
Seronoknya dapat kemas2 rumah kan.

umiyumi said...

Salam Zu..
wahh terima kasih banyak2 sbb tunjukkan tea room kat swan valley tu.. bestnye minum2 kat gazebo. dah lavender bush tu hee tak tahan tengok. lepas raya ni terus nak ke sanalah tambah2 nak masuk spring ni.
tearoom kat guildford dah sampai tp tgk dr luar sbb bulan puasa kan. tak tahan bau coffee. ada satu lg tearoom tak jauh dr situ Zu pegi tak?
nanti umi buat entry jalan2 ke guildford last week :)

tq again :)

The Singing Pilot said...

Terigt buat lemang dulu. Honestly I'm nt a fan of it and was nvr involved in the process of making it haha. Nak buat camne balek kg dh siap. Its such a pity dat the recipe is nt inherited to anyone b4 my uwan passed away. Lagi satu tradition mengacau dodol mase puase. Ni sentiasa involved and it became a sesi meluahkan isi hati sbb masing2 dikerah tenaga tanpa kerelaan. Skarang hampeh. Tinggal uma kosong je. Ketupat has been replaced with those instant ones. Xde feeling. Rindunya zmn dulu2. Raye dtg la kg ibol. Buat cam kg sendiri haha

Nadiah said...

Salam Zu,

Bukan setakat alim ulama,orang mcm I yg imannya senipis kulit bawang ni pun merasa sedih bila ramadhan tinggal berapa hari lagi.Dekat masjid pun saf semakin berkurangan.Mungkin sibuk untuk persiapan raya nanti.
I belum lagi prepare apa2 for raya.Bila baca entry you ni baru terfikir nak beli itu dan ini.
Tak pa la di KL ni sambutan raya nya sampai sebulan kan.

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...



kak zue..


terlepas ketapi entri yg before ni...

mmg sokong sangat2 ape yg kak zue bebelkan..bukan setakat utk tia mia aje..malah utk semua orang..bersih, kemas, bersih, kemas..itu memang jadi amalan hidup...pelik la kan kenape ade orang yang tak kisah nak cantikkan, kemaskan, dan bersihkan rumah ye? mcm ka zue ckp muke je lawo tapi bilik air berlumut nak pijak pun tak lalu nak pijak..aduhh pengsan kalu jumpe rumah orang camnikan...malu kaum aje...sebab my mak selalu pesan, orang kalu datang umah mesti nak tengok bilik air..bersih bilik air die, makneye pembersih dan pengemas la orang tu...ape yg kak zue ckp, semua same macam mak saye bebel n pesan..akan ingat sampai bile2...skang ni sy jadi cam mak saye, semua tempat nak nampak bersih kemas dan cantik..tak kire ape pun.kalu nak kluar rumah, make sure rumah dlm keadaan yg sgt tip top..biar la suami sy bising sbb lambat nak bermekap..biar die tunggu..suami pun skg dah paham saye..skg dah tak bising saye lamba sbb bini die dok cek semua ceruk dlm umah bagi semua bersi dulu...

SURIA AMANDA said...

salam kunjungan...suka tgok tia mia..kembar erk..sgt seiras...my niece also kembar seiras..cuma perangai beza..x lehdekat langsung..saya follow...

Anonymous said...

fabulous post as always, love it! :)

Anonymous said...

fabulous post as always, love it! :)

Liney said...

tenang dan mendamaikan bila baca entry akak... keep on writing....