Sunday, August 12, 2012

Rumah Saya Bila Menjelang Raya.

Salam.

Dulu di kampung bila nak raya sangat meriah:) Uwan memang suka berkemas,rumah sentiasa rapi dan terasa 'fresh'.Walaupun langsir bukan beli setiap tahun tapi uwan ada beberap set,dah di basuh siap2,bila nak raya tukar yang bersih.Arwah atuk pulak akan sapu dan potong rumput keliling rumah,semua rapi,semua bersih,kayu2 di bangsal nak buat lemang pun disusun tingkat2,samgat rapi macam boleh bawak tikar bergolek-golek di situ.Uwan beberapa minggu yang awal telah alih bunga2nya yang baru.Bunga paling cantik,paling lebat digantung di tangga rumah dan bunga yang segar diletak di mata tangga.Sangat seronok duduk di anak tangga petang2 memang terasa raya telah menjelang tiba.Di dapur pulak Uwan sediakan meja khas untuk menyusun bekas biskut,uwan bakar sendiri kek raya,selalunya marble cake uwan yang wangi dan sedap menggunakan butter mesti ada,uwan akan buat sekurang-kurangnya 4 cake,marble,plain butter dan pelangi.Cake semua di simpan dalam bekas periuk yang besar uwan susun di sisi meja.semua meja,cabinet uwan alaskan.Tak perlu berbelanja besar tapi yang pentingnya kerajinan dan kebersihan.
Sehari sebelum raya uwan menggubah bunga hidup,senang saja,uwan ada base bunga yang besi tajam2,bunga dan daun keliling rumah yang tahan macam,macam orkid dicucuk pada base besi tersebut dan dimasukkan dalam bekas kaca di isi air.Kemudian jambangan ini di letak di meja utama dan meja kopi ruang tamu.Uwan sapu keliling dapur nya bersih2,semua di tukar,semua diatur:)
Selepas mama besar dan berkerja di KL tapi masih bujang mama pulak mengambil alih tugas membersih rumah,seminggu sebelum raya mama balik,sapu seluruh rumah hatta bawah katil sekali pun,ganti semua cadar,langsir,kuysen,atur jambangan di beli di jln TAR;)Memang lah mama sangat letih tapi sangat puas hati sebab rumah bergolek tanpa sebarang habuk sedikit pun.Nanti semua keluarga yang dah berkahwin balik rumah telah sedia sangat bersih,lampu kelip2 sudah terpasang dan dalam bilik setiap orang ada jambangan bunga segar. Sehingga sekarang mama tak betah kalau duduk dalam rumah yang setakat untuk duduk saja,jagalah rumah kita bukan muka dan baju ajer yang nak di jaga,kebersihan dan kekemasan itu lambang peribadi kita.Jangan jadikan alasan 'tak ada duit nak beli yang baru,tak ada duit nak buat kueh; sebagai alasan duduk bergoyang kaki,kalau hendak seribu daya,gunakan kecerdikan akal untuk kita hidup selesa.

Rumah sebesar mana pun kalau tidak berkemas tak ada gunanya,muka secantik mana pun kalau bilik air berlumut buat malu ajer.Ini nasihat mama,Islam sangat mementingkan kebersihan,kita tak perlu membazir tetapi perlu memperelokkan kehidupan sebab itu dalam islam pinggan yang retak di larang di gunakan.Itu lambang kepapaan,muliakan makanan,hidup dalam keadaan elok,rumah bukan hanya untuk berteduh,sedangkan keadaannya lintang pukang,sangat lah menyedihkan,berkemas bukan setakat membasuh pinggan di dapur saja sedangakan di bilik nak lalu pun tak boleh.Kebersihan,keinginan nak hidup elok seiring dengan kecerdikan,kalau akal kita cukup mesti kita nak hidup teratur.

Ha... ha... mesti orang ingat apa kena mamatiamia hari ni:);)..Dah kuat menyepah rumah maka Tia Mia kenalah sabar dengan leteran mama ni,nasihat ikhlas dari hati:) Walaupun mama telah berleter seharian hari ni sebab both of you menyepah kan rumah,mama masih nak tulis jugak kat sini,supaya jadi ingatan di masa depan..he.he:):) Tapi dua orang budak kenits memang dah kena suruh' apa ambik letak balik'baju kotor masuk dalam laundry basket,selipar susun tepi rumah,apa angkut dari store letak balik" mesti duanya berharap Heni balik cepat..hee...hee.


Ha ha banyak bersungut hari ni ye;) Why? heni has gone back for raya holiday,she ll be back one week after raya.So this 'garang mama' is incharge now,no mess okay.When your maid is away this wipes become very handy, anything that dropped on the floor can be wiped with this.Table,mirror,kitchen all 'wipe,wipe' and it all shining better than your maid hardwork!I think i need at least another 10 tubs before Heni comes back;)


Hari ni mama telah berkemas,tengok meja tu mama wipes memancar mancar kilatnya..hee..hee.That is our new tablecloth mama bought from Yvoire last month,it was handmade in France.Mama loves it very much:);) Papa helped mama to lift up the heavy glass and put on this table cloth today.


Mama loves the border and the heavy material.

 It has picture of Alps and the snow village and the embrodery is very fine.A bit expensive but mama think it will last long.


We are still using the old sofa,mama adds a new look by changing few throw cushions on it.Thought of rearranging the plates on the cabinet but mama was too tired.


Mama changed tablecloth for our computer table too.This tablecloth mama bought from second hand shop in Geneva, it is a pure cotton with traditional French Village print.Mama loves this specific colour and print.One day when we have french kitchen with blue cabinets this yellow item will be a perfect match.


Our kitchen has french village table cloth too:);) All bright and sunny that mama had to change the glove and mitten set on the cabinet to match the new tablecloth;)


Oh yes mama has a new project today and mama has reminded you not to kacau it;) Our white fridge are all yellow and patchy now but sayang nak tukar because it is still good and the has large capacity.When we stayed at Geneva apartment mama saw Anna's fridge are all covered with picture,so mama had an idea!


Today mama dah cover half of our fridge with the leftover wall paper and all our fridge magnets look nice on it.Ini baru trial sebab tu the lower part tak kemas lagi,seems it looks good it going to be permanent there;)


Our new fridge magnets collection.


Ohh lupa nak cerita kita ada balang jueh baru,hari tu bila artist2 tu bukak stalls di office mama,mama dah beli balang ni.Sweet kan;)


Food pulak dah 2 hari mama asyik nak makan noodles,semalam mama dah buat mee curry yang really kaw,mama rasa lagi sedap 10 kali dari Little Penang hee..heee.


Dan malam sebelum tu mama nak makan mee hailam dengan chili hijau jeruk,3 pinggan papa makan ni;)


Semalam mama telah buat minuman yang istimewa untuk uwan di panggil "janda pulang' sangat seronok uwan.senang saja air kelapa muda dan isinya di campur sirap dan sedikit ice cream soda..adusss sangat nyaman,lunak dan enak:)


Cewahhh Cik Minah..tunjuk ice cream jagung dengan keladi ye..lepas bukak puasa bagi lah uwan maniskan mulut dengan ice cream, Anyway uwan dah pergi rumah paktih di rembau hari ni,nanti hari jumaat depan pakcik ambik dan bawak balik terus kampung untuk kita beraya.


Aduhh penat badan membasuh semua pinggan selepas berbuka hari ni..nak rehat lah..nanti nak bangun sahur etc etc..wahhh dah tergolek rupanya dua orang ni..mama membebel sorang2 ajer lah ye.Night2 and salam.

16 comments:

Anonymous said...

Cantik sangat tablecloth baru kak zu...you have an eye for details ye...:) kak zu tak nak include recipes ke?yr cooking sume nampak delicious lah.etime tgk yr food picture,menahan air liur je.hehe.you are truly blessed to hve uwan as a mother.dr cerita kak zu,u seem to inherit most of her traits.n now tia mia pulak will one day inherit yours n they are lucky to hve you as their mother..:) ita

Anonymous said...

Salam Zu...cantik cantik cantik...tu je yg buleh knur cakap..suka yg kat dapur yg bunga bijian gandum and olive tu..very countryish gitu..knur pun dah start membeli brg rumah sikit2....dah beli set pinggan yg putih melepak semlm,nanti nak beli satu copper pan konon kalu2 nak buat jem..hehe..nanti knur tgkkan utk Zu sama...Abg ckp 'mommy dah start dahhh..'
Sweet gmbar Uwan mkn ice cream..takde gmbar Tia Mia today?Shian dia org kena leter..takpe Zu,budak2 ni kalu dia tgk kita selalu ngemas,nanti jangkit la kat dia org..
TQ for the nice pics and celoteh2 yg ceria..
KNur-Trg

The Singing Pilot said...

Am I the only one not celebratin raye dis year??

kasihredha said...

salam zu
dulu waktu akak kecik, mak akak pun cucuk bunga hidup kat besi bulat pacak2 mcm paku tu...agaknya sekarang dah x de kot besi mcm tu kan.
bestnya mee tu...air kelapa tu pun best gak :)
Tadi akak balik Pilah...terus ingat kat zu dan mr pilot kita tu...
Zu Pilah kat mana?

fifie said...

Cantik sangat hiasan-hiasan rumah k.zu especially balang biskut raya tu. Roses lace.

susumanis said...

salam mtm, hihihi, sure tia mia senyum senyum baca ni bila dia org da besar nanti, mama bebel bebel kat sini, tapi bebel yang best, auntie pun terasa..hahaha, x pe mmg kita org islam kena jaga kebersihan , x leh malas malas kan mtm, kena bersih dan nwangi selalu, indeed Allah swt suka yang cantik dan bersih..

Uwan sgt sweet mcm ice cream la :)) , yg lain pun seme sweet jeh mcm selalu..suke sgt tgk..take care mtm n insyaAllah kita sama sama bersyukur sambut aidil fitri n melepaskan Ramadhan kareem dgn sayu dgn doa semoga tahun depan kita jumpa lagi, insyaAllah..

annhuzi said...

we hear and heart mama's bebel :D
we also need it! mesti ingat pesan mama, bagaimana mama contohi uwan, tia mia juga akan contohi mama :) thanks mama, we can visualise clearly how uwan took care of her house well, can also imagine mama sapu bawah katil and then everyone bergolek riang :)
the tablecloths are stunning and perfect fit for your table.
we pun tak sabar nak tengok tia mia raya kampung lagi and we'll see uwan berseri2 in her beautiful house. ya lah balang tu very sweet. artist popular ke yg jual ;)

shamsuhada said...

azu...semangat raya sudah mari..cantik betul rumah u.. azu, nak tanya, apa nama blog yg u order table cloth tu? nak pegi geneva..berangan dulu lah..dpt beli table cloth online pun dah kira ok..dah berkurun rasanya tak minum 'janda pulang'..teringin pulak nak membuatnya..agaknya hanya org nogori aje yg tahu 'janda pulang' ni kan...

fiezachommel said...

Salam Kak Zu,

Wah...dah siap kemas untuk raya yer...as for me, kami pun tak tukar langsir, sofa setiap tahun.apa yang ada dibersihkan, dicantikkan....still nampak cam baru.
Bestnya mee kari...teringin pula.

Anonymous said...

Salam Kak Zu,

Nyaman je mata memandang rumah kak Zu.. suka tgk table cloth baru kak zu tu.. cantik! and sgt seronok tgk uwan menikmati ice cream. yeay, mood raya sudah datang.. bersusun kueh raya kt sebelah fridge tu, he.. he.. :)

Alyah

Hanis Azla said...

Kak zu.. tq for sharing pasal nak cover fridge tu.. nnt boleh ikut idea tu utk cantikkan dia.. sbb fridge kami pun dah kuning tp masih elok so syg sgt nak tukar.. cantiknya uwan.. sgt sedap mata memandang wajahnya..

cacah said...

cerianya!!
tak sabar dah ni nak balik kampung! :)

HadSha said...

Salam sis.. Nak tanye rembau dekat belah mane? Kg ape? Saye org rembau juge....Hehe.... Neway selamat hari raya...

Parin's wife said...

thx kak zu, atas entry2 yg cukup memberi kesan dan kesedaran kpd saya untuk berfikir dan menjadi lebih baik..saya kagum dgn kak zu, and u r one of my idol yg boleh sy jadikan role model utk jadi anak,isteri dan ibu yg lebih baik dari hari ke hari..thx so much kak zu!moga Allah merahmati kita semua insyaAllah...:)

Nur-nba said...

Cantik rumah kak Zu.. :)

Rina Rahamat said...

balang kueh tu sgt cantekkk!!