Wednesday, September 12, 2012

Look for your Happiness.

Salam:) Alhamdulillah it's already Thursday and insyAllah it will be my last day of puasa 6 today:):) He he terlambat lah sebab banyak sangat event and open house kan. Wahhh I am so looking forward to Friday as i ll be meeting two online friends (well no longer online friend actually as we have met many time,borak,cerita etc etc), yup we have promised to date over Fish head noodles tomorrow:):)

As promised today i would like to elaborate longer on the previous topic i.e taking care of our parents:)Tapi before that nak ceriat sikit perasaan minggu ni:)

This week i really feel like building,renovating or at least makeover something! It was like craving for Teh Tarik! I always have in this in me as i love improving something.Kalau tak buat law dulu haruslah i jadi Interior Designer gamaknya:):) So rasa2 sangat lah nak buat something:) macam dalam dilemma jugak as i can't do much to the present house,memikirkan kalau ada rezki nak buat rumah di tanah sendiri.tak boleh ada benda overlapping sebab duit pun bukan banyak..

Last night i toned down my craving by reading Ikea magazine..hee hee

Then i looked around to see what can be make over:);)


Bilik kecik pun i jengok jugak..he he anyway i dah tau apa small projek i nak buat this weekend...and the budgetshould not be more than RM200..see what we can do with it ya:):) and will not be this small room:):)

........................................

Okaylah jom sambung the previous topic- memang tak senang nak membela and membawa ibu bapa tinggla bersama tetapi tidak jugak sukar kalau betul2 kita bertekad.Having said banyk2 faktor2 lain jugak yng terlibat,bukanlah semua ibubapa itu perangai dan sifatnya mudah..ada kawan saya yang berkata dia sangat sayang dan mengelau-alukan ibu mertua dia datang sebab katanya ' mak mertua aku macam mak kau zu,tak banyak cakap,tak banyak kerenah,sentiasa menyenangkan,sedangkan mak aku pulak ya Allah kalau dia datang aku terpaksa give up bilik aku,dia nak tidur dalam air cond sedangkan kat rumah dia tak ada pun air cond..aku tak apa lah jugak tapi malu rasanya pada suami' jadi itulah cabaran2 nya  dan itu lah rezki kita,semakin kuat cabaran kalau kita berjaya menghadapinya maka besarlah ganjaran untuk kita.Saya salute jugak pada blog reader yang sanggup meninggalkan kerja dia di London dan balik menjaga ibu bapa di sini..itu lah pengorbanan besar,mengorbankan kebebasan kita:)

Bermacam-macam ibu bapa ni..seburuk mana pun perangai dia kita kena jugak menghadapi..so kena adjust lah keadaan sebab saya sendiri tak ada pengalaman dengan ibu bapa yang sedikit sukar.Ada yang menulis dia ada masalah dengan MIL sebab niat hati duduk bersama nak berbuat yang baik tetapi turned out semua tak kena. Memang lah niat tu baik tetapi orang2 tua zaman dahulu ada berkata kalau sudah sentiasa bersama bertemu muka setiap hari hilang hormat,yang baik yg buruk,yang wangi jadi busuk.Tapi kadang2 kita tak ada pilihan,suami anak sulung maka kena lah kita berkorban,kalau tak betul cara memang makan hati.Alhamdulillah my PIL masih muda,infact sebaya with my second brother,they pun ada rumah di KL,ada dua anak perempuan yang belum berkahwin tapi dah berkerja dan seorang bujang duduk bersama.Sebab jadual yang ketat bila weekend nak hantar budak ke piano,nak beli groceries etc so saya bagi suami ruang untuk mencari lebih masa bersama dengan ibu.bapa nya,kadang2 tiap jumaat suami dari office pergi sembahyang jumaat di masjid berhampiran  rumah maknya...boleh lah dia nak makan apa di sana dan bila balik selalunya penuh dgn kiriman.My bapak mertua pun seorang yang sangat baik pada ibu mertuanya,dia sebagai menantu  sanggup memandu beribu batu kalau nenek suami saya nak datang rumahnya,bukan anak2 sendiri nenek suami saya:):)Alhamdulillah di masa depan tak tahu lagi..cuma doa2 yang baik di panjatkan.

Saya pun bukanlah yang terbaik tapi saya ikut jugak nasihat uwan tentang hubungan ipar duai dan sebagainya..supaya sentiasa ada hormat,bertepuk bertampar mesti ada batas,percakapan dan pergaulan.Kalau berborak saya tidak pernah menyampuk kalau ada kisah2 tak baik dia sekeluarga,maksudnya saya tak masuk campur gossip keluarganya,saya jugak tak pernah nak memburukkan keluarga saya didepan MIL/PIL.Sangat salute jugak dengan orang yang tinggal bersama PIL,bukan perkara senang nak di buat,kalau berjaya melalui anda adalah seorang yang kuat luar dan dalam.Suami jugak memainkan peranan penting dia patut tahu apa yang perlu di lakukan.

Ada kawan sudah berkahwin sejak umur 17 tahun dengan suaminya,punya 2 anak,keluarga suami orang senang,dia pulak sejak berkahwin selalu volunteer dalam menyelesaikan semua bill rumah tangga,rumah dia yang beli, kereta ansuran dia yang bayar,groceries dia jugak yang keluar duit..selama berpuluh tahun kahwin tu sangat romantik sangat intim,kalau datang office semua orang nampak lah dia mencium tangan suami.Tapi mak mertua dia sangat berkuasa dalam hidup suami,kalau pukul 3.00 pagi air cond di rumah mak mertua rosak sang suami mesti berkejar pergi ke rumah maknya,setiap anak cucu yang hendak ada pasangan harus mendapat keluluasan dari nenek,setiap hujung minngu sister in laws dia boleh datang ke rumah tengok apa yang ada dlam fridge dan ambik bawak balik..until satu hari ibu mertua marah kerana perkara kecik,dia membiarkan anaknya yang Form 1 beraya di rumah kawan lelaki kalau tak silap,itu pun bukan sorang,ibu mertua mengambil peluang menyalahkan dia yang tak tahu mendidik anak..mereka bercerai akhirnya..segala pengorbanannya hancur berderai.Sangat sukar hidupnya di awal perceraian sehingga ada unsur2 kecewa melampau yang kalau tak di nasihati boleh membawa musibah,Alhamdulillah now dia dah pick up hidup dia balik,anak2 pun dah besar dan bekas suami senang hati ajer berkahwin dengan wanita yang di carikan oleh ibu nya.

Mendengar cerita seorang reader yang tidak berapa rapat gara2 ibu nak bagi kat orang lain masa kecik,memang lah selalu berlaku.Kita  manusia kan ,kalau mendengar kisah kita masa kecik macam tu mestilah hati terluka.Apa pun hubungan anak dan ibu adalah satu yang sangat istimewa sebab kita dari setitik darah membesar,berenang,terapung di dalam perutnya.Kemana pun dalam tempoh sembilan bulan tu kita di bawa, muntah,mual,sakit derita semua ditanggung ibu..dalam tempoh itu dia ada pilihan kalau nak mengugurkan kita,nak mengakhiri hidup kita tapi dia masih mengandungkan kita.Sebagai ibu pulak sentiasa lah dia hendak kita senang,kalau tak mampu dia sanggup berkorban hati dan perasaan demi nak bagi anak2 dia senang.Bila kita dah ada anak kita rasa macamana kita berkorban nak memberi kesenangan pada mereka.Uwan semasa kecik ibunya pun susah,sedangkan kakak kepada ibu uwan senang orangnya,so uwan diberikan pada emak saudaranya,emak saudaranya pulak sangat garang orangnya sebab dia tiada anak sendiri, cubitan,lebam penuh di perut uwan,kadang2 malam tidur di serambi tak bertingkap sorang2 tanpa selimut,uwan cakap dia sangat takut dan rasa sejuk..tapi dia tak lari meninggalkan rumah makciknya sebab dia tahu sukar bagi ibunya nak memelihara ramai anak.Uwan cakap bila ibunya sedikit senang dia kembali duduk bersama,meninggalkan harta2 yang sepatutnya di warisi, tapi uwan tak pernah marah pada ibunya,perasaan yang sepatutnya keciwa itu uwan tukar dengan terharu dan kesian,kesian kerana ibunya susah tapi masih memikirkan untuk memberi kesenangan pada dia.Banyak jugak yang kita tengok dalam drama kan..untuk memulihkan hubungan anak dan ibu dalam kes anak di beri pada orang lain ni adalah dengan bercakap dari hati ke hati..luahkan biar menangis,biar meraung,inshAllah after that mestilah kita berasa rapat semula dengan orang yang 9 bulan kita duduk di dalam perutnya.

Akhir kata saya wish semua orang boleh nampak yang cantik selalu,yang positive,yang bahagia,jangan membuka mata mencari salah orang,jgn sukar nak berkongsi kebahagiaan orang lain..kalau kita ikhlas semunya pun indah.

Hmmm mana pulak nak cari petai nak buat jeruk lagi ni..hee heee..

15 comments:

umiyumi said...

Salam Zu,
mmg seronok kalau dpt jumpa Zu ni. suka dengar pendapat yg Zu tulis kat sini.. sejuk je mendengarnya :)

Nur Raihana Abd Rahim said...

terima kasih kak Zu..atas kata-kata ingatan kak Zu..sangat berkesan di hati saya.

Fatimah said...

Mmm...pandangan yg bagus, positif, jgn asyik cari salah org aje...Ha! petai jeruk...i baru dpt pagi tadi...member Sarawak bagi, dia baru buat mlm smlm...still fresh..balik buka posa boleh lah rasa....nyummm

kasihredha said...

kesian baca kisah uwan...tp setiap kita ada pengalaman hidup yg tersendiri....bila baca story di atas...rasa bersyukur sgt pd Allah kan.

Zu...Kolo pilah lah tempat nya...kalau nak cari potai :)

The Singing Pilot said...

Ok this post sgt touching. Natijahnya, xnk kawen la. Horror. Haha

Salmi said...

salaam mamatiamia, hari nie dah raya yer, me esok friday baru abis..my 21 years of marriage..hubungan dengan ipar duai memang sangat baik..memang kami selalu travel bersama,family gathering, tapi baik macam manapun..tetap juga tsunami melanda..tetap juga ada kata yang mengguris hati, tidak sependapat yang melemahkan muafakat..kena banyak toleransi, kena selalu stand on neutral ground..bukan senang..ada kala terbabas jugak masuk gelanggang yang kita prefer..hiks..tapi andai kita ikhlas untuk mendamaikan kerana Allah, pasti Allah akan bersama kita.

faizah said...

salam mamatiamia..
satu entry yg sgt terkesan dihati sy...betul jugak kan apa yg tercoret,sekarang ni baru sy tersedar,walaupun kita tinggal serumah dgn FIL(sy dah menetap dgn FIL nak masuk 6thn) xsemestinya semua benda boleh diambik mudah termasuk perbuatan dan kata2...kadang2 memang terlepas cakap jugak dgn ipar duai krn mungkin sikap yg xmenyenangkan atau gurauan yg di-tersalah anggap.lepas ni sy pasti akan mengambil sikap lebih berhati2..btl la kata org,bila dah berumahtgga lebih baik tinggal sendiri spy nnti xmenjerut rasa...xpasal ada yg bermasam muka..

Anonymous said...

Salam Zu...first of all...gambar petai jeruk you tu sangatlah menikam kalbu dan nampak sungguh lah yummy sekali, nak2 utk org yg masih lagi puasa enam macam i ni (i lagi lambat dari you hehhee)..
pasal mak ayah tinggal dgn kita, macam i ni yg tinggal jauh dr parents, kalau boleh i nak dia org dtg dan duuduk dgn i lama2 sikit, perhaps to 5 6 months ke, tapi ni kalau dtg paling lama sebulan je, sejuk dan tak de kedai kopi tepi jalan katanya hehehe...

Yatie

Anonymous said...

ASkum K.zu,

All advice, story, view point so great from each of everyone, yes am agree not that easy for us to taking care our old parents, coz bila mereka dah tua they be come too sensetive, and we as their kids we hv to study and patient alot on them,kita datang ke dunia nie melalui ibu kita dan bagiamana ibu kita jaga kita dari rahim, mereka since day 1, mcm tu lah tanggungjawab kita dgn our parents, and actual fact nie adalah ini more close to ujian, cabaran hidup, dan iman kita, Allah swt dah rancang utk hambanya yg terbaik and in the same time uji kesabaran dan keimanan hambanya, klu ibu kita blh tahan dgn smua ragam anaknya dln perut mereka, its same goes to their children, blhkah kita sabar dgn ragam mereka pulak....apapun bukan senang atau mudah utk semau anak2nya to take it easy and be patient with their parents.....apapun kita berdoa aje pada yg Esa sebab Allah more knows abt his creatures, dan juga saya akan berdoa utk semua anak2, ibu2 dan menantu, supaya Allah swt beri besabaran InsyAllah, and to you K.zu I salute u since uwan such wonderful woman and thats Y Allah swt give u as d'gther to her, May Allah swt bless you and your family wherever you're...Ameen.Take Care and Hv a wonderful Friday dear K.zu...

Rose
Penang

lovely said...

setuju sangat dgn kata orang dulu-dulu.
kata orang kalau berjauhan. bau wangi..
tapi bila dah dekat bau busuk..
tapi kita sebagai manusia ni. kenalah pandai main peranan kan..

suhaila said...

Hi zu,

Beruntunglah org2 yg masih ada ibubapa...berbuat baik n melayan dgn pnh ksh syg itulah jambatan ke syurga!

As salam buat ur mum.

Wish to see u n ur family one day!

Anonymous said...

sedihnya baca, byk yg related to my life, x bole telan, nk luah pun x bole..

Sara said...

Salam Zu
Saya tak pernah miss baca blog ni tapi tak pernah komen (or maybe ada sekali rasanyer). we are in d same boat, dikurniakan peluang oleh Allah SWT untuk menjaga emak. Kini mak saya sedang uzur, telah kurang ceria di wajah dia. bila saya susah hati saya cpt2 dtg blog Zu & bc kisah2 pasal Wan TiaMia. Moga saya juga dapat membahagiakan Wan kami dirumah tu juga. Tq Zu

annhuzi said...

we end our 6th day on the same day! i pun baru dapat ikea magazine tu dan flip2 tapi jiwa seni memang kurang, tengok aje tak pandai nak praktikkan to do projects.

susumanis said...

nangis baca komen yg related to me, insyaAllah wl do my best to do whatever i can do for t benefits of all, tqvm mtm