Sunday, September 9, 2012

Our Sanctuary.

Salam All:) Alololo mamatiamia is very tired today:) Wish papa open his mani pedi shop sepecially for me today...hehhh hehh:)
Tangan kanan sakit lagi dari mengacau lauk kat kuali:) the beraya tak habis sampai Jumaat saja,ada a few lagi yang sudi nak datang,they asked and of course lah kita sudi menerima:) So tak ada lah isu" Tak ajak punnnnn" macam budak The Singing Pilot dari Ulu Bendul tu..heeee heee:) Anyway beore i continue i want to share how nice "The Ulu Bendul Kampung" is,Ulu bendul is on the way to my Kuala Pilah kampung.The two pictures i posted below are from a friend's fb,Anis kenal online sejak dia duduk Germany lah dulu,hb dia orang Ulu Bendul,last week kampung dia buat open house dah tu dia org carik ikan ramai2 kat sungai yang mengalir tengah kampung..ye Allah bestnyer..i am sure Tia Mia will be pengsan2 happy kalau ada experience tu:) My kampung ada sungai tapi tak berapa ramai orang muda so tak ada orang nak carik ikan:)

See mesti seronok anak Anis yang lama duduk Germany dulu tu mencari ikan dalam sungai:)

Wahhhh bestnyerrr...banyaknya dapat ikan putih,i suka..gulai dengan belimbing buluh..sodap.Anis cakap dia orang goreng garing dengan kunyit makan dengan sambal tempoyak masak daun kayu..jatuh2 pengsan jeles ni:)

Anis i pinjam picture you ya..sebab i seronok sangat tengok ni:):)

Okay we continue bercerita,so sorry to those posted question in my previous entry i missed some and can't attend to all yet..sibuk and penat lagi lah,kat office pun penuh dengan jamuan event yang kena participate etc..baju raya utk jamuan pun tak ada lagi ni..hishhh tiap tahun ada pertandingan gerai kat office,this year we kena buat Negeri Perak..macam mana pulak baju Negeri Perak kan:) tapi ada satu departmant tu dapat Negeri Sembilan i baca menu dia nasi putih,gulai daging salai,tempoyak..sahhh esok i nak pergi gerai dia lah:):)

Anyway few questions nak jawab ni..shamsuhada i beli shawl tu kat one of the kedai dekat OU ni..tak mahal pun..kalau ke KL carik lah:) nanti i ingat balik nama kedai tu,Salmi-the standing crystal flower pot tu i beli kat KK Homes ajer,jgn risau,was price at RM80 plus tapi ada discount masa tu,i bought masa nak buat kenduri doa selamat uwan,bekas buah actually but i tukar letak flower pot:),to those yang suruh letak gambar wet kitchen nanti lah,tak ada apa yang di tunjuk sekangkang Tia Mia ajo:):) and mummy miqhael ye lah alas meja tu beli kat Romatika lah dulu,now they ahve nice green version too:):) and hidup Pilahhhh again! ye kak Kasih redha..hidup Pilahhh!! ha ha sampai Ann Huzi kat Singapora pun nak periuk ni:) and to all new readers selamat berkenalan yan,i ve visited your blog cuma tak berkesempatan nak tinggal komen,thanks for visiting us..to all in Malaysia,Australia (Umi Yummi,LG) hope you have wonderful summer now,and to those in UK(Mazni), Kak Nur in Paris- shopping pinggan lagi ke? saya jealous ni..heee.heee, Arab,Riyadh,Singapore,Bangsar and di mana jua anda berada moga kita semua sihat sejahtera selalu.Finally yang tanya my camera i dah jawab banyak kali actually it is just Olympus VI exact model tak ingat,it is a pocket size compact camera, the camera is not tip top,it is just basic,it has many flaws too,you have to be creative and rajin edit lah,bright kan sana sini,cut and trim sebab camera pocket size ni mana yang perfect,but i love photography..tapi tak pandai nak guna DSLR..so i dont mind editing my pictures and taking one object to berkali-kali until i got the right angle! so Olympus is not perfect okay..nanti my info misleading pulak.


Sunday i had friends came to my house with her dad.This picture i took using the "pop art' mode from Olympus, no editing but the colour is sligthly too rich.

While this one i took  with Auto mode and i edited the picture by increasing the saturation i.e the colour.

We had a good lunch,my friend in the picture lost her mom few months back,tinggal lah dia dgn her dad as she is anak tunggal.Both of them took the lost quite bad..in fact the father is still very sad but he told his precious story of how he met his wife..it was a lovely love story.How people zaman2 dulu ni appreciate their love,wife very very much..he said her wife was just 16 at that time..they never bercinta,nak tengok pun kena lalu dua kali depan rumah:)  And thank you to my hub you are such a lovely companion, you made the uncle feel very comfortable.

Evening after tetamu dah balik and it was hujan..so i asked my husband ' do you feel like eating burger this evening?" and he said " yessssss..followed by the two girls:);)

So i made special burger using wheatmel bread with caramelise onion,cherry tomatoes,salad,mayo and ketchup.

The girls asked for mushroom soup and teh tarik..haa haaa once a  while i biar jugak they minum my teh tarik.. instead of guna evaporated  and condensed milk,i guna their formula plus condensed milk..rasa sama jugak kaw nyer..sesekali okay lah:)

Ni tetamu hari Ahad,last minutes arrangement,we welcome the lovely young couple:) Thanks for coming Saz:)

Saz's girl had wonderful time with Tia Mia,she has 1 boy and one girl..siap menyapu halaman rumah i lagi..heee heee..Tia Mia apa lagi show off lah mengambik gunting bagai nak gunting rumput..so it was kind weird activitity for little girls masa berkunjung raya..memotong rumput di halaman dan menyapu..ha ha

Sebelum menutup tirai i nak berkongsi pengalaman dalam bagaimana nak mengajak ibu/bapa kita tinggal bersama. Congrats Ida..you ada niat yang baik moga di permudah dan di makbulkan Allah swt niat yang baik itu.My pengalaman may be tak sama dengan orang especially those yang masih ada ibu and bapa,sebab kalau kedua ibu bapa ada lebih sukar nak mengajak tinggal dibanding dengan yang hanya ada ibu atau bapa saja.Uwan pun masa sihat sangat lah sukar nak ajak dia,sebab siapa lah nak tinggalkan " sanctuary atau dunia " dia sendiri dan pergi "menumpang" di rumah "orang lain"..walaupun anak sendiri,tak dapat sikit sebanyak perasaan itu akan ada.Meninggalkan rumah sendiri sangat menyedihkan,ianya ibarat hilang identiti..kalau kita dah lama duduk di kolej pun bila grad nak tinggal kan bukan kah sedih..ini kan pulak nak meninggalkan kehidupan kita yang penuh kenangan manis dan pahit..ada yang sanggup tinggal sendiri dan mati di rumah sendiri. Jadi bila kita nak mengajak mereka berpindah tu biarlah dia merasa dia bersama nak membina hidup dengan kita,bukan 'menumpang tinggal di rumah kita"..sebab kadang2 memang ada anak2 yang berniat baik mengajak parents tinggal bersama tapi ended up mereka jadi "menumpang' sebab menjaga, menyediakan macam2 kepada mereka ni bukan lah tempoh yang kejap,kepenatan, factor duit,sebagainya boleh menyebabkan niat baik asalnya lupus..dan ibu bapa makan hati.

Apa bila saya mengajak  uwan tinggal bersama saya bukan cakap kepadanya  datang duduk di rumah saya sebab dia dah tak berdaya atau semakin tua.Tapi masa tu saya sentiasa cakap kat dia sejak dari kecik saya selalu bercita-cita nak dia duduk bersama saya,saya cakap masa dulu macam2 saya nak bagi pada emak tapi tak mampu,now ada rezki diberi Allah Swt,ini rezki emak jugak sebab emak yang mendoakan saya setiap hari,jadi saya nak kita sama2 nikmatinya.Saya beritahu dia malam2 kadang2 saya tak dapat melelapkan mata mengingatkan dia tinggal di kampung,saya cakap saya rindu dan ingat dia selalu. Orang tua selalunya takut dia menjadi beban pada anak2 especially pada menantu,jadi saya beritahu dia berulang setiap kali bercakap bahawa suami saya sejak mula berkahwin sudah tahu yang saya kan menjaga dia,suami saya pun sangat gembira kalau dia datang duduk bersama,..infact my husband is very thankful to my mother,ada di rumah meneman Tia dan Mia,kadang2 waktu sahur bila buat secawan milo untuk dia,dia buat jugak secwan untuk uwan.

So the first step is to let her know that we nak dia tinggal bersama sebab kita sangat sayang dia,kita risau dan dia di alu-alukan di rumah kita.
Bila dia datang pindah rumah kita,kalau ada kemampuan dan pilihan berilah dia bilik untuk tinggal sendiri,dia sangat sedih meninggalkan rumah,ini 'kehidupan baru' baginya..jangan buat dia rasa dia datang sementara,biar lah dia ada rasa'belonging' di rumah kita,biar ada ruang untuk dia 'take charge' kebebasan untuk buat apa saja.Biarlah dia ada 'sanctuary' dalam rumah kita jugak.

Kalau dia ada her own space,insyAllah dia berasa selesa sebab tak kan betah kita tinggal lama2 kalau kena share dengan cucu etc ,macam kita lah pergi bercuti,balik rumah inlaws atau mana2 bukankah kalau dapat balik bilik kita sendiri 'heaven" boleh pakai dan buat apa saja di dalam nya..space dan kebebasan bersendirian sangat penting bagi manusia,tanpanya kita jadi murung,kita tak dapat rasa 'belonging' tu..kita tak kan happy.

Tak ada bilik besar dan mewah Alhamdulillah saya dapat buatkan uwan tempat untuk dia sahaja,apa routine kegemaran dia di kampung macam "berbedak,bersikat,berminyak rambut" saya sediakan..bilik ni dah jadi sanctuary dia,sebab tu masa sakit kita buatkan ruang untuk dia tidur di tingkat bawah supaya tak payah naik tangga,bila dah sihat uwan tak sabar2 nak masuk bilik dia sendiri.Pergi mana2 rumah adik beradik saya pun bila balik dia cepat2 masuk ke bilik ini..sebab ini bukan lagi rumah saya atau bilik dia duduk sementara tapi macam yang dia ucap "bilik emak".

Bila ada ibu/bapa tinggal bersama routine kehidupan pun kena adjust,kita yang mengajak dia tinggal ni jangan lah kita terasa beban menjaga dia,sebab kalau kita terasa kerja bertambah,kebebasan berkurangan..tak kan dapat kita menjaga dia dengan lama.Layan lah dia macam anak2 kita atau partner kita jugak..dia lah sebahagian dari kehidupan dan routine kita sekarang..kehidupan patut jadi lebih meriah,gembira dan seronok kerana ada satu ahli keluarga bertambah..macam jugak kita meraikan kelahiran anak kita..kan semua nak di tukar baru,nak buat itu dan ini.Hidup saya pun merasa sangat seronok dan meriah dengan ada uwan,saya masak lauk kampung ada yang tukang makan..boleh buat puteri mandi selalu dan sebagainya.

Jangan bergaduh dengan partner di depan ibu bapa,jangan memarahi anak atau memukul nya keterlaluan..sebab semuanya meninggalkan kesan bagi dia orang,kalau kita susah hati sebab sesuatu kalau tak boleh berpura depannya beritahu dia sebab sebenar...supaya dia tahu kenapa kita gusar. Jangan bercerita pasal kurang duit dan sebagainya,kalau ada rezki lebih macam dapat bonus cerita dengannya, dia akan tumpang happy yang kita cukup duit dan dia tak menyusahkan.Uwan setiap bulan asyik menyuruh saya keluarkan pencen dia,tapi saya beritahu dia gaji saya dan  suami lebih dari cukup untuk dia dan keluarga..ini saya beritahu berulang kali supaya dia berasa tenteram.

Kesimpulannya tak senang menjaga ibu bapa sebab kalau anak kecil,mereka semakin besar,semakin independent while ibu bapa semakin uzur semakin bergantung hidup dengan kita.Bila ini berlaku pandanglah mereka dengan kasih sayang..aduhhh kesiannya kita pada dia orang yang satu hari dulu sangat gagah,jelita,kuat bertenaga menjaga kita.Berlumba lah kita dengan masa untuk menikmati hari2 terakhir mereka..kalau hilang takkan berganti.Tiada penat,tiada susah,tiada hilang kebebasan kalau kita betul2 sayang pada ibu/bapa sebagaimana dia sayang pada kita.Kalau anak,kita sakit pun berkoyok,bertongkat,merangkak bangun jugak ke dapur menyediakan apa2 buat dia..macam tu lah sepatutnya untuk ibu/bapa kita.

Sayang itu patut ikhlas dan lahir dari hati kita yang tak siapa dapat melihatnya..bukan di canangkan,bukan kerana menjaga airmuka..No 1 Allah swt dan Rasul, kemudian ibu/bapa kita..baru datang yang lain2..tapi sadly sekarang ramai yang pandai berkata-kata,paham ilmu agama...tapi sangat sukar jugak melaksanakan yang sepatutnya.Jika kasih sayang kita pada ibu/bapa adalah seperti sepatutnya...InsyAllah kebahagian jugak milik kita.Amin.

Salam.




35 comments:

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...



nanti nak cube carik yg green version tu..


ye kak zue jgn lupe zoom in wet kitchen ye...hehehe

Tuty Salwa binti Omar said...

seriously, termengalir air mata dgn sendirinye bace entry sis ni..
Kirim salam peluk cium utk Uwan n da girls ya sis.. :)

Anonymous said...

Kak...
mengalir air mata, tersentuh.
thanx for sharing your stories.. and your words somehow heal my soul.
saya seorg yg x pandai express love through words. same goes to my mom.
we're not close in strangers eyes. but deep in my heart i know she love me and i love her too.

thanx again , kak. Semoga Allah sentiasa merahmati hidup akak sekeluarga. :)


-ibunajlaa-

Mixed-family in da house.... said...

Salam Kak Zu,

terima kasih atas perkongsian ini ya. Alhamdulillah

Nur Raihana Abd Rahim said...

kak zu,thx for sharing..sebak membacanya..saya pun teringin menjaga ibu bapa sy satu hari nanti jikalau mereka tak berdaya...ingin sekali membalas jasa mereka ketika membesarkan saya dulu,dgn penuh kepayahan dan pengorbanan.insyaAllah.

shamsuhada said...

thanx azu..the best tips utk jaga ibu bapa..mana tau satu hari nanti berguna utk aku praktikkan...
Insya Allah kalau ke KL nanti, nak cari jugak shawl tu..berkenan sesgt...

Unaizah said...

What a very heartfelt advice! Thanks for sharing your experience.

june said...

salam. dah lama follow blog akak, follow dlm diam, tp kali ni xblh diam. terinspirasi sgt, bila mengenangkan orang tua saya yg bersendirian kt kg. tiap2 hari doakan mereka sentiasa dilindungi Allah dari bahaya tapi masih rasa xcukup sbb mereka jauh dari mata. kenangkan skrg ni byk sgt jenayah nak menjadikan warga emas sbg mangsa. Nauzubillah minta dijauhkan.
btw, juga terinspirasi dgn verandah rumah akak!

kasihredha said...

semoga zu selalu diberkati Allah..terharu. Bertuahnya Uwan punya anak sebaik zu ...dan zu juga bertuah punya ibu yg baik.

saniah said...

Setuju tu zu..masa diaorg kuat n sihat pun perlukan perhatian apatah lg bila dah tak brdaya ...aduhaiii terasa nk terbang balik pd mak dan bawak dia kesini...tapi tu lahh...dia kata msh kuat dan sayangkan rmh dia...hemm so anak2 lah yg kena balik selalu..takdelah masalah sgt pun nk balik setiap bulan kan :-)
Err romantika kat sini takde pun alas meja...frustnyaa

fiezachommel said...

Salam Kak Zu,
Thanks for sharing.....semoga menjadi pedoman buat Fieza juga di masa depan.

ida said...

Sangat2 setuju n touched with your word Zue...it easy to say kan , nak mengajak parents to stay bersama, but the challenge bukan kecil...its not the same like kita jaga anak2, hati dorang sangat2 sensitif, sumtime yang dtg menjenguk duk rumah anak2 seminggu jer pun , boleh balik ke rumah dengan berkecil hati...ini kan pulak to stay terus with anak2..kita nak kena jaga dr segala sudut, n most important part hati dia...kadang2 kita balik kerja penat, kita boleh jadi terlupa dengan reaction kita that might hurt them...but i always doa i diberi pekuang dr segala segi utk menjaga, menghiburkan dan sentiasa ada utk mereka sepanjang mereka meniti usia tua mereka..thats what i always ucap to them n dorang pun pernah jugak laaa bitau adik beradik lain, if one day they have to stay with anak2, keadaan memaksa, they might stay with me, Alhamdulillah..even belum pun stay lagi, but di hati dorang dah ada perasaan selesa to choose me , i feel soooo syukur, maybe my hb make him feel soo comfort that sumtime they said i dont feel him as menantu pun ...syukur sangat2...
Thanks Zu for the good and positive aura that we can have from your blog, i believe it comes from ur pure , clean heart...n may it goes to all who read..

aishah j said...

salam kak..sy pun selalu berangan supaya parents sy duduk dengan sy..bukanlah sebab sy taknak mereka duduk di kampung, tapi agak sukar utk sy selalu pulang atas beberapa sebab..sy gembira kalau dapat tengok muka mereka hari2..tapi ibu sy masih sihat dan masih menjaga ibuya (nenek) yg semakin tua..kadang2 sy rasa risau, takut tak sempat nak capai impian sy sebab ibu sy pun berhasrat utk tinggal dgn sy bila sampai masanya..bila tengok kak zu jaga uwan, sy happy dan membayangkan sy di tempat kak zu..semoga Allah dengar doa sy..

The Singing Pilot said...

Mukadimah:
Ulu bendul?? It's kg ibol at the terachi okk. Dats where all the things r happenin. Hahaha.

Ulasan:
Wat u just elaborated is sooo true. Kaum ibu ni sboleh2nye xnk susahkan anak2. Like smlm I saw dis luvly blouse n its on sale wit a great discount. Siap anta gamba thru bbm. Last2 xnakk. Xpe la next time.

Moral of the story:
Can't wait for the next jakarta sale. Murahhhhh

PINATBATE said...

Zu,
kakpinat sangat tersentuh hati dgn perkongsian Zu menjaga Uwan.Hari ini mak dan abah kakpinat masih sihat.Tak tau esok lusa macamana kesudahan perjalanan hidup kita. Kalau tiba masa kakpinat menghadapinya,pengalaman yg Zu kongsikan ini Insyaallah akan menjadi panduan berguna.Terima kasih Zu.

Zoe said...
This comment has been removed by the author.
Zoe said...

thanks ye kak zu.
posting kak zu kali ni banyak menyedarkan saya.
dulu masa jaga arwah mak mertua saya tak buat sehabis baik.
bukan la saya dera dia.ha..ha..
tapi tu lah.tak 100%
now berazam nak jaga mak sebaik kak zu.
selagi ada kesempatan bersama orang tersayang.insyaallah

Anonymous said...

kak zue, terima kasih atas entry ni.
Semoga Allah murahkan rezeki kak zue sekeluarga
-sania

zuera said...

:')

Aisyah Rafaei said...

salam k zu, dulu masa sehat ayah saya penjala ikan tegor..ikan putih ape ek nama saintifiknyer..hee..kena tanye ayah blk..k zu, mmg sgt sedapp dimasak lemak kunin titik serai, bubuh belimbing buluh..kalo ikan tu ada telor lg sedapp kak..utk ikan putih yg kecik2 mak saya goren garin2..nnti dah garin depa melekat rapat2..saya adik beradik suka ratah2..krup krap, krup krap..heavenn!

ida syarida said...

:) kak Azu, TQ

kikiey said...

salam im your silent reader :)

im so touched when i read this entry. make me feel so homesick and miss my mum :') u have a wonderful family,kak. selamat hari raya! :)

..at i.d.a_na said...

salam kak, first time ni... tq for sharing all... so touched juga.

Anonymous said...

Assalamualaikum WBH

Kak Zu, saya suka baca entry Kak Zu, hari2 bukak...
Tp topik kali ni so touching, menariknya Kak Zu jaga mak sendiri, saya pula masuk kedalam rumah mak mertua kerana suami saya anak bongsu dan bapa mertua sudah meninggal. Saya skalu fine tune diri nak permudahkan dalam segala hal. Malangya dalam byk keadaan nasib tak menyebelahi saya dan suami. Cuba untk menjadi anak dan menantu yang menyenangkan tp sebaliknya...

Anonymous said...

Salam,
Entry Zu buat mata saya bergenang. When I was younger and studying abroad, I enjoyed my independence living and working in London. But deep down, my heart was back home. i reached a point in my life (Alhamdulillah it wasnt too late) where i needed to see my parents everyday. so i came back. It was tough at first for me but Alhamdulillah, it was just a phase. I am still single (unfortunately tak ada jodoh), tapi saya redha kerana dalam hati saya, hanya mahu membahagiakan ibu bapa saya. A few years ago, my mum went through a critical phase in her life. I left my job to take care of her when she was in and out of hospital. Saya cerita bukan nak riak atau ungkit, tapi untuk berkongsi rasa puas hati dan gembira kerana dapat menjaga kedua2 mereka.Kini saya redha jodoh tak ada, mungkin Allah mentakdirkan saya utk menjaga ibubapa.

Thanks for sharing your story. Sama2 kita doakan kesejahteraan dan kesihatan kesemua ibu bapa kita. Amin

-hani-

Anonymous said...

Salam,

Saya silent reader blog ni. It's such an eye opener macam mana org Melayu Malaysia hidup skrg. Byk ruang dan peluang utk maju. Syukur, mungkin Melayu di negeri lain is not so lucky. So proudlah a least this shows that Melayu boleh.

Mcm nampak je pakai baju hijau, tudung hitam dlm "wanita hari ini". Anyway continue writing. Luv ur blog.

Nora

cik tudung senget said...

ya allah.sy teringin nye nak share ini di fb saya

iNS said...

kak zue, i think i saw u in WHI today...bz wif d dirty plates in ur perak booth ;) anywy, hopefully one day i'll be able 2 do d same 2 my parents...really love d idea of having them wif me when they r old..may U & family always be blessed by Allah..InshaAllah

annhuzi said...

comelnya tia mia! kenangan di monterez :)
so sweet papa, cut nails. tia mia see this in future sure touched and will wana lov papa mama and take care seikhlasnya seperti mama membahgiakan uwan. these loving tips from mama, tia mia will treasure just like how we are now valuing mama's kind sharing from a sincere heart. bertambah limpah kurniaanNYA buat keluarga bahgia tia mia :)

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. kisah dan perkongsian yang indah..

kak eni said...

Salam zu..nice entri...menyentuh...learned something from you today...
setuju dgn zu...tak perlu setakat nak canang shj kebaikkan yg kita buat tapi tak buat pun....tahniah zu....

suerynn.adie said...

I really love this entry especially when you're talking about wan... Untung wan dapat anak macam awak zu.. bukan senang mak nak duduk dgn anak.. yg penting bukan senang your partner nak serasi dengan your mum... I really missed my mother...

susumanis said...

syahdunyer..me n my mom oso not very close but me make sure my prayers for her n my late dad x pernah putus, itu my way of showing them my loves, may be me kecik hati masa kecik kecik my parents selalu nk bagi i kat org lain, jauh benar hati bila ingat tu semua, so sapa ada anak jaga sendiri selagi mampu, anak kecil ingat bila parents nak bagi bagi kat org lain even x jadi, btw my auntie nak i sbb dia x de anak, kaya raya n best jugak jadi anak angkat dia tapi mak ayah lagi best kan, oppss maaf tercerita pulak kat sini, seronok tgk gambar papa mtm ketip kuku anak, pica yr priceless utk tiamia bila besar nanti :)

Anonymous said...

seorang anak yg baik yg menghormati ibu nya mcm zu sentiasa diberkati allah.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

betul tu, bukan senang nk ajak ibu bapa duduk sekali dgn kita


kagum dgn cara sis buat ibu rs selesa tinggal bersama sis