Tuesday, September 18, 2012

Hola Hola foodie foodie:):)


Salam Selasa! Thank you to all comments and compliments;) Jawab kat bawah ya:) Time flies so fast..it's already Tuesday...hmmm i didn't feel like going to office today as the weather was cold and it was so nice to snuggle in bed in between the two warm bodies! Anyway nak tunjuk kat Ezlin i dah masak kari Cap Bunga Rose dia! Tadaaaaa...he he nampak sedap tak? Sedap lah Ezlin,my husband makan pagi.lunch ini ajer:) Malam sebelum masak tu i rebus dulu ikan tongkol ni dengan serai,bawang besar,halia,gula sikit sampai lembut dah tu simpan dalam fridge,the next day  baru masak.As suggested by you i guna 70 percent cap rose and 30 percent rempah kari ikan biasa:) Dah tu i bubuh bell pepper hijau ni..sedap bila dah lembut cili tu:):) Terima kasih menghantar Cap Bunga Rose kat i ya:):) tak habis ada lagi,nanti nak masak daging pulak:) Kak Nur Trengganu nanti December balik,makan lah nasi dage ganu tu puas2 ya:)

Anyway i tak masak Nasi dagang tapi i masak nasi lemak sebab kang budak2 kurang sikit nasi dagang.I masak nasi lemak yang kaw2 punya banyak bawak,halia,serai dan daun pandan..memang went well with the kari ikan tau.

Penat asyik masak bila ada orang ajak pi makan rumah dia so seronok:) So in evening we went to my niece's house,Kak Ikin.He he tu Tea set her house warming i bagi dulu..cantikkan:):)

Tengoklah my daughter si Mia sampai macam tu menghembus tea,budak ni pun pandai lah nak minum tea with cake bagai:):)

Kak Ikin masak kuey tiow panas2..guna udang XXL dan kerang:):) Kita pun berdiri tepi kuali tunggu kak ikin masak:)

Waaaaa..dah masak nampak sangat sodap kan..bukan nampak ajo..memang sedap tau ada pulak cili kicap:) petang yang sejuk..makan keuy teow basah aduhhh best:)

Kak ikin masakkan grill chicken wings utk Tia Mia;) Me and Kak ikin banyak similarities dari segi masakan ni,apa i suka dia pun suka jugak,same goes with deco:):)

Dah kenyang sedap lah curling up atas sofa Kak Ikin..nampak apa yang sama rumah Kak Ikin and mine tak? he he dah contractor renovation pun sama:):) itu lah sepetang yang indah di rumah kak ikin:) kak ikin nak makan kari bunga rose unfortunately dah habis tak masak banyak..nanti maksu masak lagi ye:)

Then nak cerita pasal budak ni..si Mia..kalau malam hari jer dia mesti duduk menunggu nak "do nice thing on mama"..dia tunggu lah i ber fb,berchatting,maghrib,isyak..kadang2 tu cakap 'mama pray fast okay"..kesian dia nak taruk lotion,nak sikat rambut,nak bubuh powder kat i..bila kita dah landing tu seronok lah dia menyapu lotion bagai..i tak complaint pun..i just enjoy the moment;)

Ni gambar the girls  masa weekend dengan anak neighbour,kak Yasmin bacakan buku cerita yang baru dapat dari auntie ita:) kak yasmin ni our neighbour yang dah pindah Tregganu,her house now relative dia yang duduk..so kalau cuti sekolah datang sini berjejak kasih lah with Tia Mia:)

Ini pulak gambar uwan breakfast on Saturday,i buat bee hoon sup ayam dengan fried prawn dimsum:) Hujan2 sekarang memang sedap makan sup.

Syawal pun dah habis..Alhamdulillah sempat lah berpuasa 6 hari tapi masih perlu mengganti yang tinggal:) InsyAllah kita bertemu Hari Raya Qurban tak lama lagi,moga kita terus diberkati. 

Ok time jawab2:

Ann Huzi- Thanks Ann, hopefully you don't have to struggle in understanding things (tak sure sangat actually),apa pun anything will be easy if we take time to understand it.Try to look things from other's people window if ours is not so clear.You ll be suprise to to find  that rainbow has 7 colours from your window but sometimes it can have 14 colours from others:);), Auntie Salmi- Tq,hope you post more beautiful artworks in your blog:), Mamasya- sajalah bagi seronok budak2, LG- ha ha ni budget punya makeover LG,tak lepas spec OZ ni:), pasal tempias tu not so much of a problem, i dah ada wet kitchen kat situ dah nak masuk 8 tahun dah,i tukar2 blinds kat atas tu,dah tu wall tu tinggi jugak,so far kalau hujan biasa alhamdulillah tak ada apa,kalau hujan ribut berangin ada lah jugak basah,tapi tak teruk..dan itu lah wet kitchen namanya ,mesti kena wet:) and i memang nak dapur basah yang nampak,hujan,langit matahari dan berangin:) ohh terimakasih kalau pergi Perth ada rezki nak let tengok kebun sayur LG yang selalu saya drool tu:), Liney- Thanks, Kak kasih Redha- yeayyy we have the same dream! tapi kak kr dah lah boleh realisasikan rumah ada area luas kan..kita ni asyik pi tengok tanah berlalang ajer lagi dah tu buat lah make over budget kecik2 kat rumah sekarang,yang penting happy kan dimana pun kita berada,insyAllah impian yang baik tercapai nanti, The Singing Pilot- ha ha what a confession MR Pilot! You are scared of kain pelikat?? You boleh terbang tapi tak boleh ikat pelikat???? he he.gurau2 wahhh i like those who love and concern about their kitchen! give me 5! If your mom tak nak baju from Jakarta tu beli ajer lah kat kita orang ni haaa:):)..kan kak kasih redha, Sara-thanks, Mummy Aqmal- hopefully oneday yr impian nak ada garden with blooms tercapai, hmm kat Brunei tak ada ya,thought sama ajer sebab cuaca sama kan, Nur-nba- tu lah kan kecik2 dulu macam2 kita buat,greetingsfromengland- ohhh Mazni you're so kind! saja lah mazni..i love doing all those,it's not a chore at all..tapi buat i happy:), Mamsyaza-tahnks dear, Lasufi-i guna Olympus Vi details dlm post yg dulu2, inz- ye ke? haa haa memang lah muka letih lepas tunggu org set up cubby house,masak bagai tu..Tia Mia enjoy their cubby house tak ikut, Shamsuhada- he he..jom2 make over wet kitceh,budget kecik jer sham below RM150 only beli cat,benda2 kecik dah tu campak barang2 lama tak pakai,tapi memang kena buat spring cleaning campak benda2 lama tau,kalau dah lapang ishh rasa seronok nak duduk2 kat dapur ajo tau, Lela- haa ha pucuk midin ke akak ingat fern:), Rose- apa rahsia teh tarik rose?, MummyAqmar-boleh lah masak utk keluarga, mamalisa-hope you had a great weekend too, Mummymiqhael&nyza- ha ha pucuk midin ye,kat sini tak der ke?. ada the baker- ishh belum lah layak nak bukak class baking lagi tau, Susumanis-gorjes nigella tu kan, tudung senget-akak always believe setiap orang ada hak untuk bahagia dengan cara dia sendiri,kalau betul jalannya insyAllah bertemulah bahagia tu.

And to reader yang hantar email tanya macam mana nak tahu teman(boy friend) kita tu jodoh yang betul ke? Tak lah senang nak menjawabnya sebab benda tu semua very personal,sometimes we can feel it,rasa semua yang ada kat dia apa yang kita cari,rasa ada "chemistry':) Kadang2 Alhamdulillah itu lah jodoh hingga hujung nyawa tapi kadang2 semuanya indah,semua perfect pertengahan jalan kecundang,dia tak seperti apa yang dijangka kan.Ada i baca ( i kan sibuk jugak pi baca blog2 remaja ni ha) seorang remaja ni tulis lah kualiti lelaki yang di carinya,apa yang dia kata benar2 'cinta" ada lah commentor yang extreme jawab dan cakap mesti cari lelaki yang semua ada ciri2 Rasul! MasyAllah kalau boleh semua lah orang nak macam tu kan,masalahnya kita cari jodoh ni bukan macam beli kain di Jakel..tunjuk apa yang kita nak! Dan masih ada ke lelaki yang ada semua ciri2 Rasullullah tu? kadang2 nak bertanya pada yang menyarankan tu..dia dah kahwin ke dengan lelaki yang ada semua ciri2 tu? Memang senang mengutuk orang yang tak kahwin atau mengutuk pilihan orang.Yang tak kahwin tu bukan lah pilihan dia,jodoh kan ketentuan Allah swt,semua orang hendak berteman di muka bumi ni sedangkan burung atau pokok pun mahu kan pasangan tapi setelah berusaha kalau tiada jodoh maka perlu lah kita mencari kebahagiaan lain dan bukan berakhirnya sebuah kehidupan. Macam tu jugak tentang pilihan,setiap yang berlaku ada hikmah,ada sebab musabab yang tak dapat kita lihat dalam masa singkat.

Tips tak seberapa dari saya,tetapkan niat didalam hati semasa,apa yang kita mau dari perkahwinan kita,adakah jodoh hanya untuk kita,untuk kebahagiaan kita..atau adakah kita mau jodoh itu memberi bahagia pada semua orang di keliling kita,,kalau sebelum ini kita boleh berbakti 10 jika sudah kahwin kita mau berbakti 20 pada ibu bapa dan keluarga.Dan berdoalah..Allah Maha mendengar kan,Dia Maha Pengasih dan Penyanyang:) Menyentuh pasal 'adakah doa kita -bahagia hanya untuk kita?", saya bercakap pasal ni sebab hari tu ada kawan call lepas baca blog ni pasal kawan dia perempuan dia yang dilemma menjaga ibunya yang dah tua,Kata kawan saya tu si A bawak mak dia yang ada parkinson sikit duduk dengan dia,nampak si emak sangat lah happy duduk rumah dia,dia pun happy dapat serve emak dia,berborak etc..unfortunately husband tak suka,baru seminggu husband dan bagi warning,tanya kenapa adik beradik lain tak tolong jaga,so dia sangat lah dilemma dan rasa sedih sebab si ibu sangat happy rumah dia,nak tak nak dia kenalah cakap dgn ibu dia yang kena lah duduk rumah anak yang lain pulak;( The sad thing tu saya dengar pun sangat terkesan dalam hati sebab nak balik tu ibu dia cakap 'terima kasih ya,emak mintak maaf ya,emak mintak maaf ya".Saya kesian si A mestilah dia sangat dilemma,macam mana antara emak dan suami,mesti lah terngiang perkataan "maaf ya" tu selalu..kalau satu hari ibu dah tak ada macam mana kita nak padam perkataan 'maaf ya' dari kotak fikiran kita...terbayang2 dia terketar-ketar tinggalkan rumah kita,terbayang-bayang di menyuap nasi gembira di dapur kita.Moga A berdoa banyak2,mintak di lembutkan hati suami menerima ibunya dengan baik.Bab begini susah ceritanya,tak ada short cut kena bermula dari hari perkenalan kita dgn bakal suami dan hari kita berdoa memohon dari Allah swt mintak dikurniakan jodoh yang kita harap kan.

Sambung kisah mencari pasangan balik,Selain dari berdoa, cari lah kalau boleh dan dapat yang ada 'same wave lenght" sama dapat bercakap benda yang di sukai..berkahwin,romantic,lovey dovey melampau tu setahun dua ajer,yang selebihnya dia perlu menjadi 'best friend', kalau dah jadi best friend apa yang penting?" Communication" is the most important..kalau tak hambar ajer lah,jadilah perkahwinan yang terikat kerana 'title' saja..kan tak best tu..so cuba lah carik kawan yang best untuk kita..kalau kawan banyak duit tapi haprak..berapa lama kita tahan,kalau kawan popular,handsome tapi perangai monyet..baik bela kucing ajer kat rumah.

Setelah berusaha maka kita berdoa..tips tip top kaw kaw tak ada dari saya,sebab saya pun belajar dari hari ke hari,tak tahu apa menunggu di kemudian hari dan berdoa tak berhenti moga kehidupan kami terus diberkati.Amin untuk semua.

P.s dan pada Anon yang meninggalkan komen pertama atas entri ini yang menegur saya kerana membuat puasa 6 dahulu tanpa mengganti puasa yang tinggal kerana perlu membuat yang wajib dahulu baru yang sunnah; maka jawapan saya adalah demikian:

" Terimakasih atas teguran:; Tetapi apa yang akak faham walaupun bukanlah pakar dari segi ni kan,sebab  setiap hari kita belajar - puasa sunat 6 boleh disekalikan bersama puasa qada, ini telah dijelaskan oleh ustaz2 banyak kali di dalam pertanyaan. Walaupun saya tidak memberitahu secara terperinci apa niat puasa saya tu sebab rasanya tak perlu dihebahkan tetapi puasa 6 saya adalah berniat qada dan sunat.

Untuk rujukan semua di dalam Riwayat Muslim  dinyatakan :

Malah puasa 6 juga terhasil walaupun seseorang itu melakukan puasa qada atau nazar.Oleh yang demikain mereka boleh melakukan apa cara sekali pun. 
Tidak perlu bertelingkah.Jika mereka mengganti puasa qada 6 hari secara automatik mereka mendapat pahala puasa sunat syawal.Jika mereka mahu berpuasa qada 6 hari dan ingin menambah puasa sunat  syawal 6 hari ini menjadikan 12 hari, pasti lah itu lebih baik.Dan jika mereka ingin puasa sunat dahulu 6 hari mereka perlu menambah 6 hari lagi bagi mengganti yang tinggal.
............................................................


27 comments:

Anonymous said...

salam kak, nak share je jgn marah ye. saya rasa kita kena gantikan puasa dulu, baru boleh buat puasa 6. sbb kena buat yg wajib dulu baru yg sunah.

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...



kak zue, pucuk midin tu takde kat semenanjung..die lain tak macam pucuk paku..yg paling same pun rasenye pucuk paku merah..:) die halus2..kali pucuk paku kan agak kasar batangnye...


yela..kak zue dgn ikin byk similiarity..ade follow gak blog ikin..ikin pun suke deko2 umah die n suke masak...die panggil kak zue maksu kalo mentioned anything about kak zue kat blog die...:)


kalo masak nasi dagang, sy suke buat gulai darat ikan tongkol..heheh :)

MamaTiaMia said...

Pada Anon nombor satu sila rujuk jawapan saya dalam entri yang sama.

cacah said...

suka sangat bila kak zu nasihat bab jodoh2 ni..
ari tu lalu pekan Kuala Pilah bila balik dari Muadzam...(rumah macik) terus ingat kak zu.
:)

thanks for sharing~

kasihredha said...

salam zu
baiknya Mia...sapu lotion kat mommy.
Sampai skrg akak x boleh bezakan antara mia dan tia :)

Cantiknya rumah kak ikin...semua suka termasuk set cawan tu...hihi biasalah kan ppuan kan suka tengok pinggan mangkuk yg cantik2 :)

kasihredha said...

opps lupa...betul2 setuju dgn zu...mr pilot kasi je baju tu kat kami je ye ...hihi

CS said...
This comment has been removed by the author.
CS said...

assalam Zue
Syabas n bravo memberi jawapan yg bernas tentang puasa sunat samada berniat semata2 untuk berpuasa sunat atau berniat dgn menghimpunkan puasa sunat dan puasa qada'.

The Singing Pilot said...

Based on my knowledge la kan, bkn ke puasa 6 n puasa ganti tu boleh disamakan. Boleh kan? Xpela. Alhamdulillah thn ni puasa sy xuzur bahaha.

Since akak dpt rempah kari tu, sy nk buat shoutout bleh?

Kpd sesiapa yg baik hati, mintak kirim cili kering to jkt ye, kat sini org xpakai. So xdak kat kedai. Xdapek nk masak nasik lomak haha.

Btw I'm planning to jual kain or any textile related to KL. Insyaallah

Anonymous said...

sampainye hati suami A..x sedih ke tgk org tua,taraf mak sendiri,ckp terima kasih,minta maaf berulang kali...saya imagine pon dah rasa sebak

Nur-nba said...

Bagusnya Kak Ikin meraikan tetamu2nya.. Aneka hidangan enak dan lazat... macam nak datang jugak ke rumahnya hehehe.. Udang XXL tu menggoda.

Terkesan dgn kisah suami A tu.. tentu isterinya merintih dlm hati.. Semoga hati suaminya tu lembut dan terbuka hati nak menjaga ibu mertuanya tu semula.

Kak Zu..nak tanya yg ada tanda lahir kat bahu kanan tu Mia ke.. Tia ? Memang susah nak bezakan mereka berdua. Mia sangat sayangkan ibunya. :-)

Suka baca nasihat akak tentang jodoh tu.. Teruskan penulisan akak.. Kami suka membacanya. Jawapan akak utk Anon tu memang dah menjawab semua persoalan.

Nur-nba said...

Bagusnya Kak Ikin meraikan tetamu2nya.. Aneka hidangan enak dan lazat... macam nak datang jugak ke rumahnya hehehe.. Udang XXL tu menggoda.

Terkesan dgn kisah suami A tu.. tentu isterinya merintih dlm hati.. Semoga hati suaminya tu lembut dan terbuka hati nak menjaga ibu mertuanya tu semula.

Kak Zu..nak tanya yg ada tanda lahir kat bahu kanan tu Mia ke.. Tia ? Memang susah nak bezakan mereka berdua. Mia sangat sayangkan ibunya. :-)

Suka baca nasihat akak tentang jodoh tu.. Teruskan penulisan akak.. Kami suka membacanya. Jawapan akak utk Anon tu memang dah menjawab semua persoalan.

Nur-nba said...

Bagusnya Kak Ikin meraikan tetamu2nya.. Aneka hidangan enak dan lazat... macam nak datang jugak ke rumahnya hehehe.. Udang XXL tu menggoda.

Terkesan dgn kisah suami A tu.. tentu isterinya merintih dlm hati.. Semoga hati suaminya tu lembut dan terbuka hati nak menjaga ibu mertuanya tu semula.

Kak Zu..nak tanya yg ada tanda lahir kat bahu kanan tu Mia ke.. Tia ? Memang susah nak bezakan mereka berdua. Mia sangat sayangkan ibunya. :-)

Suka baca nasihat akak tentang jodoh tu.. Teruskan penulisan akak.. Kami suka membacanya. Jawapan akak utk Anon tu memang dah menjawab semua persoalan.

Unknown said...

Assalamualaikum kak zu,

Dila, sangat terharu baca tulisan kak zu pasal menjaga kedua ibu bapa.

Terima kasih, sebab bagi dila bila baca tulisan kak zu ada peringatan tentang kehidupan yg dila kadang kala terlupa.

Salam sayang utk wan dan peluk cium utk tia mia.

Unknown said...

assalamualaikum

Kak Zu, Ayu datang dari blog Cikgu Nur...

salam ukhwah..
baca entry ini.. ku rasa sangat menghargai sebab dikau jelaskan apa y sahabat keliru..

the best blog, pada ayu setakat ini.

Ayu pun tak mampu nak bt entry sebaik ini

annhuzi said...

thanks azu. that nite when i came to visit here, i was in a confused state. yes true, thru your window i see multiple colours and i feel enchanted.

funny how people like to judge other people's ibadah. well i guess if it's beauty that we look out for, it's beauty that we find :)

and i see beauty here especially in uwan, contented in her sanctuary created with love by her dearest daughter, painted with colourful hues by her beloved grandchildren.

rumah merah tu sangat menarik perhatian di samping lemang and the charming teapot :)

ye sangat sedih situasi A. syukur bila jodoh kita tergolong dari mereka yang menghargai parents. semuga A dapat terus berbakti dengan ibunya dan muga berkat doa ibunya, suami A akan terbuka hatinya untuk sama berbakti.

nyza said...

Kak zu,

Bosa amek udang kat Umah Kak ikin.hihi..
Niza follow gak blog Kak ikin..Niza rasa tang grill putih tu kot yg Sama cam Umah akak...

Hihi, kakak sy dh jwb soalan Kak zu regarding pucuk midin tu..

Suke baca advise akak pasal jodoh tu..semoga sy dipertemukan jodoh yg baik..pray for me sis!

syarida said...

Ida pergi sarawak dulu masa baby baru 3 bulan tak bawak dia, nak try pucuk midin ni, try sikit makan, sangatlah sedap tapi bila ingatkan baru lepas pantang terus stop makan. Tak tahulah kalau baru deliver boleh makan ke tidak. Tapi memang sedaplah...Best jugak cubby house tiamia tapi kalau kat Penang ni mana ada tanah nak letak, kalau kat balkoni sesuai tak ? hehehe (nak jugak tu...)

Salmi said...

salaam mamatiamia, bab cerita A tu memang tersentuh hati membacanya since my mom pernah cakap perkataan yang sama masa me jaga dia kat hospital..berulang kali dia cakap..maafkan mak, maafkan mak sebab dah menyusahkan..itupun kita dah rasa sebak..kita tak pernah rasa susah langsung nak jaga dia masa dia sakit..berbanding mak yang selalu berjaga malam semasa kita masih kecil..
apa lagi kalau mak yang suka duduk dengan kita terpaksa tinggalkan rumah kita..me tak dapat bayangkan perasaan itu..mudah-mudahan Allah mudahkan A dan lembutkan hati suaminya supaya bagi mak mertua dia tinggal bersama kembali..

Cik Da said...

salam zu lma x singgah sini...zu bagi resepi kepak ayam tu nampak menarik warna dia

shamsuhada said...

azu...terbayang kt mata keadaan emak si A bila baca kisah dia..sedih sungguh... tak semua org berpeluang utk menjaga emak sendiri.. sesungguhnya A sorg yg bertuah dpt peluang menjaga ibu dikala keadaan amat memerlukan..agar A terus bersabar dan berdoa sentiasa agar Allah lembutkan hati si suami utk menjaga ibunya..
betul jodoh itu ketentuan Allah..sesuatu yg telah ditetapkan tiada siapa yg boleh menghalang.. memang kita mengharapkan sehidup semati hingga ke hujung usia tetapi andainya terjadi sesuatu dipertengahan perkahwinan.. itu adalah rahsia Allah...ada hikmah dan pengajaran disebaliknya... dan sebaik2nya mcm u kata, carilah pasangan yg ada 'same wave lenght'

Anonymous said...

bab puasa 6 ni khilaf kan.. byk pendapat berbeza... anon no 1 betul, kak zu pun betul juga... yg penting puasa 6 hari dalam syawal.. jgn tak puasa langsung.. Pahala semuanya ni atas rahmat Allah...

liliput - bukan anon no 1.

Hanis Azla said...

tergoda2 tgk makanan2 tu semua.. jadi lapar dibuatnya.. he..he..

ada the baker said...

salam kak zue.boleh share recipe grill chicken wings tak. tq kak zue. love

susumanis said...

kalau kawan popular,handsome tapi perangai monyet..baik bela kucing ajer kat rumah.....kikiki, gelak baca MTM tulis ni, tapi mmg betol, kadang lelaki ni x sedap dimata ok je, asal sedap dihati sbb kalau sedap sangat kat mata ramai pulak nak tumpang sekaki...huhuhu

Yattisa Roslan said...

salam kak..dah lama mengikuti blog ni as silent reader...sgt admire

kaezrin said...

Kak zue...sedap woo nampak nasi dagang ngan gulai akak..mantap..

btw i dunno how to arrange this..but if Kak nur wants the rempah my sister is going to Paris from Doha this raya haji..she can help to bring the rempah...

she has some spare so i told her already and she said ok...cuma camna nak contact kak Nur..can u get her email?

take care yer