Salam semua..thanks untuk yang singgah ya..sorry lah saya sangat super duper busy,banyak jugak yang hantar tanya soalan dan sebagainya,akan cuba menjawabnya.Banyak option jugak kalau willing to travel by Air Asia lagi murah cuma Air Asia pergi selected destination in OZ. Kak Pinat mintak update breaking news and gambar uwan,mintak maaf lah saya sejak balik pegang camera pun tak sempat lagi,masuk office nak bukak emails pun takut,ye lah more than half a month tinggalkan office and kat rumah kerja tak pernah habis.Uwan sihat2 saja,my sis in law kata uwan nampak gemuk and gebu sejak kita orang balik,..memang ye sejak jejak jer kaki kat malaysia until today belum lah berhenti masak lagi,nampak dia pun selera sedap makan. Sebab tu sangat sibuk,hari ni pun terloncat2 menjemput tiamia,hantar balik,panggil gas,pesan seribu satu macam kat heni,panaskan lauk tiamia,jangan simpan ikan rebus dalam freezer,panaskan bubur kacang, etc..etc..ni rasa tak sabar nak balik nak masak untuk bukak puasa,macam tak sempat2 nak makan sardin goreng cilipadi,ikan rebus goreng dan sup bayam ..ohhh sedapnyaaaa..heee...heee..
Cuma ini 4 keping gambar sempat di upload today..ohh ya nak jawab jugak tag Maya Marisa ni..the game " apa cita2 masa kecik dulu" nanti saya jawab kat bawah ye.
Tia Mia sangat seronok duduk di farm..bila petang2 dah mandi,dah main2,matahari dah turun kita pun amsuk dalam rumah..tempat lepak yang paling seronok kat dapur lah,mama masak,papa buat laundry kat luar dan dua orang ni main games.
Sementara tunggu mama masak tu..kadang2 dah lapar..so makan cereal dulu..tak uban macam di rumah sendiri..kadang2 mintak toast or halfboiled eggs..bila papa dah habis buat laundry then papa masuk duduk depan tv..borak2 tengok mana nak pergi lagi esoknya..selepas gambar ni kita orang nak pergi Gulgong,a village near Mudgee ni..
Pinggan mangkuk ikea for kids for farm ada sediakan..peralatan semua lengkap dalam dapur yang comel ni..bukak drawer ada cling wrap,aluminium foil,sandwich bag,masak pakai hotplates pulak sangat convinience..no hassle..nak kena check kat mesia kalau pakai bill electric tinggi tak..siapa yang dah pakai kat mesia appreciate if you could share info on the electricity bill.
So petang tu saya dah singgah woolworths dengan husband jumpa mee kuning,taugeh,sawi..beli mixed seafood yang ada salmon,cuttlefish,prawn..buat mee kari pekat2..wahhh sangatlah sedap..kalau hirup kari panas dalam suasana sejuk memang sedap..slurrrrpppp..sampai kena2 mata kuah mee kari tu..tambah pulak sambal oelek kat atas dan sebiji telur rebus yang cair2..heavennnnn.;):)
Finally until the enxt entry with more picture nak jawab tag Maya:
Masa kecik apa 3 perkerjaan yang saya nak jadi ? Jawabnya :
1. Lawyer - believe it or not masa kecik bila teacher suruh tulis apa nak jadi bila besar inilah yang first saya tulis,somehow masa kecik lagi saya rasa tak nak kerja yang kena dengar arahan orang tapi nak kita yang bagi advice kat orang..saya rasa jadi lawyer sangat "cool" masa tu..tengok di tv cerita mat salleh they pakai suit yang smart..so saya pun teringin nak jadi..Alhamdulillah itu lah yang saya jadi hingga hari ini.
2. Pelukis- Saya sangat minat melukis and good at it..kat sekolah dinding penuh dengan lukisan saya di papar guru.. masuk competition tahap tertinggi..saya rasa aman bila melukis..saya suka benda yang cantik2..selalu berangan one day nak melukis di tepi pantai dengan anak2 pakai dress berlari-lari..sang suami dah banayk kali ajak saya melaksanakan impian ni..walaupun tak jadi pelukis professional hari ni tapi saya masih melukis kadang2..nampaknya tia mia pun pandai melukis jugak.
3. Stewardess/Peramugari - ini yang paling glamour haaaaa..haaa..masa kecik lagi saya dah ada angan2 nak travel ke sana sini..saya rasa jalan pendek dengan jadi peramugari sahajalah..lagi pun saya suka uniform dia orang nampak sangat smart:):) nasib baik saya tak jadi peramugari..saya tak pandai melayan orang kalau ada orang banyak perangai dalam flight mesti kena hamput dengan saya..apa pun saya salute mereka yang bekerja dengan ikhlas dan mencari rezki..tak senang berdiri di awan biru melayan kehendak oarng yang berbagai.
Itu lah cerita petang ni..now nak balik goreng sardin..ishhh kena tumbuk cilipadi dan bawang putih merah banyak2..tumis sampai wangi masuk isi sardin dulu goreng sampai garing..wuyoooo sodapnya..taaaa..taaaaa.
6 comments:
sedapnya hirup kuah mee kari time sejuk2..
sedap nyer me kari tue...every time singgah umah mama nie tunggu entry baru..seronok baca story dr mama..gambar pun cantek..
masa duduk kat farm tu ada tak mama tia mia melukis. tentu cantik hasilnya.
i pun suka tengok tv cerita lawyer tapi malu pulak nak berdebat.
nasi goreng sardin yumee sedapnya...mane pix x sabar tgok pix zu cantik2 semua...walaupun x pakai kemera DSLR kan...
Mamatiamia,
Thanks for participating in the tag. Wah, good in art rupanya.. Nnti put up an entry on ur art work bole? Teringin nak tengok :-)
hebat la kak zu ni....mi kari pon dia sempat masak...kalau suruh eka mesti x siap2...hehehe....alasan sebenarnya....
Post a Comment