Wednesday, August 10, 2016

Bits Of Random

 
Not so rajin but feel like updating:)
 
Some pictures that i managed to upload.
 
 
People has more important issues to discuss -i appreciate all those but i love my garden too.

 
The girls are now very much into gardening too:) They cant wait to tag along me to the nursery.

 
I love looking at the blooms- now i am into the pink and purple colour for items in the garden.

 
My two helpers:)

 
This flower attracts bees.

 
After sweating in your garden it is heaven to just sit under the fan at the verandah- and do nothing for hours except staring and dreaming:)

 
Pictures few weeks after raya- i went to pantai timur and bought some spices- i bought beras nasi dagang too- so we had nasi dagang one morning when i a bit rajin and cooked nasi dage ganu.

 
My acar is without cuka- because my husband has sensitive tummy- so i tukar dgn limau and gula saja.

 
A place to bersilat- penuh but  i like it:) one day when we have extra rezeki shall upgrade to something all white- cool and cozy:)

 
kawan datang nak makan after raya- cooked some simple dishes.

 
Tia can help with kitchen work already.

 
it was my birthday on 29/7- i came back from office with these two in the garden waiting for me with the handmade present:) love you both so much.

 
And the girsl from office chased me sampai rumah- i had meeting one whole day outside and didnt go back to office- they tricked me by saying something urgent cropped up and one of them need to see me:) Appreciate it very much. thanks girls.

 
They bought me this beautiful necklace from Bits of Random:)

 
We went to Revolving Restairant at Menara KL for dinner.



 
Met this lady at the open house- Congrats! Nak jadi isteri orang dah- akak is happy for you:)

 
These two in songket sarung:)

 
This week we went out and celebrated our birthday- i shared a birth date with that baker in white blouse;)

 
Good outing with negeri sembilan gang;)

 
Tq for pavlova Cik Ina!
 
Orait - that's it from Bits of Random from me:)


Friday, July 22, 2016

Perjalanan Indah Raya 2016

Salam Dunia, Salam Semua, Salam Hari Raya- Ini Hari Kemenangan Kita, Tiada lagi ketakutan- bak kata M.Nasir:)

Lama betul tak menulis disini- just now i forgot my password for a few times until i a verification was sent to my mobile and i had to change my password:);) Many have been asking me to write back- yelah kita menulis dari hati, kadang2 hati ada kadang2 hati jauh- kita bukan menjual barang, kita bukan ditaja oleh sesiapa- tidak menulis kerana perlu ada update sahaja- menulis kerana memori itu bermakna- masa terlalu cepat berlalunya, semalam sahaja telah dilupakan apatah lagi yang setahun dulu, 5 tahun, 10 tahun pasti sahaja perlu digosok untuk mengingati nya.Yang tiada ketika masih baru kita ratapi,sebulan dua semakin pudar, setahun dua hilang terus. Begitu juga kasih dan cinta, boleh hilang boleh tenggelam, sedangkan sedarah sedaging hati kita berubah, apatah lagi jika tiada ikatan.

Namun begitu tidaklah hopeless hidup ini tanpa ingatan atau kasih sayang kerana kuncinya ada dihati- maka malam ini mencoret memori lagi- bermakna perjalanan raya 2016 ini- bermakna bukan kerana benda2 bertambah, baju yang banyak, kereta yang lebih besar, pangkat yang menjulang tapi bermakna kerana dapat bersama ditempat tumpahnya segala cinta. Dengan uwan yang semakin lemah- terasa sebulan dua sebelum raya seperti tiada rezeki untuk balik kampung beraya disana- terasa kesedihan itu menyengat hati tetapi redha. Ada orang tidak kisah tidak beraya dikampung- apa sahaja yang dicari- rumah bukan cantik atau modern seperti dibandar-tenaga lebih banyak keluar,duit pun perlu mengalir untuk membuat itu ini. Tetapi nilai ingatan dan kasih sayang di kampung itu terlalu tinggi- tak dicari dengan hati ikhlas tak kan berjumpa. Telah lama saya belajar tidak terlalu berharap- semasa masih remaja, belum berkahwin saya selalu mengharap- raya semua adik beradik mesti lengkap berkumpul, semua mesti mencurah semua sebagai mana saya jugak mencurah dan memberi- tetapi kita tidak boleh menetapkan bahagia hati kita itu atas syarat2 ini- tidak lengkap, tidak semua dipenuhi kita tak boleh bahagia. Maka saya meneruskan hidup saya, memegang bahagia apa yang ada didepan mata- jika tidak lengkap ahli keluarga lain pun dengan ibu bersama saya- bahagia lah, kerja banyak hendaklah dilunaskan- buatlah selagi mampu- disimpul kasih sayang banyak2 supaya ikhlas- supaya penat itu hilang disirami kasih dan sayang.



Sepanjang tahun uwan tidak balik kampung- 2 minggu sebelum raya saya bersama suami dan anak2 balik dulu menjengok keadaan rumah. Alhamdulillah dan terima kasih banyak kepada Pashik dan Makcik mencurah tenaga dan wang ringgit bagi mengekalkan keselesaan rumah dikampung. Itu lah rezeki kita bersama. My two girls ni happy tak boleh cerita nak balik kampung- Alhamdulillah they shared my feeling;)


Pancit pulak kereta di Nilai- macam saja diletak benda di jalan- sebaik sahaja kereta kita ketepi mamat india ni terus sahaja keluar dgn motorsikal nya membantu.


These two seronok sepanjang jalan masuk ke kampung- boleh makan angin yg betul2 dengan membuka mulut:)


Ini lah rumah Uwan- masih utuh berdiri- kita upah orang Indonesia yang tinggal berdekatan untuk membersihakan on monthly basis.


pakcik dah menguruskan laundry untuk semua bedsheets, blanket dan curtain.Bilik dapur yang besar menjadi pilihan semua orang untuk ber camping disini. Dengan cuaca Kuala Pilah yang hangat sewaktu siang Pakcik telah memasang air cond untuk ketiga-tiga bilik yang ada. Tapi malam menggigil sejuk hingga ketulang- dan kalau water heater rosak di bilik air akan terdengar laungan setiap orang yang mencurah air kebadan diwaktu pagi:)


So kita balik on day trip,selepas solat kita balik ke kl semula.


Hujung minggu sebelum raya pakcik balik dulu- yasmin pun balik dulu.


halaman rumah uwan dah dibersihkan- cuma rumput telah diracun maka tiada lah laman menghijau lagi.


selain itu- singsing lah lengan dan berkemas untuk mendapat rumah yang selesa selama berada di situ.


Semasa uwan masih sedikit kuat dulu kita telah memasang bangku2 ni untuk membolehkan nya berehat- tetapi sekarang kita perlu mengangkat kerusi rodanya naik kerumah- tenaga uwan sangat berkurangan.


yang seronok few days sebelum raya tu adalah bersiap-siap pergi kepekan membeli few things yang baru2 dan of course ke pasar ramadhan kuala pilah.


bye bye min we are going kuala pilah- you tinggal rumah kemas okay.


Dah lama nya nak makan bunga betik rebus jumpa di pekan ahad happy nyer.


ada sambal tempoyak


jeruk maman, gulai ikan sembilang dan rendang ayam- aduhhh sedapnya.


Ini lah dapur uwan- tempat bersilat menyediakan juadah.


Dulu uwan lah ratu memasak disini- sekarang dapur sendiri pun sudah samar di lihatnya.


Pinggan dan cawan berbagai bentuk dan corak- pilih shaja yang mana suka.


biskut raya kita bawak sama2.


merendang ramai2 pun satu keseronokan.


Selain masak2 kiat jugak mengemas rumah- melihat sekitar rumah apa yg boleh dijadikan perhiasan etc.


Pinggan2 dan teko2 lama kita susun semula- almari uzur ini telah jadi antik pulak.


Ruang makan kedua rumah kampung.


Tia Mia pulak kalau tidak mengukur jalan dan berlari tanpa henti keliling rumah- duduk melepak dibilik dapur.


Menunggu beduk berbunyi di rumah kampung adalah antara masa terindah.Duduk menengok disney channel dengan daun2 hijau melambai dari luar.


Habis raya kita cabut decoder dan bawak balik ke kl semula.


malam rumah uwan bermandi cahaya.


tradisi main bunga api


Pagi keluar merayap dengan basikal dalam cuaca yang sejuk sangat seronok.


pusing keliling kampung yang indah.itu lah rumah uwan diatas bukit yang nampak atap merah.


balik memusing keliling macam2 yang di beri jiran dan saudara.


Uwan dan cicit ciliknya.As for uwan disini lah dia berehat- dekat dari dapur dan boleh mendengar macam2 yang dibualkan anak2 dan cucu2.

seronok berlari keliling kampung.









Pagi raya dengan wanita2 yang dicintai.


Happy sangat wanita tabah ini. Alhamdulillah.


i cooked laksa johor for raya dish.


saya rasa my laksa johor sangat sedap:)


every year without fail mesti ada.


Pakcik makcik,uwan and ayan.





kemudian membawa anak2 cucu cicit ke kubur arwah abah- abah kami datang.


posing pagi raya.


more picture.





us


alhamdulillah.


happiness


kak yan first time beraya as a wife


abg myo


sepupu sepapat.


the kenits


Alhamdulillah


kampung girls.


priceless time and view


our beautiful kampung


that was our raya and we are happy


to this man- tq so much- it wont be possible without your support.


back home in kl and now mengantukkkkk..zzzzzz…

hingga bertemu lagi:)
sa