Sunday, January 13, 2013

Unfinished Wet Kitchen, Ghee Bombay &Lemon Basil.


Salam!

Thanks singgah to 23 sisters and 1 bro:):) Tomorrow is Monday? I feel like Saturday has just started:):) To one special sister my doa is for you,you are special and strong In shaa Allah you ll be fine,you ll be protected, hugs hugs.

To yang mintak ajar nak buat asam pedas please see at the end of this entry okay.

So buat apa you all? Surely busy with all kind of things kan.Mine,Saturday is always fulled,morning started with belajar Iqraq with Ustazah at home,12.00pm piano class,lunch,groceries, dah malam.Sunday lah kalau nak buat sikit2 benda. Hari ni i kemas and arrange sikit2 my wet kitchen,dah  2 minggu dah tapi tak complete lagi.The wall has been completed actually, paint has dried up too but the door to the storage place,back gate and grilles have not been fixed yet. Kalau nak tunggu complete semua nak berkemas memang lambat lah nampaknya,so i dah tak tahan,this morning i asked  husband whether he can help me to fix the shelves to wall so that i can kemas sikit2.  Mr hubby  is so busy this week and few weeks to come but he took his time off from his laptop,put on his working short and helped me:) This time i took out all standing shelves/cabinet and table from the back area because of the limited space, i opted for wall mounted table and asked husband  fix simple shelves from Ikea.

This is the result but it is just 70% complete. At least i can do my cooking at the back now and the area is more spacious as i have less bulky things on the floor.


My spice rack and leftover tiles. I created the focal point at the wet kitchen wall by embedding these Spanish Tiles i bought from Jalan Ipoh. They were odd pieces which eventually will be thrown by the shop because no body will buy- they all look odd but i know it will look nice when i put it together. The Worker helped me to fix it to the wall and i like the result. The spice bottles are all recycled,they were from Kenduri kahwin (bekas gula2) and also my pesto bottles:)


Walaupun tak ada walk in pantry macam Chef@Home ( i still jealous at his walk in pantry) at least i have all my spices in place now.


Garam,asam,cili are all near to the stove- senang nak capai.Bekas asam garam yang gambar butterfly ni dah 10 tahun lebih hadiah kahwin diberi my nephew..kenangan so i simpan dan guna:)


We put up a wall mounted leave table,senang tak nak pakai tutup,nak pakai bukak:)


Ni model asam garam namanya,bekas bawang dari buluh dan rotan tu i beli dari lori jual barang2 rotan for RM70- dah beli bawak balik mula2 macam tak berkenan pulak,tapi practical senang nak ambik bawang..


Cactus yang dulu beli kenit ajer dari CH..now dah besar:)


This is part of my new wet kitchen look- semua benda tergantung di dinding:):) I think i ll get a new gas stove to replace this old one. Kat belakang ni i tak boleh bubuh stove yang canggih2 even gas stove yang glass tu pun tak boleh sebab Heni tak tau nak tutup betul2 nanti,dulu beli yang glass mesti bau gas sebab tak kena pulas habis.So kena pakai gas stove yang bunyi "ketennnng' bila putar knob dia ni.:);) Tak palah harga pun RM50 ajer,daha buruk kita tukar:)


I bought wire baskets from Ikea to store floor mats etc.


Ni storage place yang tak ada pintu lagi,kat atas dia luas jugak..i want to put some crawling plants kat atas ni nanti. And kalau dah siap nak lah jugak letak long bench at the back nanti Tia Mia boleh teman i masak,Uwan pun boleh duduk.Meja lama bulky sikit nak bergerak pun susah.


Itu lah cerita hari ahad,nothing much..duduk2 di rumah membuang kulit bawang,menyusun botol2 lama bubuh rempah,menukar alas meja dapur tapi terasa sangat seronok:);)



As usual mesti ada cerita masak sikit- hari sabtu i pun kueh orang lama tapi pakai gadget modern:)


First time i buat keh bakar ni atau pun Ghee Bombay,sebab pakai minyak sapi.Recipe i ambik dari Fauziah Samat punya blog (Kak jee).Sedap hasilnya.


Yang berminat,recipe nya- 1 mangkuk telur (guna mangkuk air basuh tangan zaman dulu kalau ada,tak ada guna lah apa mangkuk pun),1 mangkuk gula,3/4 tepung gandum,1 mangkuk santan,10 helai pandan blend ambik air ( guna 1/2 gelas air sahaja),bijan,dan minyak sapi utuk melenser tuang kueh.Blend/beat telur sampai kembang,masuk gula pukul lagi,masuk santan dan air pandan,i masuk kan jugak vanilla 2 sudu walaupun original tak ada,dah tu masuk tepung sikit2 and blend/whisk lagi hingga sebati.sapu minyak sapi pada tuang kueh,panaslan atas stove,masuk bahan tadi 3/4,tabur bijan,biar tepi2 garing sikit dan transfer dalam oven bakai sampai masak,dah masak i sapu minyak sapi lagi kat atas.


Wangi dan lembut.


This is my latest addiction- Lemon Basil (Daun kemagi)  i rasa sedap betul buat ulam:) and banyak jugak khasiat khabarnya boleh kurangkan berat badan you..jom tanam keliling rumah:)


This is my potted English Basil,the flavour is stronger than kemagi,tapi kalau kemagi dah habis boleh lah ratah ni.


Dah lama tak berimamkan Pashik,Alhamdulillah Maghrib tadi kita berimam kan Pashik:) Sian Tia Mia,habis jambul keluar,yang i jahit dulu dah terbukak:) nanti kena jahit lagi.

Cara Masak Asam Pedas (ikut selera my selera)

Lada kering potong kecik2 dan rebus sampai lembut,buang airnya,basuh sekurang-kurangnya 4 X dan semua biji keluar,blend dengan bawang merah besar,bawang putih 10 biji. Panaskan sesudu minyak,dan tumis bawang putih,merah,halia yang di hiris,masukkan sesudu makan/or 2 sudu makan cili mesin tadi,dan tumis sampai pecah minyak. Masukkan seinchi belacan,sebatang serai yang dah di ketuk,kacau lagi,masukkan ikan dan gaul rata,masukkan sedikit air cukup2 utk tutup ikan ajer,air tak boleh banyak,biar mendidih,masukkan tomato,bendi atau terung,biar mendidih,masukkan setengah cawan air asam jawa,biar mendidih lagi,kalau suka boleh masukkan daun kesum dan bunga kantan,tambah garam.biar lah sampai mendidih.Note : saya tak suka asam pedas pekat macam melaka style,mine tak banyak minyak,the kuah should be tak cair tak pekat,boleh hirup style:):) selamat mencuba.

Nunite everybody and Salam.

....................................

25 comments:

pelangi petang said...

salam kak zu....

sgt suka dgn wet kitchen kak zu....cantik... :)

Anonymous said...

wah knives pakai lekat magnet je.
i like that bekas bawang dari buluh dan rotan tu! washing machine kita sama lah.
mama memang berbakat menghias. ruang kecil tapi dengan perancangan dan kreativiti, dah berseri2 jadinya.
kueh bakar sedapnya! can imagine wangi dan lembutnya. nak sikit :D
nak belajar lah makan lemon basil..hehe kalau lah berjaya..
comelnya sejadah pun pink!

annhuzi

umiyumi3 said...

Salam Zu,
Mcm biasa tiap2 mlm mesti baca blog Zu dulu sampai kadang2 termimpi2 ..mungkin mlm ni mimpi wet kitchen Zu yg comel tu atau mimpi kuih bakar haha.. rasa cam pernah tengok lemon basil tu. Lain kali pegi sunday market nak carilah. Sedap ye buat ulam.. :)

ida said...

salam azuuu...rinduuu nak komen...selalu jenguk ..never miss ur story..tapi asik tak sempat menyapa sebab hp problem...wahhh ur wet kitchen...bila dah naik simen camtu...nampak sangat spacious...sebab everything can be hang like that rite....

Nur-nba said...

Salam.. Kak Zu, berseri2 dapur akak selepas make-over. Akak memang kreatif dan banyak idea.. Bakul rotan tu nampak cantik, first time nampak.. Wire basket tu berapa harganya kak? Berkenan pulak...

Kuih bakar tu memang kuih kegemaran orang N9 kan.. Kakak ipar selalu bawak bila balik kg.. Nanti nak cuba resepi asam pedas akak tu.. (tapi nak tanya bawang putih tu betul ke 10 biji.. atau campur bawang merah 5 biji + bawang putih 5 biji).. Tq sis sebab share resepi.. ♥♥

Gina said...

Salam Kak Zu
Selalu tengok Kak Zu decorate sana sini dapur tu and tak sabar bila balik Malaysia nak ada dapur mcm ni juga kat rumah sendiri nanti

lemongrass said...

Salam MamaTiaMia,
Cantiknya your wet kitchen. sejuk mata memandang. I suka tengok gaya you decorate making full use of the spaces available. But you do it so nicely, tak nampak cluttered.

susumanis said...

salam zu...Jazakallah kahairan khathiraa darling, semua yang di tulis dan pica yang zu share mmg meletop la, resepi asam podeh tu mmg terbaik..suka sgt tgk tiles kt wall tu..n kuib bako ohhh ptg ni nk cari buat buka puasa..hehe nk masak lain kali la kot hehe, take care n rahmat Allah sentiasa untuk zu n family..aamiiin

~ibuAdaMina~ said...

Salam KakZue...

thx for the resepi....insyaallah saya akan cuba...nanti saya bgtahu hasilnya.....

and the new kitchen sangaaaaaaatlah sweet....kemas je....

kak...tunjukkan saya area laundry akak....saya nak dptkan ilham....

Anonymous said...

salam azu .,ayo ngoghi amek acik mandang pisau bocoghacak kek dinding tu,cubo la sughok an sikit.bokilat2 mato eh.kok diambik eh dek tia ngan mia dibuek eh men masak2 maso heni leko muek kojo xnampak diorg

Unknown said...

wahhhh..cantik lah wet kitchen akak...lagi semangat nak masak2 kannn...pandai akak deco2...suka sangat tengok deco2 yang akak buat =)

mummy 3m said...

zu, blh share phone no. ur contractor wet kitchen?

Afra said...

Salam kak..

First time comment ni... tapi xtahan nk tanya mana kak Zu beli meja lipat tu? berapa harga..

dhr said...

Salam Kak Zue,

Your wet kitchen sgt cantek! Saya pun tengah berfikir-fikir nak buat wet kitchen rumah di Malaysia tu sebab belakang dapur memang ada ruang sikit & jiran sebelah pun dia buat wet kitchen area tu. Tapi my concern is ruang tu sbnrnye laundry area, nanti berbau dapur pulak baju-baju yang dibasuh. Akak buat macamne?

Pn. Ila said...

saya memang mencari bakul buluh rotan yang u buat simpan bawang tu...sbb pernah tgk org letak bahan masak2 juga kat majalah Anjung Seri kalau seingat saya lah. Suka sgt dapur u tu...pandai hias..saya mmg suka dapur style macam ni..

sw33T MOm... said...

Kak luv ur alas meja...

Anonymous said...

salam k zue,

ur wet kitchen saaangat cantik! thanks for sharing..nk curi design leh? hehe

wall tu setinggi mana ya? kalau hujan basah tak area tu? kalau tak nyusahkan, blh tak k zue snap gmbr nk tgk mcmana k zue buat wall tu..i tgh cari idea nk buat mcmana kt yard blkg yg sekangkang kera tu...maseeh sis

love,
faza

Anonymous said...

Salam MTM

Kat mana beli telekung pink untuk tia mia? Nak beli untuk anak jugak. Susah nak jumpa yang sejadah warna pink untuk budak2. Tq.

The Singing Pilot said...

Oh sy lah the thorn amongst the roses tu hahaha. Xpe sy rela haha.

Cantiknye wet kitchen. Mkin sy teruja nk dtg dinner. Ayam rosemary plisss

herlyna said...

Cantik...nanti nak tgk kalu semua dah siap....where did u get the to hang all the knives ? Pekenan plak

Rozz Hazidi said...

Salam mamatiamia..

Wah! Cantiknya wet kitchen u....suke..suke. Kalau akak ada wet kitchen macam tu, 24 hours masak pon takpe...haha.

Resepi kuih bakar u tu sama dengan resepi yang selalu akak buat...yang bezanya cuma akak guna butter untuk greasekan loyang...nanti nak cuba guna minyak sapi plak.

Take care ya :)

Nastyna said...

love love love your wet kitchen, very practical and lovely.

che int said...

K.zue..meja lipat and wire basket kita samaaa.. From ikea kan..Kebetulan i pun reno my kitchen asing kan wet and dry..since sblm ni kalau nak masak sempit sgt smpi everytime nak masak kene pindah2 brg berdekatan first. Meja lipat i letak dkt dry kitchen konon2 nak buat breakfast counter. Lps dpt wet kitchen i dah selalu masak and motivated refer to ur recipes..rosemary chicken etc..and terpengaruh beli happycall pan and cereals dispenser haha..i just love3 ur idea k.zue..keep on sharing k

Qashmere said...

cantiknya..suka ur kreativiti..i dulu pon plan ala-ala nak decorate tapi tak kesampaian..dah jadi single katanya...

By the way..mana u beli telekong dan sejadah pink tu. bekenan betoi i tengoknya

Anonymous said...

[url=http://redbrickstore.co.uk/products/caverta.htm][img]http://onlinemedistore.com/10.jpg[/img][/url]
community pharmacy society http://redbrickstore.co.uk/catalogue/t.htm byerlys pharmacy st louis park mn [url=http://redbrickstore.co.uk/products/erythromycin.htm]thomas comstock pharmacy faculty[/url]
herbal pharmacy houston texas http://redbrickstore.co.uk/products/colchicine.htm online pharmacy valium carisoprodol [url=http://redbrickstore.co.uk/products/accutane.htm]accutane[/url]
cvs pharmacy in budd lake new jersey http://redbrickstore.co.uk/products/lexapro.htm pharmacy solutions illinois [url=http://redbrickstore.co.uk/products/vermox.htm]bethesda giant pharmacy old georgetown rd[/url]
gulf shores osteoporosis pharmacy http://redbrickstore.co.uk/products/claritin.htm the drug companies and pharmacy rip offs [url=http://redbrickstore.co.uk/products/ilosone.htm]ilosone[/url]