Thursday, January 16, 2014

Kisah sedih sekeping pizza- I shall remember as long as i life.



Sedih sangat hati malam ni sebab tu menulis walaupun sangat looking forward to sleep early and  straighthen my back- Tia Mia had fever since Monday- as usual i had to stay up to monitor their temperature around the clock- hence, I am very tired today.

But I just want to write this down while i still have this feeling- a deep sadness.

Apalah lagi yang boleh menyentuh my perasaan tentunya kisah me and my emak- Uwan lately sejak mata dah kurang after Maghrib dia terus naik katil dan tidur berselimut bila di ajak turun untuk dinner dia tak nak sebab dia kata nanti susah turun naik,walaupun I akan bawak dia naik dan turun tapi dia selalu cakap dia mengantuk dan dah kenyang. And without fail i akan bawak naik food kat dia dan temankan dia makan di sofa luar bilik. She always thankful for that without fail she will say "Terima kasih lah banyak2" kadang2 bila bawak naik her favourite food macam satay nampak terpancar happiness di wajahnya- Macam tu lah orang yang dah lanjut usia perkara yang sangat biasa bagi kita satu kebahagiaan bagi dia orang.

Malam ni i order pizza for the girls, masa uwan kuat dulu dia suka betul bila order pizza ni ,something special to her sebab makanan yang pakai telefon dan di hantar sampai kerumah, dia boleh habis sekeping pizza dan kalau order deli chicken wings lagi lah dia suka. 

As usual malam ni lepas Maghrib dia naik katil dan selimut- so malas nak kacau dia i just turun ambik sekeping pizza buat milo panas dan bawak naik, dia i dah bagi nasi at 6.00 pm actually sama dengan Tia Mia yang lapar cepat bila balik sekolah. Tapi dah makan petang pun i dont want her to miss dinner,it;s going to be a long night for her without any other activity- what if in the middle of the night she feels hungry and cannot go down to look for food:(



Bila kejutkan dia dari baring,pimpin tangan and bawak ke sofa luar bilik makan she was so happy and thankful- sangat kesian tengok expression kat muka dia- she said " Hai dah tidur pun dapat makan lagi,terima kasih lah banyak2" Sangat sedih bila seorang ibu yang dah tak berdaya berasa so thankful to anak sedangkan apa yang anak buat hanya lah tanggungjawabnya and that is nothing compared to what she had done for me. 

So sambil dia makan i temankan dan duduk kat tepi dengar berita- dengan mata yang kabur dia tak perasan i ada kat tepi,sedang makan dia berhenti dan bercakap sorang2 perlahan-lahan, i was about to say "emak jgn cakap sorang2" but decided to go near and listen to what she is saying- bila dekat dengar dia cakap " Ya Allah Ya Tuhan Ku kau pelihara lah dia suami isteri supaya kasih mengasihi antara satu sama lain dan hidup aman dan damai" I was so sad that i just keep quiet- she was so thankful to me sebab bawakan dia makanan ke atas walaupun dia dah dah tidur- bila pimpin bawak dia ke bilik air she keeps saying " Alhamdulillah dah kenyang perut- dah tidur pun dapat makan,terima kasih lah banyak2" Luka dan berdarah hati kerana kasih sayang seorang ibu- ketika umurnya 91 tahun dia masih ingat nak berterima kasih pada anak, berdoa pada Allah untuk kebahagiaan anaknya- sangat menyentuh hati saya malam ini sehingga berderai- derai airmata keluar:(


Sejak mata dah kabur inilah tempat breakfast Uwan dan Tia Mia pagi2- sejak Tia Mia Masuk Darjah 1 saya tak sempat lagi nak bawak dia turun breakfast,tak sedap hati nak harapkan Heni membawak dia turun after kita dah pergi office tak tahu pukul berapa pulak Uwan dapat minum.Jadi lepas habis masak pukul 6.00 pagi bawak se tray ke atas breakfast Uwan and the girls- letakkan di luar bilik kat meja pink Tia Mia ni utk Uwan breakfast- Bila dia dah makan baru lah senang hati ke pejabat.

Itu lah my emak sepanjang hidupnya tak pernah meminta walau sebentuk cincin pun from me apatah lagi duit- apa yang kita bagi selalu merisaukan dia takut kita tak cukup duit, dulu2 kalau kita hulur duit 100 dia kan pulangkan 50.00- masa mula2 kerja dulu pernah menangis bila balik dari kampung tengok terselit duit 50 dalam handbag di pulangkan separuh kerana takut anak tak cukup duit.

Rezeki yang saya pinta pada Allah Swt adalah untuk dia jugak, kesihatan dan umur yang saya pohon pada Allah Swt juga untuk menjaga dia dan anak2 saya serta orang2 yang di kasihi.

Sesiapa yang mempunyai ibu yang masih kuat berdikari jangan lah alpa dan terlena- umur mereka meningkat bagaikan kilat- baru saja saya menghantar message kepada my sister bercerita kisah malam ni dan menyatakan how i miss my emak seating at the kitchen bench helping me buang kaki taugeh- bukan tenaga dia yang kita perlukan tetapi kehadirannya- once kita kehilangan itu akan ada ruang yang kosong di hati kita- bagaimana pun tak akan terisi:(

…………..





49 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Thank you for all the sweet stories Kak...May Allah bless you and family always...Amin

Unknown said...

meleleh air mata baca entri ni..terus teringat mak kat kampung ='(

nyza said...

:(..Niza nak jaga mak cam kak zu..you always inspired me kak..
you always have a good heart..

umiyumi said...

Salam Zu,
Sedih dan terharu baca.. Zu sangat bertuah dapat emak seperti Uwan, dan Uwan juga sangat bertuah ada anak seperti Zu. Semoga Allah memberkati hidup Uwan dan Zu sekeluarga. Amin..

Tiha Azmi said...

:( it reminds me of my uwan... :(

Unknown said...

Slm Zu,menitis air mata bila baca part uwan berdoa & bterima kasih tu.Sgt2 touching..

Shz said...

Semoga Allah pjgkan lagi usia ibu you . Arwah my dad dulu akan sentiasa berterimakasih kalau i tukar cadarnya, letak ubat, suap makan, walhal i rasa sangatlah kerdil apa yg I buat untuknya berbanding jasa yg telah dicurahkan. Tq for the reminder, kita ni kdg2 lupa, ibu bapa kita meniti penghujung usia.

ummi_khalish said...

assalam..salaam ukhuwah...sungguh syahdu hati ini..semoga Allah melindungi dan merahmati kita smua...

p/s:saya hanya mampu mendoakan makabah dari kejauhan sahaja..

Zulfadly said...

salam kak, tiap kali akan tulis pawal uwan, remind me of my late grandma, bila selalu duduk sebelah dia, selalu jaga dia, perasaan tu lain kan, saya doakan uwan diberikesihatan yg baik, IAllah kak,

ida said...

Salam Azu, bersyukur laaa kita diberi rasa kekosongan sedang kita masih punya dia di samping kita, sekurangnya kita ingat dan sedar akan kehadiran nya.
Bagaimana ada anak yang tak diberi rasa macam tu Azu, ibu bapa jauh di kampung langsung tak dihirau, tak di tanya khabar berita, kalau depan mata di kata menyusahkan pula, benda macam ni bukan dalam drama, pernah i witness sendiri, sayu hati melihat keadaan ibu bapa dia...hati kita melihat orang tua, ibu bapa siapa pun , akan ada rasa sayu, dan kasih, macam mana sorang anak di tutup rasa hati nya yer..ya Allah , mintak simpang laaa kita dr jadi macam tu..bersyukur banyak2 masih punya ibu bapa utk kita berbakti...masih ada rindu yang tak pernah bertepi, cinta yang tak pernah padam, even sebanyak mana kita memberi, harta atau kasih sayang, takkan mampu membalas kasih sayang dan jasa mereka...lihat saja Uwan, pada usia begitu, kita memberi nya kasih sayang, tak bertepi doa darinya, sampai bila2 pun takkan mampu kita balas balik kan Azu...sayu hati baca kisah Azu, makin kuat pulak rasa rindu pada orang tua...

Siti Zinnirah said...

Ya Allah..tersentuh hati baca entry kali ni...mak saya meninggal dunia mase saya umur 12 tahun..sakit barah otak.. saya sangat menyesal sebab tak dapat berkhidmat dgn sebaiknya ketika dia sakit dulu...sangat menyesal .. yelah, mase tu kita lebih suke menonton tv dr menjaga mak sakit,, geli dgn muntah mak padahal mak tak pernah geli dgn busuk tahi dan muntah kite..
alfatihah :'(
aunty anak yang baik sangat..mashaAllah,, moga Allah merahmati aunty dan memberikan aunty kebahagian dunia dan akhirat..now saya hanya ade nenek yg dah saya anggap macam mak saya juga..insyaAllah panjang umur saya nak jaga dia sebaik mungkin..cara aunty melayan uwan sama sangat dengan maksu saya... dia sangat baik melayan nenek saya..mandikan shampoo rambut tok, suapkan makan layan macam baby (walaupun mase atok sihat)belikan barang dapur tiap bulan, ubah suai rumah tok, bawak atok ke mekah dah bape kali nnt tahun ni nak bawa lg..atok ade 8 orang anak tp bila duduk bersembang dgn atok dia paling banyak puji kebaikan maksu menjaga dia walaupun duduk bekerja di kl tp rajin balik kampung jaga atok.

sebagai seorang ibu memang kita sebolehnya tak nak menyusahkan anak, sedaya mungkin kita sanggup berkorban demi anak,, mudah sebenarnya nak selami hati mak kita bila kita sendiri sudah jadi mak..moga kita semua berubah menjadi anak yg lebih baik .. semakin hari semakin baik..insyaAllah

Neny said...

Kak, thank you for this reminder...ada airmata bergenang ni :(

Semoga Allah s.w.t memberkati hidup akak sekeluarga dunia akhirat.

Unknown said...

sedihnya.... this story mengingati kita bertanpa besarnya pergorbanan ibubapa tiada tolak bandingan... sesibuk mana pun kita dengan tugas harian..& selalu-selalu jenguk mereka ...

Unknown said...

sedihnya.... this story mengingati kita bertanpa besarnya pergorbanan ibubapa tiada tolak bandingan... sesibuk mana pun kita dengan tugas harian..& selalu-selalu jenguk mereka ...

Mak lagenda said...

Berkongsi rasa terharu dan sedih tu kak zu..

Sebak..dan akhirnya berjuraian airmata sy membaca kisah uwan dan kak zu.

Unknown said...

My eyes are tearing while reading your entry especially reading that uwan prayed for you and family. It touches my heart really how can a lady like you treat your mom. Not all can practise what you do sis. With that I thank you for opened up many eyes to treasure their parents. Congratulations and thank you again for the sharing.

aqila said...

Tersentuh hati saya kak...for me my mom is my superhero..my mom gantikan tmpt my dad utk mncari rezeki..my dad bhnti keje at age 40 something..at that time kami 5 beradik sume bsekolah lagi...dgn rumah y xde bilik..my mom almost everydY wake up at 4.00am masakkn nsi lemak for my dad utk bniaga..my dad xreti drive n msak,so lpas siap masak dia akan drive hntr my dad n i ke pj..sbb my dad bniaga kat situ and i school kat situ..then, my mom akan pegi keje di kl..tiap ari rutin yg sama until 6 or 7 years..now, dye da senang skit bcause adik bradik da bkeje..tapi my mom still kuat pegi kerja at age 57..dye kate kalau dye xkeje sape nk beli brg rumah, bayar bil2 sume..dia xnk nyusahkan anak2 dye..besar sggh pgrbnan sorg ibu..i still admire my mom ;)..hasrat sy utk jaga dia smpai hari tua dia..doa ibu plg mujarab ;)...i really admire u kak

aqila said...
This comment has been removed by the author.
me suya said...

salam akak..
selama ni suya silent reader akak..tp hari ni entry akak cukup sayu dan buatkan suya nak komen.. btw, Suya suka cara akak dgn uwan.. and i try my best to apply the same way with my mom.. and insyaAllah.. next year suya nak ambil die tinggal ngan suya. this year dia kata taknak lgi sebab masih sibuk belajar mengaji kat perkim pluss adik ada nak amik spm.. Akak doakan Suya istiqamah macam akak yer tuk berbakti kepada Mak Suya. My wonderful mama berumur 53yO.. :'(

arifah said...

thanks alot kak, i still have my mum, she is almost 60yrs old...

whitecappuccino said...

menitis airmata baca entri ni :( semoga kita akan terus berbakti untuk mak sampai akhir hayat .

yasmine said...

Sedih sgt dan membawa kenangan saya dan mak...kami sgt rapat dan byk berkongsi suka duka...ya allah makbulkan doa uwan utk zu sekeluarga...amin..

Rahmath @Anak_Mami said...

I cried reading your comments, may Allah bless you and family.May Allah grant us the strength and patience to look after our parents. My parents also stay with me and I can relate to your experience to much. Thank you sister.

NORLYDA YUSOFF said...

Assalam. Tz is my 1st time putting my comment in yr box.
Sgt sedih. My mak passed away at the age of 96 years old (4 years ago). Alfatihah.She was with me till end of her day.Apa yg I nak kongsi selagi hayat ibu mak ada tatanglah mcm minyak yg penuh. T bila tidak bersama lagi nak jerit ke/ nak dukung ke/ dah tak de... Kalau dibagi masa rase kalau mak nak ke bili air mcm nak dukung je takala dia tidak berdaya. SAYANGI LAH DIA SEPUASNYA. Barakallah.

Unknown said...

Thanks for sharing kak zue. Semoga kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah. Semoga syurga tempat kita. :')

Unknown said...

Thanks for sharing kak zue. Semoga kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah. Semoga syurga tempat kita. :')

Unaizah said...

Mother's unconditional love

Meleleh airmata baca post ni. Even though i cuma kenal you & your family through blog, your writings almost always manage to touch my heart. Maybe because you write from your heart so memang sampai to your readers.

Thank you for being inspirational & teaching me to be more positive

eda said...

tak suka dgr mak ckp terima kasih byk2 after we done sumting kat dia .. rasa sedihhh sgt ...
kita anak , tayah terima kasih pun takpe kan .. tapi mcm tu la seorg emak ...
im scared la kak bila pk mak dh makin tua ..risau ....
thanks sharing kak .. i feel you .. sabar yee ..
kim slm uwan ..

Ladybird Searcher said...

pagi2 bila baca entry ni terus rasa sedih sgt...sy silent reader kak zu dah lama. jarang sgt sy nak tinggal comment sbb segan. byk entri2 kak zu yg terkesan pada sy. klu kak zu nak tahu, anak sy pun sy bg nama tia ariana sbb suka dgn keletah tiamia kak zu. mak sy baru meninggal last year bln 2. sy sedih sbb x dpt jaga selama yg kak zu jaga uwan. semoga hidup kak zu sekeluarga sentiasa ceria dan dirahmati Allah. jgn jemu nak tulis entri2 yg boleh jdk panduan sy tau...

Ibu Adam said...

I cried reading this. Walaupun semalam baru peluk cium emak di kampung, pagi ini terus terasa rindu sangat.

Saya doakan yang terbaik for your mom.

Unknown said...

sedih baca.. baru semalam jumpa emak bapak kat kg... sayu nak meninggalkan balik kl...

adex-aieda said...

sayu hati ni,...terima kasih kak zue ingatkan adex.... so speechlesssss

rina mazlan said...

Salam kak zu...

Sedih baca. :(

rina mazlan said...

Salam kak zu...

Sedih baca. :(

cacah said...

:'(
hugs kak zue.

marianne.masli said...

Tahniah Puan...Puan seorang anak yang sangat sangat baik

Zuraimah Ismail said...

alamak...nangis sudah....i can feel u kak....semoga Uwan terus dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepadaNya dan menyerikan hidup insan2 yang tersayang....

Unknown said...

:(

Deqna said...

Salam kak,

Entry yg sgt terkesan di hati.
Saya dapat rasakan kebahagiaan dan kejayaan yg akak kecapi hari ini adalah berkat doa yg dititipkan oleh mak akak. Saya memang suka sgt baca blog akak yg menceritakan bagaimana akak menjaga emak dengan sebaik-baiknya. Sebagai anak, saya pun bercita2 utk menjadi seperti akak.

Saya setuju dengan readers yg lain, penulisan akak memang datang dari hati tu sbb ia terkesan di hati kami semua.

Semoga ibu akak, dan ibu2 kita semua diberikan kesihatan yg baik dan bahagia bersama keluarga tercinta selamanya.

zanzila said...

salam kak...sedih saya membacanya semalam.. terus saya share dlm fb saya.. maafkan saya lupa inform akak dulu.. saya suka dengan layanan akak kat uwan..saya rasa beruntung sgt uwan ade akak sebagai anak..

Unknown said...

Salam,sis...saya selalu baca blog sis,sebab saya admire cara sis bahagikan masa antara kerjaya & family.Lagi 1 sbb sis layan emak sis dengan baik,saya macam...Ya Allah,semoga 1 hari nanti saya juga dpt berbakti pada orang tua saya begini.Semoga Uwan diberi kesihatan yang baik,Insyallah.

Unknown said...

As salam Zu,

K.na silent reader... pernah tinggalkan comment rasanya 2 kali je... tapi x pernah miss baca setiap post Zu... k.na tinggal dgn mak & ayah... adakalanya rasa malu sebb x dapat buat macam Zu buat.... walaupun Zu lebih muda dari k.na; tapi u inspire me a lot... thank you dear sis....

aNNe ariZAL said...

assalamualaikum kak zu... saya sikent reader blog kak zu.. walau ulang baca post ni 2 kali, tp air mata tetap mengalir.. sangat menyentuh hati.. kesah macam ni sangat dekat di hati saya sebab sayapon tinggal ngan mak dan abah.. saya doakan mak kak zu dan kak sekeluarga dipanjangkan umur dan dilimpahkan rahmat Allah.. amin..

whatever said...

Salam K Zue, hari tu nmpak k zue kat myipo..meeting..tp malu nak tegur..(teruja sebenarnya hehe).. nak ucap tahniah kat k zue sebab dapat jaga mak k zue..bertuah mak k zue dapat anak2, menantu2 dan cucu2 mcm family k zue..dan yang pastinya yang paling bertuah k zue dan family sebab ada mak mcm uwan.. tengok uwan teringat arwah mak saya... baca pulak kisah pizza ni.. mmg sebijik perangai mak... sedih..kirim salam kat uwan ye..

Unknown said...

bergenang mataku baca entry yg ini...rasa nak terbang jumpa mak la la ni gak :(

Weena said...

sedihnya baca entry nie... alhamdulillah sy masih ada emak yg sihat lg...,suka tengok kak zu & family....

Nur-nba said...

Tersentuh hati ni bila membaca entri akak ni.. Kami mendoakan semoga Allah kurniakan kesihatan yg baik buat Uwan.. Sungguh bertuah Uwan memiliki anak yg begitu menyayanginya fan menjaganya dengan penuh kasih sayang..

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Salam sis...bergenang airmata saya baca coretan sis utk entry yg ini...
disuatu hari nanti, saya juga pasti akan lalui kehidupan disamping ibu yg semakin meningkat usia..mcmana nak layan dan jaganya dgn baik...

oh ye...baru hari ni saya terbaca blog sis..
itupun melalui blogger fillanie..

saya terus copy link & save blog sis di blog saya (side bar) supaya senang nak baca coretan terkini sis, bila sis update nanti...

salam perkenalan dari saya... Erin