Sunday, September 7, 2014

Colours of Weekend:)

Salam All!

Hope you had a great weekend- Mine biasa2 saja tapi Alhamdulillah terasa manisnya hujung minggu. Ada kawan terasa hati beberapa kali saya di jemput untuk bersama-sama dihujung minggu bertemu kawan2 lama tapi banyak kali di tolak. Saya tak boleh membuat janji- tak kan saya tak normal tak suka duduk menghirup coffee di Mandarin Oriental atau tersandar bersantai di Orchid Room di The Majestic Hotel- tapi takkan faham kalau tidak ada pengalaman hidup bersama ibu yang sangat meningkat usia dan 'fragile' kehidupannya. Barangkali ada yang berkata- asyik itu, itu dan itu saja- ye lah nak buat bagaimana sebab itu,itu dan itu sajalah ibu saya.Kadang2 ingin menjawap ,terasa jugak hati di sindir2 sinis- " dia sangat sibuk-kena book dia sebulan kalau nak ajak keluar". Aduhhh..susah kan biarlah kita saja yang faham.Sekarang jika di lihat hujung minggu saya hanya di halaman rumah-boringnya kata orang- asyik gambar halaman rumah dia sahaja- outing saya pulak ketinggalan zaman di Pelabuhan Klang merenung laut:):)Kesian dia;);) Tapi tak ada regretnya saya semasa dia sihat dulu diberi Allah swt peluang saya dan kemudian dengan yang tersayang breakfast di Venice, menyusur pasar di Florence, bershopping di Rome, berpimpin tangan di Vienna, terkinja-kinja di Salzburg, terkeluar biji mata di Amsterdam, menghirup Coffee di Cannes, meratah lobster di depan Casino di Monte Carlo, menyusur pantai selatan Peranchis,berpayung di Paris,turun naik train bawak barang dari M&S London,ternganga di Geneva, melopong di Zurich,mengigil-gigil di Heidelberg…kalau di sebut  tidak habis lagi..sekarang bila nak cuti saya berfikir..mana yang senang nak bawak kerusi roda- kalau ke PD pun Hotel tak boleh kerana tak sesuai, perlu mencari rumah rehat…paling2 balik kampung,itu termudah tapi nikmatnya tidak kurang..bertambah rapat adik beradik- nak balik called my sister " Kak kau nak balik, jom ambik buah mata kucing nanti kita mandi sungai" my sister jawab ' nak, nak..den rindu lahhhh" ..Itu bahagia besar juga:) Biarlah..orang marah kita tak join dia tu maksudnya kita ni 'happening' lah kan..tak seronok kita tak  ada..yeayyyy I like,I like:);)

Okay lah done with my bebelan;) I promised one young lady and mom to be to share my pictures in her shawls;) Yup saya dapat shawls percuma dari SERIKANDI by Sharifah Rodziah- cantik2 shawlnya and i love to see woman doing business- so lets support her Serikandi!


Colourful shawls from Sharifah for me.


A peek...


Beautiful&colouful.


You can style it anyway you like.


Another " happening" piece.


Saya suka….


This little girl pun suka...


My dolls in serikandi and baju Halloween:):)

Kisah Hujung minggu saya yang biasa2 sebab saya orang biasa:):)


Mana lagi kan..cabut2 rumput kat halaman;) macam kat kampung lerrr….


Tapi Wok happy..sebab pokok bunga Wok berbunga-bunga tak henti:):)


Malam minggu golek2 dengan kucing:):) 


Saturday- normally is day for the girls- we took them for dinner at Ayn ZamZam pun dekat rumah jugak- at the new shopping Mall- The Strand.


Hummus is papa's favourite.


Macam selalu mesti tak habis sebab portion besar sangat:)


Today we took Uwan and heni out for breakfast- I prepared lunch,tea and dinner at home..Sunday hari berkasih sayang dengan my kitchen..dont let it go…dont let it gooooo…:):)


See that face..you will understand if you can understand:):)- She dah lama tak keluar duduk2 di halaman-paling jauh pun kat atas veranda ajar- ye lah apa lah makna sangat kalau duduk di luar tak nampak kan..tapi hari ni saya bawak dia duduk di luar ni nak buang kuku dia dah panjang- anak jiran pulak datang bertandang..i panggil budak2 ni duduk untuk ambik gambar ni- Precious moment,priceless look.




Forever in my heart:);)


One song for us love:)


Ini saja gambar masakan saya minggu ni yg sempat di ambik..Mee Hailam simple malam Isnin:) Esok Isnin ke?? …Ye kerrr? Ishhh jangan panic minggu ni ada Conference 3 hari di Royale Chulan..kan boleh jugak lepak di hotel 5 bintang makan percuma:):)Alhamdulillah:):)

…………………..

18 comments:

Unknown said...

moga Allah permudahkan urusan k. zu...

Aniz said...

best sebenarnya dapat berbakti kepada ibubapa & family. worth sangat2.
-niza-

ana said...

kita hppy dengan cara kita....mak sorang je atas muka bumi ni...huhu.....

Unknown said...

pedulikan cakap orang kat zu asalkn kita hepi dan tenang..
amat2epek ngan akak sebenarnya..jarang ada anak2 muda skarang nak layan parents yang dah uzur sebegini rupa..
ada tu yag sanggup buang mak bapak sedangkan dier hidup mewah..speechless sangat..

syalinda johari said...

betul kak, macam saya, kalau balik kampung, kampung udahlah jauh nun di utara, saya duduk putrajaya, bukan selalu buleh ulang alik balik kampung..bila sesekali balik kampung, memang duduk di rumah mak saja...memang tak keluar pun dengan kawan2 atau jalan2 ke mana...kecuali kawan2 datang rumah..sebab mak pun tak sihat.. jadi baiklah saya duduk di rumah dan dok layan mak..hihihi..bahagia terasa...

mamabeauty said...

Agreed with you.. selagi diroang ada ni lah kita nak cipta masa yg indah2 utk dikenang dan diingati..

Semoga dipermudahkan segalanya

Zuraimah Ismail said...

Ya Allah kak zu...dugaan Allah kan...nak buat baik pada ibu sendiri pun ada org nak pertikaikan....sabar ya kak zu...just ignore them.. lagi kita banyak sabar, kita tak rugi apa-apa melainkan InShaaAllah, pahala yang baaaaanyak dari Allah.....

I can feel ur happiness melayan seorang ibu yang banyak berjasa.. semoga syurga ALLAH menjadi balasanmu sekeluarga..

Sayangi dia selagi ada.....

Muis Ismail said...


Assalam kak zu. Family is everything kan? If weekend ada kerja x dpt balik jumpa mak ayah pun dah rasa x best sgt sgt.

Mak lagenda said...

xpe kak..mgkin mereka masih blom smpi masa nak blajo hargai apa yg lebh berharga dlm kehihdupan kita ni. :) Mgkin bg kwn2 wok yg msh bebas tu,lepakig with girls di hotel2 adalah sgt penting dan bernilai dr apa yg kak zue ada.

Its ok kak..yg penting, sy setuju dgn kak zu. Slalu jd role model sy dlm bagaimana menghargai sesuatu yg lbh bernilai dr wang ringgit dan brg.

Senyuman uwan tu mmg tak ternilai..sungguh. Takde nilai!!

Kak zu choose dan do the right thing..

azleen said...

As Salam Zu, never mind those that do not understand, perhaps that is their loss and not yours. Treasure what you have now and my dua to you and your family, including Uwan, may Allah bless all of you always :-) - Azleen

aziekz said...

Jnji kte seronok Dan puashati APA yg kita lakukan :)

SALWANI said...

semoga uwan sentiasa dilimpahi kasih sayang kak zu sekeluarga.. kak zu rumput tu hire org potong ke atau maintain sendiri... parking kereta kat dalam atau kat luar?

Mak Wardah said...

puan zu, kita hanya ada satu ibu, takkan ada gantinya lg di masa depan. moga Allah rahmati puan sekeluarga hingga ke jannah

Nastyna said...

U are having the time of life... (nyanyi2 saya). Honestly saya ingin kehidupan macam akak tau, takat lepak hotel minum kopi nothing compared to the precious moment u can have with family especially Uwan.

I am LZ said...

Assalamualaikum Sis,

Saya pun orang biasa-biasa sis.. Saya suka gardening, cabut rumput etc.

Saya selalu baca blog sis & tak sabar tunggu entry baru..

Didoakan semoga Uwan & sis sekeluarga sihat & dirahmatiNya selalu..

Salam sayang.. >_<

I am LZ said...

Assalamualaikum Sis,

Saya pun orang biasa-biasa sis.. Saya suka gardening, cabut rumput etc.

Saya selalu baca blog sis & tak sabar tunggu entry baru.. Sis sumber inspirasi untuk saya lebih rajin masak di dapur & kemas rumah.. hehehe

Didoakan semoga Uwan & sis sekeluarga sihat & dirahmatiNya selalu..

Salam sayang.. >_<

imm said...

salam akak,,,

lame tak singgah sini sejak lepas raya.. terlepas banyak cerita akak,uwan,tiamia ..hihi

ps:serinkandi by Sharifah Rashidah kak..she's my schoolmate mase sekolah menengah dulu :)

Unknown said...

Salam perkenalan. Suka baca your blog. Love to see your twin:)