Saturday we went back to our kampung,Kuala Pilah..seronokknyaaaa..very special this time,the feeling was really great.When i was single,i used to balik kampung everyweek without fail..because my emak tinggal kat kampung..i will go back on saturdays,took her to the market,filled her fridge and over stocked her kitchen.My emak nak ajak tinggal masa tu KL tak nak..she loves her house so much..everytime i suap nasi and lauk kat KL rasa bersalah and kesian..teringat apalah dia makan..so balik mesti stocked makanan lebih kat dia..tits bits like kacang,twisties pun beli ...sebab balik everyweek,the mamats kat office semua cakap "no point nak mengurat me,tiap minggu balik,kucing beranak pun balik"..kihh..kihh i have no regrets, i skipped shopping or outing with friends during great weekends..but the satisfaction was great..thinking about it..i ve done the right thing..now nak ambik masa2 berlalu tu tak boleh..sekarang i have everyweekend in KL,my emak is with me..i can;t go back everyweek now as i have commitments..but i ada all the memories with me,half of my young life spent di tempat yang i suka..tempat tertumpahnya darah...to me bertuah lah ada kampung and jangan risau missing the great time in the city..tak lari..yang lari dan bakal berlalu adalah kehidupan kita yang dulu.,di kampung..kalau kita bazirkan..tak kan jumpa lagi..kehidupan pulak terus berpusing..one day we will be old,may it be in kampung or city..if your children didn't fancy coming home and spend time with you,then you ll know the feeling..it will be too late to regret..to my tia mia..mama is doing my best to let you know our kampung and be part of it..this is one of the special gift that i want to give you.

suka tengok pokok2 buah berbunga,,maybe tak sempat nak masak as Mr chipmunks menunggu di pokok..but dapat tengok bunga pun hati berbunga;)
Rumah kampung elok terjaga,kita upah kak ambit dan husband bersihkan luar dalam..they tolong tanam bunga,kemas rumah etc..so balik tak lah teruk membersihkan.
Uwan sangat happy tengok rumah dia...
Masih gagah berdiri,menyimpan memori..
Halaman tempat berlari masa kecik,main batu seremban..kayu galah etc..
Special moment..it is very special to see your own children sitting there..a place you liked to sit when you were small..thank you Allah swt memberikan kesempatan.
Yang tak ada ayam2 yang berketuk ..masa dulu reban uwan penuh ayam,berlari sana sini..meriah..now tia mia nak tengok ayam kena pergi rumah org sebelah.
Dua orang ni bersantai.. we thot the weather in kp gonna be hot..alhamdulillah it was fine..myself yang puasa pun boleh lah menyapu di halaman.
Dua orang ni ralit main sticker books yang di beli kat pekan kecil tanjong ipoh;)
Nothing beats the feel mandi kat bilik air uwan..sejuk macam ice..dua org ni seronok tengok kolah air air..grrrrr..tojukkkk...
Ni mee rojak beraim pakcik beli di kolopilah..bagi yang suka sedap sangat..secretnya didalam kuah..ada yg pregnant di kl tapi balik everyweek semata-mata nak makan ni..
Orang paling gumbira..makan mee rojak di sudut dapur dia..hmmm teringat masa dulu,,masa emak masih muda duduk di kampung..bila kita balik hidangan dah siap di meja..benda simple dia masak macam goreng ikan masin berlada pun sangat sedap..
sibuk lah uwan nak menyiram pokok bunga dia..timbul tenaga six millions dollar woman dia;)

Nostalgia..masa kecik tempat favourite duduk sini..pretend naik motor..masa tu arwah abah pun masih ada,halaman bersih tak der sehelai sampah pun..emak kemas rumah berkilat-kilat..freezer penuh ice cream malaysia perisa asam boi,kacang hijau,milo..seronoknya,.tiap petang tengok arwah abah hidupkan unggun api utk kambing,rumah kambing pun di sapunya bersih macam kita boleh bergolek..ada sistem..tak macam reban lain di kampung..sekarang bila travel farm di overseas..baru rasa 'wahhh advance rupanya arwah abah dulu"..ada tempat feeding,bersantai etc..malam arwah azan dgn sedap..duduk mengaji terkepit2 takut..masa tu uwan 'tung tang tung tang" menumbuk cili di dapur..habis mengaji pun makan..kalau uwan gulai ayam masak lemak cili padi dgn serai...rasanya tak ada yang boleh challenge di kampung..sangat lah sedapppp..sampaikan kalau pergi surau bawak nasi beramai-ramai mesti nak makan lauk sendiri dari rumah..uwan pandai masak,rajin kemas rumah.. rumah dia tak pernah bersepah sikit pun..kalau angkat baju dari jemuran tak sempat lipat uwan tak lambakkan macam tu ajer..dia angkat masuk bakul letak terlindung di dalam bilik..kata uwan antara rumah kehabisan susu dan tak berkemas bila org datang,yang tak ber kemas lah lagi malu,sebabnya kalau susu habis sebab kita kehabisan wang,tapi kalau tak berkemas memang kerana malas sahaja..uwan jaga rumahnya alas meja sentiasa berganti..uwan beli kain kosong dari kedai..gunting bunga dari langsir lama dan jahit sulam tampal..masa lapang uwan buat kraftangan..buat manik dari kertas dan gamguna untuk langsir dapur dan gantungan bunga..setiap sudut meja ada bunga segar dalam botol..uwan tanam banyak rumpun bunga cina di tepi bilik..baunya sangat wangi menusuki hidung..kalau pejam mata terasa wangi hingga kini..saya cintakan kampung...kampung itu tempat saya lahir,emak saya membina kehidupan di sana..takkan saya boleh lupakan sebahagian dari kehidupan nya..dimana saya bermula..apa yang ada sekarang saya ucap Alhamdulillah..Ya Allah terima kasih.