Salam semua:) Cepatnya masa berlalu..can't complaint actually,if we plan properly we have enough time to do anything:) Me, i got long list to do,shopping barang the girls,my mom,in laws, hubby tu tak masuk diri sendiri lagi..biskut nak buat..rumah nak tengok2 jugak apa yang patut buat..rumah kampung pun fikir jugak apa nak di bawak balik,nak hias etc..sibuk,banyak kerja but happy;):) So nak bukak puasa rumah sedara pun tak lah sempat lagi..except kak ikin came to our house last monday..we bukak puasa sama,she came alone as abang Din kerja malam..so i made few dishes kesukaan ikin:):)
Kak ikin punya selera dengan mine sama ajer lebih kurang..she loves my sardine goreng very much..so buatkan sardine goreng for her,steamkan terubuk masin sarawak and i got few other dishes paru goreng cili..Man of the House pulak requested Nan cheese with tandoori and also the black chicken from Subaidah Nasi Kandar..so tunaikan lah permintaan semua orang..sungguh berbaloi,nampak kak ikin menjilat jari makan sardine..hb pulak lelap2 mata dia makan Nan cheese dengan kuah dhal..memang sedap betul kuah Dhal Nan dari Subaidah Nasi Kandar Kota Damansara.
Sementara menunggu berbuka kak ikin tolong godek-godekan my iphone..instal few things..me of course lah benda ni semua tak tahu;);)
Yesterday cuti..tunaikan permintaan budak kenits ni nak buat cookies raya..happy lah this year buat kueh raya dgn dua anakdara kecik ni..they can really assist..and with thier happiness dapur pun jadi happy..tahun ni tak beli cookies..kita buat sendiri semua..so kita dah ada kueh siput and cornflakes,the next will be sarang semut,biskut arab,semprit and tart nenas..hee..hee sempat ke nak buat semua ni;)
They enjoyed drizzling the rainbow rice on the cornflakes..it was not even though. but i let them do it anyway..after all dia orang pun yang nak makan:)
Then masuk oven...tak sabar2 nak makan dia orang.
Tadaaaa..cantikkan hasilnya berwarna warni cornflakes Tia and Mia..crunchy dan wangi;)
Petang pulak fikir apa nak masak..rasanya semua orang pun boring asyik makan nasik..tanya hb apa dia nak makan..bagi few options..laksa lemak,laksa johor or mee udang..these are among the 3 dishes yang i sellau buat and hb memang makan banyak..so i guess sedap lah i masak kan..hee..hee..mengenangkan si kenits suka spaghetti i masak laksa johor semalam..recipe authenthic dari orang johor.memang tak pernah fail..sangat sedap..walaupun bahan berjela panjang dan mahal..tapi sangat sedap:) lauk pulak our favourite too..gulai masak lemak udang dengan tomato,sambal ikan bilis petai bersantan dan rebus bayam serta ulam2.
Penat jugak membuat laksa johor ni..banyak yang nak di pound,blend potong etc..buah petang semalam jambu ..kegemaran Tia dan Mia:)..Raya ni nampak nya kena tukar menu ..since dah makan laksa johor awal..laksa penang pun sedap jugak..saya suka guna laksa kanji tu..dah tu kuah mesti guna cili merah segar..bila kuahkan ke laksa kanji..sangat cantik dan bila masuk mulut..uhhhhhh sangat sedap lah:) and mesti rebus telur yang kuning dia just nice..tak cair tak keras.:):)
Sangat lah berbaloi berdiri lama di dapur sebab semua orang sangat suka makan dishes yang di buat..Tia dan Mia pun makan laksa banyak..tamak lah dia orang semalam..semua nak makan..laksa, cendul dan puteri mandi yang di buat uwan:):)..hee..hee si Tia lepas mandi rambut basah kuyup terus duduk kat meja bukak puasa sama2..Alhamdulillah sangat meriah,rasa happy dan berselera.
P.s he..hee semalam sempat jugak menjengok SSF..wahhh teruja betul..saya ada beli few things nak tukar rupa rumah sikit sempena raya..tunggu dah dekat baru letak2..ishhh tak sabar rasanya..rumah uwan kat kampung pun kena hias jugak..lain seronoknya menghias rumah kampung..boleh turun ke halaman dan ambik bunga2 dan daun segar utk letak di meja:):) Seronok jugak fikir nak bercuti lepas raya..hari ini dapat email dari farmhouse tanya nak wholemeal bread,or white or multigrain and freshmilk pulak nak lite or fullcream..bestlah farm stay yang ini..they will fill in your fridge..semua ada..doonas,electric blanket..cuma bawak personal items ajer..hopefully semuanya di permudahkan oleh Allah Sbt..Amin.
Oppss sebelum tu ada reader yang mintak my recipe lemak cili padi:):) Mine punya version adalah warisan dari uwan..bahannya simple saja sama dengan yang lain cuma the secret lies in cara kita buat..uwan masak lemak dia tak boleh kuning sangat,kuah mesti licin dan tak berketul or pecah minyak..rasanya masak lemak yang tersedap adalah gulai ikan dengan mangga muda,caranya :
3 ketul ikan tenggiri
sebiji mangga muda potong serong dan kecik.
semangkuk besar santan,tak berapa pekat atau cair atau boleh gunakan santan packet sekotak.
setengah inchi kunyit..
10 biji cili api,5 merah dan 5 hijau.
sebiji bawang merah kecik dan sebiji bawang putih.
cara : tumbuk cili dengan garam dulu hingga hancur,masukkan kunyit,tumbuk lagi sampai hancur,masuk bawang dan tumbuk hingga fine.Masuk bahan tumbuk dalam periuk dengan ikan,kacau atas api yang kecik,masukkan santan..kalau guna santan packet..biar dia lama atas api sambil di kacau baru masuk air sedikit..dengan cara ni..rasanya sama dengan santan segar..biar mendidih..jangan lama sangat takut ikan keras,masukkan mangga dan tambah garam..masak sampai mangga layu, rasakan garam dan boleh lah diangkat.
Tips untuk sedap kalau masak ikan atau udang tak boleh lama..kalau lama ikan dan udang tak manis..kalau udang dah jadi bulat dan nampak kulit berpisah dari isi itu tandanya masak terlalu lama..kalau buat sambal tumis pun sama,kalau udang untuk elakkan lama masak biar santan mendidih dulu baru masukkan udang..yang sedap di masak lama hanyalah ayam dan daging. Selamat mencuba..receipa basic ni boleh guna untuk masak apa saja jenis masak lemak cili padi cuma perlu adjustment macam ayam tambah serai,kuah biar pekat:):)






