Sedih sangat hati malam ni sebab tu menulis walaupun sangat looking forward to sleep early and straighthen my back- Tia Mia had fever since Monday- as usual i had to stay up to monitor their temperature around the clock- hence, I am very tired today.
But I just want to write this down while i still have this feeling- a deep sadness.
Apalah lagi yang boleh menyentuh my perasaan tentunya kisah me and my emak- Uwan lately sejak mata dah kurang after Maghrib dia terus naik katil dan tidur berselimut bila di ajak turun untuk dinner dia tak nak sebab dia kata nanti susah turun naik,walaupun I akan bawak dia naik dan turun tapi dia selalu cakap dia mengantuk dan dah kenyang. And without fail i akan bawak naik food kat dia dan temankan dia makan di sofa luar bilik. She always thankful for that without fail she will say "Terima kasih lah banyak2" kadang2 bila bawak naik her favourite food macam satay nampak terpancar happiness di wajahnya- Macam tu lah orang yang dah lanjut usia perkara yang sangat biasa bagi kita satu kebahagiaan bagi dia orang.
Malam ni i order pizza for the girls, masa uwan kuat dulu dia suka betul bila order pizza ni ,something special to her sebab makanan yang pakai telefon dan di hantar sampai kerumah, dia boleh habis sekeping pizza dan kalau order deli chicken wings lagi lah dia suka.
As usual malam ni lepas Maghrib dia naik katil dan selimut- so malas nak kacau dia i just turun ambik sekeping pizza buat milo panas dan bawak naik, dia i dah bagi nasi at 6.00 pm actually sama dengan Tia Mia yang lapar cepat bila balik sekolah. Tapi dah makan petang pun i dont want her to miss dinner,it;s going to be a long night for her without any other activity- what if in the middle of the night she feels hungry and cannot go down to look for food:(
Bila kejutkan dia dari baring,pimpin tangan and bawak ke sofa luar bilik makan she was so happy and thankful- sangat kesian tengok expression kat muka dia- she said " Hai dah tidur pun dapat makan lagi,terima kasih lah banyak2" Sangat sedih bila seorang ibu yang dah tak berdaya berasa so thankful to anak sedangkan apa yang anak buat hanya lah tanggungjawabnya and that is nothing compared to what she had done for me.
So sambil dia makan i temankan dan duduk kat tepi dengar berita- dengan mata yang kabur dia tak perasan i ada kat tepi,sedang makan dia berhenti dan bercakap sorang2 perlahan-lahan, i was about to say "emak jgn cakap sorang2" but decided to go near and listen to what she is saying- bila dekat dengar dia cakap " Ya Allah Ya Tuhan Ku kau pelihara lah dia suami isteri supaya kasih mengasihi antara satu sama lain dan hidup aman dan damai" I was so sad that i just keep quiet- she was so thankful to me sebab bawakan dia makanan ke atas walaupun dia dah dah tidur- bila pimpin bawak dia ke bilik air she keeps saying " Alhamdulillah dah kenyang perut- dah tidur pun dapat makan,terima kasih lah banyak2" Luka dan berdarah hati kerana kasih sayang seorang ibu- ketika umurnya 91 tahun dia masih ingat nak berterima kasih pada anak, berdoa pada Allah untuk kebahagiaan anaknya- sangat menyentuh hati saya malam ini sehingga berderai- derai airmata keluar:(
Sejak mata dah kabur inilah tempat breakfast Uwan dan Tia Mia pagi2- sejak Tia Mia Masuk Darjah 1 saya tak sempat lagi nak bawak dia turun breakfast,tak sedap hati nak harapkan Heni membawak dia turun after kita dah pergi office tak tahu pukul berapa pulak Uwan dapat minum.Jadi lepas habis masak pukul 6.00 pagi bawak se tray ke atas breakfast Uwan and the girls- letakkan di luar bilik kat meja pink Tia Mia ni utk Uwan breakfast- Bila dia dah makan baru lah senang hati ke pejabat.
Itu lah my emak sepanjang hidupnya tak pernah meminta walau sebentuk cincin pun from me apatah lagi duit- apa yang kita bagi selalu merisaukan dia takut kita tak cukup duit, dulu2 kalau kita hulur duit 100 dia kan pulangkan 50.00- masa mula2 kerja dulu pernah menangis bila balik dari kampung tengok terselit duit 50 dalam handbag di pulangkan separuh kerana takut anak tak cukup duit.
Rezeki yang saya pinta pada Allah Swt adalah untuk dia jugak, kesihatan dan umur yang saya pohon pada Allah Swt juga untuk menjaga dia dan anak2 saya serta orang2 yang di kasihi.
Sesiapa yang mempunyai ibu yang masih kuat berdikari jangan lah alpa dan terlena- umur mereka meningkat bagaikan kilat- baru saja saya menghantar message kepada my sister bercerita kisah malam ni dan menyatakan how i miss my emak seating at the kitchen bench helping me buang kaki taugeh- bukan tenaga dia yang kita perlukan tetapi kehadirannya- once kita kehilangan itu akan ada ruang yang kosong di hati kita- bagaimana pun tak akan terisi:(
…………..






































