Alhamdulillah InshAllah diberi peluang menyambut Hari Raya Qurban 2012.Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Qurban kepada semua keluarga,kawan2 dan pembaca disini,semoga semua dari kita mendapat keberkatanNYA.
Semalam membelek gambar2 lama,melihat gambar Uwan baru lepas operate dulu.Terasa sangat insaf dan bersyukur,sangat sukar pada masa itu..Allah Sbt beri kan jalan,beri kan rahmat dapat di lalui dengan baik.Sangat teringat kata2 my brother ketika berdua di luar ICU sambil mengalir airmata -" Sebagai manusia kita senang insaf bila kesusahan melanda tetapi "mempertahankan/mengekalkan" keinsafan itu tidak mudah". Terima Kasih Pashik,moga kita dapat mengekalkan nya bersama dan saling ingat mengingati antara satu sama lain.
Semalam mendapat salam dari ibu staff yang sedang menunaikan Haji di Mekah,sangat genbira menyambut salamnya.Bagi kawan2,saudara mara yang menunaikan Haji moga mendapat rahmat Allah Sbt dan mendapat Haji yang mabrur.Selalu tersentuh melihat gambar ini,my brother Paktih yang dipeluk erat anak lelakinya sekembalinya dari Mekah..semoga kasih sayang berkelalan dan erat seperti pelukan ini.
Selain itu ada orang telah rindu kan kampung..Kata pashik rambutan telah berbuah,dahan durian telah meliuk..seakan telah merasa angin yang sejuk,air yang didingin,ketupat yang hangat,lemang dan rendang yang lemak.....
Saban tahun permandangan ini selalu saja di rindui....rindu untuk duduk menganyam angan2 di sini.
Dapur putih merah ini pun sangat di ingati...sejuk dan nyaman menjamu selera.
Moga pokok kaktus uwan masih berdiri segar..
Tak sabarnya nak makan rendang berdaun puding..cuma tahun ni di tempah saja dari saudara sebelah rumah..tak sempat.
Kalau bakar lemang sendiri mestailah sangat seronok kan..
Tapi yang paling seronok..ini diaaaa..Uwan!!!..ha haa buat apa tu? makan Mee rojak Pilah di dapur diam2 ye:)
Balik kampung memang holiday feel habis bagi dua orang ni..ala2 pergi farmhouse:)
Sebelum menutup tirai nak menjawab 3 soalan: 1) (Mrs FHM) How to cook sedap masak lemak cilipadi in Madinah without fresh tumeric and using powdered santan only. 2) (Ann Huzi)How to fry delicious keropok lekor 3.) Where did i buy the Cake Stand?
1) Actually it is not difficult to cook masak lemak cilipadi..the ingredient is very simple,the method is more important,you can have the same ingredient but if there are 3 people cooking it,the result will differ from one another. Since masak lemak cilipadi is my 'forte' i am very particular about it.Did i tell all of you a story about some one i know yang husband dia really ridiculous?- This lady told me,if she cooks masak lemak cilipadi and the kuah berketul the husband will pour the whole pot in a drain.Once she said she bought XXL prawns and she cooked masak lemak,the gravy jadi curdled..berketul..the husband threw the whole pot into drain..and she cried looking at the prawns in the drain.I told her that her husband is CRAZY! nevertheless i taught her how to avoid the kuah from being berketul. First kena kacau selalu,tak boleh biarkan mendidih tanpa di kacau.secondly make sure santan is good,santan dah perah siap kat kedai always have this effect,actually santan kotak is better or beli kelapa parut dan perah sendiri.Thirdly if you are cooking seafood like ketam yang banyak salt..better to kacau the ketam with bahan tumbuk without the santan first in the pot to dry the water inside the seafood ...once all the bubbles come out..the kuah will be nicer.
This is my masak lemak udang in Sydney- i used canned santan and powdered kunyit.The taste and result is still the same like when in i cook in Malaysia.
This is my masak lemak ikan with mangga in Geneva-pekat dan lemak too,guna kunyit seruk dan santan kotak.
Of course lah yang terbaik kalau guna fresh kunyit..bau dia sangat sedap.To Mrs FHM- my advice is kalau tak ada santan kotak or segar and bila you guna santan serbuk,campur serbuk santan tu dgn air panas dalam mangkuk dulu,bubuh sikit ajer air,biar pekat.Santan serbuk ni sesuai utk bubuh dalam kueh actually.Bila you masak ikan or udang selepas you tumbuk cili,dan bubuh bawang sikit,masukkan dalam periuk dengan ikan dan serbuk kunyit yang dah di cairkan..kacau2 dulu sampai wangi sikit,dah tu masukkan serbuk santan pekat tadi dan kacau lagi sampai kering sikit,kemudian baru tambah air sikit secukupnya utk dapat kuah. Berapa banyak kuah sangat penting dalam apa pun masakan,especially masak lemak dan sup..kalau terlebih air,kelemakan ikan,daging or ayam tak terasa.Heni selalu tak tau nak sukat berapa nak bubuh air dalam sup atau gulai,kadang2 bila emergency saya tak ada rumah nak suruh jugak dia rebus bayam atau tulang,so saya ajar dia untuk sukat,kalau masakan itu untuk sepinggan gulai,sukat santan atau air dalam pinggan tu..kuah tak patut lebih dari tu..baru gulai sedap.
Many of my friends said my masak lemak cilipadi serai ayam is "The Best"..ada kawan yang cakap rasa nak minum the kuah with straw:):) ha ha..perasan makcik kojap:);)Alhamdulillah. Cara masak orang berlainan antara satu sama lain,semua di warisi dari emak kita actually,my cara; ikut uwan..kalau masak ayam i akan tumbuk cilipadi dan kunyit dan serai..kalau seekor ayam saya guna hampir 10 batang serai! bila dah lumat saya masuk dalam periuk dengan ayam yang dah di toskan..saya akan masak tanpa santan hingga kering,keluar minyak dan wangi..lepas tu tu baru masuk santan dan biar mendidih lama.Jangan lupa asam keping sedikit dan garam.To Mrs FHM kalau you masak ayam guna serbuk santan sama jugak method macam kat atas except you boleh bubuh minyak sikit kat dalam periuk dan masak ayam hingga kering sebab santan serbuk tak pekat,susah nak dapat bau wangi so kalau tumis sikit boleh lah tahan rasa dia.
Gulai masak lemak cili padi yang sedap tak payah banyak lauk lain..kena ada combination yang betul..ada sambal tumis dan sejenis sayur atau ulam sudah cukup,tak boleh ada lauk utama yang lain macam curry atau sup..tak kena.
Tapi kalau ada yang ini paling best!Best company!
2) To Ann Huzi...alaaa kesian..kenapa goreng keropok tak jadi?.I guna frozen keropok lekor from Mardi Ann.Senang saja masukkan minyak yang cukup dalam kuali, biar cukup panas,dah tu masukkan keropok dalam minyak tersebut dan jgn kacau dulu,biar bahagian bawah dan tepi garing dulu,sudah tu baru balik ..kalau tak dia lekat2 kat sudip you sebab keropok lekor banyak tepung ubi. Bila dah garinng and flip over kecikkan api sikit biar lah yang sebelah masak pulak.If it sticks to one another use two spatulas to separate it. The key; dia mesti sampai garing sikit baru boleh flip, and goreng biar sampai masak betul.
3) Mana beli cake stand?- I bought from an open space stall at Sunway Giza,1st Floor,Dataran Sunway.Ada promotion jual barang2 kaca dan pinggan mangkuk since Raya Puasa..tak perasan pun cake stand ni..tapi hari tu memang carik nak beli. Kalau pakai hari2 dan ada anak kecik memang yang plastic recommended, i have the heavy glass one i bought for RM180.00, it is very nice but not suitable for Tia Mia's delicate hands:);)Thanks so much Sweet Like Candy- kat OZ memang banyak pilihan dan cantik2 serta murah kan..sini tak byk choice pun and our exchange rate now pun not so good:(:( I pergi Perth and Sydney dulu pun sangat gila tengok barang2 dapur dia:);)Happy shopping in Adelaide wish boleh join sama:):).
Finally and one more time Selamat Menyambut Raya Qurban and drive safely.Thanks to all readers di amna saja berada , if i miss any questions or queries i will attend to it in the next entry:)
Moga kita dapat menghayati nya dengan baik.Amin.

