Alhamdulillah dah pun 5 hari menunaikan puasa:)
I was really looking forward to the weekend as weekday was really tight:) Saturday the girls asked me to make raya cookies for them:) When i showed them few pictures of biskut raya online they picked Dahlia cookies.
When i was small my emak without fail surely buat Dahlia or semperit using the "sawa" it was always fun to see her pressing the sawa and beautiful cookies came out from it:) Her samperit or dahlia memang sedap tapi i tak pernah lah berusaha nak menyalin resipi nya,now uwan dah lupa - rasa menyesal, banyak biskut2 yang sedap dia buat dulu. I jugak perticular dalam memakan biskut- buat sendiri nya jarang tapi pandai nak makan yang terbaik ajer he he:) I have google few recipes online and yang paling menarik i jumpa dan bila baca ingredient tu dah boleh rasa sedap adalah biskut dahlia dari "Dapur Tanpa Sempadan"- terimakasih banyak2 to En Mat Gebu kerana berkongsi recipe- truly sedap dan menepati selera kita orang semua- baru buat dah sebalang habis:):) Pada yang nak mencuba boleh lah melawat ke blog Dapur Tanpa Sempadan.
Budak tak ada gigi sebatang kat depan yang sentiasa excited bila nampak KA berputar:)- Itu tanda nya boleh makan biskut atau cake nanti:) Alhamdulillah sejak berpuasa dua2 ni berlatih lah sikit2- hari pertama sampai pukul 10.00 kedua 11.15,ketiga 11.30 dan hari ni dah boleh puasa sampai pukul 12.00:);)
Adunan yang cantik dan lembut-sangat senang menekannya- i used the cheap plastic set i bought from Aeon big.It turned out very nice too:)
Beautiful nostalgic Dahlia.
Cepat masak- sangat sedap- soft,buttery,melt in your mouth tapi tak mudah pecah:)
I bakar sampai kuning banyak- sebab i suka biskut yang cukup masak:) Sebab lembut bakar kuning macam ni pun masih tak keras:)
Budak puasa half day- berhari raya makan biskut- "very nice mama" kata dia orang.
Memanglah very nice kalau berulang bubuh dalam pinggan:)
Tapi ada jugak yang tak puasa langsung dalam rumah ni - Stevie&Felly- he he.24 jam makan:)
Pukul 5.00 kueh tak siap lagi-hujan turun pulak sangat lebat- adik beradik nak datang berdoa dan berbuka- jawabnya ke pasar ramadhan ajer lah.Bawak budak bertopi ni untuk tarik trolley bag.
Ha ha kusyuk tengok satay:)
Bila semua orang sampai- bermacam-macam hidangan lah dia orang bawak- sampai tak cukup meja:)
Antara yang sedap sotong celup tepung my sister bawak:)
Uwan penghulu meja- sabar uwan,semua ada satay,pulut,sambal sotong,sup campur,gulai daging salai etc etc.
Yang istimewa my brother bawak petai dan maman jeruk:)
Yang seronok lepas berbuka solat berjemaah- my nephew qamat:);)
Memang istimewa berjemaah beramai-ramai-sangat istimewa rasanya:)
Hujan yang sentiasa renyai semalam- orang lelaki semua ke masjid dan kami perempuan sembahyang di rumah sahaja- lepas sembahyang kita duduk bergolek mendengat ceramah di You Tube etc sangatlah seronok - sebab hujan sejuk,Tia Mia pun bawak semua blanket turun.Tengoklah si Mia mengusik Kak Yan:)Dan uwan yang telah belayar kat belakang tu selepas- makan,wirid,makan,wirid kih kih:)
Today we went out to buy raya shoes for uwan,heni and you both:) The girls break fast at 12.00 today:)
Tu dia Uwan- BATA tetap di hati selamanya kih kih-kali ni suruh uwan beli kasut senang sikit tak tercabut- yang model ni pun sangat comfortable,mencengkam kaki elok.
Yeayyy ese happy dah boli kasut BATA- ingat kecik2 dulu nak raya emaklah yang bawak kita ke kedai beli baju,kasut- sangat bersyukur tak terhingga diberi peluang oleh Allah dapat berbuat demikian pada dia pulak- walaupun benda kecik tapi sangat bermakna tengok dia happy memilih kasut:)
Balik Mall singgah pasar segar beli barang- hari ni masak sepenuhnya- as usual pasar ramadhan tu kalau terdesak boleh lah.I made soft tofu with dark soy sauce today.
Gulai udang with tomato.
Sambal santan sotong (kembang yang berendam) dengan petai .I cooked pengat pisang dan kuey teow panas2 too- punya lah nak panas dan masak betul2 nak maghrib,bila azan berbunyi kelamkabut buh dalam pinggan dari kuali:)
Ada budak berehat bawah lampu liplap lepas kenyang- menu orang puasa half day ni sangat dasyhat- petang they ate macaroni carbonara- malam orang makan nasi dia makan grilled salmon:)
Alhamdulillah,selamat berpuasa pada semua- soalan2 saya dah jawab di entry bawah:)
...................








































