Thursday, April 1, 2010

Dried Wantan Noodles for Doctor and Shampoo girl.

This morning we had dried wantan noodles.Dulu2 masa buat chambering kat Jalan TAR suka betul pergi makan dried wantan noodles with prawn soup kat Alisan,wahh sedap betul.Papa suka wantan ni,the girls pun suka,weekend once in a while kita pergi Homst,Muslim Chinese restaurant, kat Dataran Kota Damansara untuk makan dried wantan ni.Buat dia tak susah tapi leceh and ada skills tersendiri,mama belajar dari auntie sudarnee yang husband dia chinese,memang sedap and jadi terus.

Cuma perlu boil the chicken,shred it,boil sawi and shitake mushroom too,tapi pagi ni kita guna oyster mushroom sebab shitake tak de. The secret lies in bahan2 yang di tumis untuk gaul and wantan tu.Bahan dia cuma crush garlic yang banyak,sedikit white pepper,dah tumis wangi dan brown tutup api,masuk kicap and gaul,tambah sesame seed oil sikit. Merebus wantan ni yang kena hati2 kalau tak dia sticky and lembek.Kena buat sikit2,boil the water, lerai-leraikan wantan,masuk dalam strainer besi dan celup dalam air panas,kacau guna chopstick,buat sikit2 dan letak ketepi,bila dah habis semua masuk dalam dalam bekas yang ada bahan tumisan tadi and gaul semua guna chopstick supaya tak putus.rasa lah sikit kalau tak cukup masin tambah kicap lagi.Method dia lebih kurang kita buat maggie goreng tu la,gaul tanpa api. bertambah sedap kalau ada cili jeruk and buat wrapped prawn wantan soup.

Ni lah breakfast kenits this morning,dried wantan noodles,banana and apple and strawberry yoghurt drink.

Selera papa makan, satu pinggan besar habis:)

Last nite pulak mama masak simple,cara kampung se kampung kampung nya:) selera uwan lah ni.Gulai ikan tenggiri dengan timun dan tomato guna cili merah hidup instead of cilipadi,tambah tempoyak sesudu,sedap dan pekat gulai tu.Kalau dah balik lambat dari office kena masak satu main dish jer lah,yang lain2 tu rebus2 jer la.

Malam tadi jugak si Tia bukak clinic,dapat toy baru yang boleh nangis,batuk dan dengar degupan jantung jugak..cemas jugak Tia mula2.

Then bukak saloon rambut pulak,Mia jadi mangsa,ni memang tempat gelandangan dia orang bila malam,hampar tilam kat bawah,bergolek gelantang,melompat tak berenti lah.

Bila papa balik,papa pun jadi mangsa jugak "papa sit down kakak nak cut hair".Penat pun papa very happy ikut cakap anak dia.

5 comments:

Liyana s said...

sedapnya dried wantan..kita tukar kak dgn olio..heeee

seronoknya tgk tempat gelandangan tia mia..rasa nak join sekali..oopsss...disqualified.haha. auntie pos batrisyia jer la join u girls..mesti fun!

have a great weekend to tia mia..

MamaTiaMia said...

post olio jugak lah yana:) great weekend wish to you too.

Liyana s said...

re: batrisyia tak masuk kindy lg k.zu..nursery jer. tp dlm schedule mmg ada allocate time utk aktiviti -coloring, reading, singing, iqra etc. so far, ticer dia kata dia act mcm kakak utk kids yg kecik dr dia..hehe. dia bahasakan diri dia 'kakak' kat nursery. tp bila balik umah pandai pulak tukar to 'adik'..

pos olio..bulehhh..tia mia suka olio rite? :D

Gee Harun said...

Sweetnya papa layan si kenits.. :) Bz2 pun.. sempat juga.itulah terkeluarnya pepatah.. rumahku syurgaku. Alhamdullilah.

Salmi said...

owhh alisan, I miss their popia basah yang sangat sedappp..thanks for wantan recipe..nanti nak try jugak la..since DD dok teringat2 me wantan banquet kat raffles street..:-)..sure they will happy kalau me buat nie :-)