Thursday, November 8, 2012

Alhamdulillah it's Friday! Suka Tergolek-golek You:);)

Salam Jumaat to all!
Are you happy? I am..so the very the very:);) Actually everyday is a Alhamdulillah Day:) But Allah Swt Maha Pengasih dan Penyanyang..everyday bawak bahagia yang berbeza:)

Thanks yang singgah my pangkin bawah pokok rambutan and berkongis cerita:) Welcome to the new ahli pangkin;);) hmm maybe kat N9 ajer yang ada kot pangkin ni kan:);) Actually when we talk about  the cerita hantu especially us malay most of us  share the same stories:) Salmi iya ke zaman ni ada lagi? I ingat zaman dulu pun hanya cerita;(Story about pelesit lah,polong,pontianak, etc etc..there's so many types of ghost stories in kampung! And the best part each stories come during a different season:) I ingat masa kecik bila musim durian and my father banyak pokok durian..keluar lah cerita hantu stokin..kononya hantu ni suka pergi melawat orang yang tunggu durian dalam pondok durian! So takut tak boleh cerita lah kita orang nak pi duduk dalam pondok durian kesudahannya habis lah durian di kebas orang:) Hmmm it is such a nostalgia;- waiting for durian to fall in a pondok durian.Recently i told Tia Mia about my experience waiting for durian to fall in a nice pondok durian built by Uwan...both were so excited,i think they can relate very well:);) Now i can recall where did i inherit the habit of  "entertaining children' to the max..Uwan used to do that.We have dusun buah which's so near  to Uwan's house,when durian season came, Uwan will build nice pondok durian on stilts with windows and stairs.Uwan will hire people to clean the dusun until i can roll on the ground and there's many other fruit trees such as mangoesteen,langsat,rambutan,cempedak and nangka.During the school holiday i will bring my drawing block,colour pencils,transistor radio,pillows,blanket,pot and pan to the pondok.I will stay there the whole day and uwan will bring nasi and lauk in mangkuk tingkat during lunch time. The memories is simply too sweet,if i close my eyes now i can remember every details of the pondok.When my late father was still around he built 'oven' for me near the pondok...oven ni simple jer dia korek tanak kat tepi bukit atas dan bawah macam 'sabak' orang buat gula nipah..dalam lobang tu boleh bubuh kayu dan hidupkan api..i normally boil eggs or maggie for fun while waiting for durian to fall.Sangat miss those time, our dusun was on the hill slope and next to our dusun was Kak J house,she has a very nice house with full and modern facilities masa tu tak ramai orang macam rumah dia...ye lah dia ada water heater,penapis air..kita tak der:):)She planted rows of orchids and roses infront of her house..sangat cantik and since her house atas bukit roses and orchids sangat besar2..i remember her "orchid harimau".She has a bangsal with many things that never fail to amaze me..sometimes bila dia tak der rumah i rasa macam nak pi tengok2 but beware! she had 3 dogs- Johnny,Abu and Kuning..garang!!! once i reached the gate these 3 devils surely come and bark! But  one more thing which really scarier than the dogs was..ada batu besar kat kaki bukit kat rumah Kak J..gelap di tutup semak,sejukkkk and really errieeee..people said tempat hantu2 ditinggalkan..bila rumah atau sesuatu tempat di kacau hantu..bomoh kampung pun pergi ubatkan dan "dump' the hantu2 tu kat batu ni...kadang2 orang nampak ada ayam hitam ditinggalkan..dan kalau senja2 akan ada bunyi2 yang bising macam pesta kat situ..agaknya dah ramai sangat they selalu lah 'berparti' kat situ..atau tercekik makan ayam hitam tak buang bulu??so masa tu sangat takuttttt nak lalu sebab people said hantu kat sini semua angry ghost..kena dump kat situ,..ada yang dah terlalu tua,patah,cacat etc etc.

Alhamdulillah itu lah kenangan sangat2 manis masa membesar..i had good combination of everything- i was alone at home my brothers and sister were all in big town at that time, my father didn't allow me to go terjun sungai,main konda kondi with other children but i had wonderful time with 'the wonderful space' created by them. I have hundreds of story books brought back by Pashik who at that time worked at Dewan Bahasa Dan Pustaka and when school holiday they took me to KL to visit Zoo,Lake Garden,naik keretapi,pergi GlobeSilk Stores,tengok lampu kat Shah Alam,picnic etc.Ha ha happening GlobeSilk Stores masa tu..hot macam Ikea lah kiranya:);) kalau dapat beli baju situ..banggo:);) But yang tukang 'spoilt' me with branded items actually was my sister,she worked in 5 star Hotel Management..so i kecik2 duduk kampung pun raya2 pakai dresses from boutique..dah tu i kenal2 lah jugak Gucci tali hijau dan merah jugak masa tu..he he..walaupun tak tahu apa itu "Gucci" tapi tahu dah bag tali hijau merah ni "happening" aku kena ada jugak nanti ni..kihh kihhh..so masa my sister duduk Japan she bought one Gucci from Tokyo,dalam ada pig skin lining pulak..i siap hantar kat cobbler Kuala Pilah,suruh tukar kat dalam dah tu samak!!..dapat bawak pi Sekolah youuu;:);)

Seronok kan masa kecik dapat pergi Zoo kat Ulu Kelang pun best gilerr..never expect at the time oneday I will cross the sea and see Tulips in Amsterdam,cook asam pedas in London,make sambal petai in Geneva,eat croissant in Paris,climb Tokyo Tower,sip coffee by the Cannes beach,crack lobster in Monte Carlo,buy my wedding bag in Italy,rock the  Gondola in Venice, roll in Salzburg Garden....

That is life..sejauh mana pun pergi..akar umbi,kenangan masa membesar yang sangat terlekat dalam hati..antara sipping coffee at the Cannes beach dan mencecah Biskut Azan di dapur di kampung uwan..mestilah kenangan Biskut Azan yang terindah:):) Berjalan jauh satu rezki,anugerah penambah ilmu tapi 'kenangan membesar' mendewasakan dan mencorakkan hidup..sebab itu apa pun kenangan kita masa kecik,kurang atau daif satu proses sangat bernilai buat kita.

Ayaya saya dah borak sangat panjang..i suka membebel lah..itu tanda dah tua kahhhh? He he..this morning i bebel2 Mr Sherlock Holmes told my girls " tell mama not to lecture too much in the morning!" I cebik bibir dan bebel lagi..he came gave me a kiss on my forehead and left for work:):) Suddenly when i look outside the window- i see beautiful sunshines! It's Friday! jom golek golek:);)

Too much bebel..just see 5 pictures today okay.

Yesterday we took Mia to Tropicana Medical Centre..she was not well:) Alhamdulillah she's okay today.Bila sampai sini always nostalgia..tapi nostalgia sini..sangat sedih perasaannya..the statue describes my feeling well..bila teringat Uwan terbaring dengan segala tube,alat2 penuh di dada dan badan dulu..serasa mahu saja menangis tersedu-sedu.Setiap yang hidup pasti kan mati..cuma tidak berupaya melihat ibu yang lanjut usia menahan sakit.Tak tahu semada orang lain berperasaan sama..saya setiap kali melihat TMC ini sukar di gambar perasaan saya..bila melihat bangku di mana saya duduk di waktu malam Uwan bertarung di OT..masa itu hanya saya dan Allah Swt..memohon..moga saya sentiasa ingat.


Semalam yang penat..lepas hospital the girls still lah nak ke sekolah..bila sampai di office ini menunggu di meja..ohhh Thank You so much..my girls kat office pun sangat lovely kan siap aturkan strwaberry keliling cake tu:) This Chocolate cheese from Secret Recipe was simply delicious:);) i makan sekelip mata.


Since Mia's tummy baru baik,this morning i made chicken porridge with carrot and potato..sedap pulak sesekali:)


Finally nak tanya ada ke orang kat Malaysia yang jual KA with price below RM700..I nak kirim dengan my friend yang nak pergi US,KA lower range, kat sana is now selling around RM589 to RM600 plus depending on colour and model..but if ada orang kat sini jual with the same price might as well i beli kat sini kan.


To Kak Nur Paris Thank You for sharing the beautiful Colmar at Alsace,France ni..looks like Bukit Tinggi or Bukit Tinggi looks like it? Of course lah the later kan.

To Sis yang tanya i pernah pergi Wollongong ke? I never been there i passed the signboard few times dulu bila pergi Sydney and we rented car and drove all over NSW.pergi Mudgee,Southern Highlands etc etc bila nak masuk Pacific Highway tu nampak lah Wollongong signboard semua.We stayed at Balmain..so banyak lah signboard lalu sebelum sampai Pacific Highway and i tengok ada student Malaysia kat situ sini  that's why i mentioned it.

Nak recipe? InshAllah ada masa i tulis:);)

Have a nice weekend all..ada yang nak balik kampung carik durian masa cuti sekolah ni tak? Baik2 tau kalau malam2 duduk kat pondok..dan ada orang tegur pakai stokin..jgn jawab nanti dia bukak stokin..kaki dia penuh ulat dan daging kaki akan luruh2..busuk tak leh cerita..itu hantu stokin tauuuu!!!

Pada yang berkirim salam InshAllah saya sampaikan;)Yang berminat cake chocolate tu rasanya semua Petronas ada tapi yg my husband beli kat Highway NKVE.Ann Huzi Lion City ada Petronas tak? he he;):)

Ta Ta.............. 

25 comments:

Anonymous said...

kak, kitchen aid mixer ni mmg sangat menggiurkan...kalau akak dah ada tau kt mana jual KA ni murah, jgn lupa share kt blog eh? saya asek terbayang kaler merah...huhuhuh

annhuzi said...

takde! tapi seberang tambak, chop pasport je dah boleh jumpa! 15mins je kalau tak jam :D

Eey said...

Salam Sis,
Walaupun yr story panjang lebar, x jemu nak baca. Love all your story, even cuma pasal your daily routine. :p
Then, the KA sememangnya memikat. If you can get below RM700 please let me know. I nak tumpang sekaki jugak, heheheee...
>o<

shamsuhada said...

azu..u betul2 mengimbau zaman
kanak2..nak tumpang duduk kat pangkin u ya..minggu ni betul2 busy tapi still have time nak baca ur entry, cuma tak sempat nak mencelah aje.. anak tak sihat..musim hujan ni..kena asthma teruk..dua kali ke kinik sedut oxygen.. harap2 Mia ceput sembuh ya..kenangan zaman kanak2 yg mengajar kita mcm2.walau tidak semewah sekrg tapi dulu itulah syurga kita..moga anak2 akan lebih bersyukur dgn semua kesenangan yg kita berikan hari ini...have a nice weekend to u & famili..cuti pjg ke minggu depan??

yanizz said...

Salam akak meruntun jiwa nak dptkan KA nie, kalo aakak dapat price murah share2 yer,......

Anonymous said...

wow best la blog ni!baru terjumpa..byk nya tpt mamatiamia ni pergi..kerja apa ya mamatiamia ni?

pestime dgr psl hantu stokin!
ehm...blh jd follower blog nila!

Anonymous said...

sedapnya porridge! kat kedah popular juga pangkin ni especially time kenduri kahwin..potong memotong bawang, daun pandan etc atas pangkin :-) -niza noordin-

ibunurin said...

terkenang2 cerita seramu masa kecik2 dulu..rupanya banyak betul jenis-jenis hantu ni kan...
masa belajar dulu pun ada cerita seram..macam orang minyak tu..peliknya cerita orang minyak mengganas hanya pada musim exam..hahaha...

by the way, happy weekend kak zu..

masyit said...

Assalamualaikum akak
aish trus nk tinggal jejak lepas baca akak ckp pangkin ada kt n9 je..hehe
sy org penang...pangkin tu wajib sbb tmpt main masak2..
Ingat kecik2 tok masak gulai dgn syur goreng,
kami sepupu sepapat ni pegi la bentang tikar bawah pokok mempelam depan tali air dengan bendang..seronoknya..berangin smbil mkn..
Kenangan itu indah kan...:-)

Anonymous said...

salam azu ...selamat bercui panjang,sambil baring golek gelantang with uwan and tiamia and papa too.penat golek2 dan perut dh lapar bole masak lomak cili padi ikan merah dgn terung telunjuk campur petai,heni xada ni,xpyh la berebut nak basuh ikan segar kan ...kirim salam kat uwan,kuek uwan minah buek pundung tompek nunggu durian tu,memang sweet kenangan dgn uwan,syukur allah kurniakan kesihatan pd dia ..dan azu sempat menjaga.mengasihi dia dgn penuh keiklasan,sodih baca kisah kutu masuk kat tepi mato uwan,siap nak bg duit bila azu dapat kelua kan kutu tu,mcm tebayang uwan xsempat nak pakai baju cepat2 kelua kejar azu sampai kekereta,padanya azu tetap anak bongsu yg sgt disayangi ..

Anonymous said...

Kak azu i'm falling in love with ur pangkin heehee

Mrs.FHM said...

salam...
aduhhh cantik nye KA tuuu berkilat2 haaa...

aeinio said...

askm... saya pun nak KA tu kalau ada... bgtau saya... :)

zuhriyannie said...

Salam kak zu.
Minggu ni sy sibuk nak cari klinik utk anak sulung berkhatan so x dapek nak blk kg doh. Musim cuti skolah la katakan. Seronok tul bila tgk ramai org yg duk usha gagdet dapur nih tp sey x mampu doh, mampu nengok yo lah. Hahaha.. Kalu ada rezeki terlebih blh gak kalu kak zu dpt cari yg murah kan. *ada ati nak join jgk nih. Hihihi.
Ok. Hepi weekend kak zu...^_^

Nor Azlina Yusof said...

Kek coklat kt petronas ada 2 brand. Satu anis moist choc cake. Satu lagi saya lupa brandnya. Yg segiempat panjang , belas2 ringgit ja..tu paberet saya tu..heheh.kalau ada potluck kt area taman rmh saya..saya beli yg tu ja bwk pegi..senang n sedappp

Anonymous said...

kat viva jln loke yew ada ka...tp mn leh dpt rm700..rm2500 n above yer lar.. if ada yg ratus2 mmg saya pun rembat..

ida said...

Azu ni hebat betul bercerita...kisah hantu hantu tu memang sama jer di setiap negeri barangkali...owh talking bout pergi zoo...n having baju dr globe silk store memang samaaa sangat kenangannya...sezaman kan kita azu...everytime nampak.globe u which is now namanya.sarah@hughes...waaa teringat kenangan shopping baju utk raya disana...grand sangat rasanya...n di kg tu rasa cam kita laa paling cun...syiok betul mengenang masa lalu ....

Anonymous said...

Askum K.zu,

Holaho K.zu,

How are you k.zu and all ta home?Hope bn filled with happiness and blsses from Above (Allh swt) you hv spent such sweet moment with your bloved one at home, and nice to hear,all your story bn touched my heart whnever I read abt uwan even I hv read read it for several times whnever u nvr update ur blog, uwan such wonderful woman and Allah swt blessed her with a great life and my pray may she live with healthy and wealthy Aminn.

Anyway hv good day and wonderful moment with all special people at home.

Mak Lagenda said...

Seronok dgn kak zu bercerita. Heibatnya kak zu bercerita..Membaca kisah silam kak zu pun mcm blh terasa2. :)

KA tu mmg menjadi idaman setiap kaum ibu kot. Klu kak zu dpt harga murah,later share2 yeh

The Singing Pilot said...

How diff is the lower range kitchen aid compared to the top rrange? If dats the photo nmpk same je

rina mazlan said...

Hope Mia get well soon!

Merah Baldu said...

xprnh lg jmpe price below than rm2k..if kzu jmpe pls shared..sgt teringiinnn

mumsie said...

Dear Zu, if I may, kat KL mana ada sell less than RM 2.5k, unless people are upgrading theirs and desperate to let go of their old one, I suppose. And kalau beli from US you would need to use an adaptor. I would suggest you beli from Singapore which is made for use in this region so no unnecessary complications. I bought mine for about 700 Singapore dollar. I hope you don't mind me intruding in here...

Anyhoo, good luck in finding yours. I am absolutely in love with mine!

Nur-nba said...

Kat rumah ni ada mixer Kenwood tapi dah lama tak guna... Last guna raya hari tu.. Macam nak dapat aura rajin macam Kak Zu.. :)

fara said...

KA tu kalau retail di malaysia in range of 2700 - 2800.
i buy online through amazon.
shipping form hop, shop n go
then finally arrived malaysia..
total cost rm1800 (after diconvert).
itu i rasa dah cukup murah kot..black in color. sangat puas hati, cuma plug dia kena tukar ..sebab tak ikut malaysia standard. tapi no worries..semua itu bisa diatur dengan cost yg sangat2 minimum.