Sunday, September 13, 2009

Kuayteow mama sedap gilerr,Gulai Ketam mama leleh leleh

Alhamdulillah dah nak sampai penghujung Ramadhan kita..terasa sedih jugak nak meninggalkan kemeriahan dan kebahagian yang di bawa Ramadhan kali ini.Seperti biasa hujung minggu lah mama papa kejar nak buat semua benda dan hujung minggu jugak lah full time masak.Hari sabtu we went to pick up cookies at Bukit jelutong and Sunday we with uwan went Tesco to buy groceries and ikan..there were thousands of people..orang macam lapar gilerr lah kat Tesco tu kalau tak bawak dua trolley tak sah..memang ada yang murah macam Siakap yang sedang hanya R4.50 seekor kalau beli kat Jusco around RM10..tapi keributan kat Tesco tu pening la kapla.Apa pun mama berjaya lah ambik apa yang nak di beli..mengata orang..mama pun ended up with 2 trolleys jugak..hehh..hehh..dan yang ponting petang tu mama dah masak char kueytewo sodapp gilerr..macam tergolek2 rasa sedap dia bila masuk mulut..kihh..kihh and gulai ketam masak lemak cili padi ngan tomato lak..tak der tandingan..he..hehh..sabar jer lah yang baca ok.

Eeee.. terrornya mama boleh masak char kuey teow lagi sedap dari penang....tak po banggo ni haaa..memang sodap..mama tak suka guna kuey teow dalam plastik tu..so mama beli kuey teow batang macam nak buat yong tow foo tu..potong ikut size suka..daging,shitake mushroom,taugeh..daun bawang..wahh..masa berasap tu..sodap bagitu..

Ketam lemak manis..makan taruk kuah banyak2..taruk sambal..gigit ulam bendi rebus..syedappp nyerrr..uwan tambah banyak kali ler..

Goreng kepak ayam dengan kacang panjang with cilipadai bawang and kunyit..wangi ..makan dengan nasik kosong saja pun sedap..sesuai untuk sahur.

Siakap RM4.50 mama..daging masih manis dan segar..goreng garing2..dan tumis sambal istimewa mama..wah sodapnya bila curah tumis cendawan style zaman dulu..

Kalau masak cendawan mama memang suka uwan style ni..sedapp tanya papa tak caya..tumbuk bawang putih merah,ikan bilis,kunyit..minyak sikit jer..tumis sampai wangi..masuk air and then cendawan..memang kaw..

Buah ni heni (our maid) yang mengaturnya..camtu lah kesenian heni dari lampung tu haaa..

satu lagi hasil seni heni..heni tiap petang tukang atur jer la..tukang masak mama..dah berpeluh bersilat masak macam2 mama tinggalkan lah untuk dia atur..ulam bendi dan terung rebus ni favourite semua..
Kelapa botak for everybody..RM3.99 sebijik mama beli 6 bijik..rezki semalam air dia memang manis dan fresh..new delivery kat Tesco agaknya..

Ni lah dua budak yang ngekor kat Tesco tu..dah boring buat macam2 hal..main limau,kacang panjang..mama kejar nak marah tapi semua orang including yang tak kenal pun cakap"they so sweet budak2 memang camtu"..nanti balik yer..so kena bagi lollipop nak kasi diam..

Mia..meleleh sana sini..menghisap lollipop dia..

Tia sempat bergaya lagi..pandai sekarang..kalau nak keluar somewhere mama tak siap lagi cakap kat dia tunggu mama nak mandi,nak tukar baju,dia jawap "mama dah cantik..jom go,jom go"..
ada photoshoot kat Tesco tu for kids..the girls sibuk lah kat situ..
Mia sibuk menumpang props kat situ jugakk..

Ngan uwan buat apa2 tah kat tepi tu..as long diam ok lah..

Tia pandai buat trick sekarang nak ambik gambar dia kalau comot..dia tutup muka..tu selipar heni yang dia pakai..

see masih tak nak tunjuk muka dia..nakal ni dua orang anak mama..meriah puasa tahun ni dengan dia orang..Alhamdulillah.

Thursday, September 10, 2009

The Big Bad Wolf has Escaped!

Today is no more cerita Chenta..nanti bila mood chenta datang balik cerita lagi..today is cerita seram okayyy..the big bad wolf has escaped and running amok.Where??..It was at Laura Ashley!!!The big bad wolf must have something against the Brits that it ran amok there..ha,hah..hahh..haaa the big bad wolf is mama's shopping nafsu la..dah lama mama ikat kat dalam badan ni..ingat simpul mati tak keluar..rupanya simpul plastic teh tarik jerr..tapi hari ni memang berbaloi la shopping at Laura Ashley because it is not 20% or 30 % but selected items are up to 80% or 70%..so pants yang harga RM500 dah tinggal RM100++,blouse RMRM300 dah jadi RM90++..wahh so gumbira.Ye la kalau tak just imagine nak beli dua helai baju kat Laura Ashley Malaysia ni mesti jadi hampir seribu..memang lah too much for mama yang purse tak tebal ni..kecuali masa pregnant dulu..blame it on the hormones..masuk jer LA meleleh air liur, sebab takut you both meleleh airliur bila lahir mama pun beli&beli..now you' ve got to thank mama..tak de airliur meleleh..airmata papa jer yang leleh leleh..ha..haaa..

Gumbira hari ni..walaupun pocket dah kosong..

Sebab kak ikin tak sabar nak tengok..so mama tunjuk skett kat sini..the wide bottom pant ni is price at RM499 and the blouse is Rm299 now is less 70%..and bila pakai so nice and selesa..tak boleh resist.

Another pant yang tak boleh say no..mama match it with this red top,the material is soft and cooling..
The bootcut jeans..nasib baik ada size 10 lagi..kalo tak..leleh air liur..less 50% plus anonther 10 % for MJ cardholder...

Inilah hasil rembatan,tak sabar sampai jer opis terus tengok lagi..tapi kata kak ikin kalau sales pun tapi rembat 9 helai..tak do la jimat mana..ye ke..takkkkk laa..jimat ooo..sebab nanti 9 bulan tak payah beli baju..hehhh..hehhh..walaupun secara pahit mengakui memang pocket dah kosong..and there's no assurance on the 9 months holdback period tu..

(picture taken from kak ikin's blog..gambar masa bukak posa at pakchik house hari tu)

Perasaan tuan punya blog cam kat dalam gambar atas tu lerr..gumbiraaaaa jerrrrr...siap duduk terpusing badan..walaupun bukan duduk kat swivel chair:)hakikatnyke mall hari ni nak beli sepeket curry paste sebab sejak semalam teringin nak makan yong tau foo curry..tapi..apakan daya..terpesong sudah hala arah...tak pe nanti singgah pasar segar..buat yong tau foo curry yang kaw gilerr supaya perut papa penuh dan bila tengok shopping bag bersepah dia dia senyum jer..

p.s ingatan kat diri sendiri since semua baju beli tu looks nice kalau tak buncit so after posa tak boleh gumuk..makan lemang nanti kena ingat..nak slurrppp tulang pakai straw nanti kena remember..nak pulun nasik dengan sardin goreng pun kena sedar...
Nota kaki ; Salam to Gee Riyadh,Gee saya tak boleh tinggal komen kat FP awak ler..asyik not allowed jer..thanks for the wish and selamat menyambut hari raya kat gee&family yang jauh di perantauan okayy.

Wednesday, September 9, 2009

PEMINAT CHENTA@CINTA

Ha..ha..title is a bit hot..rupanya ramai la peminat cherita cinta,semalam mama citer cheritera chenta(tribute to ayan CHENTAKU) sikit wahhh banyak lah silent readers email mintak more and more,suruh cerita siapa yang gemok,yang kurus,yang pendek and kisah dating with papa laa..ha..haaa...Hmm malaslah nak cerita lebih2 ni..cerita lama..setiap cerita yang mama tulis kat sini semua ada significant,ada kenangan,ada 'magic' in our lifes yang mama tak nak terlepas begitu saja..bukan setakat bercerita saja..suatu hari nanti bila mama dah really tua dan takkan bercerita lagi kerana sudah lupa atau maybe telah tiada Tia Mia boleh ada kenangan cerita mama..kalau suatu hari you both tengok mama seorang tua yang berkedut macam uwan melamun jauh,tiada lagi bijaksana,tiada lagi rupa,tiada lagi bawa bahagia..dengan kenangan ini you both tahu mama papa telah melalui segala,pernah muda,pernah bijaksana..pernah ada segala..dan yang paling penting biarlah ia jadi ingatan untuk berpijak di bumi nyata.Okay lah..untuk tidak menghampa dan untuk mengukir senyuman di muka hari ni dan suatu hari nanti mama cerita kenangan yang manis dan kelakar:)

Gambar kat atas ni lovey dovey couple yang mama papa jumpa di Florence,they are so sweet, so nice to us..macam dah lama kenal..mama pun snap lah gambar dia orang buat kenangan.So cerita mama hari ni tak de lah kena mengena dengan dia orang ni..ni cerita peminat "ganjil".Masa mama mula2 kerja dulu after dah duduk rumah pakcik mama duduk menyewa apartment maklang kat Desa Pandan dengan kawan mama Wan Nor,kita orang duduk berdua jer,dia one of mama's best friend, kenal masa di Law faculty dulu.Everytime balik kerja mama singgah check "pigeon holes" kat ground floor tu tengok surat, oneday tu mama dapat satu surat tak der stem,bawak naik mama pun cerita kat Wan Nor and dia tak sabar2 suruh mama bukak,bila bukak tengok surat yang bertulis rapi dan cantik..antara barisan yang di tulis " saya sangat meminati saudari,setiap hari saya memerhatikan saudari,saya suka cara saudari berjalan,et etc,kalau tak dapat tengok saudari pun tengok bumbung kereta saudari pun sudah cukup" masayallah gilaaanya..tengok bumbung kereta lagi..minat sangat kot kat keta mama yang comel masa tu..ha..ha..masa tu first kereta mama satria merah WFF 320..sayang giler lah kat kereta ni..ye lah beli dengan duit penat lelah sendiri..masa jual kereta ni mama melalak..ha.hahh..ok berbalik cerita tadi, Wan Nor cakap mesti dia duduk kat apartment kita orang jugak dan duduk level tinggi kalau tak camana la nak nampak bumbung keta!!!.Mama tak berapa suka lah baca surat dia tak berapa rasional..tapi wan Nor cakap mana tahu Azu maybe dia hensem gilerr..anak raja..kih..kihh..hemsen gilar anak raja aper kalau pi letak surat dalam pigeon hole..tak kan suruh pengawal istana lak yang hantar..dan apa kerja dia perati bumbung kereta orang..takuttt lah jugak masa tu.So, after few days dapat lagi surat..this time dia marah kat mama sebab tak lagi lalu tempat yang mama selalu lalu,alih kereta tempat lain..aduhh gilo botul ni..dan dia siap tinggal kan no phone suruh mama call.Balik rumah cerita lah kat wan Nor lagi..Wan Nor pun sibuk lah suruh mama call..mama tak nak..dia cakap to end up mama punya curiosity call lerr..mama pun ikut cakap dia call nak la tahu sapo la yang gilo amek ni..bila call tiba2 pompuan suara halus jawab..mama ingat salah no,call lagi sekali..sama jugak girl jugak yang jawab..mama ingat ni mesti kes kantoi ni..girlfriend dia dah angkat..mama pun mula lah nak explain biar dia tahu apo kojo boyfriend dia..tiba2 girl ni jawab " sayalah yang tulis surat tu..saya suka kat awak dan kenal dengan lebih lanjut lagi"Kaboommmm..gila baboon..mama terus letak phone..citer kat wan Nor..gila betul akhir zaman ni..after that dia tulis lagi surat explain dia suka kat mama sebab cikgu dia yang mati dulu rupa mama lah,dan mintak nak kawan lah,nak jumpa etc..camni camtu lah..tapi mama ignore jer..in the end dia really marah..mama takut jugak masa tu..everytime jalan asyik tengok kiri kanan depan belakang..itulah cerita yang kelakar dan seram jugak.Wan Nor cakap kat mama "tu lah kau Azu..orang lelaki suka kau semua tak nak..nak dapat ko pompuan suka kat ko.."Ha..hahhh..haa..kira dasat jugak lah yekk.

Nasib baik dapat papa lelaki sejati..walaupun tak se macho mana..tapi pandai mathematic..itu yang penting..kihh..kihh..Olympiad dulu..boleh lah tolong mama buat Finance paper MBA..haa..haaa sampai dapai distinction,sungguh di luar dugaan ..haaa..haaa..secara seriousnya papa sentiasa berada di sisi mama dalam apa keadaan sekali pun..masa mama terguling-guling buat paper MBA dia pun tak tidur..memberi semua sokongan..masa mama sakit papa suapkan ubat dan masa mama mengamuk papa siramkan air..walaupun kadang2 mama jadi hulk bila kena air tu ...

Papa tak pandai tinggal surat kat Pigeon hole..tapi dia berusaha memenangi hati mama dengan apa cara sekali pun..Papa tak pandang bumbung kereta mama tapi dia benamkan kereta dia dalam parit kat kampung mama..ha...haaaaaa...

Hmmmm penat bercerita ni..how i wish we could go on vacation to the places that mama papa had visited and this time with you both..butttt we just balik kampung dulu jer lah girls...main bunga api,makan lemang,tengok sungai..bila ada rezki lebih insyallah we can main ski,tengok lake,makan 'al dente" spaghetti sambil menonton God Father with papa di boutique hotel di Lucerne.



Monday, September 7, 2009

Cherita Kasut,Cherita Bulan

Kalau pakai kasut sebelah lain sebelah lain apa tandanya?That's what happen to mama today..hmm after lenggang kangkung dah masuk office..or more to lenggang ayam serama patah kaki since the kasut is tinggi sebelah..haaaa..haaaa.baru perasan kasut sebelah lain sebelah lain..camana tak perasan?Kasut tu tak sama langsung, satu ada lobang2 satu plain,kalau orang tengok memang fikir??????. .So the answer to the question mama tanya just now is kalau pakai kasut sebelah lain sebelah lain apa tandanya?jawabnya ialah tanda nak beli kasut baru lerr...alasan yang sangat beshhh..he..hehh..Jadi dengan lenggang ayam serama patah kaki mama pun pergilah Mall today,susahnya nak cuba kasut malulah kat budak sales girl tu mama sorok2 kasut yang salah tu dia asyik pandang jer..carik carik kasut tiba2 mama terpandang kasut kat bawah ni..alamak teringatnya..so sama dengan kasut yang mama beli hampir 8 tahun dulu kat San Remo..teringatlah mama Cherita Bulan.



Ni lah kasut yang mama beli tadi,Hush Puppies(tapi bukan beli satu jer..tetap dapat menyambar satu kasut snowfly jugak)..Ceritanya..8 tahun dulu mama beli kasut hantaran mama kat San Remo sama sebijik macam ni,masa tu ada official trip to Cannes, mama masih bertunang dengan papa..papa bagi sikit duit mama pun plan beli barang hantaran kat Cannes.Dengan kawan dan boss mama we drive masuk San Remo,border Italy& Monaco, jumpa brand Furla kat lorong2 tu dan mama beli handbag dan matching kasut..sama betul macam kat atas. Apa pulak Cherita Bulan?


Teringat kasut bertunang tu..nostalgia lah Cherita Bulan..Cherita Chenta ha,ha..dulu masa mula2 kenal papa mama tak la rasa nak serious dengan dia.Mama ni memang susah sikit..masa muda muda dulu (hehh..hhh sekarang pun mudaaaa:)...susah nak suka kat orang..orang pulak adalah jugak yang cuba2..entah kenapa suka pulak kat mama budak Negeri sembilan yang bermuka masam dan tiap2 minggu balik kampung ni.Antara yang suka tu ada yang kurus,gemok,pendek,kaya,gila,popular,hensem,tak berapa hensem dan tak hensem langsung suka kat mama...ha,ha..kelakar kalau di ingat satu2..semua ada character boleh buat cerita..tapi semua tak menjadi mama rasa macam tak der chemistry...biarlah masa tu mama tak kisah nak kahwin..Papa pulak sangatlah over confident orangnya..kenal sehari terus cakap nak serious..rupanya dia dah kenal mama lama dari jauh,dari kawan..so bila dia over confident tu mama tak layanlah sangat...macam rasa pe hal dia ni..Tapi sebab papa is very good in writing bila dia email mama,mama suka cara dia menulis dan papa jugak banyak travel..so kita orang share experience. Cherita Bulan terjadi bila satu bulan puasa tu macam biasa setiap tahun mama akan ambik cuti seminggu di bulan posa, balik kampung..sampai ramai budak lelaki cakap..tak payahlah nak ajak mama dating kalau kucing beranak pun mama balik Negeri 9..hmm den tak peduli biarlah den nak balik jugak.Masa duduk kampung tu tiap2 lhari papa call..cerita macam2lah..satu hari dia call tanya mama buat apa? mama cakap baru balik dari pasar dia cakap baguslah tu..masak lebih sikit dia nak datang bukak posa,mati2 mama tak bagi sebab mama tak nak tunjuk dia kat uwan,sebab mama tak rasa nak serious.Papa cakap mama tak boleh macam tu..bulan Ramadhan ni alang kan pengemis kita buka pintu untuk bagi dia masuk rumah..ni kenapa pulak mama tak bagi dia datang..susah betul...dah berhujah-hujah kat phone..dia dengan degilnya datang jugak..mama suruh datang bila hari dah gelap supaya orang tak nampak,pukul 4.30 papa dah sampai..sakitnya hati..ye lah kat sebelah rumah mama ada orang kepoh,mama malas jadi cerita. Nak di pendekkan story dan terjadilah jugak cerita,maka after selamat berbuka puasa mama,papa dan uwan,mama pun pack some food kat dia dan hantarlah dia ke kereta after maghrib tu..senanglah hati mama tak de orang nampak..dan nak jadik jugak cerita hindustan..papa masa reverse kereta dalam gelap tu dia masuk dalam parit..aduhhhhh sakitnya jiwa macam mana nak tolak kereta Mercedes Klasik buruk dia yang berat buta tu????Like it or not mama terpaksalah dengan muka tebal macam tepung talam tak jadi pergi jumpa orang sebelah yang kepoh, yang malam tu penuh dengan anak2 lelaki dia berkumpul, mintak tolong..dia orang dengan gembira datang dan cakap kat papa "tak pe bang kalau baru2 ni sebelum jadi memang macam ni..ni tanda nak lekat lah ni"..sakit betul hati mama..tak dapat lah papa balik malam tu,sebab tow truck boleh datang esoknya aje..mama dengan muka sebal dan papa dengan senyum meleret pun berjalan nak masuk rumah balik dan masa tu papa dongak ke langit ada bulan yang memang terang betul..papa pun cakap " this is a good moon,very bright..it will shine our life"...haa..haaaaa..dasat kan Cherita Bulan ni..macam romantic and macam geli geleman bila ingat..heh..hehh..sorry papa..you are a good man,Allah Sbt kuatkan jodoh kita di bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan,di kampung tumpah darah mama.

So this a man for mama and you both..Allah sbt tentukan,jadilah Cherita Bulan..Alhamdulillah kita bahagia setakat ini..moga Allah panjangkan kebahagiaan itu.Sebut bahagia mama rasa akan lebihnya bahagia raya kalau papa tambah lagi baju raya mama ..haa..haaaaa...dan kasut lagi papa,dan accesories lagi papa..dan sofa baru,dan langsir baru..semua baru baru la papa..barulah bulan bersinar terang lagi..hik..hikk..hikkk.



Dah Beli Baju Raya and Kaboommm..bunga api menipu la.

Tia Mia nak baju raya.."nak raya,nak raya"mama is not sure whether they really understand "raya" or not but one thing for sure they are really excited when mama told them about raya.Mama told them about "puasa" too,even they are just 2 years old as Shichida (their school)taught us they can understand many things at this age,true enough after mama told them that mama,papa,uwan cannot eat day time and when uwan asked to share their chocolate they said " cannot uwan posha".Both are like chatterbox now,talking non stop and they are not just talking nothing but real things like everytime papa drives Mia will say " carful (carefull) papa,carful papa,laju,tak nak laju",they tease each other too, everytime Mia sits at the dark corner Tia will scream "lizarddddd" or " allakobar (allahhuakbar)" and when Tia is in a good mood Mia will say " Mama go ofish (office),kerja" and Tia will feel sad:). Saturday mamapapa took both to buy baju kurung at Curve,we visited our usual shop,they opened booth at the ground floor "Little Haven" this shop sells good quality cotton kurung,they are a bit pricey but the workmanship is good, so mama pilih a ' yellow and ceria" baju kurung for both.To expose both to puasa and environment of raya beside allowing them to sit at the table for buka puasa,listen to quran reading, mama pasang pelita at our house and bought simple bunga api,sukanya both looking at pelita,lampu lip lap.Sunday we went to pakcik's house for buka puasa,both were really excited and non stop talking about pakcik's "marble" (the cat),upon reaching there,both terus carik marble,we had fun there with Kak ikin and company and the luxurious food,maklang,maklong pun join tak banyak picture sebab mama was really busy.The peak at pakcik house is when both waiting for kak ikin to bakar bunga api..after the usual bunga api kak ikin took out a fountain firework, supposed to be really nice,both waited and suddenly.."tum tam..tum tammmmmm..." aiyaaa it was firework plus mercun la and both really takut..nasib baik after sometimes ok..and Mia keeps saying " no more,no more..no more"..sian both. Overall it was a wonderful weekend and we are now counting days to balik kampung..hmm mama so rindu,to gather at the old house,we gonna have more activities there, besides cooking,hias2 rumah we normally parade our new bajus at nite..wear our new pyjamas..memang seronok for girls..we check out each other bag,tengok new brooch,new sandal,new bag,perfume..and we made the owner pakai the baju baru that nite,do fashion show style etc..it normally a girls session and this year Tia Mia can join too.


Both having fun at the Curve.

Suka jumpa Mr Cow..Moo..Mooo

Bergaya at the raya booths area..tak ramai orang..may be we are too early..

Checking the booth and stall selling kueh raya..in the end both beli small packets of "biskut bawang" and nyum,nyum there while waiting for mama to pilih baju.

Green la this cow why is it not brown?

Hmm its not moving mama..Mr cow Mr Cow "how are youuuu"

Papa penat dah..Mia pulak insisted on riding the bear and she had fun..Tia suddenly takut pulak.

Mama pasang pelita at our house..seronoknyaaa..both really suka..

Tia having fun with bunga api

Both like the "lip lap stars" and they will sing "Twinkle Twinkle Little Star" everytime mama switch it on
At Pakcik's house on Sunday..pakcik favourite area to pray and baca Al Quran,mama pun sembahyang here.

Makcik's delicious gulai masak lemak cilipadi udang galah..

The sweet la laaa...

kak ikin and the girls nak main bunga api..

Masa ni okay lagi..after this "tammmmm....tammmmmm...." "Tia tak syuke la"



Wednesday, September 2, 2009

Dam Dam Dum Bunyi Mercun

Time flies so fast..ye ke?Actually, we feel it flies fast because we have done so many things in one hour,one day,one month and one year.We feel one year is like a one month but if you look back there's so many things happened in one year, a crawling baby can now walk and a fiancee is now a wife. If you still feel time flies so fast as if there's nothing that you have done in the past,try to list down the things that you have done,look back at old photos.Mama looked at our last year raya's photos...you have grown darlings,there's so many sweet memories in the past,nothing to complaint,every single thing happened for reason and we should just syukur and syukur as uwan said "ingat bumi kita pijak ini milik siapa".Okayyy..with keinsafan in our heart, we now cherish the time that we have together..yeyyy nak raya,yeyyy nak balik kampung..lamanya tak balik..kesian uwan rindunya dia pada kampung..the feeling must be like you being stopped from meeting your love..how mama wish mama could arrange things so that uwan can stay in kampung longer,so that she can embrace the love that she has been missing..mama will try mama's best.Keseronokan balik kampung is beyond description, its like going back into your childhood,its like drowning in happiness..time stands still in kampung,you can just sit back and linger the sweet memories.This year gonna be great because you all dah besar,mama has spoken to pakcik we will masak our own lemang this year,pakcik will call our relative in kampung and get their help to buy for us the buluh,daun etc..hmm tak sabar nak tengok the big fire again,susun buluh lemang dah berisi,bentang tikar kat bawah pokok dan potong daging untuk rendang, masak sup tulang di halaman..macam dah boleh bau aroma rendang yang bercampur limpa dan hati bila garing..wangi menusuk hidung..macam tak sabar nak berbuka,bila bukak tutup periuk sup tulang nampak tulang dah tanggal dari daging,kuah dah mula pekat..mulalah menumbuk cilipadi perah asam limau untuk cicah daging. Dengan halaman yang di penuhi pelita,ruang tamu diganti karpet baru,lampu "lip lap" di gantung keliling rumah,suasana memang indah..bila hari hampir petang kita siap ke pasar ramadhan hunting for drinks..singgah di pasar raya pilah yang satu satunya paling glamour..seronok nya.For this year kak ikin dah tanya mama apa menu untuk raya,so we have decided ,apart from lemang and rendang we will cook nasik impit,lodeh,kuah kacang,sambal kerang and since kita akan buat sup tulang seperiuk besar we will have soto as well,just add pegedil,bawang goreng dan the kaw sambal kicap..sedapnya.


Pelita brings back all kind of memories..close your eyes and you can see yourself in the past jumping with bunga api,laughing with friends,play hide seek malam raya..

This is our last year's photo..you both were 1 year old..tak pandai nak enjoy bunga api lagi..takut..this year mama akan potong pelepah pisang buat tangkai panjang,so that kita boleh cucuk batang bunga api kat hujung dia..

Hmm it seems mama yang terlebih seronok..hahh..hahhh..mama memang hantu bunga api dari kecik..maklang pulak pernah beli bunga api besar bom..bila bakar meletup tembak kaki anak kak ambit..terbakar bengkak besar telur itik..kesian betul..meraung lah inyah malam tu..

keciknya lagi Tia last year..comel dan dobot jerrr...ni shirt baru pakai malam raya..

Mia pun masih tenit..pakai shirt baru jugak..sekarang dah tak muat..

Firts time both pakai baju kurung masa tu..seronok betul mama papa tengok..

Kalau maklang balik,uncle agil boleh anyam ketupat ni..kalau tak kita beli yang dah siap kat pasar jer la..mama boleh anyam half way aje:)

Ni lah rendang resepi uwan yang tiada tandingan,daging yang lemak2 sikit campur limpa,hati..santan pekat..bila dah garing wangi betul bau dia..sedap tak terkira kena dengan lemang yang panas berasap..

September 2009..dah besar lah anak mama,dalam umur 2 tahun ni dah pandai cakap macam2..malam tadi dapat handphone mama pretend berbual kat phone sambil cekak pinggang jalan ke hulur hilir cakap " haa..mama ofice..belum balik..adik nangis..kikin(kak ikin)..mama bolum balik..ha..haaa..yes..yess..ok bubye"

Anak mama si Tia Khadeja, nama yang mama combine kan sendiri setelah found out mama pregnant with twins..dah pandai bergaya sekarang..

Tia Khadeja and Mia Ayesha..yang pandai merajuk,buat cerita,berborak..lasak tak boleh cerita..

Now pandai demand bila keluar "nak style..nak gaya..nak jeans.."

Appetite both pun alhamdulillah..nampak je food " hungry la..nak eat la..please..please.."Nanti kita balik raya makan macam2 yer sayang..