Monday, January 9, 2012

Collection of Memories.


Salam Tia and Mia and All:) Thank You for dropping by at our memory lane again.We shall chat in the next entry ya. For those who asked questions about school or play school for certain reason i would like to talk personally to you:) i heart you *wink*wink*so please leave your email address,i will attend to it asap;)

I am bit tired today:) but very contented,happy overall:) happiness in heart is the best gift that can be granted to you:) I am puasa today,Alhamdulilah Tia is getting better,the cough is less or almost gone but i still  want to send her for Allergy Test as i have a strong feeling that she is allergy to something.I ve done mine last 2 years,i went through 33 samples,you can opt for either 33 or 60 or more than that.The test is very simple the doctor will scratch you skin lightly with needle and apply the sample from various products.My result shown that I am allergic to dust,mites and oranges..hmmm how could it be oranges?? but Alhamdulilah i am doing just fine with oranges now.

Few weeks ago somebody did asked me to relate my experience in carrying Tia Mia until giving birth as she is looking forward to get pregnant and hope that i can share my experience.Well i would love to share my experience but at the same time i am worried that i might scare you to death!..hee..hee..nothing rosy during my pregnancy,it was the toughest time in my life:) Allah Swt memberi dan menduga,in the end all the hardship worth so much that sometimes i feel thank you is not enough:) Ok lah we cerita lagi shortly..i just wanna share a few pictures i managed to snap before buka puasa semalam.



As i had a hectic schedule today i cooked one simple dish:):) Ikan kerisi singgang is one of my favorite plus it is so easy to prepare. I always keep  cilipadi,bawang and kunyit tumbuk in a container in my fridge,so bila nak masak ni,just bubuh air dalam periuk,take a spoon of cilipadi,bawang and kunyit tumbuk masukkan dalam air dan biar mendidih.Add few slice of halia,lengkuas if you have any and serai,make sure air jangan banyak,cukup2 untuk tenggelamkan ikan,masukkan  ikan,tomato,asam keping and garam.Bila kuah dah cloudy and ikan dah masak angkat..hmmm sangat sedap makan dengan nasi panas sambil menghirup kuah.




I bought acar buah for uwan..ni selalu bukak selera dia.


Ohhh Mr Petai you so gemuk,young and hot:):)..yeap cerita petai lagi,semalam dapat pemberian orang.I am easily touch with budibahasa manusia..kadang2 kita tak berapa kenal pun dia tapi kita ada dalam kotak ingatan dia..bukan kah itu istimewa..tiada harapan balasan atau sebagainya..so  saya dalam kotak ingatan seorang budak di departmant lain kat opis ni;)yang baik hati..dia pulang ke kampung dan ingat membekal kan saya buah tangan dari kampungnya.


Syukran i buka puasa with rambutan pemberiannya jugak:):)


While waiting for Azan Maghrib:) Mia dah tidur masa ni...penat..i spent sometimes with my two sunshines:)

Okay mari lah kita cerita sikit pasal pregant:) Tulis dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya sebab Tia Mia sekarang tengah belajar membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia;):)


Kalau di ikutkan panjang lah cerita tentang mengandungkan kenits sehingga melahirkan nya.Saya pendekkan sahaja lah.Pertamanya Alhamdulillah Tia Mia ini di berkati dengan rezki dalam dalam bentuk kasih sayang yang banyak bukan sahaja dari kami keluarga terdekat tapi sahabat dan orang2 yang tak di kenali pun.Saya rasa di syarikat saya ni tak adalah orang lain yang pregnant macam saya havocnya..haa..haa..bukan saja keluarga terlibat bahkan budak2 office,kawan2,orang2 syarikat dan big boss terlibat..semua memberi sokongan sungguh terharu..tanpa sokongan dari semua tentu susah saya melaluinya dulu.Menerima kebaikan yang tak berbelah bahagi dari ramai orang mengubah dan mencorak banyak perspective dan pendirian saya..kalau sebelum ni saya sangat private orangnya,kadang2 orang cakap "kering" jugak tapi kasih sayang dari insan2 lain membuat saya sangat syukur..sangat indah bila semua orang mengasihi kita..maka saya rasa perlu beri keindahan itu pada orang lain jugak:)


Saya hanya ada satu atau dua gambar ajer masa pregnant sebab sangat masa tu tak ada mood langsung ambik gambar,ni gambar di DSH tinggal few days ajer nak kena ceaser. Saya kahwin sedikit lambat dan mengandung lambat..kalau saya kata pilihan sendiri bukanlah betul sebab semua nya kehendak dan perancangan Allah Swt yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.Setiap yang berlaku bersebab..untuk siapa,kenapa dan sebagainya. Kalau dikutkan usaha memang lah saya "berusaha" untuk kahwin lambat..heee..hee semua orang saya tak suka..pinta saya pada Allah Swt masa tu bukan mahu lelaki kaya atau ternama tapi yang "cerdik" dari segala segi,lelaki yang ada ilmu pengetahuan sebab dengan ilmu manusia lebih jadi manusia..manusia yang miskin boleh belajar jadi kaya dengan ilmu,yang kurang boleh menjadi lebih dengan ilmu dan sama pentingya saya berdoa minta lelaki yang mengasihi saya dan jugak ibu saya..kerana saya bertanggungjawab menjaga ibu..walaupun saya ada adik beradik lain yang jugak sangat mengasihi ibu saya tapi saya berasa ibu saya dulu mengandungkan saya pada usia yang lewat supaya tatkala semua adik beradik lain telah keluar rumah meneruskan hidup masing2 tapi saya masih ada di sisinya..menemaninya..ketika saya masih berdua dengannya saya sentiasa berdoa pada Allah Swt supaya di beri umur panjang,rezki yang baik dan kesabaran untuk menjaganya..saya "self elected" diri saya sendiri untuk menjaganya sehingga akhir hayat. Jadi kalau sudah kahwin tak kan saya melupakan semua doa itu..takkan saya melupakan saat2 kami berdua dulu. Alhamdulillah Allah Swt memberi saya jodoh itu..saya tak pernah mencari,tak melayan dan cuba menutup pintu pun awalnya..tetapi kalau dah jodoh kata orang kan..he came to my life and daringly said " i am the man,i am the man..i dont have much to offer you but we will make thing works as i can strongly feel that we are destined together"..heeehh..heeehhh..so lah jiwang karat kan;);) So i told him let weigh your ilmu now..dunia and akhirat..haaaa..haaaa..


So kenapa pregant lewat untuk dapat budak yang sangat comel niiiii? hee..heee..kadang2 kita dengar orang takut kat semut,tikus,lipas atau apa2 benda yang melampau pun kita rasa "so ridiculous"..we can't really relate..apa kena dia takut sangat kan sesuatu tu..betul ke atau pura2 ajer? Tapi kalau kita mengalaminya baru kita tahu..i was so scared of getting pregant dulu.scared to death! sampai tahap tu.When i was in my secondary school my sister gave birth to her fisrt son,her hausband gave her a book called " A start of a new life"..i bukak buku tu dan tengok gambar berwarna orang bersalin natural dengan gunting,darah semua masih terlekat di ruang bawah..saya tengok semua expression muka,kesakitan dan segalanya..i was terrified macam gila until secara saikologinya effect saya..kalau orang dengar kelakar kan..but that was the truth.So atas "usaha sendiri" saya pun tak mengandungkan diri..bila dah masuk tahun 2,3 berkahwin orang mula bertanya dan ada yang suruh pergi berurut dan sebagainya saya sangat tension sebab kita tahu bukannya kita tak boleh mengandung...tapi tak kan kita nak cakap kat orang..nanti orang cakap "saja lah tu..nak enjoy,nak jaga badan etc" tapi hanya Allah Swt sahaja yang tahu dan Allah tidak menzalimi kita...Allah memberi izin atas sesuatu pun kerana Allah Swt telah melihat keseluruhannya apa yang berlaku.Masuk tahun ke 3  kahwin saya pulak ambik MBA atas sponsor syarikat di tambah dengan Strategic Marketing from University of Cambridge UK..the course from Cambridge was really tough..sakit nak menghabiskannya..hampir tergelincir..so lagi lah tak ada masa untuk apa2 pun..nasib baik suami menyokong 200%..tak ada complaint walau satu patah pun..malah meringankan beban saya dengan membantu study etc.Masuk tahun ke 4,seorang kakak (kak ita if you are reading this..you might not realize it but your words mean so much to me at that time) cakap dengan i..zu if you nak anak,you jangan tangguh lagi now..tak kan you tak nak seorang pun dalam hidup..life is too short..jangan delay lagi" it hits me so much..balik rumah dalam hati i berjanji kalau i dah lepas dan lulus MBA and my Cambridge nanti nak nak start cuba2 dapat baby. So study pun habis tapi masih lah takut nak mencuba..tapi Allah maha mendengar kan..tak terlintas dalam hati kita lagi pun dia dah tahu apa yang kita nak pinta..so few months down the road after habis study dan result pun keluar..saya lulus semua..saya pun jatuh sakit.Saya kena sakit kepala non stop..pergi banyak clinic,berurut semua tak jalan..it was really seksa..kepala was  throbbing and like being hit by the hammer..masa tu saya tak fikir nak buat pregnancy test ke apa sebab "tak mencuba" lagi kan.Akhirnya i pergi klinik office and the lady doctor asked me to do the pregnancy test..tengok result i hampir jatuh pengsan ..bila calculate dah pregnant hampir 13 weeks..kalau dikira betul memang mula pregant hari result keluar dan lulus semua tu..betapa lah Allah Maha mendengar bisikan hati..tak ada yang mustahil kalau Dia berkehendak. So masa tu belum dapat nak rasa riang gembira lagi..sangat risau,the lady doctor referred me to DSH,Doctor Guna..dia lah Gynae yang terbaik i rasa dalam dunia..dia buat proses mengandung,memeriksa saya paling senang,paling mendamaikan..dia buat ultra sound and asked me to sit down as he said he got a "big surpise"..lagi lah risau kan dah terkejut pregnant dah tu ada surpise pulak lagi apakahhhh? He said to me and husband "yeap you are pregnant,now going into 14 weeks and not only that   but you are pregnant with Twins!...masa tu semua kerisauan,gundah gulana pun hilang..bila Dr Guna tunjuk two heart beat,me and husband pun cair..we just rasa whatever kesusahan pun kita mengharunginya. Tia and Mia we sayang you so muchhh..from that moment onwards tiada apa kesusahan tak boleh di harungi.Then bermula lah episode saya sakit yang terlampau teruk..it was not morning sickness tapi 24 hrs sickness..tak ada waktu yang saya tak sakit pun..for 4 months saya sakit kepala berdenyut macam kena pukul kapak 24 jam..muntah hijau,kuning 24 jam,badan panas macam nak demam sejuk 24 jam..tak boleh tidur siang malam,hanya duduk dalam gelap tepi bilik air..tak ada ubat atau benda yang boleh mengurangkan langsung sakit tu..masuk hospital kerana dehydration..tapi yang paling tak tahan adalah sakit kepala yang throbbing..sakit sangat sampai menangis..tak makan 3 bulan lamanya..masuk air keluar,masuk roti keluar.Until my doctor cakap tak payah datang hospital nak ambik MC..duduk ajer lah beberapa lama kat rumah..nanti call and he will issue me as many MC as i have taken..tak boleh pergi office..semua di pejabat bukan marah tapi simpati..3 bulan lamanya saya tak boleh kerja..datang pagi 1/2 jam muntah pun 20 kali..tak boleh drive..staff bergilir2 hantar saya balik..duduk di rumah bukan boleh baring or lelapkan mata..lepas mandi basahkan rambut,.saya duduk mengadap cermin dan cakap " this sickness is only in my mind..you are not sick actually..if you say that you are not sick you will not be sick..be positive,be positive,be strong"  Tak jalan..the sakit was too muchh..uwan was watching me helplessly( yeap that was the time Uwan packed her things and moved into our house)..everday my brother datang jengok me..he pun sangat kesian tengok.i just sit in the dark sebab the throbbing head..until at one stage i was so sick i rasa macam tak larat bernafas pun..itu lah kebesaran Allah Swt di beri kita hadiah paling berharga, orang bersusah payah nak mengandung tapi saya tak tahu pun mengandung dah 13 weeks..dapat twins pulak tu..tapi di beri cabaran untuk kita muhasabah diri..sesungguh buat saya banyak berfikir lagi.Masuk bulan ke 5 saya pun better..dah boleh makan,masa ni makanan favourite saya Seafood Olio Spaghetti with Lemonade,tiap hari ke Dome,Fasta Pasta ( dulu kat Ikano,now dah lama tutup) mencari pasta..dan rakan2 office pun berkorban masa dan duit jugak lah kena makan Dome hampir setiap hari..masa ni saya dah boleh melawa..sangat gila bershopping..dan saya sempat terbang ke Tokyo menghadiri seminar..masa tu kat Tokyo gila makan north indian food with fish tikka,briyani dan pickles since tak dapat mencari pasta. So bulan 6 mengandung adalah paling smooth dapat tengok dunia luar,bersiap bagai..masuk bulan ke 7 saya pun macam biasa buat regular medical check up..masa ni kaki dah bengkak macam gajah,terus Doctor Guna tahan cakap Mia dah berhenti membesar, Tia took all the nutrions,very dangerous situation..dia tak nak take the risk..masuk hospital rabu and Sunday kena ceaser. The 1 week kat hospital very critical..my BP meloncat naik bukan kerana apa..sebab depress..kena monitor 24 hrs. Alhamdulillah i had the best team Doctor  masa tu,the same team yang menyambut kelahiran anak Raja Nazrin and isterinya Zara..this team is fully recommneded Dr Guna the Gynea,Dato' Dr Musa the Pead and Dr Helmy the anastethist.. so at 3.00 am on Sunday i dah tak boleh tidur..they wheeled me into operation theathre masih ingat kena suruh membongkok atas atas katil bedah and peluk bantal untuk cucuk epidural kat belakang,saya pilih half bius ajer..Dr Helmy suruh mengucap,bismillah,ingat Allah which is really touching..sayu...the epidural tu pressure dia bila they tekan macam body being push by a big truck..shortly after that kaki pun tak rasa..bila perut kena bukak pun tak sedar,Dr borak2..bukak perut pukul 8.30, terasa lah perut bergoyang di tolak kekiri dan kanan sebab lubang perut kecik so my husband said macam orang bukak cempedak nurse kiri kanan kekah perut kekiri dan kanan supaya lubang besar..8.43 Tia keluar,8.45 Mia pulak..Alhamdulillah cukup sempurna walaupun 7 bulan and berat hanya 2.1 for Tia and 1.7 for Mia..Alhamdulillah perjalanan pulih selepas tu mudah..saya tak merasa langsung sakit..doctor helmy bagi me morphines for 4 days..so tergantung lah morphines tu kat belakang..second day saya dah boleh bangun shower,shampoo and blowdry rambut..sebab sakit sangat masa mengandung di beri kemudahan masa lepas bersalin tiada sakit langsung..so saya tak tahu sakit atau ngilu after ceaser macam mana.Mia kena duduk lama di DSH..support dan kasih sayang dari staff2 hospital memang tremendous..lama kami di hospital,berkampung menemankan twins di nursery,Mia kena duduk 9 days..walaupun bill mencecah RM38,000.000 Alhamdullillah lagi office suami cover;):)kalau nak cerita sangat lah panjang sebab banyak lah cabaran lain yang menanti after that,tapi yang besar jugak selepas balik rumah the girls tak nak minum susu badan,susu pun tak keluar, pump automatic,manual, pakai tangan semua tak jalan..bengkak susu dan sakit teramat..bubuh kobis,ambik hot shower,letak towel panas semua tak jalan..kalau siapa dah experience bengkak susu tahu lah kan berdenyut keras macam batu..bila pump kena duduk atas katil sebab sakitnya berpinar mata berpusing kepala,sekali pump terus jatuh di katil pitam sakit nya..dah tak tertanggung just one week after ceaser msuk hopsital balik nak kena operate breast..kena bius full ..baru lah experience sakit bedah lepas sedar sebab tak ada morphines..aduhhhhhh sakitnya breast macam rasa pisau tu baru menghiris tempat delicate..balik rumah pun ada spout terlekat di breast untuk keringkan stale milk menitik keluar..macam spout kat pokok getah tu lah. Apa pun kegembiraan melihat kedua cahaya mata mengatasi apa pun kesusahan, kebahagiaan ni di kongsi oleh semua orang..banyak kami menerima bunga dan hadiah sehingga waktu discharged dari ward my brother kena ambik 2 stretchers untuk angkut jambangan dan hadiah and dua kali mengangkut dari hospital...di rumah pulak tak berhenti orang datang membawa buah tangan..hadiah dan baju Tia Mia hingga umur 2 tahun dulu baru lah habis semua di guna;) So syukur.

Aduhhhh panjangnyer cerita..tu lah siapa suruh cerita lagi:):)




Macam parents yang lain anak pertama tiada pengalaman,tapi saya tak berenti membaca..banyak buku termasuk dari boss saya dapat untuk menambah ilmu..ni gambar Tia Mia 1 tahun kita orang enrolled di Shichida untuk right brain development.


So cute masa ni masuk class pun bawak bantal busuk..bantal busuk ni uwan yang buat..5 years ago uwan masih boleh lagi jahit menjahit ni..dia jumpa kain ni dari kotak my sister bawak balik dari jepun,,uwan pun jahit pakai tangan bantal untuk Tia Mia..until today masih ada..meaningful to the girls:)


3 years masuk kindy..they so happy here..first day tak payah tunggu dah..no problem going here..banyak kawan baik kat sini..



Now they are big..already..Alhamdulillah..sakit,jatuh semua sebahagian dari proses membesar but having said that as a mother we can't help but worries bila anak2 jatuh sakit.


Now cabaran nak memberi ilmu sebaik mungkin..bukan priority nak dia score dalam semua exams tapi hanya melengkapkan dengan ilmu..dulu mencari pasangan saya landaskan dengan ilmu biarlah they membesar pun dengan ilmu yang mencukupi untuk dunia dan akhirat..nampaknya very soon kena hantar KAFA for iqrak..mama papa ajar muqaddam zaman dulu style..boleh lah baca Al Iklhas dan khatam Alif,Ba,Ta now;) cuma saya tak nak rush..dont want them to learn too much in a short time..they are children let them enjoy this precious time that flies like lightning..


He..heee..cute kan Tia dulu2..ni trademark smile dia..Tia is a bit cheeky..suka buat jadi statue etc..


My domok:):)


Hope they grow into a good hamba and person...


Married for 9 years already..simbolik the 9 years hb gave me a 9 stones ring:) insyallah this 25/5 will be our 10 years..what are you going to give me this time dear? Whatttt? louder please..ohhh i can't have anything since our girls going into primary school in two years time and i also want reban ayam,kolam kangkung bla..blaaa..hee..heee..that is fine with me..i just want our wonderful time together..hope that is not too much to ask;);)


9 years going to be 10 but we feel like just married:)


As at now i dont have much treasure in the form of gold or diamond..


But...my everyday is like fresh green fields fulled with colours and fragrant.


They merajuk..gaduh with each other non stop,asked my attention 24 hrs..but i love every minutes of it;) (hmm but tipu jugak sikit kadang2 i tak tahan..i cabut pergi salon tinggalkan them with papa..heee..heeeh..but they tak kisah already now they said " have a good time mama")



So ini permandangan pagi tadi masa breakfast..



tak kisah lah makan apa kadang2 pasta kadang2 keledek..tetap syukur;)


Having a pile of documents in office pun masih syukur..so selamat  mencari jodoh bagi yang single,selamat menimang cahaya mata bagi yang belum menjadi ibu..yang penting tetapkan landasan hidup kita..Insyallah..semoga semuanya baik2 sahaja.

27 comments:

Nadiah said...

Zu,

Demok betul the twins masak kecik2 yer.Sekarang ni dah pandai bergaya. Love the pic with kebaya.

Anyway Zu, your rabbit hilang last Friday ke? because i saw ada rabbit dekat guard house and dia cakap let them know sesiapa kehilangan rabbit.

Liza said...

Hi Kak Zu,

Terima kasih dengan cerita yang sungguh menarik itu...hopefully i can be a mother this year. Amin...

bungamelur said...

waaa....for the first time...menitik air mata i baca entry kali neh..syahdu sgt..susah payah menjadi seorg ibu kan???i pun sama kena czer bagai..tk sehat sepanjang pregnancy period tp bila bby da kluar..diletak kan kt dada i..waahhh..feel like everythin is perfect..
rasa lengkap la kehidupan neh dgn adanya rasa kasih dan syg dari setiap org yg ikhlas sygkan kita..

Fatimah said...

Pengalaman mengandung u ni lebih kurang sama cam I, cuma baby sorang aje... masa tu I nak bagi tahu semua pompuan kat dunia ni jangan mengandung n jangan beranak...but now...masa berlalu I kawin dah 13 tahun (this year) & i ada 5 org anak...The best part is, mmg tiap kali i ngandung i akan cakap benda yg sama..tp pas tu ngandung lagi...he!he!he!..

s a l l y z a . s a i d said...

kak zu;

menarik sgt kisah ni.. hope i akan jadi seorang ibu this year.. nak merasa saat2 indah menjadi seorang ibu dalam apa keadaan sekali pun.. almost 3 years married, hope dis year ada rezeki utk saya dan husband :)

aishah jamrek said...

it was so amazing kak..terharu sangat baca experience akak..tapi kak, tak semua understand perit jerih sebagai pregnant lady or a mother..ada yang menjuih dgn ayat yang menyentap perasaan..pengalaman orang lain2..dan saya pun antara yang diberi dugaan masa pregnant..tak boleh buat aktiviti harian as usual..buat kerja 5 minit, rest 10 minit..aktiviti pitam dan pengsan macam makan dan tidur je..but alhamdulillah, delivery yang sangat2 mudah..

hope your story can give motivation and new aspiration to others..amin..

fiezachommel said...

Salam Kak Zu,
Happy 10th anniversary to you and hubby.
Apap-apa pun yang terjadi teatp sykur, kerna merekalah syurga kita kan?
Me pun akan sambut 10 years anniversary tahun ni.Moga akan sentiasa bahagia di masa yang mendatang.Amin

Koben said...

Kak zu,
entry ni buat saya mengalir air mata la kak. Saya jumpa hubby sekali sebulan je. Nasib baik anak2
paham ayah mereka kerja jauh.

KLIA tu dah macam destinasi kami setiap bulan. Tahun ni pun anniversary kami ke 10.

Moga dipermudahkan segalanya kan..Amin.

Hanis Azla said...

Alhamdulilah, segala kesusahan dibalas dengan kemanisan yg sangat indah.. semoga tia mia menjadi anak2 soleh yang sentiasa membahagiakan hati mama & papanya, insyaAllah.. faham sgt rasa sakit kepala mcm kena pukul kapak tu.. i pun mcm tu time mengandung.. setiap kali mengandung rasa bertambah teruk.. setiap hari menangis.. tak boleh makan tak boleh minum.. lampu & cahaya pun tak boleh tgk.. sbb sakit kepala. terpaksa masukkan muka bawah katil & tutup dgn cadar.. then masuk hospital sbb kena masuk air.. Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan untuk mengharunginya untuk 3 kali.. tp utk merasainya lagi rasa takut sgt.. acar buah mmg pembuka selera.. my mum rajin buat sendiri.. sgt sedap.. smp ramai yg kata acar terbaik yg pernah mereka makan.. klu buat acar satu rumah bau best..

mieyza said...

salam kak zu..sy ni silent reader, hari2 mesti jenguk sini tp tak penah komen. hehe. tapi topic pasal pengalaman melahirkan si kembar yg comel ni mmg dinanti2 kan. lama dah nak request tapi segannn...hehheheeh.

anaajai family said...

k.zu, u a lovely dear..baca your blog, buat saya jadi sangat kenal n sayang u la :)

gja said...

aduiii zue.. sejak2 dah tua2 ni.. bila baca benda2 mcm yg u tulis ni apa lagi bergenang lah airmata ku he3x.. agaknya sbb suma tu kita pun dah penah merasa.. dah experienced, so kita tau how bad it was kan.. harap2 bila kita betul2 tua nanti (skrg tak brp tua lagi).. anak2 kita pulak layan kita mcm mana kita layan n tatang diaorg mcm minyak yg penuh tak bagi melempah kan.. aminnnn

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...

panjangnye entri kak zue kali ni..sampai kene point mouse kat pc...hahaha


mase czer tu minggu ke bape kak zue? nita dulu, czer @ 32wks..aqil 1.2kg, aqif 1.8kg...aqil sebulan kat NICU, and aqif 2wks....


kak zue sampai operate breast?? kalo dah bengkak susu mmg sakit ya amat, mmg la keras cam batu..tapi as for me, just pump..buat double pumping..will do...

susumanis said...

salam..tia mia darling..auntie susumanis menangis baca apa yang mama kalian tulis..semoga tia mia tak lupakan segala pergorbanan mama dan papa kalian ya..treat mama dan papa as great as they treat uwan..sob sob sob..sedih la pulok..kiss kiss to both of u n hug s to mama :)

sitiebby said...

As'kum kak, terharu nya bc kali ini. pgalaman pregnant dan bsalin mmg saat plg bharga untuk semua org. nk nangis je bc post akak.

saniah said...

zu...tu lah i duk ingat...klau niat kita ikhlas..Allah akan permudahkan..moga hidup u sekeluarga terus diberkati Allah dan dilindungiNya..InsyaAllah..

I curi sikit kesabaran dan keikhlasan u ya..:)

Lady of Leisure said...

tq for sharing.. seronok baca yr experience mengandungkan tia n mia.. i was smiling from ear to ear while reading it, cuma rasa ngilu masa baca pasal bengkak susu tu.. i know how it feels, sakit tu macam very sharp, orang kata bisa gitu kan, i kene lepas bersalin, siksa bila susu banyak tapi tak keluar.. but like u said, sakit semua tu kita sanggup harungi bila adaa rezeki dapat sicomel ni kan.. alhamdulillah..

Cik Da said...

seronoknya bila dapat anak twin kan zu...syok jerk jer tgok budak demok ni...cute jerk sekarang dah besar...rasa hilang penat lelah,susah payah bila menjaga masa kecik dulu...

ad said...

Salam Azu, setakat ini, Blog Zu sekarang jadi my top list, my favourite... Hari2 ternanti2 cite baru... :-) Azu, marriage i tahun ini akan masuk 12 tahun.. Terlalu byk sgt pahit getir sepanjang perkahwinan.. I ada 2 boys..age 11 and 8.. Banyak sangat perkara lama yang menyakiti.. dan masih sukar dilupakan. Begitu sukar memaafkan suami sehingga kini. Macam mana ye Azu untuk lebih bahagia dan tenang dlm marriage ni..Kdg2 ada rasa tawar hati terhadap suami...

mekjangok said...

salam kak zu...tersentuh dgn experience mengandungkan tia mia tu,pengorbanan ibu tiada galang gantinya..alhamdulilah, pengalaman saya mengandung kedua2 anak saya begitu mudah..sampai waktu nak bersalin pun tak terasa...saya berdoa mungkin yg seterusnya diberikan kemudahan olehnya..

shamsuhada said...

azu, bergenang air mata waktu baca kisah u nak bersalin...alhamdulillah aku tak rasa kesusahan sewaktu mengandung sebab utk ketiga2 anak, aku tak tahu pun aku mengandung..tak ade alahan, tak ade morning sickness..tahun ni dah masuk tahun ke 17 perkahwinan tapi rasanya baru semlam aku hantar the eldest ke darjah 1..cepatnya masa berlalu..doakan agar ketiga2 permata hati menjadi insan berguna dunia dan akhirat...begitu juga kpd ur twins..Amin..

annhuzi said...

geramnya tengok baby photos, tia mia so chubby. miss the babies kan. tapi now pun comel dengan telatah mereka, boleh ajak berbual dan kata2 inesen mereka as they explore life are always special. i suka dengar my young children talk, reflects their mental processes.

my daughter looks at tia mia babies in cot..she asked oh ada dua baby. i told her twins, two babies in mum's tummy and both came out together. she said oh dat means they celebrate the same birthday. i want my bro to be my twin :D they are very close. he is 2years older. now that he is 7 and in primary 1, she misses him and wishes she can go to school together. she keeps asking what time will he be home..

u dalam kotak ingatan, a cute phrase, kawan kerja kerana u r so thoughtful too.

wah cerewet berbaloi, dapat papa yang memenuhi syarat dan seterusnya dikurniakan double joy with tia and mia. it was worth all the hardship. i tink it's berkat ur niat nak jaga uwan.

haha i m one of those ridiculous people yg takut animals walaupun so much smaller than me.

Allah sends kak ita to make u forget the fear and eventually taste the sweetness of motherhood.
nikmat lalui pregnancy yg luarbiasa ujian sakitnya dan ganjarannya sweet tia, mia. i can feel how blessed u feel, azu.
u r infact brave to choose half bius. i tak berani tak that option.

so cute bawak bantal pergi shichida. i stil remember that time i dah follow tia mia since they akikah. sebab terpegun tengok mama yang so slim and youthful :)

annhuzi said...

lately ni i syok sangat kat kotak komen, panjang macam nak tulis entri aje. haha but like u said it reflects my happiness being here, feeling the joyof tia mia's home.

compile the sweet stories and beautiful pictures which u have wrote here and turn it into a book. tia mia's treasure. and i will be among the first to buy copies. :)

Anonymous said...

Zue, interesting entry kali ni. I was pregnant twin jugak dulu dan sangat lewat jugak. After 7 yrs marriage and age 34 baru dpt my twins. In my case, pregnancy journey was easy n even masa delivery (masa epidural je i tak tahan.. as u sakit mcm ada rasa bulldozer langgar blkg). My most challenges is to bring up my twins. They weight at 2.3kg each but slalu la admitted due to bad cough and almost nak kena pheunomia. My 2nd twin (aini) penah masuk ICU for 7 days sbb kahak byk sgt.. You tau la naluri hati sorang ibu mcm mana kan bile anak masuk icu ni. Tak berenti berdoa supaya cepat baik. For 1st 3 yrs mmg turun naik DSH je me n hubby. Alhamdullilah, after they are 4, the antibody system getting stronger. This year dah masuk standard 1 pun my girls. As usual i la yg over bile anak masuk sekolah +wink+

Looking at at Tia n Mia remind of my Aina & Aini at their age. Betul u cakap, ada sebab tuk semua kejadian. Now after 14 yrs kawin and being 40, i am blessed with all the things HE planned for me.

Doakan u n family sihat & bahangia slalu... Keep on writing yea Zue :-)

zaRina

mama_alifsarah said...

i doakan semoga hidup u terus bahagia zu.. rasa macam nak jumpa u jer... agak2 u ni ramah tak orangnyer ek :) pasal u sgt pandai meluahkan rasa... apa u tulis sangat bermakna.. semua reader mesti ternanti2 your next entry :))

mm said...

NICE ENTRY.eh sama lak date anni ek hiks..congrats in advance ;)

Anonymous said...

Assalamualaikum Mama Tia Mia,

Reading yr story, ingat masa KH preg dulu. 3 ceasarians until Gynae said have to stop or it will endanger either baby or mum.KH gone thru that, suka dok dlm gelap,kepala pening till bubuh minyak kapak 1 kepala, 2 mths unpaid leave,muntah kuning & hijau till 8 mths, keluar masuk wad till rasa mcm semua bilik level maternity tu dah masuk, x de susu & bengkak till u cant even stand, cant even walk in my 8th mth,so much pains. Alhamdullilah, eldest now in PLKN, 2nd in hostel & 3rd STD 6.(she luv yr twins so much that e'day took my phone nak baca yr blog)My girls sihat altho masa baby pun asik keluar masuk ward.We able to go thru all the pains coz of the support of our love ones.Luv yr blog, yr writing always inspire me & always waiting 4 the next N3.Take care-Hajjah KH